Pinda Perlembagaan Untuk Lucutkan Kewarganegaraan…

Share


Saya rasa terpanggil untuk mengulas cadangan Senator Mohd Olian Abdullah di Dewan Negara supaya mana-mana warganegara Malaysia yang menghina bendera kebangsaan, Jalur Gemilang, supaya dilucutkan kewarganegaraan. Cadangan tersebut disokong oleh Senator Noriah Manaf ketika dewan membahaskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan  (Pindaan) 2013.

Sebetulnya saya tidak tahu sama ada secara sedar atau tidak bahawa melucutkan kewarganegaraan seorang rakyat negara ini dibolehkan atau tidak. Namun saya kira, kita pernah dimaklumkan sebelum ini oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa perlembagaan negara tidak membenarkan hukuman seumpama itu dilaksanakan.

Pun begitu, saya sebenarnya agak sedikit kecewa dengan penjelasan Tun M itu memandangkan dalam keadaan semasa. Jika benar kewarganegaraan seseorang itu tidak boleh dilucutkan, maka ia adalah sesuatu yang malang. Justeru itu saya rasa ia wajar dipinda bagi membolehkan hukuman seumpama itu dilaksanakan.

Di zaman awal kemerdekaan, di zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan di zamanTun Dr. Mahathir mungkin undang-undang melucutkan kewarganegaraan tidak relevan dilaksanakan kerana keadaan semasa yang aman serta tidak memaksa.

Namun di zaman Tun Pak Lah Ahmad Badawi, suasana negara berubah secara drastik. Ekoran pentadbiran yang lemah dan terlalu berlembut, memaksa Tun Pak Lah dituntut melepaskan jawatan pada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika itu, suasana politik negara begitu kacau bilau dan sangat tidak sihat.

Pada saya, antara sebab keadaan sebegitu berlaku ialah tindakan Pak Lah yang melepaskan penjenayah yang pandai berlakon, bijak berpidato dan “psycho”, serta mengamalkan sorak pentadbiran yang terlalu mengikut telunjuk segelintir rakyat minoriti selain tidak mampu mengatasi tekanan yang diterima.

Ketika Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Pak Lah, beliau terpaksa berhempas pulas mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. Dalam masa yang sama, beliau juga perlu menghadapi PRU13, pemilihan UMNO dan kerenah pembangkang yang seolah-olah diserang penyakit “gila sawan”.

Ya. Najib berjaya mengekalkan BN sebagai parti pemerintah dan memperkasakan UMNO yang sebelum itu agak “uzur”. Walaupun tidak menang 2/3 sebagaimana Pak Lah, Najib berjaya membuktikan sokongan bangsa Melayu kembali kepada UMNO. UMNO dapat distabilkan walaupun MCA masih lagi terkial-kial mencara sokongan kaumnya yang hilang..

Momentum dari kesinambungan kesan negatif di zaman Pak Lah itu terpaksa Najib harungi sehingga kini. Memandangkan ISA sudah dimansuhkan, maka puak-puak yang menuntut akta itu dihapuskan sudah jadi besar kepala dan ada yang sudah bertindak luar batasan.

Islam sebagai agama rasmi dihina sewenang-wenangnya. Hak bangsa Melayu dan bumiputera yang dulu diberani dipersoal, kini dijadikan bahan pertikaian yang menuntut kesamarataan hak. Intipati utama kontrak sosial dan jus soli tersebut tidak lagi dihormati dan menjadi senjata untuk puak-puak yang kurang ajar…

Bendera Malaysia, Jalur Gemilang dihina sesuka hati. Perlembagaan negara dinodai. Rukunegara tidak lagi dihayati. Muncul pula pengkhianat-pengkhianat “Si Kitul” dan “Raja Mendaliar” yang bermaharajalela mengkucar-kacirkan negara. Kalau boleh, mereka mahu “Arab Spring”kan bumi Tanah Melayu ini mengikut acuan nafsu serakah politik mereka…

Ekoran sikap kurang ajar segelintir puak tidak bertanggungjawab itu, ia mencetus kemarahan dan perasaan tersinggung di kalangan orang Melayu. Ya, laporan polis dibuat. Namun apa hukumannya? Setahun atau dua tahun penjara? Denda RM10,000? Bolehkah hukuman seumpama itu mengubat hati dan maruah bangsa Melayu yang parah dipijak di bumi sendiri?

Paling menyakitkan hati, adakalanya bangsa Melayu terpaksa menelan kemarahan hanya dengan kenyataan “meminta maaf”. Minta maaf saja? Selepas itu pencetus provokasi yang kurang ajar itu dilepaskan dan tindakannya dilupakan begitu saja? Mungkin sebab itu mereka “naik lemak” dan makin “pijak kepala kita”, kan?

Justeru itu, saya berpandangan bahawa hukuman melucutkan kewarganegaraan pada saya amat relevan untuk dilaksanakan di negara ini berdasarkan kesalahan yang melibatkan perkara yang sensitif. Perkara sensitif itu mampu mencetus sekali lagi tragedi 13 Mei. Perkara itu mampu menyalakan api amukan Melayu dan Bumiputera yang sebelum ini dipendam…

Tidakkah keadaan itu mampu menggugat keselamatan negara? Tidakkah perkara itu mampu menyebabkan tanahair kita huru-hara? ISA sudah dimansuhkan. Rang Undang-Undang baru sebagai gantinya belum lagi disiapkan. Tapi maruah Islam dan Melayu semakin hari semakin dipijak pengkhianat dan “puak” tidak sedar diri itu…

Jadi, saya ingin mengesyorkan pada Senator Mohd Olian supaya tidak hanya fokus kepada kesalahan menghina Jalur Gemilang saja untuk dilucutkan kewarganegaraan seseorang itu. Namun adalah lebih baik lagi jika dicadangkan supaya dilanjutkan lagi hukuman itu pada sesiapa yang mencabar Islam, Bangsa Melayu – Bumiputera, kontrak sosial dan seumpanya di negara kita.

Tiada lagi kompromi bagi puak-puak yang kurang ajar di negara ini. Kalau ada yang tak puas hati, sila keluar dari Tanah Melayu kerana dulu pun memang Tunku Abdul Rahman mahu kaum yang dibawa masuk penjajah dihantar kembali ke negara asal mereka. Pada saya, tak rugi kalau kita hilang puak yang tidak tahu diuntung itu, kan? Wallahu’alam…



12 thoughts on “Pinda Perlembagaan Untuk Lucutkan Kewarganegaraan…

  • December 19, 2013 at 3:34 am
    Permalink

    Saya setuju 100% dengan cadangan di atas.Pergi jahanamlah orang yang bersungguh-sungguh nak menjahanamkan negara.Syaitan-syaitan jenis manusia ini mesti dihalau keluar supaya rakyat dapat menjalani hidup dengan aman dan damai seperti semasa era pentadbiran Tun M.

    Reply
  • December 19, 2013 at 8:22 am
    Permalink

    Dalam sejarah Islam tercatat kisah sahabat yg diberi amanah memegang bendera daulah Islam semasa perang, dimana bila tangan kirinya putus, dia pegang ditangan kanan, bila tangan kanannya pun putus, bendera di tegakkan melalui cengkaman ketiaknya, bendera terlepas jatuh dan disambut oleh panglima yg lain bila sahabat yg mula-mula tadi kepalanya ditebas dan mati syahid.Ertinya BENDERA DAN MARUAH KERAJAAN MELALUI BENDERA DIJAGA HINGGA KETITISAN DARAH TERAKHIR.

    MAKA ITU AMATLAH WAJAR SEKALI SIPENDURHAKA DAN MEREKA YG NAK TUNJUK BERANI DIHADAPAN RAKYAT UMUM DENGAN MENAFIKAN BENDERA NEGARA DAN MAHU DITUKAR DGN BENDERA LAIN ,MEREKA INI BOLEH DIANGGAP CUBA MAHU MENGGULINGKAN KERAJAAN DAN DIHUKUM DGN HUKUMAN SEBERAT-BERATNYA SPT LUCUT KEWARGANEGARAAN DAN DIHALAU DITENGAH2 LAUT CINA SELATAN DGN TONGKANG….

    Reply
  • December 19, 2013 at 8:31 am
    Permalink

    Saya setuju pendapat penulis. Komen yang lalu pun saya mencadangkan akta isa dihidupkan semula. Apa nak takut dengan pembangkang walaupun akta tersebut telah dimansuhkan. Undang2 dunia dibuat oleh manusia, maka sesuka hati boleh dipinda dari masa kesemasa, dimansuhkan dan boleh diadakan semula, lain lah undang2 didalam alquran yang termaktub oleh allah swt. PM kena agresiff seperti tindakan pm komunis cina dan singapork. Demi islam dan melayu sejagat, kita rakyat malaysia terutama bangsa melayu islam menyokong PM bertindak lebih keras demi kesejahteraan negara, dan bukan seperti pembangkang memporakperandakan negara kerana berhendakan kuasa untuk memerintah malaysia yang lebih dahsyat dari negara komunis. Chayanunalif dan kaplamyanga bangsat!!!!!!!!!! dan pemimpin dan pengikut pkr dan pas melayu adalah pengkhianat bangsa dan agama allah

    Reply
  • December 19, 2013 at 9:46 am
    Permalink

    adakah najib akan dengar rintihan rakyat ini. yg disibuknya mendapatkan sokongan cina hingga beri juta2 peruntukan utk sek2 cina. kecewa. selama ini kami sokong BN dan UMNO bukan kerana suka kepimpinan yg ada ini tapi tak mahu diperintah oleh DAP. kita tahu PAS dan PKR bukan dominan dlm pakatan apatah lagi PAS … nak ganti UMNO

    Reply
    • December 20, 2013 at 8:52 am
      Permalink

      Tentunya jika seluruh orang melayu/islam sokong PAS, InsyaAllah PAS akan jadi TERAJU PR. Jangan d junjung pemimpin yg. ZALIM/haprak semata2 kerana dia sebangsa dengan kita dan dilihat kuat. Pilihlah pemimpin yg. beriman walaupun lemah d mata kita, kerana yg. lebih baik pada kita ialah kebaikan pada pandangan ALLAH.
      Para AMBIA dan orang2 SOLEH kebanyakannya bukan bangsawan, hartawan dan hebat d mata dunia. Tapi mereka orang2 yg. dekat dengan Allah, kekasih Allah dan sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan Allah. Apakah perkara yg. lebih baik dari menjadi kekasih Allah dan sentiasa dalam perlindungannya?

      Reply
      • December 20, 2013 at 6:32 pm
        Permalink

        apa yang PAS dominan bujuk , bundang-undang kat Kelantan pun boleh ditarik balik bila kena gertak dengan DAPigs

        contoh kat Selangor laa , kau kata PAS banyak dapat kerusi dalam masa yang sama PAS hanya pencacai angkat najis jee , undang-undang Islam takde tertegak pun kat Malaysia , tak payah nak sembang pasal bila memerintah Malaysia , tgk contoh selangor dan kedah dulu dah cukup , PAS ni hanya balaci yang digunakan oleh DAPigs untuk mencuci najis mereka je

        Tapi kalau nak tgk kekayaan pemimpin PAS semuanya hidup mewah kan bujuk , sampai nak mintak duit pun kena mintak kat macai hina mereka , pemimpin PAS yang ada duit buat apa ?? jadi tukang collcet je !!!

        Reply
      • December 20, 2013 at 10:07 pm
        Permalink

        Masaalah nya bujuk…oghang melayu sendiri dah tak yakin ngan kredibeliti & integriti pemimpin PAS. Dah la bangang jahil plak tu…pikiran pun sempit masih berada di bawah tempurung jerrr..maklum la pak lebai kulup yang ghamai membanjiri dalam hamPAS macam sampah tu….!!!

        Reply
  • December 19, 2013 at 12:07 pm
    Permalink

    sesiapa saja baik penganut umno @ pas @ dap @ pkr @ ngo dll yng mengHina jalur gemilang, bermakna dia menghina negara. Orang yang menghina negara,tak sesuai lagi hidup di negara ini. hukuman yang baik untuknya ialah lucut kewarganegaan atau di halau keluar dari negara ini atau penjarakan sehingga mampus.Sekian

    Reply
  • December 19, 2013 at 12:29 pm
    Permalink

    pemerhati

    agama baru ka apa???

    Reply
    • December 19, 2013 at 4:13 pm
      Permalink

      He ele…bila oghang lain guna istilah penganut..secagha automatis di makna kan plak sebagai pemeluk agama. Salah tu. Penganut berasal dari kata Anut…bermaksud mengamal kan satu keyakinan yang ampuh tanpa kompromi terhadap sesuatu ideologi,aqidah/agama/kepercayaan,mazhab & aliran pemikiran.

      Reply
  • December 20, 2013 at 8:58 am
    Permalink

    Orang yg. menghina negara memangnya pengkhianat. Layak d hukum dengan keras… tapi yg. lebih penting ialah mengenali pengkhianat. Orang yg. mengkritik pemimpin negara bukan pengkhianat, apatah lagi yg. mengkritik parti2 k’jaan.
    Pengkhianat adalah orang yg. meruntuhkan negara, orang yg. mengancam negara dan orang yg. manjatuhkan maruah negara. Contohnya mereka yg. menjual kerakyatan, mereka yg. salahguna kuasa dan mereka yg. menjual harta negara kepada orang luar.

    Reply
    • December 20, 2013 at 6:40 pm
      Permalink

      takde siapa kisah pasal munafik dan pemfitnah nak kritik kerajaan .. tapi nyatanya pengkhianat boleh dilihat didalam Pakatan yang bermacam-macam dilakukan mereka seperti ingin menukar bendera ..

      orang yang dah kena tangkap buat IC palsu tu laa yang dijadikan saksi Pakatan dalam RCI sabah bujuk hahahahaha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *