Curi Pasir Selangor : Pembangkang Cuba Alih Perhatian Kepada Isu Tol Dan Elektrik

Pembangkang dilihat seolah-olah cuba mengalihkan isu kecurian pasir yang melibatkan jutaan ringgit di Selangor.  Mereka mengambil kesempatan mengembar gemburkan isu kenaikan tol yang  berlaku di Selangor  yang berkemungkinan melibatkan pembangkang. Namun mereka mengkambing hitamkan kerajaan Barisan Nasional. Kesinambungan juara fitnah yang dipegang oleh pembangkang terus diungguli mereka.

 

Datuk Sutinah Sutan yang merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  mengesahkan bahawa  kelemahan dalam sistem yang diamalkan PTD telah menyebabkan pasir yang bernilai jutaan ringgit. Kita amat maklum bahawa PTD dikawal oleh pembangkanglah yang telah membuka “ruang” yang cukup besar untuk mereka laksanakan  jenayah ini.  Akhirnya rakyat Selangor lah yang mengalami kerugian dari jenayah curi pasir yang bersifat “peribadi” untuk “golongan” yang terpilih dalam pembangkang ini.

 

Namun dengan campurtangan SPRM maka isu ini bakal “menyentak” jantung “tangan-tangan ghaib” yang selama ini menjalankan jenayah curi pasir Selangor. Kelemahan PTD ketika melakukan pemantauan pengurusan pasir di negeri ini akan di atasi  oleh SPRM. Jalan penyelesaian terbaik akan dicari  supaya perkara sama tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

 

Dalam masa yang sama SPRM juga  menasihatkan Kerajaan Negeri Selangor  yang ditadbir oleh DAP supaya membuat laporan polis terlebih dahulu bagi menyiasat dakwaan kes curi pasir yang dilaporkan berlaku di Sungai Long , Hulu Langat.  Sekiranya dalam siasatan berkenaan terbukti berlakunya rasuah, laporan seterusnya boleh dibuat kepada SPRM.  Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya mengalu-alukan SPRM membuka kertas siasatan bagi menyiasat kes curi pasir di Sungai Long, Hulu Langat.

 

 
Persoalannya bolehkah  kita percaya kepada janji-janji yang dibuat oleh Khalid Ibrahim. Beliau merupakan seorang pemimpin yang terkenal dengan gelaran “Manifesto Bukan Janji”. Khalid kononnya  memberi jaminan tidak akan beri perlindungan kepada mana-mana pihak terlibat sama ada di peringkat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) atau Pejabat Tanah Daerah. Kononnya  kerajaan negeri akan mendapatkan laporan lengkap dari semua jabatan dan agensi berkenaan untuk siasatan dalaman.

 
Kita perlu ingat bahawa Khalid Ibrahim terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan sebelum ini media tempatan telah  membongkar kegiatan curi pasir di kawasan seluas 40 hektar di ladang sawit di Sungai Long, Hulu Langat.  Kegiatan itu didakwa berlarutan sejak dua tahun lalu. Sindiket berkenaan juga dikatakan mampu mengaut keuntungan sehingga  RM12 juta.

 

Selain dari Sungai Long, pihak media ada juga mendedahkan satu sindiket mencuri pasir di ladang kelapa sawit di Bandar Sunway Semenyih mengaut keuntungan RM12 juta sejak beroperasi dua tahun lalu. Kerajaan negeri mengalami kerugian jutaan ringgit apabila 30,000 tan pasir dikesan dikeluarkan daripada kawasan berkenaan. Namun persoalannya mengapa pemimpin pembangkang “buat senyap” isu ini. Adakah kerana ianya melibatkan “poket” mereka sendiri?  Sebenarnya kebajikan rakyat tidak pernah DAP, PAS dan PKR peduli. Asalkan mereka mendapat kuasa dan kekayaan maka semuanya “beres”.

 

Kita semua membangkang sebarang kenaikan yang boleh membebankan rakyat. Oleh itu kenaikan tol yang melibatkan syarikat konsesi di Selangor amatlah mencurigakan.  Adakah ini merupakan propaganda yang dicipta oleh pembangkang? Dalam pada masa yang sama maka kenaikan tariff elektrik juga perlu disiasat. Adakah ianya juga merupakan “game” pembangkang yang mengasak kerajaan sehingga PM tidak ada pilihan? Pembongkaran demi pembongkaran bakal memberi “pencerahan” sebenar kepada rakyat.

19 thoughts on “Curi Pasir Selangor : Pembangkang Cuba Alih Perhatian Kepada Isu Tol Dan Elektrik

  • December 18, 2013 at 3:22 pm
    Permalink

    diharap tiada lagi yg terjun atau terterjun dari bangunan tinggi…diharap SPRM dapat melakukan siasatan menemu-ramah dan menyoal-saspek serta saksi di tingkat bawah sahaja

    Reply
    • December 18, 2013 at 6:07 pm
      Permalink

      kat sini pun leh nampak kelemahan pemuda UMNO depa duk buat apa isu kebobrokan pembangkang berlambak ada tapi kerana tak bleh jadi bahan glamour depa pemuda menyorok ntah mana, bubar sajalah pemuda ni ada serupa macam takda lebih baik takda saja

      muehhhhahahahahahaha

      Reply
  • December 18, 2013 at 3:24 pm
    Permalink

    BUKAN KERAJAAN UMNO CUBA ALIHKAH ISU KENAIKAN DEMI KENAIKAN KE?

    BIAR BETUL PENCACAI UMNO..

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH

    Reply
    • December 18, 2013 at 4:39 pm
      Permalink

      itulah perangai haramjadah Pakatan , konon kata kerajaan BN untung berjuta-juta TAPI sebenarnya Kerajaan DAPigs Selangor mempunyai 30% saham tuu dalam konsesi Tol di selangor !!!

      Reply
  • December 18, 2013 at 3:38 pm
    Permalink

    Dah berapa byk pasir diorang rembat tapi rakyat selangor yg terpedaya beri undi pada pakatan haram satu sen apa pon tak dapat. Gaji MB, exco dan speaker naik mencanak tapi rakyat selangor semakin susah. Di manakah slogan membela rakyat yg dilaungkan pakatan pembangkang?

    Reply
  • December 18, 2013 at 4:00 pm
    Permalink

    Ini kuncu-kuncu tony gunawan mesti ramai nih, dah kata dah bangsa dapigs ni semua bisnes haram jer dia minat, tak payah keluar belanje. Kalau orang bersalah itu telah ditangkap, maka selepas ini pihak polis/sprm kawal si pesalah seperti mengalah mengawal menteri. Maklum jelah, takut tembelang terbuka seperti kes teoh beng hock.

    Reply
  • December 18, 2013 at 4:02 pm
    Permalink

    nak basmi tapi tiada tangkapan
    mcmne ni

    Reply
    • December 18, 2013 at 4:48 pm
      Permalink

      susah nak buat tangkapan bila orang politik pakatan haram campur tangan sekali lagi…tengok je nanti macam-macam tuduhan mereka buat terhadap SPRM dan akhirnya SPRM terpaksa akur sekali lagi berhentikan siasatan di tengah jalan

      Reply
  • December 18, 2013 at 5:12 pm
    Permalink

    si gagap sedang berfikir dan membuat perkiraan sekarang ini berapa jumlah duit rakyat dia harus gunakan lagi utk buat bayar kos guaman(peguam) sekiranya ada exco atau mana-mana adun pakatan haram di S’gor terlibat sama menerima suapan/kickback dari hasil kecurian penjualan pasir

    ramai org tahu bukan pegawai PTD sahaja ada menerima suapan/kickback dari hasil kecurian penjualan pasir ini malah suapan/kickback itu ada juga diberikan kepada org politik pakatan haram

    si gagap sehingga kini tidak berani terangkan kenapa hanya dekat RM15 juta sahaja kerajaan negeri S’gor mendapat hasil penjualan pasir sedangkan si gagap sendiri memberitahu dlm DUN bahawa kerajaan negeri akan mendapat RM150 juta setahun hasil dari penjualan pasir…faham-faham je lah kenapa si gagap tidak berani atau malu-malu nak terangkan ‘kenapa’

    peguam-peguam yg ramai dlm pakatan haram sekarang ini sedang menunggu ‘bantuan kos guaman(peguam)’ dari si gagap itu seperti seekor buaya sedang ‘mengangakan’ mulut…siapa cepat tentu dia dapat

    Reply
  • December 18, 2013 at 5:28 pm
    Permalink

    Kalau salah Ambik tdkan. Apa pihak berkuasa ni semua pondan kah?

    Reply
  • December 18, 2013 at 5:41 pm
    Permalink

    Populariti Najib jatuh 10%, paling rendah dalam sejarah, lapor Merdeka Centre!

    Reply
    • December 18, 2013 at 5:47 pm
      Permalink

      Merdeka Center tu lu punya tuhan kah tony?

      Reply
    • December 18, 2013 at 6:46 pm
      Permalink

      merdeka centre ???? hehe…

      Reply
    • December 18, 2013 at 9:36 pm
      Permalink

      apek DAPigs macam lu memang patut dengar cakap merdeka centre jee !!! hahaha

      Reply
    • December 18, 2013 at 9:44 pm
      Permalink

      Merdeka centre Muaaahahahahahahahaha

      Reply
    • December 18, 2013 at 10:17 pm
      Permalink

      NAJIB TETAP BERTAHTA DI PUTRAJAYA.. LU CAKAP APAPUN TONY..KAMI APA PEDULI!

      Reply
  • December 18, 2013 at 10:17 pm
    Permalink

    Daripada bukit, hutan sampai pasir dalam sungai dan laut pun depa sebat

    Reply
    • December 19, 2013 at 12:58 pm
      Permalink

      Betul raplah…setuju. kena ada lebih banyak artikel mcm ni utk bantai PR… kalau boleh jgn letak artikel yg boleh ‘kasi peluru’ utk cacai PR tembak.. contoh mcm isu harga naik.

      Reply
    • December 19, 2013 at 4:34 pm
      Permalink

      belum cukup lagi tu….

      setiap pondok tol di 3 lebuhraya(SPRINT, LDP dan KESAS) di S’gor akan depa sebat dgn mengenakan cukai walaupun si gagap dan kerajaan negeri pakatan haram S’gor membuat dan mendapat keuntungan hasil dari pegangan saham dlm syarikat konsesi yg mengendalikan SPRINT, LDP dan KESAS

      cukai dari setiap pondok tol di 3 lebuhraya itu jgn harap si gagap akan kembalikan utk manfaat(menolong) rakyat…tengok hasil pasir sudah cukup, sebahagian besar hasil penjualan pasir masuk ke dlm poket kroni dan org politik pakatan haram

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *