Musibah Banjir : Ada Pihak Cuba Burukkan Persidangan UMNO

Sesetengah manusia suka meneguk di air keruh. Mereka ini jadikan musibah sebagai modal untuk memburukkan dan memfitnah kerajaan. Selama ini kita tahu bahawa mereka merupakan golongan kufur nikmat yang sentiasa mempersoalkan kenapa mereka harus bersyukur sedangkan mereka boleh memilih untuk merungut dan memberontak.

 

Musibah banjir di pantai timur Semenanjung semakin buruk. Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sejak malam tadi meningkat kepada 42,626 orang. Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera. Beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km62 Jalan Kuantan-Rompin.

 

Oleh kerana beberapa batang jalan utama yang terputus akibat ditenggelami air . Ini menyebabkan agensi kerajaan lewat menghantar bantuan kepada mangsa banjir. Laluan berkenaan tidak boleh dilalui kenderaan biasa. Masalah menghantar bekalan ke pusat pemindahan atau menyelamat mangsa telah dipolitikkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Mereka menyalahkan kerajaan terlalu sibuk dengan persidangan UMNO sehingga mengabaikan rakyat yang ditimpa banjir.

 

Walaubagaimanapun kerajaan tetap mencari jalan untuk mengatasi masalah ini tanpa mengira fitnah dan kritikan mereka yang tidak bertanggungjawab. Kenderaan yang lebih besar pula  akan digunakan  dalam menangani keadaan banjir. Disamping itu kesulitan lain seperti  mangsa banjir telah meletakkan kenderaan di kiri dan kanan jalan selepas rumah mereka dinaiki air sehingga menghalang kenderaan bantuan menjalankan tugas mereka. Penggunaan helikopter juga adalah terhad kerana ada sesetengah tempat menghadapi masalah tidak dibenarkan mendarat.

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  pula tidak mempunyai stok bekalan makanan kerana terikat dengan peraturan Jabatan Audit Negara kerana ini merupakan kes terpencil. Jabatan atau agensi terlibat dalam operasi bencana alam atau banjir tidak perlu terikat dengan peraturan tersebut. Pengecualian diberikan atas sebab kecemasan dan dalam keadaan darurat perlu membeli makanan dengan segera.

 
Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa paling banyak iaitu 27,391 orang yang ditempatkan di 48 pusat pemindahan. Rompin menempatkan 2,865 mangsa banjir, Pekan (3,218), Maran, (49), Jerantut (451), Lipis (33), Temerloh (167) dan Bera, daerah terbaharu memindahkan mangsa banjir, mempunyai 61 orang di pusat pemindahan pagi ini.

 

Jumlah penduduk Kelantan yang dipindahkan di enam jajahan di negeri itu bertambah pagi ini dengan keseluruhannya sebanyak 2,339 orang. Banjir itu turut merebak ke Tumpat yang merupakan jajahan keenam menerima musibah itu berikutan limpahan air Sungai Golok. Pasir Mas di Rantau Panjang menyaksikan jumlah terbanyak mangsa dipindahkan iaitu 1,345 orang yang kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan, dan diikuti jajahan Kuala Krai sebanyak 506 orang. Di Tanah Merah, sebanyak 222 orang masih berada di 10 pusat pemindahan, Pasir Puteh (219) dan Tumpat hanya lapan orang.

 

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir masih kekal seperti malam tadi iaitu 6,052 orang daripada 1,559 keluarga. Kawasan yang terjejas banjir di Terengganu ialah Kemaman, Dungun, Setiu, Marang dan Hulu Terengganu. Jumlah mangsa banjir di Kemaman adalah sebanyak 2,372 (595 keluarga), Dungun 2,668 (670 keluarga), Hulu Terengganu 844 (242 keluarga), Setiu 99 (32 keluarga) dan Marang 63 (18 keluarga).

 

Jumlah mangsa banjir di Johor pula yang dipindahkan menurun kepada 1,825 orang pagi ini berbanding 2,852 orang malam tadi. 472 mangsa banjir yang dipindahkan di Batu Pahat, Kluang (155), Kota Tinggi (218), Mersing (194); Pontian (353), Segamat (425) dan Ledang (lapan). Mangsa di Kluang yang terdiri daripada 38 keluarga dan ditempatkan di dua pusat pemindahan yang terputus hubungan dengan dunia luar, telah dihantar bantuan keperluan dan bekalan makanan.

 

Di Melaka, air Sungai Kesang yang melimpah sehingga memaksa 25 mangsa dari Kampung Parit Penghulu, Sungai Rambai, Jasin ditempatkan di pusat pemindahan banjir, kini berada di bawah paras waspada.  Air Sungai Kesang kini berada pada paras 3.04 meter, katanya ketika dihubungi di sini.

 

Ini merupakan saat yang amat tepat bagi seluruh umat Islam di Negara kita menunaikan solat hajat mohon dijauhkan dari musibah banjir ini yang membawa penderitaan dan kemusnahan harta benda terhadap rakyat terutamanya kanak-kanak dan warga emas.   Semoga Allah permudahkan segala urusan rakyat Malaysia.

12 thoughts on “Musibah Banjir : Ada Pihak Cuba Burukkan Persidangan UMNO

  • December 6, 2013 at 12:34 pm
    Permalink

    Kesian binatang binatang ni semua ….kita manusia yang terlibat dalam banjir ada yang datang membantu dari segi makan dan minum…..tapi macam mana dengan binatang seperti kucing dan ayam .Air naik ayam tak boleh cari makan ……

    Reply
    • December 6, 2013 at 3:02 pm
      Permalink

      sampai ke situ kamu fikirkan..baguslah Tubir. apa pun ini dugaan Allah pada bumi negara ini..mungkin dari kejadiaan ini kita akan dapat bezakan gulungan yg cakap dan buat dan gulungan yg cakap tak serupa bikin.
      bah dan banjir ni bukan macam mengulas perlawanan bola sepak boleh salahkan mereka yg atas padang tu.. bab banjir ni kena bergerak turun padang beri bantuan dan pertolongan.. sama2lah kita bantu ikut kemampuan masing2 dan saksikan juga mereka yg menyalak ‘dari atas tebing’, nak menolong haram tidak!

      Reply
  • December 6, 2013 at 2:36 pm
    Permalink

    meneguk di air keruh…hehehehe..

    Reply
  • December 6, 2013 at 7:34 pm
    Permalink

    syabas umno!teruskan perhimpunan agung umno! biarkanlah mangsa banjir! kacau betul mereka!

    Reply
    • December 6, 2013 at 7:45 pm
      Permalink

      Betul tu tony..teruskanlah Perhimpunan Agong Lembu KAH KAH KAH! Potong stim lembu-lembu nak bersidang KAH KAH KAH!

      Reply
        • December 6, 2013 at 8:23 pm
          Permalink

          bezanya UMNO dgn puak bahlol ni, UMNO boleh buat kerja samaada 3 dalam 1 waimah berapa jenis kerja pun dalam satu hari 24 jam. maka sebab itulah negara ini maju, gemilang dan luarbiasa hasil dari kerja luarbiasa kepimpinan negara.
          puak bahlol ni, dia hanya tahu satu kerja shj yg logik dibuat dlm tempuh masa 24 jam.atas sebab itulah dalam perhimpunan UMNO , UMNO berupaya menyatukan Hamas dan Fatah yg datang jauh dari Palestin.
          SAMALAH JUGA PUTRA UMNO BOLEH KELILING DUNIA BUAT KERJA BANTUAN KEMANUSIAAN..SEMENTARA PUAK BAHLOL NI TERKINJA-KINJA KEHAIRANAN DAN MULUT MELOPONG KEHAIRAN HAIRANAN MELIHAT MACAMANA ORANG UMNO BOLEH LAKUKAN SEMUA KERJA TERSEBUT!
          AKU YAKIN SETAKAD MASA INI ANWAR, HADI DAN LIM KIT SIANG BELUM MERENDAMKAN KAKI MEREKA DALAM DIMANA-MANA NEGERI YG DILANDA BANJIR!

          Reply
      • December 7, 2013 at 6:36 am
        Permalink

        lu nak tgk lembu lu tgk dalam DAPigs laa apek DAPigs jinggay .. banyak lembuu dalam DAPigs

        Reply
      • December 7, 2013 at 1:47 pm
        Permalink

        “tony gunawan” dan “raplahjinggay+gambusuk” adalah orang yang SAMA.

        Reply
    • December 6, 2013 at 8:12 pm
      Permalink

      hehehe toni…hang patut berbangga, puak cina kat malaysia ni, adalah satu-satunya clan cina asal tanah besar yang di perintah oleh orang Islam !

      You MALAYsian chinese are so special !!

      Reply
    • December 7, 2013 at 6:34 am
      Permalink

      punya ramai pemimpin UMNO dah bantu mangsa banjir semenjak hari pertama , puak DAPigs macam lu mana tau !! tau menipu dan memfitnah jee !!!

      Reply
  • December 7, 2013 at 8:19 am
    Permalink

    cina dap satu pun tak nampak.sebuk mabuk todi kot.pandai kata orang,dia lagi buruk.cilako

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *