Lepas jawatan: PM mahu Dr. Mahathir fikir semula

Share


KUALA LUMPUR 3 Dis. – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap Tun Dr Mahathir Mohamad memikirkan semula keputusan beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petronas.

Najib berkata ini kerana kerajaan berpendapat amat wajar dan sesuai untuk bekas perdana menteri itu terus berkhidmat kerana beliau mampu untuk terus memberi sumbangan kepada pembangunan dan kejayaan Petronas.

“Dalam saya menghormati keputusan yang dibuat Tun atas nasihat doktor, saya berharap Tun dapat fikir semula atas keputusan yang dibuat itu.

“Kerajaan mengalu-alukan Tun untuk terus berkhidmat sebagai Penasihat Petronas,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan hampir sejam dengan pemimpin Hamas, Khalid Meshaal di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan daripada Dr Mahathir yang turut mengandungi ucapan terima kasihnya di atas kesudian Najib menziarahinya ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini akibat jangkitan dada.

“Kerana nasihat doktor beliau terpaksa mengurangkan penglibatan beliau dalam tugas-tugas seharian, oleh itu, beliau telah memaklumkan kepada saya hasrat untuk melepaskan jawatannya sebagai Penasihat Petronas,” katanya.

Dr Mahathir mengesahkan beliau telah melepaskan jawatannya itu berkuat kuasa 1 Dis kerana faktor usia serta ingin menumpukan perhatian kepada kesihatannya.

Beliau dilantik sebagai penasihat Petronas susulan persaraannya sebagai Pperdana Menteri pada 2003. – BERNAMA



20 thoughts on “Lepas jawatan: PM mahu Dr. Mahathir fikir semula

  • December 3, 2013 at 10:10 pm
    Permalink

    sebenarnya pelawaan PM supaya Tun terus bersama Petronas adalah gambaran penghormatan PM terhadap sentuhan kerja Tun…inilah budi bahasa namanya…dan Tun akan menjawab dan berterimakasih diatas kepercayaan PM terhadapnya..apapun kita mahu Tun berehat dan dapat menikmati lebih masa bersama keluarga…dan menambahkan amal ibadat wp kerja itu juga satu ibadat..

    Reply
  • December 3, 2013 at 10:19 pm
    Permalink

    Biarlah tun undur diri, saya sangat setuju kerana selama tun berada disana, pemimpin atasan petronas mengganas dengan mengambil kesempatan tun ada dlm petronas dengan usaha menyingkirkan usahawan melayu, memberi hak membuka stesen kpd bukan melayu, membuka peluang seluas2 nya kpd bukan melayu memasuki UTP. Tun undur untuk membuat serangan balas….. Itu yang PM takutkan?

    Reply
    • December 3, 2013 at 10:59 pm
      Permalink

      Semenjak Omar Stapa masuk dalam Petronas syarikat ini mula kucar-kacir dan dilanda pelbagai masaalah,,.ini adalah strategi untuk menjahanamkan tunjang syarikat Melayu yang paling berjaya pada masa ini,,,kalau dibiarkan berlarutan percayalah syarikat ini bakal terkubur kerana dijahanamkan dari dalam oleh musuh Melayu,,.percayalah..!!Kalau masih buat pekak dan tuli nantikanlah hukuman dalam pilihanraya akan datang dari rakyat..!!..

      Reply
      • December 4, 2013 at 1:33 pm
        Permalink

        Betul tu… mereka nak jadikan petronas macam yang dah mereka buat pada Perwaja, BBMB, Bernas dan terkini FELDA (nak diperlingkupkan juga).

        Reply
  • December 4, 2013 at 7:27 am
    Permalink

    Takkan UMNO dah takda calon lain, bagilah TunA pulak jadi penasihat Petronas. Beliau pun bekas PM m’sia jugak… lagipun TunA masih sihat dan tak menyebok.

    Reply
    • December 4, 2013 at 9:28 am
      Permalink

      Ada baiknya kau cadang KJ jer jadi penasihat PETRONAS, pasal kalau lantik Abdullah Badawi nanti dia mintak advice kat menantunya

      BTW, if there are any other candidate that can be considered, baik hang cadang Tengku Razaleigh, tak pun Musa Hitam, ataupun Daim Zainuddin, ataupun jemput balik Hassan Merican yg skg ada di Singapore sekarang.

      Bagi aku, ada baiknya Najib go back to basic seperti dalam Article 5 – Akta Pembangunan Petroleum 1974, di mana sebuah Majlis Penasihat Petroleum Negara ditubuhkan.

      Reply
      • December 4, 2013 at 10:22 am
        Permalink

        Bagus jugak… tapi aku rasa nama yg. hang sebut tu takda dalam senarai PM. Mereka bukan orang kepercayaan PM.. walaupun rakyat percaya pada mereka.

        Reply
        • December 4, 2013 at 1:04 pm
          Permalink

          bujuk…apa kata hang cadang kan pada PM lantik Anuaq jadi punasihat PETRONAS…aku gerenti organisasi petrol & gas tu akan bertambah melayu ( bukan bangsa la )macam kejayaan Selangor jadi kaya raya sampai MB,exco,speaker dll d naik kan gaji sehingga melebihi 300%. Betoi tak bujuk…?

          Reply
          • December 4, 2013 at 1:36 pm
            Permalink

            Hehehehe…

          • December 4, 2013 at 3:20 pm
            Permalink

            Bujuk…cakap pasal minyak ni…apa cerita minyak siap refine yang husam jumpa di kota baru tu..senyap je !!
            dengar kata ramai cai-cai PAS dah dok berangan nak buka pump station…hehehe

          • December 4, 2013 at 5:02 pm
            Permalink

            Dengar cerita bukan sahaja minyak, bijih besi pun ada jugak.

  • December 4, 2013 at 7:49 am
    Permalink

    ada tak menambah…tak dak tak mengurang..bagi le org lain pulak jd kaya

    Reply
    • December 4, 2013 at 8:46 am
      Permalink

      Batul tu Mek, kali ni aku sokong hang. Memang patut pun Nik Aziz duduk rumah je, lagipun masa dia jadi MB lagi kesihatan dia tak mengizinkan. Asyik ponteng mesyuarat je.

      Dia ada pun tak menambah, tak dak pun tak mengurang. PAS macam tu jugak la, ditakuk lama.

      Reply
    • December 4, 2013 at 4:46 pm
      Permalink

      laaa kau cakap pasal diri kau kee mekk atau pemimpin PAS , sebab otak kau lebih kurang sama jee dengan pemimpin kau

      Reply
  • December 4, 2013 at 9:35 am
    Permalink

    Biarlah Mahathir tu nak berehat, lagipun tugas penasihat ni bukan ada apa2 kuasa pun untuk menentukan dasar, kepentingan dan hala tuju PETRONAS.

    Daripada Najib sibuk2 nak pujuk Mahathir, ada baiknya Najib pergi monitor aktiviti Omar Stopa Ong, yg walaupun berjawatan ahli lembaga pengarah bebas bukan eksekutif dalam PETRONAS, but wield too much influence dalam dasar, kepentingan dan hala tuju PETRONAS.

    Reply
  • December 4, 2013 at 10:53 am
    Permalink

    najib ajak2 ayam je tu…Tun M boleh baca punya akal najib ni..

    mana2 melayu yg pernah berada dibawah kepimpinan Tun M pasti akan terasa betapa semakin lemahnya kita org melayu dgn polisi2 dan tindakan2 bangang si najib ni..

    Reply
    • December 4, 2013 at 11:06 am
      Permalink

      It seems that in the near future, we will witness another history in the making!!!

      Reply
  • December 4, 2013 at 11:13 am
    Permalink

    biarlah tun m berehat. dia bukannya muda lagi. dah byk jasanya kpd negara

    Reply
  • December 4, 2013 at 2:20 pm
    Permalink

    Tun mengundurkan diri bukan atas factor usia atau factor kesihatan, beliau masih berminat dan pemikiran nya masih tajam, factor kesihatan hanyalah alasan…sebenarnya beliau merajuk dan kecil hati kerana PETRONAS tidak lagi bolih dipercayai bolih membela nasib peniaga2 melayu bumiputra seperti yang dikehendakinya…Najib thu akan hal ini tapi Najib hany memekakkan telinga atas rintihan peniaga2 melayu ini…its ok Tun…berehat lah dan Tun bolih beri tekanan dari luar…we love you Tun.

    Reply
  • December 4, 2013 at 6:51 pm
    Permalink

    semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yg baik ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga beliau…byk sungguh jasa Tun pada Negara…hanya Allah sahaja yg dpt membalas semua jasa2 Tun…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *