Pengumuman Kadar Tarif Elektrik Mulai 1 Jan 2014 Mengelirukan

Share


Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan kadar tarif elektrik baru berikutan polisi rasionalisasi subsidi bahan bakar. Kadar di Semenanjung sekarang iaitu 33.54 sen sekilowat sejam (KWJ) dinaikkan kepada 38.53 sen/KWJ. iaitu kenaikan sebanyak 14.89% atau 4.99 sen.

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama)– Subsidi elektrik dan gas akan disemak semula, dengan kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan sebanyak 14.89 peratus atau 4.99 sen sekilowat sejam (KWJ) kepada 38.53 sen/kwj, berkuat kuasa 1 Jan 2014.

Tarif elektrik semasa ialah 33.54 sen.

Bagaimanapun, 70.67 peratus atau 4.56 juta daripada keseluruhan 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang menggunakan elektrik pada kadar 300 KWJ dan ke bawah, tidak terlibat dengan semakan itu.

Ketika mengumumkan semakan itu di Parlimen Isnin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna yang bil elektriknya berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Dis 2014.

Maximus juga mengumumkan bahawa kenaikan ini tidak membabitkan pengguna yang menggunakan tenaga di bawah 300 KWJ sebulan. Sekali lagi kita tertanya-tanya pengguna di bawah 300 KWJ sebulan ini dikenakan tarif berapa kerana ada dua peringkat tarif untuk pengguna ini (Lihat gambarajah).

tariflama

Persoalan di sini ialah, kenaikan ini berdasarkan tarif peringkat mana? Ini kerana tarif lama Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah 33.4 untuk peringkat kedua Tarif iaitu 201 KWJ – 300 KWJ sebulan.

Sekiranya dipakai tarif 301-400 KWJ sebulan tarif sedia ada sudah pun bernilai 40 sen apa makna menukarnya? Jika ditukar kepada tarif yang diumumkan tentulah harga menjadi lebih murah.


24 thoughts on “Pengumuman Kadar Tarif Elektrik Mulai 1 Jan 2014 Mengelirukan

  • December 2, 2013 at 10:25 pm
    Permalink

    Berikut ialah beberapa usul yang saya rasa kerajaan BN terutama PM kita, Dato’ Seri Najib perlu berikan perhatian dan saya rasa kerajaan BN mampu lakukannya. In syaa Allah, ianya akan memberikan kebaikan kepada rakyat terutama rakyat bawahan.
    1. TURUNKAN HARGA TOL BAGI LEBUHRAYA DI MALAYSIA
    Cadangan Pakatan Rakyat(PR) untuk menghapuskan tol dalam manifesto mereka benar-benar memikat hati rakyat. Jenuh bagi kami, penyokong-penyokong BN untuk menjawab persoalan ini. Bermacam-macam alasan yang direka demi untuk memuaskan hati orang-orang PR yang bertanya. Saya rasa, kalau BN tak dapat nak menghapuskan tol, apa salahnya dikurangkan harga tol. Walaupun sebelum ini telah ada program yang sedemikian, ianya telah tamat dan tempoh laku diskaun harga tol pula hanya sah untuk tempoh dari pukul 12 tgh malam hingga 6 pagi sahaja. Bagi saya, kalau begini syaratnya, ianya seolah-olah seperti macam ‘tak nak bagi’. Waktu ‘perjalanan berdiskaun’ tersebut bukanlah waktu yang sesuai untuk melakukan perjalanan. Tidak berbaloi untuk risiko mengantuk dan risiko kemalangan yang dihadapi.
    SAYA CADANGKAN SUPAYA TARIFF TOL DITURUNKAN SEBANYAK 50% DAN KEKAL. Maksudnya tiada kenaikan dari segi tariff tersebut di masa yang akan datang. Rakyat tahu PLUS dan lain-lain syarikat konsesi lebuhraya mendapat keuntungan yang sangat besar setiap tahun. Dalam PRU14 nanti akan ada 2 kemungkinan iaitu syarikat-syarikat ini kurangkan untung, tapi masih boleh beroperasi dan BN masih dipilih; atau, PR menang, tol dihapuskan langsung syarikat ini hancur.

    2. TURUNKAN HARGA TARIFF ELEKTRIK
    Elektrik adalah keperluan asas rakyat. Tetapi, harga tariff elektrik adalah membebankan. Setiap tahun kita boleh saksikan pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama CEOnya duduk tersenyum mengumumkan keuntungan yang bernilai berbillion-billion Ringgit Malaysia, seolah-olah mereka sangat pandai menjalankan perniagaan. TNB sepatutnya bertindak sebagai penyedia perkhidmatan yang berkonsepkan rakyat, bukannya syarikat koperat yang mementingkan keuntungan semata-mata. TNB sendiri dimulakan dan didirikan dari wang rakyat, maka sepatutnya rakyat mendapat menafaat dari penubuhan TNB, bukannya sengsara dengan bil dari TNB.
    Rakyat tahu akan kesan Penyedia Kuasa Bebas (IPP) kepada perbelanjaan TNB. Jadi, saya memohon kerajaan kajilah balik perjanjian IPP dengan TNB. Jangan hanya kerana nak jaga kroni-kroni, maka suara kami tidak dipedulikan.
    Saya sangat pelik dengan cara pengurusan TNB ‘menjaga’ paras keuntungan TNB. Dalam perniagaan, secara asasnya, UNTUNG = PENDAPATAN – KOS. Bila saja terdapat kenaikan harga bahan api yang melibatkan KOS, maka secara tak langsung, UNTUNG akan berkurangan. Jadi untuk memelihara margin UNTUNG, maka pengurusan membuat keputusan untuk menaikan paras PENDAPATAN melalui kajian semula tariff. Semudah inikah cara pengurusan TNB? Penat saya setiap kali saya membaca berita pengumuman kenaikan tariff serta alasan-alasan yang diberi bagi menjastifikasikan kenaikan tersebut. Pengurusan TNB sepatutnya kena berfikir dengan lebih jauh seperti melakukan projek-projek inovasi yang bersifat MENAMBAH PENDAPATAN & MENGURANGKAN KOS.
    Secara mudah, TNB tidak akan mengahadapi masalah besar kerana TNB adalah PENYEDIA TUNGGAL dalam perkhidmatan ini. TIADA SAINGAN. Jadi, TNB ambillah untung sekadar yang perlu untuk menampung kos operasi, janganlah pada kadar melampau hingga berbillion-billion Ringgit Malaysia yang akhirnya rakyat yang menerima padahnya.

    3. BR1M
    Saya amat kagum dengan idea dan konsep BR1M. Program ini sedikit sebanyak membuka hati rakyat dan dapat ‘membeli’ perhatian mereka kepada pimpinan Kerajaan BN. Sebenarnya, pihak pembangkang sangat takut akan program BR1M ini, kerana ia dilihat mempunyai impak besar di kalangan rakyat bawahan yang berpendapatan rendah sehingga pemimpin mereka yang berlatar belakang pendidikan Islam dan bertaraf ulama pun sanggup memberi perumpamaan binatang ‘ayam’ dan ‘lembu’ kepada penerima BR1M demi untuk mendapatkan perhatian rakyat dan menghina program yang baik ini. Dan sebenarnya, kebanyakan rakyat yang menerima BR1M sangat berbesar hati dan bersyukur. Di sini saya nampak BR1M sebenarnya boleh dijadikan BANTUAN BULANAN, bukannya secara tahunan seperti sekarang. Ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya ialah salurkan semua subsidi-subsidi kerajaan kepada BR1M ini.
    Pada pandangan saya, subsidi-subsidi yang kerajaan sediakan kepada rakyat seperti subsidi petrol, subsidi beras, subsidi gula, subsidi minyak masak, subsidi gas masak dan lain-lain TIDAK dinikmati secara MAKSIMUM dan ADIL oleh golongan rakyat bawahan. Subsidi-subsidi tersebut akan hanya dinikmati jika rakyat bawahan ini membuat pembelian. Tetapi, jika tiada duit dalam tangan, bagaimana pembelian dapat dilakukan dan seterusnya menikmati subsidi tersebut. Tapi, bagi golongan yang berpendapatan tinggi, tiada masalah untuk mereka berbelanja kerana mereka sememangnya MAMPU dan ditambah dengan subsidi menjadikan mereka LEBIH dari MAMPU.
    HAPUSKAN SAJA SUBSIDI-SUBSIDI INI. Biarkan rakyat bayar pada harga pasaran. Dan salurkan BANTUAN TERUS kepada golongan sasar. Secara rasionalnya, rakyat bawahan ini mewakili majoriti rakyat. Jika mereka senang, kerajaan pun senang. Rakyat tidak tuntut banyak benda seperti kaum CINA yang telah dimanjakan secara berlebihan, cuma mengharap agar kerajaan dapat meringankan beban.
    Anggaran kasar jumlah subsidi yang dibelanjakan oleh kerajaan ialah RM30 billion setahun. Jika jumlah ini dibahagi kepada 5.369juta orang penerima BR1M, mereka boleh mendapat RM460 sebulan. Ianya bukan jumlah yang sedikit bagi yang berpendapatan rendah.
    Mekanisme mensubsidikan barangan keperluan bukanlah langkah yang adil kerana yang berkereta Ferrari dan Porche juga mendapat bantuan sama seperti rakyat yang bermotosikal buruk.
    Untuk mengelakkan salahguna pemberian tersebut, jika kerajaan tidak mahu memberi wang tunai, kerajaan boleh melakukan pemberian tersebut dengan baucer yang rakyat boleh gunakan di kedai rakyat 1Malaysia atau di Tesco, sebagai contoh.

    4. PENGAGIHAN PEMBANGUNAN NEGARA SECARA RATA
    Kita dapat perhatikan pembangunan yang berlaku dalam Malaysia adalah sangat tidak sihat, samada dari sudut ekonomi dan juga sosial. Pembangunan lebih dan masih tertumpu di kawasan yang telah sedia SESAK seperti LEMBAH KLANG, JOHOR BAHRU dan PULAU PINANG. Kesan-kesan ketara ialah wujudnya persaingan dalam merebut ruang tanah untuk tujuan komersial dan kediaman. Bila wujud permintaan yang tinggi, secara tak langsung harga hartanah akan meningkat naik sehingga di luar kawalan dan mengakibatkan rakyat bawahan biasa tidak mampu. Akibatnya mereka yang tidak mampu perlu mencari alternatif lain seperti menyewa di kawasan yang lebih murah, tetapi pada jarak yang lebih jauh. Apabila jarak jauh, mereka perlu berbelanja lebih untuk petrol dan mengorbankan lebih masa bagi perjalanan pergi balik ke tempat kerja.
    Sebagai contoh, di Pulau Pinang, banyak syarikat besar beroperasi di bahagian pulau seperti di Bayan Baru dan Bayan Lepas. Dan sebahagian besar pekerja terutama pekerja kategori bawahan adalah mereka yang tinggal di tanah besar. Ini menyebabkan Jambatan Pulau Pinang sentiasa sibuk dan sesak ketika waktu pergi dan balik kerja. Banyak masa terbuang di atas jalan dan jambatan saja.
    Cadangan saya, apa kata Kerajaan Pusat mengesyorkan supaya sebahagian dari syarikat2 tersebut, terutama yg dalam bidang pembuatan untuk mengalihkan operasi mereka ke tanah besar, samada ke KULIM atau SEBERANG PERAI UTARA/SELATAN atau SUNGAI PETANI atau PERAK UTARA. Kerana, sebahagian besar pekerja sememangnya datang dari kawasan-kawasan yang dinyatakan di atas dan mereka berulang alik setiap hari kerana kekurangan peluang di kawasan sendiri. Dengan fasiliti perhubungan lebuhraya yang baik, isu pengangkutan untuk penghantaran barang-barang ke pelabuhan atau lapangan terbang dirasakan tidaklah menyusahkan dan membebankan.
    Dari satu sudut, banyak kebaikan yang kita boleh perolehi. Antaranya ialah
    4.1) mengurangkan kesesakan lalulintas yang akan menjurus kepada lebih masa untuk diluangkan bersama keluarga
    4.2) perumahan lebih selesa dapat dibangunkan. Kalau kita rujuk contoh yang sedia ada sekarang, kebanyakan perumahan yang berada dikawasan berkepadatan tinggi adalah apartment yang berpuluh-puluh tingkat tingginya. Apa kualiti hidup yang ada untuk mereka yang tinggal di kawasan seperti ini? Bersesak untuk keluar dan masuk ke kawasan kediaman ketika waktu puncak, masalah sosial anak2 muda, tiada kawasan riadah yang mencukupi dan bermacam-macam lagi.

    Jika kerajaan perlu pindahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke tanah besar, apa salahnya ianya dilakukan? Terus terang saya katakan, tindakan kerajaan membina Jambatan Kedua dan ditambah dengan cadangan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membina terowong antara tanah besar dan Pulau Pinang tidak lebih dari analogi sebuah bas mini. Bas mini tersebut telah penuh padat dengan penumpang, tetapi apa yang tuan punya bas tersebut lakukan ialah menambah pintu bagi tujuan memudahkan keluar masuk. Tetapi masalah bas mini tersebut ialah penumpang yang telah berada atas bas tersebut tidak mahu turun kerana itu saja bas yang ada. Jika pemilik syarikat bas dapat menambah bilangan bas, mungkin masalah penumpang yang padat dapat di atasi. Sama juga masalah penumpuan pembangunan ekonomi yang tak sekata.

    5. BERI PERHATIAN KEPADA MANIFESTO PAKATAN RAKYAT
    Lagi satu, kita boleh lihat manifesto PR, ada banyak perkara yang menarik perhatian rakyat. Kami, para penyokong BN sendiri pun hampir tergugat dengan tawaran-tawaran yang diberikan. Apa salahnya pihak Kerajaan BN kaji dan selidik tentang manifesto mereka. Yang mana boleh laksanakan, laksanakanlah. Kalau tak boleh 100%, buatlah seberapa persen yang tertanggung oleh pihak kerajaan. Walaupun pihak PR akan mendabik dada mengatakan pihak kerajaan MENIRU mereka, biarkan. Hanya yang taksub saja yang perasan benda-benda seperti ini, dan majoriti rakyat yang lain akan BERGEMBIRA dengan apa yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Saya pasti, jika ini dilakukan, pihak BN tidak perlu bekerja keras untuk PRU14, hasil kerja yang baik akan berkempen bagi pihak BN dengan sendirinya. Umpama barangan yang mempunyai kualiti yang baik, ia tidak perlu pengiklanan yang hebat, cukup sekadar sebaran dari mulut ke mulut. Secara peribadi, saya kasihan tengok PM Dato’ Seri Najib dan jentera parti bekerja keras. Dibanding dengan hasil yang diperolehi, rasanya tak berbaloi.

    6. PINDAHKAN PERKHIDMATAN PAKAR KESIHATAN DARI HOSPITAL BESAR PULAU PINANG KE TANAH BESAR
    Buat masa sekarang, segala perkhidmatan kesihatan yang melibatkan PAKAR di wilayah utara, pesakit-pesakit perlu mendapatkannya di Hospital Besar Pulau Pinang, yang berada di bahagian Pulau. Kenapa perkara sebegini perlu berlaku????
    • Di bahagian Pulau sendiri sudah terdapat BANYAK hospital swasta yang mempunyai pakar.
    • Penduduk di bahagian PULAU yang majoriti kaum China yang tidak menyokong BN TIDAK MEMERLUKAN perkhidmatan pakar kesihatan di hospital milik kerajaan. Mereka lebih selesa memilih hospital swasta seperti Hospital Loh Guan Lye, Island Hospital, Hospital Glenneagle, Hospital Adventist dan lain-lain, kerana mereka mampu. Sedangkan orang2 kampung MELAYU yang menyokong UMNO dan BN yang berada di tanah besar terpaksa bersusah payah pergi ke bahagian pulau untuk menjumpa pakar2 berkenaan.
    Cadangan saya ialah supaya kerajaan memindahkan semua perkhidmatan pakar yang terdapat di Hospital Pulau Pinang ke Sungai Petani. Jadikan ianya HOSPITAL PAKAR WILAYAH UTARA atau rebrand sebagai HOSPITAL PAKAR TUN DR. MAHATHIR (HPTDM)sebagai menghargai jasa Bapa Pembangunan Malaysia.
    Sungai Petani adalah lokasi yang paling sesuai kerana:
     Ianya terletak di tengah-tengah wilayah utara.
     Sungai Petani mempunyai hospital lama, yang mana kemudahan bangunan masih lagi ok.
     Jika perlu bangunan baru sekali pun, kawasan tapak hospital lama memadai untuk kegunaan Hospital Pakar Tun Dr. Mahathir.
     Kos sara hidup dan kos pemilikan rumah yang secara relatifnya masih murah boleh memberi manafaat kepada doktor2 pakar serta kakitangan sokongan untuk menikmati hidup yang lebih selesa berbanding dengan kehidupan di Pulau Pinang.
     Disamping itu, HUSM (Penyelidikan) yang berada di Bertam, AIMST yang berada di Sg. Petani dan beberapa kolej perubatan lain yang berada dalam Koridor Utara boleh mengambil peluang untuk mengadakan usahasama dengan HPTDM.
     Institut Jantung Negara (IJN) juga boleh mengadakan perkhidmatan franchise di bawah bumbung HPTDM. Jadi rakyat sebelah utara yang mempunya masalah jantung tidak perlu lagi bersusah payah untuk ke IJN Kuala Lumpur.

    In Syaa Allah ….. sekiranya rakyat dimudahkan hidup mereka, sokongan mereka kepada kerajaan akan kekal dan meningkat. Inilah masanya kerajaan mengambil kira golongan yang benar-benar menyokong UMNO, bukannya BANGSA YANG TIDAK MENGENANG BUDI.

    Reply
    • December 3, 2013 at 8:35 am
      Permalink

      cadangan yg. amat baik… ini Datuk Shahir? Pada aku kalau k’jaan memang niat nak membantu, banyak benda baik yg. rakyat dapat. Tapi kalau niat nak berpolitik.. susah la rakyat.

      Reply
      • December 3, 2013 at 2:31 pm
        Permalink

        Memang selama ni segala perlaksanaan polisi dan program pembangunan dilakukan dgn niat yg baik dari kerajaan Malaysia.

        Kalau Bujuk tak suka, votelah PAS!!!

        We all tak kisah pun!!!

        Reply
    • December 3, 2013 at 5:05 pm
      Permalink

      Shahir ni penyokong Umno yang ada otak, ada visi, melayu tulen bukan mcm WTF KAH KAH KAH!

      Reply
      • December 3, 2013 at 5:07 pm
        Permalink

        LOL, then kenapa hang MEROYAN!!!

        Mueh4444

        Reply
      • December 3, 2013 at 7:58 pm
        Permalink

        orang UMNO semua bebas mengkritik bukan macam lu apek DAPigs , jadi lembu sahaja , aepk Lim lantik anak beranak dia pun semua jadi lembu bisu hahahaha

        Reply
  • December 3, 2013 at 2:20 am
    Permalink

    peringkat kedua Tarif iaitu 201 KWJ – 300 KWJ inilah yang mengalami kenaikan…tapi sebabkan tuan menteri tak pernah bayar bil..mana dia nak tahu…kononnya bawah pengguna yang menggunakan bawah 300 KWJ tak mengalami perubahan kadar…citttt..poooodah

    Reply
    • December 3, 2013 at 2:47 pm
      Permalink

      angka2 tu adalah kadar PURATA tariff elektrik, bukan kadar mana2 peringkat.

      Reply
  • December 3, 2013 at 7:30 am
    Permalink

    Aku begitu teruja membaca pendapat saudara Shahir di atas…ini barulah Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

    Reply
  • December 3, 2013 at 11:07 am
    Permalink

    pening aaaaa
    pening aaaaa

    kenapa mad maslan sebelum ni kata tarif takkan naik?

    Reply
    • December 3, 2013 at 1:39 pm
      Permalink

      Kerajaan kena benarkan jika ada mana2 syarikat besar yg boleh menjual kuasa elektrik (drpd sumber generator atau cahaya suria) dgn harga yg lebih murah. Biarlah negara ini ada TEN yg no. 2 atau TEN no.3..Sistem monopoli spt sekarang amat merugikan rakyat. Rakyat tiada pilihan.

      Reply
  • December 3, 2013 at 3:58 pm
    Permalink

    Cakap le apa pun….memang naik punya….hang tak payah sibuk2 le cai

    Reply
    • December 3, 2013 at 4:06 pm
      Permalink

      LOL, kami pun tak pernah halang Mek kalau nak kata apa4

      Mek ni minda dah kena penjara ker dan jadi hamba pada ideologinya!!!

      Mueh4444

      Reply
    • December 3, 2013 at 8:00 pm
      Permalink

      betul tu mekk , kau melalak pasal harga naik TAPI Pakatan naikkan harga rumah kos rendah , naikkan harga air , naikkan cukai , naikkan gaji mereka beratus persen .. terus jadi bisu hahahahahaha

      Reply
      • December 4, 2013 at 10:28 am
        Permalink

        Terpaksa dinaikkan angkara pusat tak pandai handle negara…barang memasing mencanak memanjang…kerajaan negeri terpaksa mendapatkan bahan dari pusat dengan harga yg tinggi….minyak naik kesan nya kepada berjuta perkara…termasuk nilai duit pun semakin menurun…..itu pun nak kena bagi tau ke? …..patutnya benda asas begini lu fikir le sendiri

        Reply
        • December 4, 2013 at 11:21 am
          Permalink

          “Kerajaan negeri terpaksa mendapatkan bahan dari pusat dengan harga yang tinggi..??”

          Kau cakap apa ni Mek, ganja dari negeri mana kau sedut ni?

          Reply
        • December 4, 2013 at 11:24 am
          Permalink

          Hang ni merepek la Mek!!!

          Awat pulak “kerajaan negeri terpaksa mendapatkan bahan dari pusat dengan harga yg tinggi” kena mengena dgn harga rumah kos rendah (kerajaan negeri di bawah pembangkang ada buat rumah kos rendah ker???), naikkan harga air , naikkan cukai, naikkan gaji mereka beratus persen

          Malah apa sebenarnya “bahan” yg perlu dibeli oleh kerajaan negeri dari kerajaan persekutuan!!!

          Cubalah terangkan dgn lebih jelas!!!

          Reply
          • December 4, 2013 at 5:36 pm
            Permalink

            hahaha sebab tu mekk kalau bagi komen memang kena bahan jee , sebanya nyata mek sangat bodoh , dulu syarikat kerajaan Pakatan rugi pun dia boleh tuduh angkara UMNO .. hahahaha bebalnya !!!

        • December 4, 2013 at 5:35 pm
          Permalink

          nilaa aku cakap orang bodoh kalau nak bercakap tentang benda yang dia sendiri taktahu !!!

          naikkan harga rumah kos rendah sebab MB selangor Pakatah yang suruh naikkan harga 30% bayaran untuk negeri Selangor !!! kat mana pulak sebab pusat mekk ???

          naikkan harga air untuk untung lebih !! kat mana pulak sebab pusat mekk !!!

          naikkan cukai sebab cukai dibawah BN adalah murah dan Pakatan perlu meningkatkan pendapatan mereka !! akhirnya rakyat yang merana !! jadi kat mana pulak sebab kerajaan pusat !!!

          Harga Gerai PKNS dinaikkan sebab gerai disewa kerajaan BN terdahulu yang dah banyak membantu bumiputera berniaga adalah terlalu murah , maka Pakatan perlu naikkan untuk meningkatkan pendapat mereka dan sambil itu menghalau peniaa bumiputera

          setelah menaikkan semua tu dan menjual aset kerajaan negeri keuntungan itu akan dijadikan untuk menaikkan gaji pemimpin Pakatan beratus persen

          Reply
  • December 3, 2013 at 10:45 pm
    Permalink

    Setuju sangat pendapat ke 6 saudara shahrir, kita terlupa pada jasa TUN…. Tiada. Siapa yang cuba mengutarakan kpd kerajaan? Memindahkan pakar dari ppinang mmg sgt dialu2kan…. Cina lahanat penang bukannya tahu nak berterimakasih.

    Reply
  • December 4, 2013 at 12:42 pm
    Permalink

    Kalau kita lihat Pembangunan kemudahan awam termasuklah pengangkutan awam dinegara kita ini tidak dilakukan dengan adil dan mampan .Segala bentuk pengangkutan awam dari LRT,Monorail dan yang terbaharu MRT semuanya dibangunkan dan beroperasi dilembah klang atau lebih tepat lagi diKL dan selangor saja.Dengan perbelanjaan yang amat besar MRT hanya boleh digunakan oleh golongan yang berada disekitar nya saja.kenapa mesti bangunkan MRT diKL dan selangor ?Kenapa tidak bangunkan sistem rail untuk semua negeri negeri dinegara ini.Dengan perbelanjaan yang begitu besar untuk membina MRT yang hanya boleh beroperasi dikawasan yang terhad adalah lebih baik peruntukan tersebut dialih kepada pembangunan rail diseluruh negara yang akan menelan perbelanjaan yang jauh lebih murah .Dengan pembinaan sistem rail Dan Monorail diseluruh negara akan mampu merancakan pembangunan yang samarata dan adil untuk semua negeri .bermacam macam pembangunan akan ujud disepanjang laluan tersebut .Pelabuhan pelabuhan baru juga akan tumbuh untuk memudahkan pekilang untuk menghantar barangan untuk tujuan perniagaan .
    SPAD semestinya menumpukan kepada pembangunan sistem pengangkutan darat yang baik dan bukannya melibatkan diri sebagai penguatkuasa undang undang pengangkutan darat seperti sekarang .Biarkan JPJ berperanan sebagai badan penguatkuasaan .
    Pandangan saya supaya kerajaan menghentikan projek MRT peringkat 3.cukup setakat itu saja kerana ia menelan perbelanjaan yang amat besar .Jangan bebankan negara dengan projek kurang mendatangkan kebaikan untuk seluruh negara .Najib dan pemandu mesti bertindak sebelum rayaat meluat dan menyampah kepada kerajaan .HENTIKAN PROJEK MRT.

    Reply
  • December 5, 2013 at 1:42 pm
    Permalink

    Tidak ada kekeliruan. Caj naik 4.99 sen. Yg guna 400kwh, instead of bayar 40.2 sen akan bayar 45.01 sen.

    Reply
  • December 5, 2013 at 2:01 pm
    Permalink

    Yup, saya rasa Menteri ni kurang baik PRnya. Tapi tak de lah kekeliruan pn. Semua pengguna yg tidak menggunakan lebih 300kwh sebulan tak de kenaikan. Guna lebih akan naik 4.99 sen.

    Reply
  • December 5, 2013 at 2:06 pm
    Permalink

    People who use more than 400kwh will be charged from 40.2 to 45.01 sen. No confusion at all.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *