MKPN: Wajarkah Wardina Safiyah Pemecah Belah Masyarakat Menjadi Ahli Panel

Share

PENUBUHAN Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) yang dirasmikan Perdana Menteri petang tadi, dari satu sudut adalah langkah yang baik untuk kerajaan mengumpulkan pandangan dan pendapat dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat.

Walaupun ada yang berpandangan dengan penubuhan Majlis ini kerajaan mengakui secara tidak langsung telah gagal menyatupadukan rakyat sehingga perlu minta pandangan individu yang majoriti daripadanya berada di luar daripada sistem sedia ada untuk menasihatkan kerajaan.

Tapi penulis bersangka baik, apa pun yang menjurus kepada kebaikan (seperti dalam soal perpaduan), kita perlu sokong.

Dari satu sudut yang lain pula, penulis suka nak mempersoalkan kewajaran memasukkan individu-individu yang kita semua tahu amat kuat menentang kerajaan, sebagai ahli Majlis tersebut.

Kalau isu yang dia menentang kerajaan itu ada substance, tak mengapalah jugak, ini kadang-kadang hentam setakat boleh hentam, bukan ada isi apa sangat pun.

Contohnya, bekas artis yang sering menggunakan akaun Twitternya untuk menghentam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib sebagai korup dan tidak layak memerintah, hanya berdasarkan persepsi umum yang dihangatkan pembangkang, seperti ketirisan yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Minah ini tak tahu pun nak beza antara penyelewengan yang dilakukan kakitangan kerajaan, dengan penyelewengan yang dilakukan kerajaan, dan sekarang kerajaan jemput dia untuk jadi ahli Majlis yang bertujuan mencari perpaduan?

Bukan nak menidakkan kebijaksanaan sesiapa yang memilih totok pembangkang ini masuk ke dalam Majlis tersebut, tapi penulis melihat orang macam ini bukan tahu apa sangat pasal perpaduan.  Dia sendiri pun hentam keromo tuduh kerajaan korup hanya berdasarkan laporan Ketua Audit, lagi nak cerita apa pasal perpaduan?

Nampak macam tak berkaitan, tuduh kerajaan korup dengan soal perpaduan, tapi isunya disini adalah kematangan dalam membuat keputusan.  Lagipun yang bikin rosak perpaduan selama ini pun pembangkang juga, bukan orang lain, dan sekarang kita jemput mereka masuk dalam majlis penting seperti ini?

Silap-silap ni besok, kalau pandangannya (yang memang tak masuk akal) tidak diterima kerajaan, dia bila-bila masa sahaja boleh berhenti dan kemudian menuduh kerajaan tidak mendengar pendapat orang macam dia.

Kalau kerajaan menerima pandanganya pulak, orang yang setia menyokong kerajaan selama hari ini, sudah tentulah tak berpuas hati.

Maklumlah, takkan totok pembangkang nak bagi pandangan yang akan menguatkan kerajaan, sudah tentulah pandangan itu nanti hanya akan melemahkan lagi kerajaan.  Mana penyokong kerajaan pun tak akan suka jika itu berlaku.

Itu baru bercakap tentang bekas artis yang perasan masih popular dan ada pengikut, belum lagi kita bercakap tentang orang yang memang well trained dengan politik pembangkang macam Mujahid Rawa atau orang yang selalu bagi kenyataan bola tanggung untuk pembangkang hentam kerajaan macam Saifuddin Abdullah.

Penulis mungkin orang kecil, tidak layak mempersoalkan orang besar di atas.  Tapi penulis tidak nampak bagaimana kerajaan nak mengawal orang dengan latar belakang bercelaru macam itu.

Penulis tak kenal sebahagian besar ahli Majlis berkenaan yang lain, tapi tak perlu ramai pun untuk musnahkan hasrat baik kerajaan dengan penubuhan Majlis seumpama ini, satu dua orang pun dah cukup.

Apa sekalipun, penulis ucapkan selamat berjayalah.  Kerajaan jangan risau, bila orang-orang ini membelot besok, penulis dan rakan yang seangkatan akan berada disini untuk membela kerajaan dari kritikan yang bakal dibuat.

Tak percaya?  Ingat sajalah tajuk artikel ini, senang nak rujuk bila masanya sampai.

p/s Semua gambar dalam artikel ini hanyalah hiasan semata-mata dan dipetik dari sumber terbuka tanpa sebarang pengubahsuaian.

Artikel Berkaitan

Wardina Safiyah Antara Ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara

27 thoughts on “MKPN: Wajarkah Wardina Safiyah Pemecah Belah Masyarakat Menjadi Ahli Panel

  • November 26, 2013 at 12:33 am
    Permalink

    Memalukan , camana totok Pakatan ni nak cakap pasal perpaduan .. perkara asas tentang penyelewengan melalui AG report pun tak faham , camana manusia macam ni boleh dipilih pulak ???

    Lagi satu camana nak struggling bayar yuran uni ??? duit PTPTN lebih dari cukup sampai ada budak yang beli handphone , belanja awek , pi tgk konsert , joli sana sini dan bayar kete pun pakai duit PTPTN ni !!! aduhhhh lagi sekali aku cakap benda asas pun totok Pakatan ni bukannya faham hanya pandai nak putar belit dan lempar fitnah je !!!

    Reply
  • November 26, 2013 at 2:42 am
    Permalink

    mangarut betul tak paham aku dengan pentadbiran najib arini pi amik artis cam wardina boh dalam mpkn lagi baik pi cekup muat artis maharaja lawak saja, pmo tadak tapisan kaa main telan segala cakap pemandu teksi si dris yalla ni pehal.

    sudah terkena sihir kaa carik nahas jerut tengkuk sendiri

    Reply
  • November 26, 2013 at 7:00 am
    Permalink

    dia dapat masuk grup tu pasal jual muka, tu yang dapat, masakan apa pun tak reti sebenarnya perihal negara… tetiba masuk mangkuk hayun nie

    Reply
  • November 26, 2013 at 7:06 am
    Permalink

    tadak adakah mereka yg lebih berwibawa,hendak bercakap mewakili masyarakat mestilah mereka yg ada ilmu yg ada berkaitan dengan semua gerak kerja masyarakat.sosial, pendidikan,teknologi, harga barang, harga rumah, jenayah,alam sekitar,remaja, warga tua, banjir,kanak-kanak,pengangkutan awam, kebersihan, perubatan, penyakit dan pelbagai macam.
    kita mahu ahli panel yg peka, kemukakan pandangan dgn tepat, kemukakan cadangan dgn terperinci, cadangan boleh capai, realiti, bukan fantasi, JANGAN pakai hentam tanpa melihat,keupayaan, kepakaran,kesesuaian dan keutamaan untuk laksanakannya.ADALAH BERBEZA ANTARA ORANG YG BERILMU DGN YG TERNAMA UNTUK BERKESAN MENGUBAH DAN MEMBINA MASYARAKAT!

    Reply
  • November 26, 2013 at 7:45 am
    Permalink

    apa kelayakan perempuan nie masuk jadI Ajk majlis tu ? dan siapa pulak yang bangang cadangan supaya nama dia di masukkan dalam senarai pendek ? apa sumbangan dia pada malaysia dan perpaduan melaysia ? dia sendiri pun hidup celaru fikiran , lagi nak masuk majlis pasal perpaduan ini. tak paham aku.

    Reply
    • November 26, 2013 at 7:49 am
      Permalink

      sebagai penyokong kerajaan , aku bangkang pembabittan perempuan ini dalam majlis tu . cukup dah ada totok pas si mujahid , lagi bawak artis celaru ni pasal apa ?

      Reply
    • November 26, 2013 at 4:46 pm
      Permalink

      kalau tgk pompuan ni pun apa yang pernah dia buat untuk negara ?? takdepun , melalak kat dalam twitter pun nampak sangat betapa dangkalnya pemikiran pompuan ni , yang hanya setakat pandai menyalak dan menyalahkan kerajaan atas segalanya !! kalau sistem asas negara pun tak faham , camana pompuan ni nak jadi ahli Panel !!!

      Reply
  • November 26, 2013 at 8:21 am
    Permalink

    Pening aku pikir tok jib punyer project. Lpas satu, satu dibuatnye beri byak kelebihan untk opposition hentam balik. Pada aku adalah ckup merbahaya untk menjinakkn ular yg sememangnye berbisa…

    Reply
  • November 26, 2013 at 9:14 am
    Permalink

    Kalau tegeran membina takpe. biar masing-masing jawab dengan allah kalau tak betul.

    Reply
  • November 26, 2013 at 9:34 am
    Permalink

    Memang sukar untuk kita mempercayai dasar kerajaan era DSN ini agak pelik…ruang yang diberikan kepada pengkritik dan pembangkang kerajaan kelihatan istimewa sekali…

    Ianya berbeza dengan keadaan penyokong kerajaan yang dilihat tidak mesra langsung…lihat sahajalah kes mahkamah yang dihadapi oleh perkasa dan blogger …malah tiada ruang untuk NGO yang mempertahankan UMNO/BN pada seblum PRU lepas…ianya agak mengecewakan apabila melihat para pengkritik dan penghentam kerajaan diberi jawatan dalam sistem.

    Adakah kerajaan beranggapan bahawa undi penyokong BN tidak penting…

    Jangan pula mereka yang menentang ini akan diberi tugasan duta pula…hanya kerana lompat masuk menyokong BN tapi undi tidak diberi…

    Reply
    • November 26, 2013 at 11:32 am
      Permalink

      Bukan susah nak fikir rasanya. Najib sanggup buat apa sahaja, termasuk memuaskan hati pembangkang, janji dia terus boleh jadi PM. lebih kurang spesis Nuar juga, cuma Nuar main belakang dan terlalu byk onar.

      Reply
  • November 26, 2013 at 9:43 am
    Permalink

    Yang kat atas tu malas nak komen sebab dah komen dalam bentuk isu yang sama sebelum ni..so keluar tajuk jap…

    Kemelut Pemilihan CEC DAP masih belum selesai walaupun telah hampir setahun berlalu.Masalah perwakilan ‘hilang’ terus menghantui parti itu termasuk dalam pemilihan semula.Diimbas kembali pemilihan parti PKR yang lalu turut menyaksikan keadaan huru-hara yang sama atau mungkin lebih teruk lagi.Dalam pemilihan PKR terdapat 160 aduan serta beberapa perletakan jawatan,tidak termasuk pergaduhan sehingga membawa kecederaan.Kini,Muktamar PAS pula kecoh dengan berbagai-bagai ‘kejadian pelik’ seperti kelibat calon di bilik penyimpanan peti undi dan juga pengiraan yang memakan masa semalaman.Jika DAP pada mulanya menyalahkan komputer dan kemudiannya menyalahkan ROS dan UMNO,PAS pula sehingga setakat ini,masih lagi terpinga-pinga dan belum memutuskan siapa untuk disalahkan.Dalam pemilihan CEC,DAP hanya perlu mengira 1,823 undi.Dalam Muktamar PAS pula,PAS hanya perlu mengira 1,086 undi.Walaupun jumlah undi begitu sedikit dan melibatkan kepentingan ahli-ahli sendiri,pengiraan undi dilihat sebagai amat sukar sekali selain dibayangi manipulasi.Keadaan yang sama juga jelas berlaku dalam pemilihan PKR.

    Bayangkan jika DAP,PAS dan PKR menjadi pemerintah dan perlu menangani proses pilihanraya yang melibatkan 13.3 undi.Bayangkan,jika ahli parti sendiri juga dimanipulasi,apakah jaminan yang mereka tidak akan memanipulasi rakyat ??? Kalaupun mereka tidak pernah memanipulasi undi,apakah jaminan yang mereka benar-benar tahu mengira ??? Sedangkan mengira undi tidak sampai dua ribu pun huru-hara.

    Kesimpulannya,rakyat tidak perlu melihat jauh untuk menilai kredibiliti dan integriti PR.Tidak perlu bersusah payah menganalisa manifesto mereka atau menghalusi isu-isu yang mereka bangkitkan.Cukuplah dengan mengambil proses pemilihan ketiga-tiga parti itu sebagai panduan.Apakah sebuah parti yang tidak tahu mengira dan sanggup memanipulasi ahli sendiri mampu menjadi sebuah kerajaan yang berkesan ???

    APA KATA ANDA ???

    Copy paste from Editor Badut Rakyat

    Reply
    • November 26, 2013 at 11:40 am
      Permalink

      For me, FUCKUTAN is not fit to be even parti pembangkang di Malaysia.

      Asyik menipu jer kerja pemimpin2 FUCKUTAN, pemilihan jawatan parti boleh main tipu2.

      DEMOCRACY IS DEAD in FUCKUTAN.

      Reply
  • November 26, 2013 at 10:01 am
    Permalink

    sapa la punya idea ambik minah acheh yang tak menyumbangkan langsung tu….adooiii..

    takat SPANAR JAYA boleh la…minah tu…soh dia minum susu banyak2 dulu sebelum join benda cam ni…hareeemm

    Reply
  • November 26, 2013 at 11:21 am
    Permalink

    bagus jugak idea najib ni. selama ni wardina duk hentam kerajaan macam2. skrg dia di beri tanggungjawab utk menolong kerajaan hal2 perpaduan rakyat serta masalah rakyat. so kalau dia meroyan nak salahkan kerajaan lagi maknanye dia tak buat kerja lah tu. sanggup ke wardina kutuk diri dia sendiri nanti?

    Reply
  • November 26, 2013 at 11:23 am
    Permalink

    Aku dari dulu tak minat minah ni. Kalau kita tengok bila dia bercakap dalam Alhijrah atau mana2 forum, gayanya seolah2 hanya dia yg tahu satu2 subjek. Lepas tu suka mengawal dan control mic .Kalau ada partner, dia jer nak bercakap. Nampak angkuh pun ada juga. Memang berbulu. Perasan lawa kot.

    Reply
  • November 26, 2013 at 1:26 pm
    Permalink

    Memang mengecewakan. Seolah2 peranan dia dlm mkpn tu adalh mencari kelemahan kerajaan dan mendedahkan dalam tweeter. Tu je kerojenya nanti.

    Reply
    • November 26, 2013 at 2:42 pm
      Permalink

      yes nnt wardina akan ckp, kerajaan sekat cadangan dia.kerajaan itu kerajaan ini..dan dia akn terus m’condemn kerajaan…contoh sudah ade: Menteri di JPM yg asalnye ketua Hindraf…x membawa ape2 manfaat pon dlm kerajaan, lagi nk menjatuhkan, adelah…character yg sama akn dibawa oleh wardina..dah dasar penentang kerajaan.buat ape pon masih nmpk yg buruk2 saahaja…

      Reply
      • November 27, 2013 at 11:01 am
        Permalink

        What do you expect saudari srikandi

        That is what she is good at!!! Blame others if things goes wrong, but take credit when everything goes right!!!

        Reply
      • November 27, 2013 at 8:17 pm
        Permalink

        Ni la kesilapan tang kebijaksaan Najib ni…tak tau nak menafsir psike lahabau Hindraf tu…!!

        Reply
  • November 26, 2013 at 2:15 pm
    Permalink

    ostazah pening abby abadi benci berita ini . keh5..dia yang penat ke sana sini ceramah atas pentas , wardina yang keja main twitter boleh di pilih . line sudah di potong , makin miss la income lepas ini .nak tunggu pru lambat lagi , prk tak tau pulak bila. duduk melantung kat rumah jelah . sambil cari akal baru nak burukkan kerajaan .

    Reply
    • November 27, 2013 at 11:11 am
      Permalink

      Jika diberi pilihan lesser of two evil, I will take Wardina Safiyah drpd Abby Abadi…Abby Abadi lagi tak boleh bagi apa2 idea

      But if option terbuka, and choices limited only to celebrity, ada baiknya aku jemput Shuhaimi Baba jadi ahli MKPN

      But nak buat camana, Najib has decide to take Wardina Safiyyah jadi ahli MKPN

      So good luck to Najib

      Reply
    • November 27, 2013 at 4:26 pm
      Permalink

      Banding kan antara Wardina ngan ustazah tadika Abby tu macam langit ngan bumi…Wardina tu cerdik sikit dari ustazah tadika PASTI tu terutama dalam hal hal teologi…..

      Reply
  • November 27, 2013 at 4:22 pm
    Permalink

    Sepatut nya Najib kena ambil tindakan berani memansukh kan semua sekolah vernakular cina & tamil. Ni la teras yang dah meruntuh kan perpaduan rakyat. Penyatuan & keharmonian bermula dari insan berusia kanak kanak yang di bentuk minda budaya patriotisme bermula di sekolah sekolah mengguna kan satu bahasa ia itu bahasa melayu. Tak da negagha di dunia mempunyai dwi sistem pendidikan ngan medium berbagai bahasa. Cuma satu bahasa jer yang dah berjaya membentuk jati diri sesuatu negara bangsa. Tak guna tubuh kan MKPN kalo teras nya masih tercemaq ngan sisa toksik ultra kiasu seperti Dhong Zong tu….!!!

    Reply
    • November 27, 2013 at 4:27 pm
      Permalink

      Demi perpaduan negara dan keseragaman dalam system pendidikan Malaysia, perlu dimansuhkan sekolah2 SRJK ni…

      Melentur buluh, biar dari rebung

      Reply
  • November 27, 2013 at 6:41 pm
    Permalink

    Rasanya…rakyat majoritinya ok…hidup harmoni wlau berbilang kaum….tp yg jadi masalah ialah adanya puak2 yg dikata penghasut/penyebar fitnah…yg xtau apa cite tp dok sibuk jd tukang karut wlhal hidup cmtu gak.Satu lg grup ialah mereka2 yg ingin popular tp xde kualiti utk jd popular so..terpaksalh diajaknya/dibabitkan rakyat2 kononnya mereka disokong.Inilh antara mereka yg jd punca klamkabut.[Doa wa tiap hari buat adlh sama…sape yg jd musuh,yg mnyusahkn,menganiaya,mnzalimi agama,negara,bangsaku…moga Allah bg petunjuk.Tang petunjuk tu wa x jaminlah cmne]

    Reply
  • November 28, 2013 at 11:16 pm
    Permalink

    Pada aku dari z zaidi, azhar sulaiman, jamal Dan totok umno yg. Jadi artis, baik wardina. Dia kerap jadi pengacara akademik, forum rakyat, motivasi, luas pembacaan Dan lebih bebas politik. Kenyataan beliau lebih pro. Rakyat, bukan pro parti. Syabas Dan tahniah….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *