Muktamar PAS: Beranikah PAS langgar DAP-PKR demi akar umbi?

Share


Selesai sudah Muktamar Tahunan PAS ke-59 di Shah Alam. Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden PAS. Manakala kita dapati terdapat sedikit perubahan pada jawatan Naib-Naib Presiden apabila Mahfuz Omar tersingkir dan diganti oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pun begitu, saya kurang tertarik pada ucapan para pemimpin utama PAS yang berdegar-degar di atas pentas, kuat bunyi sembangnya namun tak ubah seperti “tong kosong”. Sebaliknya, saya lebih tertarik untuk mengulas mengenai suara-suara perwakilan yang membawa mesej dari akar umbi parti itu.

Saya tidak tahu sama ada para pemimpin PAS “take note” atau tidak mengenai suara-suara perwakilan. Namun setiap hari, ada saja dari kalangan wakil akar umbi itu yang marah, berang dan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap rakan Pakatan Haram mereka, PKR dan DAP.

Dari utara semenanjung, hinggalah ke Johor dan Sabah, para perwakilan PAS kali ini benar-benar meluahkan kekecewaan akar umbi mengenai kedudukan PAS yang seolah-olah menjadi “barua” di mata DAP dan PKR. Malah dari ucapan perwakilan di peringkat sayap-sayap PAS juga terasa bahang kemarahan mengenai isu tersebut.

Perkara pokok yang cuba disampaikan oleh para perwakilan adalah mengenai imej PAS yang ternoda sejak bersama Pakatan Haram. DAP dan PKR jelas tidak menghormati PAS sebagai rakan kongsi kuasa di mana parti itu sering di”anaktiri”. Dijanjikan dengan “kemanisan”, namun akhirnya PAS merana perit diperkudakan.

Antara pertikaian yang disuarakan ialah mengenai para pemimpin PAS di Pulau Pinang yang terus menerus tidak diberi tempat di dalam kepimpinan Kerajaan Negeri di bawah Lim Guan Eng, dasar-dasar perjuangan PAS yang di”obselete”kan secara sadis, tahaluf siyasi yang merugikan, hudud yang ditentang DAP dan PKR, serta kebimbangan dominasi Islam liberal dan Syiah di dalam parti itu.

Mungkin bagi memperlihatkan “rasa prihatin” dari kepimpinan PAS terhadap isu-isu tersebut, para pemimpin tetinggi parti itu cuba memujuk para perwakilan dengan kata-kata dan janji manis seperti sebelumnya.

Misalnya, Presiden PAS berjanji akan ke Pulau Pinang untuk menyelesaikan kemelut Kerajaan DAP dengan kepimpinan PAS negeri itu selepas berakhirnya Muktamar dan beliau berjanji akan melaksanakan hudud meskipun menyedari tindakan itu mendapat tentangan hebat dari DAP dan PKR selepas ini.

Persoalannya, mengapa perlu Presiden PAS turun mengadap Setiausaha Agung DAP di Pulau Pinang? Mengapa Presiden PAS sebagai “higher ranking leader” di dalam Pakatan Haram tidak panggil saja Guan Eng datang mengadap dan menjelaskan kemelut yang berlaku di Pulau Mutiara itu? Mulia sangatkah Guan Eng di mata PAS?

Kalau dulu Hasan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor boleh dipanggil mengadap Presiden dan kepimpinan PAS di peringkat Pusat bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan Kerajaan Pakatan Haram Selangor, mengapa pula Guan Eng diberi keistimewaan khas?

Kalau betul pun Presiden PAS tidak berkuasa untuk memanggil Guan Eng mengadapnya, kenapa pula Hadi tidak boleh meminta kepimpinan utama DAP dan PKR mengadakan mesyuarat khas bagi menyelesaikan kemelut tersebut?

Pada saya, kalau Hadi merendahkan martabatnya mengadap Guan Eng kelak, tindakan itu juga mampu menjejaskan imej PAS di mata DAP. Sekaligus, ia akan menambah lagi rasa tidak hormat, pandang rendah dan terus menerus meletakkan kedudukan PAS di bawah kaki DAP dan PKR. Apakah itu yang akar umbi PAS mahu? Bertentangan sekali tindakan itu jika dibandingkan apa yang dimahukan oleh akar umbi, bukan?

PAS akan tetap laksanakan hudud? Kalau difikirkan sejenak, memang sedap bunyinya. Saya pun lega kalau PAS putuskan begitu. Tapi kalau difikirkan, keputusan itu kita sudah dengar sejak tahun 1990 lagi! Sekarang kita sudah dipenghujung tahun 2013, bukan? Ertinya, sudah hampir 23 tahun ungkapan itu dimomokan pada akar umbi PAS, tapi tidak juga dilaksanakan, bukan?

Kalau dulu PAS yang kononnya berlidahkan Islam begitu berani mengenepikan rasa berdosa dengan menipu akar umbi kononnya Kerajaan Persekutuan menolak perlaksaan hudud di Kelantan dan Terengganu, kali ini apa pula alasan mereka?

Dulu PAS tidak cerita pun pada akar umbi mereka mengenai draf hudud mereka yang tidak lengkap, tidak adil, tidak syumul dan memalukan Islam yang bersifat adil. Apakah kali ini PAS akan menggunakan terma “tahaluf siyasi” untuk tidak terus melaksanakan hudud?

Terang-terang DAP dan PKR menegaskan bahawa mereka tidak akan sama sekali bersetuju PAS melaksanakan hudud di Kelantan. Apakah PAS berani melanggar suara Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim? PAS nak cari nahas? Beranikah PAS lawan bertekak dengan DAP-PKR dan seterusnya melaksanakan hudud tanpa restu sahabat “syaitan” mereka?

Untuk melaksanakan hudud, pada saya, lebih baik PAS bermuzakarah dengan UMNO yang jelas mendaulatkan Islam secara istiqamah dan berkhikmah. Kalau dulu draf hudud punya kelemahan, apa kata kalau PAS berbincang dengan ulama-ulama muktabar negara untuk mengatasinya dan melaksanakan hukum tersebut. Saya yakin kalau kena dengan caranya, UMNO akan mengalu-alukan niat PAS itu, bukan?

Lagipun, UMNO tahu bagaimana nak jelaskan tentang sesuatu yang berkaitan dengan hak keistimewaan Islam di negara ini pada rakan-rakan parti komponennya. Saya yakin, rakan-rakan parti komponen BN akan faham dan setuju sekiranya UMNO bijak menjelaskan kedudukan hudud yang mahu dilaksanakan. Apatah lagi kita semua tahu bahawa hukum Allah itu adil dan relevan di sepanjang zaman, bukan?

Justeru itu, saya sarankan agar PAS tidak lagi bersifat retorik dan hanya menabur janji manis pada akar umbinya saja, tapi takut dan tunduk pada pada DAP dan PKR. Cuba kurangkan cakap dan laksanakan saja apa yang perlu diubah PAS. Itupun kalau betul PAS ikhlas dan jujur pada akar umbinyalah. Kalau PAS hanya sekadar beretorik, maka kekallah PAS seperti sebelumnya. Wallahu’alam…


4 thoughts on “Muktamar PAS: Beranikah PAS langgar DAP-PKR demi akar umbi?

  • November 25, 2013 at 4:52 pm
    Permalink

    Apabila Hj Hadi mahu bekerjasama mahu laksanatidak kan Islam dgn UMNO MAKA PD HAKIKATNYA SEMUANYA TELAH DILAKUKAN OLEH UMNO KECUALI HUKUM JENAYAH & HUDUD.

    Bila bercakap soal hudud maka tidak boleh lari dari bercakap tentang negara Islam.Negara Islam secara hukum dan hakikatnya ia itu negara yg melaksanakan hukum Allah samaada penduduknya sesama muslim atau muslim dgn ahli zimmah iaitu kafir yg tunduk dibawah kerajaan Islam.Untuk melaksanakan hudud kuasa mutlak politik mestilah milik umat Islam.Masakan orang kafir mahu setuju dgn hukum hudud jika negara dikuasainya.Oleh itu bagi masyarakat majmuk dinegara ini hudud memang boleh dilaksanakan dgn syarat diatas dimana yg bukan Islam juga tertakluk dengan kedaulatan negara Islam yg berpaksikan undang2 Allah.

    Apakah umat Islam dinegara ini telah menundukkan orang kafir agar patuh kpd Islam, sedangkan UMNO yg memerintahpun berkongsi kuasa dengan orang kafir kerana itulah hakikat politik dlm negara ini.Percayalah, sekiranya hudud dilaksanakan dikelantan dgn hukuman kpd umat Islam sahaja, maka sudah pasti akan timbul kontrovesi jenayah yg melibatkan muslim dgn kafir dan antara undang2 syariah dan undang2 manusia.

    Selain dari itu dasar negara Islam ialah:
    1. TAUHID – mengESAkan ALLAH.dengan itu semua umat Islam mestilah bersatu menghalang pensyirikan Allah dalam isu kalimah Allah mahu ditrinitikan.
    2. UKHWAH – persaudaraan sesama Islam. dengan kenyataan Mat Sabu mahu memerangi UMNO dan mahu mengeratkan persekongkolan dgn DAP dan PKR untuk meranapkan UMNO maka bolehkah kerjasama UMNO/PAS dilaksanakan.

    OLEH ITU SELAGI PAS TIDAK BERLAPANG DADA, DAN TIDAK MENUTUP MATA HAKIKAT SEBENAR POLITIK MALAYSIA DAN HANYA MAHU BERCAKAP KOSONG PERKARA YG BUKAN MUDAH TERCAPAI, SEGALANYA AKAN SIA-SIA.
    MATLAMAT TETAP ISLAM TETAPI UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN TOTAL MESTI BERSABAR, MENGAMBIL MASA DAN BERSTRATEGI MEMPERKASAKAN UMAT ISLAM UNTUK MENGUASAI NEGARA DALAM ERTI YG SEBENAR2NYA!

    Reply
  • November 25, 2013 at 7:13 pm
    Permalink

    Apabila kita membaca kenyataan demi kenyataan pemimpin Pas waima penyokong- penyokong tegarnya pun yg begitu keras dan berapi-api membenci orang Melayu Islam didalam UMNO, orang Melayu di dalam UMNO digambarkan sebagai kafir, munafik , menolak hukum Allah, cetek pengetahuan agama, menyokong segala yang mungkar, sehingga kan sanggup mengatakan orang UMNO bertuhankan pemimpin UMNO. Seolah-olah orang UMNO tiada tempat untuk memperkatakan soal-soal Islam. Bagi mereka, orang-orang Pas umpama telah menjadi pilihan Allah dalam meneruskan kesinambungan Islam di muka bumi Malaysia ini. Tapi yang peliknya, orang-orang yang di katakan sebagai pilihan Allah ini begitu lembut dan layu bila berhadapan dengan cina Dap. Demi dendam kesumat yg begitu mendalam terhadap UMNO, Pas rela bekerjasama dengan Dap meskipun dasar perjuangan keduanya sangat jauh berbeza. Dap yg bukan sahaja anti Melayu, anti Islam yg juga menyokong pertubuhan- pertubuhan yg jelas menyanggah Islam seperti sokongan pada LGBT, murtad dan penggunaan kalimah Allah oleh puak kristian. Adakah orang-orang Pas buta dan tuli, kerana Dap sesekali tidak pernah berlembut terhadap apa sahaja isu berkenaan Islam.Adakah Pas sudah termakan gula- gula umpan Dap ? Orang Pas yg kononya berilmu begitu mudah cair bila melihat cina Dap berlakun mengibarkan bendera Pas, atau beberapa amoy yg memakai T-shirt menyokong kepimpinan Pas ?? Dap sedar mereka tidak akan menang tanpa sokongan Melayu Pas untuk memenuhi cita-cita jahat mereka untuk menjatuhkan pemimpin Melayu di bumi Malaysia ini. Adakah Pas ingin menjadi sebahagian daripada misi memenuhi impian jahat cina Dap mendapatkan tanah Melayu ini untuk di perintah oleh mereka ? Jadi dalam soal berani atau tidak Pas langgar Dap atau Pkr demi akar umbi ? rasanya tidak. Dalam senario politik semasa, demi Dap, Pas sanggup langgar apa sahaja walau agama sekalipun.

    Reply
  • November 25, 2013 at 8:01 pm
    Permalink

    Bolehlah kita umpamakan pemimpin PAS itu cakap berdegar-degar , najis tersangkut atas gelegar.

    Ini cara orang tua2 dikampong kita bercakap yang memberi makna sesaorang itu hanya bercakap besar dan berbunyi hebat. Tiba malam hari apabila mahu buang air besar, untuk ketandas yang biasanya terletak 100 hingga 200 meter dibelakang rumah dia takut. Jadi kerana takut dia berak diatas gelegar atau berandah dibahagian belakang dirumah saja, tak guna tandas. Kerana itu tahinya tersangkut diatas gelegar tak jatuh kebawah terus.

    Dalam bunyi hebat dan penuh semangat itu bila ditegur godfather karpala sial singh dan Lim kit kominis siang, termasok kedalam lah telor hadi, telor husam, telor salehuddin dan jugak mat sabu.

    Kita bukan kenal mereka baru semalam, malah sudah terlalu lama untuk mengenali stail dan kesanggupan masing2. Mereka sering murtabat diri sebagai jaguh tapi hanya jaguh kampong saja.

    Reply
  • November 25, 2013 at 8:26 pm
    Permalink

    Pas mana berani nak langgar dap dan pkr, dia,langgar saja terus mati

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *