Kad Pengenalan Palsu Agenda Pembangkang?

Sebenarnya kita tidak tahu sejauh mana  pembangkang  sanggup lakukan apabila mereka mula bertindak memburukkan dan menghina kredibiliti anggota keselamatan Negara ke tahap maksima secara berterusan.  Sebagai manusia sudah tentu akan  ada silap dan salah dilakukan oleh para anggota keselamatan. Namun cara yang dipilih oleh pembangkang untuk mempropagandakan imej  buruk anggota keselamatan sememangnya tersembunyi agenda yang cukup  jahat dan tersusun.

 

Satu sindiket ‘khas’ dipercayai menjadi dalang menjual kad pengenalan palsu kepada warga asing bagi membolehkan mereka  mendapatkan pekerjaan di negara ini dengan mudah. Kad-kad pengenalan palsu yang dijual oleh sindiket terbabit diperoleh menerusi kegiatan jenayah seperti ragut dan curi. Oleh itu Polis berkerja keras  untuk membanteras warga asing yang mempunyai kad pengenalan palsu dan sindiket khas yang menjadi dalang menjualnya supaya masalah ini diselesaikan segera.

 

Umum amat maklum bahawa kejadian ragut dan curi yang berleluasa ini juga berkait rapat dengan sokongan terhadap penjenayah yang diberikan oleh pakatan pembangkang dalam beberapa kes sebelum ini.  Pembangkang menonjolkan diri sebagai pembela penjenyah  dan pesalah seperti yang berlaku dalam kes Kugan, Amirul Rashid, Teoh Beng Hock dan lain-lain lagi.  Mereka juga mempersendakan anggota keselamatan yang bertarung dan mengadaikan nyawa  mempertahankan Negara dari pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu awal tahun ini.

 

Kita perlu bertindak dengan berganding bahu untuk membanteras jenayah. Sikap negatif  yang ditunjukkan oleh pembangkang jelas meningkatkan keberanian para penjenayah untuk bertindak lebih kejam dalam melaksanakan kejahatan mereka. Dalam pada waktu yang sama lebih banyak kad pengenalan yang berjaya dikumpul oleh sindiket untuk dijadikan kad pengenalan palsu.  Ianya digunakan oleh warga asing yang jauh lebih ganas untuk melakukan jenayah kejam di negara kita.

 

Kita tertanya-tanya samada ini merupakan perancangan pembangkang untuk mewujudkan Malaysia yang tidak aman untuk meminta bantuan Negara luar campurtangan dalam hal ehwal Negara kita seperti yang berlaku di Syria, Iraq, Afghanistan, Mesir dan lain-lain lagi.  Adakah tangan-tangan ghaib ini bersekongkol dengan pembangkang? Semua keberangkalian ini perlu disiasat oleh kerajaan demi memastikan kita tidak terus menjadi barang mainan mereka.

 

Negara kita mengamalkan demokrasi berpelembagaan. Oleh itu semua rakyat tertakluk kepada perlembagaan Malaysia. Maka segala tindakan jahat pembangkang sepatutnya di ambil tindakan tegas terhadap mereka. Sebenarnya juga rakyat sudah muak dengan sikap berlembut kerajaan dalam menangani isu pembangkang.  Baru-baru ini pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sebenarnya mewakili pembangkang telah terlibat dengan tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) di Geneva, Switzerland . Tuntutan Comango itu bertentangan dengan amalan rakyat Malaysia. 80 peratus rakyat negara ini menolak pindaan undang-undang bagi membolehkan perkahwinan sejenis diamalkan. Jelas sekali rakyat tidak menerima budaya asing yang bercanggah dengan norma kehidupan berpasangan.

 

Begitu juga dengan putar belit dah tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang yang bertujuan untuk mengancam keamanan Negara perlu diambil tindakan tegas. Berlembut dengan mereka hanya memualkan rakyat. KETUA Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendakwa penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu. Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.

 
Kini  Anwar Ibrahim mendakwa, kenyataan tersebut diputar belit blogger Umno dan bukannya daripada pimpinan pembangkang. Kononnya kenyataan mereka  bersabit pengundi luar hanya menyentuh beberapa pengundi awal yang mempunyai rekod warganegara luar. Kedua, kononnya kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz (Mohd Yusof) ada 62,000 pengundi diragui masuk dalam daftar pemilih. Ketiga kononnya kenyataan beliau adalah selepas undi awal dengan bukti, nama, kad pengenalan dan warganegara, (termasuk India), Bangladesh, Indonesia dan Filipina, dalam kategori warganegara ini boleh masuk dalam sebagai pengundi awal di bawah tentera dan polis?

 

Sikap pembangkang yang kerap baling batu sembunyi tangan tidak boleh lagi diterima rakyat. Kes kad pengenalan palsu hasil dari jenayah ragut dengan kerjasama erat sindiket yang dimanipulasikan pakatan pembangkang merupakan  isu yang bakal menjadi modal untuk menuduh kerajaan Barisan Nasional dengan bermacam-macam tohmahan dan fitnah jahat yang bermotifkan merampas Negara untuk pembangkang.

 

Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap tohmahan pembangkang bukannya sekadar membiarkan masa membongkar pembohongan pembangkang. Sikap ini bakal membuatkan pejuang sejati Negara dan rakyat terpaksa menerima akibat dari sikap ambil mudah kerajaan ini.

6 thoughts on “Kad Pengenalan Palsu Agenda Pembangkang?

  • November 24, 2013 at 1:46 pm
    Permalink

    Pembangkang boleh melaksanakan apa saja gerakan dgn sistematik dlam usaha nak menjatuhkan kerajaan dan kerapkali berjaya antaranya menyusup masuk dalam sektor perkhidmatan awam dgn merekruitkan pegawai2 baru dipilih dilakukan oleh org2 berpengaruh di kementerian2 yg merupakan musang berbulu ayam contohnya memasukkan bekas ketua2 pelajar yg pro pembangkang dari institusi2 pengajian tinggi awam dan swasta untuk mejawat jawatan2 di pelbagai kementerian.Mereka benar2 mengambil kesempatan di atas kelemahan pengurusan di kementerian2 yg ketua2nya lemah ,syok sendiri dgn gaji lumayan tidak mustahil kalau lebih banyak lagi rahsia kerajaan bocor di masa2 hadapan.

    Reply
  • November 24, 2013 at 4:12 pm
    Permalink

    Ini semua salah PAS…

    Reply
  • November 24, 2013 at 6:23 pm
    Permalink

    Pembangkang negara ini yang menamakan diri mereka sebagai pakatan rakyat hanya layak bergelar pakatan haramjadah kerana kemenangan mereka didalam pilihanraya adalah hasil dari penipuan,fitnah,memecahbelah masyarakat,melaga-lagakan rakyat dan segala macam teknik manipulasi untuk mengelirukan rakyat..,kalau dalam Islam makan hasil dari benda syubahah pun sudah haram,..,.apatah lagi hasil yang terang dari penipuan untuk menang pilihanraya,,..semua wakil rakyat Islam dalam pakatan haramjadah yang menang dalam pilihanraya lepas yang menipu untuk menang, jelas memakan duit haram dari jawatan yang dipegang oleh mereka dari kegiatan penipuan mereka,,..,yang bukan Islam hasil haram dah memang jadi darah daging mereka tak hairanlah..,.kalau tidak mahu menanggung dosa makan duit haram elok letak jawatan saja kemudian hanya tunggu pilihanraya yang lain saja samaada mereka layak atau tidak memegang jawatan tersebut,,..aku rasa orang PAS lebih arif tentang hukum-hakam ni,,. aku nak lihat sikit sejauh mana orang yang begitu ghairah untuk menghukum orang memutuskan hukum untuk diri mereka sendiri…,boleh tolong jawab orang PAS dalam ni terutamanya bujuk dan lemmmoo..!!

    Reply
    • November 26, 2013 at 12:15 pm
      Permalink

      Bujuk dari hari tu kata member2 dia di kalangan pendatang asing yg mempunyai IC palsu masih lagi tidak membuat police report…

      http://www.mykmu.net/?p=37036

      BUJUK ADALAH SALAH SATU CONTOH PENGKHIANAT NEGARA!!!

      Reply
  • November 24, 2013 at 6:48 pm
    Permalink

    sindiket yg jual kad pengenalan palsu ni milik org pakatan , tu yg mereka tau semua

    Reply
  • November 25, 2013 at 12:48 pm
    Permalink

    Kalau dah pas begitu, lantaklah. Tapi orang umno ambil tindakan sesuatu agar membuka minda orang-orang melayu. Kalau depa pakai taktik islam, why not umno juga. Cara taktik kotor dapigs, kita juga guna cara penguatkuasaan yang tegas, cinekan banyak gangster, jadi masukkan lokap jer.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *