Sampai bila Nik Aziz dan PAS mahu permainkan hudud Allah?

Share


Sebagaimana siri-siri Muktamar PAS yang lepas-lepas, siri Muktamar parti itu kali ini juga tidak terlepas dari polemik berkenaan melaksanakan hukum hudud. Malah sebelum Muktamar PAS diadakan, isu hukum hudud ini sudah mula ditimbulkan apabila Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan menyatakan kesediaan melaksanakan hukum tersebut.

Pun begitu, saf kepimpinan Kerajaan PAS Negeri Kelantan memandang sepi kesediaan Jabatan Kehakiman Syariah negeri itu dan dilihat cuba “melarikan diri” dari menyentuh soal yang pernah dijanjikan PAS sejak tahun 1990 lagi. Dan perkara itu terus meleret-leret…

Beberapa pemimpin DAP tampil marah-marah dan menggesa PAS supaya tidak melaksanakan hudud di Kelantan. Timbal balasnya, beberapa pemimpin PAS termasuk calon yang bertanding Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia cuba bergaduh dengan DAP mengenai soal perlaksanaan hudud itu.

Ditambah pula dengan kenyataan Karpal Singh yang mahu parti politik yang berasaskan agama diharam dan dibubarkan, makin menjadi-jadilah drama di antara PAS dan DAP. PAS suruh Karpal minta maaf. Tapi sampai sekarang Karpal buat “derkkkk” saja, langsung tiada rasa bersalah menempelak PAS secara sinis…

Terbaru, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berjanji melaksanakan hudud ketika berkempen pilihanraya pada tahun 1990 bersuara mengenai hudud di Kelantan. Katanya, dia optimis hudud akan dilaksanakan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Di dalam satu perjumpaan bersama Tok-Tok Guru Pondok dari Kelantan yang saya kira lebih tinggi ilmu dan kefahaman Islamnya berbanding Nik Aziz, masih terngiang-ngiang di cuping telinga saya dengan keluhan mereka terhadap janji Mursyidul Am itu dan kepimpinan PAS berkenaan perlaksanaan hukum hudud.

Kata mereka, ketika berkempen, para pemimpin PAS inilah yang berjanji akan melaksanakan hukum hudud di Kelantan sejurus selepas ayam jantan berkokok dikala subuh hari jika parti mereka berkuasa di negeri itu. Itu janji mereka (PAS) pada kempen pilihanraya di tahun 1990 dulu.

Bila sudah berkuasa, bukan saja ayam jantan sudah berjuta kali berkokok, malah ayam jantan itu pun sudah hilang nyawa, namun hudud masih belum dilaksanakan di Kelantan. Bila ditanya, “kita sedang usahakan”, itulah jawapan mereka meskipun sudah lebih tiga tahun (1993).

Hatta selepas berkali-kali pilihanraya umum dilaksanakan, hukum hudud masih belum dilaksanakan PAS di Kelantan. Bila diungkit kembali, jawapan yang diberikan kepada Tok-Tok Guru Pondok itu ialah “PM (Tun Dr. Mahathir) tolak dan tak benarkan hudud dilaksanakan di Kelantan”.

Kata Tok-Tok Guru itu, meskipun mereka hanyalah Tok-Tok Guru Pondok, mereka tidaklah bodoh dan jumud untuk ditipu Mursyidul Am PAS dan kepimpinan PAS Kelantan itu. Kata mereka, mereka sedar bahawa terdapat kepincangan dan pelbagai kelemahan di dalam draf hudud yang dipohon PAS untuk dilaksanakan di Kelantan.

Kata mereka, mereka juga tidak mahu hudud yang tidak adil dilaksanakan di negeri Serambi Mekah itu. Mereka malu jika hukum Allah yang dicipta dan didraf PAS Kelantan itu dikatakan tidak adil. Mereka tak mahu Islam dipersalahkan di atas kelemahan dan kekurangan ilmu syariah PAS tersebut.

Kata mereka, kalau ada kepincangan yang dilihat di dalam draf tersebut, mengapa PAS Kelantan tidak berusaha mengatasi segala kekhilafan itu? Mengapa PAS berputus asa hanya dengan tiga kali membuat draf hudud sahaja? Kenapa PAS tidak terus mengkaji dan terus berusaha untuk sempurnakan kekhilafan tersebut?

Ketika itu timbullah dakwaan dari Tok-Tok Guru Pondok itu menyatakan bahawa sebenarnya PAS sememangnya tidak mampu untuk menjayakan perlaksanaan hudud di Kelantan. Malah PAS dikatakan tidak mampu beristiqamah dalam perjuangan melaksanakan hudud. Paling teruk, PAS dikatakan hanya “menyanyikan lagu hudud” untuk memancing undi dan mengabui mata umat Islam supaya menyokong parti itu!

Itulah jadinya bila hukum Allah dijadikan “barang perniagaan” oleh PAS. Saya kira, Allah SWT tidak pernah redha jika agamaNya itu diperdagangkan sebegitu rupa. Kononnya untuk Islam, padahal nak siapkan draf pun tidak mampu, apatah lagi untuk melaksanakan hukum Allah tersebut?

Pada tahun 2011, kedengaran pula PAS nak usahakan kembali perlaksanaan hukum hudud. Kononnya sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk tujuan itu. Namun baru-baru ini pecah tembelang apabila PAS mengaku bahawa jawatankuasa itu tidak pernah bermesyuarat dan hanya mengadakan 4 kali pertemuan tidak rasmi sahaja. Habis? Macam mana nak laksanakan jika tiada usaha serius?

Sepatutnya PAS mengambil contoh Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan yang sudah bersedia melaksanakan hudud sejak tahun 1993 lagi. Ketika PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 dulu, Jabatan berkenaan telah mula berusaha mempersiapkan diri untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Namun seperti Tok-Tok Guru Pondok di Kelantan, penantian Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan untuk melaksanakan hudud sehingga sekarang masih belum menjadi kenyataan. Hudud terus meniti di bibir para pemimpin PAS, tapi sampai sekarang “habuk pun tiada”. Kalau menurut Rasulullah SAW, apakah hukum bila seorang muslim tidak menepati janji? Dari golongan apakah mereka yang mungkir janji?

Sebagai salah seorang umat Islam, saya sebenarnya menyokong penuh usaha mana-mana pihak yang mahu melaksanakan hudud. Tak kira PAS atau UMNO, asalkan hudud itu hudud Allah, maka saya sokong sepenuhnya. Tapi kalau hanya pandai janji dan kemudian berlaku munafik, cuba beritahu macam mana saya nak sokong golongan munafik itu? Takkanlah kita umat Islam nak sokong golongan munafik pula, kan?



14 thoughts on “Sampai bila Nik Aziz dan PAS mahu permainkan hudud Allah?

  • November 23, 2013 at 12:21 pm
    Permalink

    aku tak mahu bercakap soal hudud kerana kekuatan umat Islam dalam pelbagai perkara dan dapat menguasai bangsa dan penganut agama lain maka soal hudud akan menjadi ‘kacang’ untuk dilaksanakan. soalnya sekarang dimana kekuatan orang melayui yg beragama Islam.dalam parlimen pun undi melayu berpecah dan terkial untuk mencapai undi dua per tiga.
    sebelum hudud dapat dilaksanakan dikelantan misalnya sejauh mana:
    * rumah pelacuran telah dihapuskan oleh kerajaan negeri.
    * sejauh mana penjualan arak dapat dihapuskan drp dibeli oleh orang Islam
    * sejauh mana peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran diambil tindakan untuk mengelakkan perlakuan mencuri dinegeri kelantan.
    * apakah kaedah kerajaan negeri untuk mengasingkan percampuran lelaki perempuan dalam semua bidang untuk mengelakkan kejadian maksiat, khalwat dan perlakuan sumbang.
    * dimanakah hadnya orang perempuan perlu berada dan bekerja untuk mengelakkan fitnah.
    * apakah hukuman bunuh itu digantung atau dipancung bercerai kepala dari badan.sedah adakah petugas untuk laksanakannya.
    * apakah rakyat sudah diajar untuk melakukan rejam pesalah sampai mati dan sebagainya.
    * sudah adakah prosidur perlaksanaan potong tangan bagi pencuri.
    * hukuman rogol biasanya tidak bersaksi maka bagaimana mahu melindungi kebenaran mangsa yg benar2 dirogol.
    * bagaimana kejadian zina tanpa saksi dalam bilik hotel dan seumpamanya.bagaimana dgn saksinya.

    dan banyak lagi yg aku pasti kerajaan Kelantan atau mana-mana negeri sekalipun belum bersedia dari segi prasarana dan tugasan hukuman untuk melaksanakan hudud.

    janganlah cakap berdegar degar hudud hudud hudud, kerajaan kelantan masih melengahkan kajian aziz bari, jawatankuasa perlaksanaan pun ajknya bersepah tidak dilantik betul. timb menteri besar pun kata masih dalam kajian teknikal sejak 22 tahun yg lalu. cakap tak serupa bikin. menipu.munafik. akan buat.akan buat bila? bila? tak habis2 tipu umat dan tipu Tuhan. Mahadhir jadi mangsa dan alasan..masa pak lah mengapa tak desak..masa najib baru nak sibuk bila ketua peguam sharie mula jolok..kalau tak buat tuli bisu.penipu.

    jangan nak berlagak..kaji dan susun dgn cermat sebelum buat..libya gagal hudud, pakistan gagal hudud dan nigeria pun gagal hudud..yg berjaya arab saudi. sudah berapa kali jawatankuasa perlaksanaan hudud kelantan ke arab saudi untuk belajar perlaksanaan.jawab nya mesti elex..sudahlah..buduk sekolah rendah pun pandai pertikaikan prosidur kerja yg kelam kabut, carca merba, tidak berdokumen, tidak bermusyuarat..cakap luar bilik mesyuarat..ceramah, janji ceramah… membosankan dgn sifat munafik!

    Reply
    • November 23, 2013 at 1:49 pm
      Permalink

      hadi wang pertahan golongan penzina adakah ia layak cakap pasal hudud

      Reply
  • November 23, 2013 at 12:28 pm
    Permalink

    Ini semua salah PAS..

    Reply
  • November 23, 2013 at 1:56 pm
    Permalink

    aku takut jika diimpliment hudud ni bole menambahkan ruang dap/evangelista untuk mempertikaikan islam.contoh jika seorang islam di tangkap mencuri barang kepunyaan cine.tapi mati mati cine tu x nak pesalah di jatuhi hukuman melalui mahkamah syariah dan cuba melalui mahkamah persekutuan.klu x bole ,dia buat rayuan plak kat mahkamah rayuan dgn alasan hukuman islam terlalu ringan la ataupun hukuman islam terlalu kejam.aku pasti mereka pasti kaji setiap loophole bg meremeh-remehkan mahkamah syariah/agama islam kerana mahkamah persekutuan adalah superior kat malaysia.aku rasa itulah antara sebab Tun M cuba untuk elakkan islam jd bahan pertikaian oleh org bukan islam.

    Reply
    • November 23, 2013 at 5:12 pm
      Permalink

      sebab tu salah satu faktor perlaksanaan ialah umat Islam mesti terkuat dan menguasai umat agama lain dan mereka menurut perintah kerajaan Islam tanpa bantahan. baru hukuman hudud lancar tanpa pertikaian.
      dalam bisnes dan bersyarikat pun kalau saham tidak sampai 2 per 3 jangan haraplah dapat buat keputusan muktamat tanpa gangguan bantahan.

      Reply
  • November 23, 2013 at 2:23 pm
    Permalink

    Jelas PAS tidak akan buat hudud selama-lamanya . Hudud hanya satu permainan dan dilacurkan oleh PAS demi kepentingan politik dan kuasa !!!

    tgk jee la pemimpin PAS sendiri dah kata hudud hanya perkara kecil dalam Islam , jatuhnya dah tak wajib lerrr !!!

    Reply
  • November 23, 2013 at 6:14 pm
    Permalink

    Aiik..man pi bujuk,Mooo & mek esah tak nak join ka bincang pasai hudud ni…? Kita oghang rindu kan idealisme ko tu hah…..!!!

    Reply
  • November 24, 2013 at 9:33 am
    Permalink

    Kesian umno mengaku parti melayu Islam terbesar ….tp masih terlalu asing dgn hudud…membincangkan hudud dgn umno hanya sia2 dan buang masa…..kerana tiada terdetik dalam hati umno dan menjadi ” kesalahan” bagi set2 depa untuk laksanakan hudud…alasan demi alasan…detik yg semacam mana lagi yg mau ditunggu umno!!!!!!

    Reply
    • November 24, 2013 at 12:19 pm
      Permalink

      kalau buat kerja jangan jadi macam burung murai mek, riuh bising tapi jubur bertabur taik..habuk tak menjadi. kau lupa ke mek dgn isu kedai gunting unisex kat kota bharu dulu..bukan main semangat kerajaan kelantan nak asingkan lelaki dan perempuan berguntung rambut.. baru dap acah dan bantah dah buat u-turn kembali pd asal. kau nak cakap hudud apa lagi mek di kelantan tu.. semua orang boleh cakap..jkuasa pun lintang pukang, draf hudud yg lama yg bannyak kesilapan tu dah berbetul ke tidak.petugas nak jalankan hukuman dah lantik ke, tukang penggl kepala, tukang potong tangan, tukang sebat, tukang rejam dgn batu..semuanya itu dah bagi faham ke pd rakyat, dah berkursus ke..dah tengok dan belajar ke dr arab saudi. pas hanya cakap kosong..macam poketnya yg kosong tapi nafsu besar nak buat berpuluh macamprojek..akhirnya yg tinggal batu nesan perasmian projek je sejak 22 tahun yg lampau.

      umno bertindak dalam diam, merancang dan meneliti, susun strategi..ambil kira semua aspek..sebab tu mek kamu dapat hidup aman tenteram dan tidur lena di negara ni. bukan mudah mahu menghapuskan undang2 konvensional kerana ianya diguna pakai sejak dahulu oleh semua bangsa dan agama..bukan mudah mahu elakkan bertindihan perlaksanaan antara 2 jenis undang2. kau ingat ini main masak2 ke mek.kau dah kaji ke mengapa negara yg satu bangsa dan majoriti umat islam spt pakistan, libya dan nigeria boleh gagal perlaksanaan hudud. kamu mek dan puak2 pas jenis akal sejengkal sebab tu kamu berdiri sebelum berlunjur, kamu nak berlari sebelum bangun maka sebab tu kamu dan puak kamu jatuh tersembam dan selalu kena buli dan ditertawakan oleh orang lain terutama sekutu kamu sendiri dap dan pkr!nafsu lebih, tenaga kurang..

      Reply
    • November 25, 2013 at 12:55 am
      Permalink

      1. “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

      2. “Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

      3. Hadi pun dah jatuhkan hukum hudud hanya perkara kecil dalam Islam , kiranya dah tak wajib laa mekk

      Inilah PAS mekk yang sibuk nak melacurkan hudud !!!

      Reply
    • November 25, 2013 at 8:48 am
      Permalink

      mek,,,kalau bercakap mcm bangsat baik ko x payah komen la,,,ko sebenar P.B.B – PEKAK-BISU-BUTA.

      Reply
    • November 28, 2013 at 5:57 pm
      Permalink

      Jomlah bincang HUDUD!!!

      OPSSS!!! Hang dah belajar belum pasal hudud Mek, sampai la ni tak berani jawab kenapa definisi Liwat bagi org PAS lain dari definisi Liwat dalam Al-Quran dan Hadis

      http://www.mykmu.net/?p=36975#comment-201874

      JOM LA KALAU BERANI o0o

      Reply
  • November 24, 2013 at 1:26 pm
    Permalink

    org pas ni mcm lembu.klu kat tengah padang, yg die nampak hanyalah rumput.klu org lain bole nampak bawah rumput ada ape.depan padang ada umah siape.tepi padang ada tiang gol.yg diorg tau makan rumput je.rumput dah kene racun pun di telan juga.lepas tu meraung-raung sakit perut.

    Reply
  • November 24, 2013 at 3:24 pm
    Permalink

    Pas, parti tong kosong, berkokok umpama ayam jantan, tapi rupanya ekor berselaput dengan tahi sendiri. Tapi masih meneruskan keegoan, tanpa disedari semakin lama semakin jelas terlihat kedangkalan pemikiran. Pemikiran dendam kesumat yg tiada penghujung membawa padah keatas diri sendiri, Berkokok siang dan malam, bagi menutup kelemahan diri yang masih teraba-raba mencari identiti yang semakin hilang.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *