Pemimpin beginikah yang PAS mahu terus bersahabat?

Hari ini terpampang di dada akhbar tentang kritikan-kritikan dan gesaan terhadap Anwar Ibrahim. Ada yang mahu dia letak jawatan, ada yang mahu dia saman Keadilan Daily, ada yang menghentam dan mencabar kreadibiliti Ketua Pembangkang itu. Semuanya gara-gara dakwaan Anwar yang kononnya BN mengimport 40,000 pengundi Bangla pada PRU-13 yang lalu untuk mengundi BN…

Saya rasa segala kritikan dan gesaan itu tidak berbekas bagi Anwar. Bukan sekali dua dia didesak dan didedahkan segala kelicikan permainan dosanya, tapi dia tetap tidak berubah. Malah lebih menjadi-jadi pula dia. Peliknya, masih ada lagi rakyat di negara ini yang terpengaruh dengan pidato bohongnya itu. Mungkin memang itu kepakaran Anwar yang Allah berikan padanya…

Meskipun Anwar menafikan dirinya bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan itu, namun rasanya satu Malaysia tahu dan setuju bahawa bapa Nurul Izzah itu pernah melemparkan fitnah itu sebelum PRU ke-13 tempohari, bukan? Bukan apa, memang terbukti pun Anwar pernah mengeluarkan tuduhan begitu di Keadilan Daily. Bukti kenyataan pun ada, kan?

Dalam menafikan kezaliman fitnahnya terhadap BN itu, masih lagi dia cuba nak cetus kontroversi? Kononnya BN rancang untuk mendaftar seramai 500,000 pengundi dari Bangla dengan bantuan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)? Tak habis-habis lagi? Masih belum serik dengan dosa fitnah dan syubhah?

Saya tertanya-tanya, bila lagi Anwar nak berhenti dan bersara dari semua ini?

Sudah-sudahlah, Pak Syiekh. Kalau tak malu pada isteri, anak dan cucu sekali pun, malulah pada Allah SWT. Dia tahu segala pembohongan dan permainan fitnah dari Pak Syiekh itu. Tak takutkah nanti nak bertemu denganNya di akhirat kelak? Atau Anwar lebih redha untuk bersama iblis laknatullah ketika itu?

Berbalik pada dakwaan 40,000 Bangla yang kononnya dibawa masuk di Malaysia untuk mengundi BN tempohari, saya mengesyorkan pada Anwar supaya menjejak kembali mengenai idea tersebut. Dari manakah terbitnya idea fitnah itu? Dari dirinya atau dari syaitan? Atau dari rakan-rakan di sekelilingnya?

keadilan daily 40k bangla

Sila tanya Sidiqin Omar, wartawan Keadilan Daily yang bertanggungjawab menulis laporan tersebut di lidah rasmi PKR itu pada 3 Mei 2013 lalu. Tanya editorial Keadilan Daily mengenai siaran laporan berkenaan. Bukan apa, ramai yang dapat “print screen” laporan itu dengan jelas. Semua faham kandungan laporan itu kecuali mereka yang tak faham Bahasa Melayu.

Bukan apa, idea itu memang dari awal tidak masuk dek akal dan sangat mudah dipatahkan. Sebulan lebih fitnah itu dijaja ke serata negara, tapi dapat dipatahkan dengan begitu mudah sehingga ramai yang jelak dan malas nak dengar dakwaan tersebut. Ramai yang tidak percaya dan geleng kepala. Ingat senang nak bawa 40,000 orang Bangla masuk Malaysia dan jadi pengundi? Mustahil..!

Beginilah. Kalau dah terbukti “kantoi”, mengaku sajalah. Kemudian mohon maaf secara terbuka dan tak perlulah nak berdolak-dalik. Malulah pada Allah SWT. Bukankah malu itu sebahagian dari iman? Kalau Allah angkat dan buang rasa malu itu dari hambaNya, maka samalah hambaNya itu dengan haiwan yang tiada rasa malu..kan?

Pesan saya pada para penyokong Pak Syiekh, saya tidak meminta anda semua meninggalkan dia. Jauh sekali memutuskan silaturrahim dengannya. Cuma, selamatkanlah dia dari terus hanyut bertuhankan politik. Dan jika dia enggan dan berdegil, tolonglah jauhkan diri darinya dan mohonlah supaya dia diberi hidayah serta kembali ke jalan yang benar.

Persoalannya, beranikah Wan Azizah, Nurul Izzah, Rafizi, Zuraida dan rakan-rakan Islam Anwar di dalam PKR memulakan gerakan menyelamatkan Anwar? Entahlah. Silap-silap, nak buka mulut pun tak berani, apatah lagi nak bersuara. Wallahu’alam…

20 thoughts on “Pemimpin beginikah yang PAS mahu terus bersahabat?

  • November 22, 2013 at 4:35 pm
    Permalink

    Biarlah yang benak dengan kebenakkan mereka sendiri, Aura anwar hanya boleh mempengaruhi orang yang tak beriman dan tak mempunyai daya fikir yang baik, itu dah resmi manusia, ada yang bijak dan ada yang benak.

    Reply
  • November 22, 2013 at 4:48 pm
    Permalink

    Jangan la pressure Anwar camtu sangat, dia tak boleh stess lebih2 nanti dia cari lubang bontot buat menenangkan jiwa nan lara.

    Reply
    • November 22, 2013 at 4:49 pm
      Permalink

      Takper, lobang bontot Mooh, Tony, Bujuk dan Mek Esah boleh jadi penawar merawat jiwa nan lara Nuar Berahi

      Mueh4444

      Reply
  • November 22, 2013 at 4:51 pm
    Permalink

    pas tak kisah, asal menang di dunia, pas dah lupa akhirat, kalau ingat akhirat pasti dia tak kawan dgn spesis mcm anwar ni.

    Reply
    • November 22, 2013 at 4:57 pm
      Permalink

      Masaalahnya…kat dunia pun depa tak menang.

      kat dunia kalah kat akhirat pun hancur. So apa faedahnya PAS ni ?????

      Reply
      • November 22, 2013 at 5:00 pm
        Permalink

        Betul jugak tu!!

        Kat dunia pun PAS dah fail!!!

        PAS dok kalah jer memanjang, walaupun dgn pertolongan syaitan DAPigs dan Dajjal Al-Juburi (tu pun PAS jadi khadam)

        DREAM ON lah PAS!!!

        Reply
  • November 22, 2013 at 4:59 pm
    Permalink

    LiPAS bukan penumpang di dalam Pakatan Rakyat..memang betoi..LiPAS hanyalah penjaga pakir kepada PR..

    Reply
    • November 22, 2013 at 5:47 pm
      Permalink

      Kau mengata Unit Amal PAS la tew…

      Reply
  • November 22, 2013 at 5:28 pm
    Permalink

    Mana boleh diberi maaf secara terbuka, bawalah perkara begini kemahkamah. Kalau tidak, fitnahnya akan bertambah. Kerajaan perlu ingat, selepas pru13, disebabkan orang ramai berhimpun distadium, diikuti bangsa kiasau buat hal, dengan perhimpunan bersih dll. Tindakannya telah merosakkan moral rakyat seperti dia. Maka wajarlah kerajaan mendakwa anwar bagi menutup mulutnya dan membongkarkan sikapnya yang suka memfitnah. Kita bersabar ada hadnya.

    Reply
  • November 22, 2013 at 5:53 pm
    Permalink

    UMNO Jles..baik umno kawn APCO lagi bagus…siap kasi RM76 juta. K-Pop pun ok jugak….

    Reply
    • November 22, 2013 at 6:05 pm
      Permalink

      hahahahahaha….mooo dah angin satu badan.

      Reply
    • November 22, 2013 at 7:25 pm
      Permalink

      Hehehe… suda saiko.

      Reply
    • November 22, 2013 at 8:27 pm
      Permalink

      apco mana ? apco syarikat jual payung terjun ke” banyaknya ahil unmo guna payung terjun ketika datang persidangan ahli unmo dulu,,kau bodoh sangat mooooooooo

      Reply
    • November 22, 2013 at 8:53 pm
      Permalink

      UMNO jealous tak dapat kawan ngan Nuar Berahi!!!

      Org2 UMNO lubang bontot depa suci lagi, bukan macam hang Mooh, dah dinodai akibat anal fornification oleh Nuar Berahi…

      MUEH4444

      Reply
    • November 22, 2013 at 10:54 pm
      Permalink

      Ini semua salah PAS…

      Reply
    • November 23, 2013 at 2:43 pm
      Permalink

      hahaha moo lembu satu-satu fitnah yang kau dan macai-macai Pakatan sebarkan dah kantoi !!! kau bawak lagi fitnah yang dah lama kantoi macam APCO !! kakakakakakaka lawak betul aku tgk macai Pakatan ni , fitnah tak habis-habis

      Reply
  • November 22, 2013 at 8:23 pm
    Permalink

    Pas merasakan pemimpin yang menipu, pemimpin yang suka memperlekehkan islam, pemimpin yang tidak stabil otaknya merupakan sahabat…

    tetapi pemimpin yang tegas terhadap mempertahankan hak islam dan bangsa dianggap sebagai musuh…

    pelikkan

    Reply
  • November 22, 2013 at 11:50 pm
    Permalink

    Inilah yang berlaku akibat dan kesan dari fitnah munafikun ini!!..

    Reply
  • November 22, 2013 at 11:57 pm
    Permalink

    Nasib baik setakat menyalak macam orang gila,., bukannya lawan bunuh angkara fitnah munafikun ini,.kalau berlaku pembunuhan dan kematian dia ni nak ganti nyawa mereka ka..!!.

    Reply
    • November 23, 2013 at 12:14 am
      Permalink

      ini pr puak2 pk nak tangkap orang je

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *