PAS juga manusia biasa seperti SPR…

Share


Agak kecoh petang tadi dibicarakan tentang insiden penangguhan sementara undian bagi memilih Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam. Khabarnya penangguhan itu disebabkan “ter”salah edar kertas undi pada para perwakilan dan mereka dikehendaki mengundi semula nanti.

Menurut laporan media, proses pemilihan bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden berjalan lancar seperti biasa. Dan penangguhan pengundian itu hanya melibatkan jawatan AJK PAS Pusat itu sahaja.

Baiklah. Sebagai manusia, saya faham bahawa seluruh jawatankuasa pemilihan PAS kali ini juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Mungkin yang terjadi itu hanyalah kesilapan teknikal yang melibatkan “ter”salah edar kertas undi. Itu tidak menjadi masalah kerana saya yakin PAS mampu mengatasi masalah tersebut.

Biasalah. Manusia mana yang sempurna, bukan? Hanya Rasulullah SAW sahaja yang sempurna dan layak digelar maqsum di muka bumi Allah ini.

Pada pemilihan PAS kali ini, jawatankuasa yang dilantik PAS itu hanya perlu menjalankan proses pengundian untuk seramai 1,129 orang perwakilan sahaja. Maksudnya, hanya sejumlah itu saja yang akan mengundi pada Muktamar PAS kali ini bagi memilih AJK PAS Pusat yang baharu.

Berbanding dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang hanya memiliki kekuatan lebih kurang 700 orang tenaga tetap dan sementara, mereka terpaksa meneliti seramai 13,291,385 orang pengundi dari segenap ceruk rantau di negara ini. Saya ulang, SPR perlu berhadapan dengan lebih 13 juta orang pengundi pada PRU ke-13 yang lalu.

Selain itu, SPR juga perlu menapis sebarang kekhilafan di dalam data daftar pemilih di mana ada dikalangan para pengundi yang sudah meninggal dunia masih kekal nama mereka di dalam pengkalan data ekoran kematian mereka tidak dilaporkan kepada SPR (kebanyakkannya hanya dilaporkan di balai polis sahaja).

Begitu juga SPR perlu menambah senarai pengundi baru yang bilangannya beratus-ratus ribu bilangannya setiap kali mengundi. Sudah tentu segala proses memadam nama, menambah nama dan menyemak daftar pengundi itu terlalu rumit serta “menjulingkan mata” sesiapa saja, bukan?

Justeru itu, PAS perlulah bertimbang rasa, bertolak ansur dan faham tentang kepayahan SPR menguruskan daftar pengundi di seluruh negara, bukan?

Maksud saya, kalau PAS boleh tersilap menguruskan proses pengundian bagi 1,129 orang pengundi dan dimaafkan kekhilafan itu, takkanlah PAS tidak boleh maafkan SPR yang terpaksa “menjulingkan mata”, “memerah otak” dan tenaga yang terhad untuk memproses lebih 13 juta pengundi di seluruh tanahair?

Apakah PAS begitu kejam dan zalim sehingga tidak mampu berfikir secara waras untuk bertolak ansur, bersifat memaafkan dan menerima sedikit kelemahan SPR? SPR juga manusia biasa seperti Jawatankuasa Pemilihan PAS yang tidak terlepas dari kesilapan juga, kan?

Usahlah PAS terpengaruh dan terikut-ikut dengan dakyah dan sikap busuk hati DAP dan PKR yang memburuk-burukkan pihak SPR. Pemilihan DAP sendiri kucar-kacir dan kecoh sana sini, pemilihan PKR juga menyaksikan kerusi, penumbuk, sepak dan terajang berterbangan sesama mereka, apakah PAS masih lagi mahu membiarkan diri dipengaruhi oleh golongan yang “kurang betul” itu?

Sesetengah rakan saya menyifatkan insiden penangguhan proses undi AJK PAS Pusat itu sebagai satu “tulah” atau “karma” bagi PAS yang sebelum ini turut memburuk-burukkan SPR pada PRU yang lalu. Kata mereka, “Allah bayar cash di dunia” bagi segala kutukan yang PAS lemparkan pada SPR.

Namun pada saya, “buang yang keruh, ambillah yang jernih”. PAS perlu kembali ke jalan yang benar. Bukan kembali ke jalan asal PAS, tapi kembalilah ke jalan Allah yang hakiki, jalan lurus yang diredhai. Bukan jalan politik yang bersifat duniawi. Bukankah hidup di dunia ini hanyalah ujian sebelum ke akhirat?

Justeru itu, PAS harus bermuhasabah diri kembali. Kenali diri sendiri dan betulkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum memperbetulkan pihak lain. Kalau PAS sudah di landasan yang betul, perbetulkan pula PKR dan DAP yang kini menjadi sahabat-sahabat PAS. Seterusnya barulah PAS akan dihormati UMNO dan BN.

Yang peliknya, apa yang saya dan rakyat lihat selama PAS di dalam Pakatan Haram, PKR dan DAP pula yang sering menafikan perjuangan dan memalukan PAS dengan pelbagai polisi yang bertentangan dengan Islam! Siapa yang betulkan siapa? Harap PAS renung-renungkanlah kebenaran ini dan elakkanlah menuding jari pada pihak lain.

Bak kata ulama, “hasib nafsaka qabla an tuhasib” – perhitunglah diri kamu sebelum kamu diperhitungkan…Wallahu’alam.



10 thoughts on “PAS juga manusia biasa seperti SPR…

  • November 23, 2013 at 7:14 am
    Permalink

    sejak aku mengenal dunia politik dinegara ini dan meneliti yg mana satu untuk dipilih aku sering melihat Pas terlalu kerap meyalahkan sesiapa sahaja yg berada dikelilingnya seolah-olah dialah yg paling betul, sempurna dan tidak melakukan kesalahan:
    dlm soal beragama seolah dialah Islam yg benar orang lain kulit sahaja.
    dlm soal berkawan dulu dikatakan UMNO kafir kerana bersekutu dgn India/Cina kini dia berkawan lebih teruk dr itu..penganjur murtad dan LGBT pun disapunya.
    dulu-dulu buat pintu gerbang Darul Ehsan pun dikatakan membazir, buat jembatan Pulau Pinang dikatakan tak perlu, buat KLCC dikatakan membazir dan bina Putra Jaya mahu dilelongnya jika berkuasa.
    bukan setakad itu isteri PM pun jadi bahan fitnah tetapi isteri Nik Ajis yg memegang geran tanah kerajaan di Kota Bharu dgn diletakkan namanya, disorok dan dibisukan bila dibicarakan.
    apa kerajaan buat semuanya tak betul, ekonominya, ketenteraannya, kepolisiannya ,anggota kerajaan dan apa saja semuanya tak betul dan dia sahaja yg betul.
    SUDAH BANYAK KALI ALLAH MEMBALAS DAN MENUNJUKKAN KETERLANJURAN PAS UNTUK TATAPAN SEJARAH…PANJANG KALAU MAHU DISENARAIKAN..Hakikatnya Pas telah tertutup pintu hatinya dan dibutakan oleh Allah untuk melihat kelemahan sendiri… isu ‘pengundian’ dimuktamar tersebut adalah sengaja Allah jadikan peristiwa…tetapi manusia yg telah deria maruah mana peduli semua itu dan Pas tetap dengan ego, kebanggaan dan terus melilit serban besarnya untuk melindungi kepalanya yg kosong dari kebenaran!

    Reply
    • November 23, 2013 at 12:11 pm
      Permalink

      Alhamdulillah…Bernas sekali hujah yg. dipaparkan oleh pihak tuan…Syabas!!!

      Reply
  • November 23, 2013 at 11:31 am
    Permalink

    Apa alasan kali ni? Excel salah kira atau komputer kena virus atau otak orang PAS yang dah kena virus…

    Reply
  • November 23, 2013 at 12:13 pm
    Permalink

    Ini semua salah PAS…

    Reply
  • November 23, 2013 at 12:49 pm
    Permalink

    ni smua kerje2 sabotage umno!!!tuhan bagi ujian untuk uji tahap keimanan kami.tapi klu kne kat umno, kami kira itu adalah bala atau murka tuhan.pulokk da….

    Reply
  • November 23, 2013 at 2:05 pm
    Permalink

    Mereka tak celup jari sbg tanda dah undi ka.. kalau Nik Amar menang nampaknya ada undi hantu dari Bangladesh yg telah dibawa masuk melalui sempadan Bukit Kayu Hitam.

    Reply
  • November 23, 2013 at 2:20 pm
    Permalink

    diorang x main celup jari mcm yg diorang cadangkan sendiri.skang sblm mngundi ,diorang tebuk kat telinga.rockkkkkkkUUU

    Reply
  • November 23, 2013 at 2:26 pm
    Permalink

    SPR bukanlah manusia yang sama dengan PAS .. PAS adalah manusia penipu dan munafik !!!

    Reply
  • November 23, 2013 at 3:01 pm
    Permalink

    Ahli2 PAS tu manusia ker???

    Bukankah ahli2 PAS itu anjing DAPigs!!!

    WORF4444

    Reply
    • November 23, 2013 at 6:48 pm
      Permalink

      Pas ada la manusia manusia tak punya akal walo pun ada otak. Lembu pun lagi tinggi martabat nya ngan manusia dari puak puak hamPAS ni…pemimpin & penyokong depa mudah di perguna kan untuk keuntungan oghang lain tapi lembu tak pernah di perdaya kan oleh manusia bebal macam hamPAS ni….!!!

      Reply

Leave a Reply to omega Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *