Syiah, Ajaran Sesat atau Kongsi Gelap Punca Pembunuhan Ketua Penguatkuasa JAIP?

Oleh Zul Rawi

Ramai yang terkejut dengan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik yang dilaporkan maut ditembak oleh seorang lelaki semalam. Kejadian berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Paling memeranjatkan ialah, ada yang mengatakan pembunuhan Allahyarham Ahmad Raffli sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan penguatkuasa JAIP yang sebelum ini dilihat begitu aktif cuba membanteras perkembangan ajaran sesat Syiah di negeri itu.

Menurut sumber polis, tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut dan dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa. Suspek juga dipercayai memakai pakaian jubah berwarna hitam dan berkopiah.

crimescene

Analisa awal mengatakan berdasarkan warna pakaian yang digunakan, ada asas untuk mengaitkan pembunuhan tersebut dengan ajaran sesat Syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini. Malah usaha proaktif yang dijalankan mangsa terhadap ajaran sesat Syiah, juga dikatakan sebagai punca utama menyebabkan kemarahan pengikut fahaman tersebut yang akhirnya menyebabkan mereka cuba mengambil pendekatan mudah dengan membunuhnya.

Ini kerana pengikut ajaran sesat Syiah dikatakan amat menyukai warna hitam berbanding warna-warna lain, kerana ramai di kalangan ulama besar ajaran sesat itu sering menjadikan warna hitam sebagai warna rasmi mereka. Malah terdapat beberapa kes, di mana pengikut ajaran sesat itu yang meninggal dunia dikatakan turut dikapankan dengan kain yang berwarna hitam yang dibeli dari Iran.

Seterusnya ketika PRK Sungai Limau baru-baru ini, banyak kelihatan bendera Pas yang dikontraskan dengan latar belakang berwarna hitam. Sedangkan kebiasaannya Pas hanya menggunakan warna hijau-putih sebagai bendera rasmi mereka. Bagi mendapatkan kepastian beberapa orang penduduk tempatan yang ditemui mengatakan bendera yang berwarna hitam-putih itu telah dipasang oleh penyokong Pas yang berfahaman Syiah.

Paling menarik, Harakahdaily yang merupakan media rasmi Pas ketika melaporkan pembunuhan ini turut menyatakan Allahyarham Ahmad Raffli dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang. Seolah-olah bersetuju dengan andaian ia mungkin berpunca dari pengikut Syiah. Tidak cukup dengan itu, ruangan komen yang dikirim pembaca di dalam portal tersebut turut merasakan Syiah mungkin dalang di sebalik pembunuhan ini.

JAIP sebelum ini dilaporkan telah menahan seorang imam 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran sesat Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur, Muadzam Shah. Hasil maklumat awam, serbuan yang dijalankan berjaya merampas beberapa buah buku berkaitan Syiah selain tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu turba dan sehelai kain kapan yang digunakan penganut ajaran itu.

Di dalam serbuan tersebut, JAIP turut menangkap seorang peneroka yang berasal dari Kelantan di Felda Selancar 1 kerana dipercayai telah mengamalkan ajaran Syiah selama enam tahun dan menjadi imam di masjid ladang di situ lebih 20 tahun lalu.

Kesemua alatan dan barangan berkaitan Syiah itu diperoleh oleh imam berkenaan ketika mengikuti lawatan ke Iran empat tahun lalu. Sebelum menyertai Syiah, lelaki tersebut dipercayai telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan Syiah di beberapa buah lokasi antaranya di Gombak, Selangor dan Segamat, Johor. Kerajaan negeri Pahang pada 12 September yang lalu telah mewartakan pengharaman ajaran sesat Syiah di negeri itu.

Selain Syiah, Allahyarham Raffli turut dikatakan sedang mengendalikan sekurang-kurangnya 2 kes besar yang melibatkan kes TUHAN HARUN dan OPERASI KELAB MALAM. Pada 12 Mei lalu, beliau telah membuat sidang akhbar berhubung pemburuan seorang ketua ajaran sesat, HARUN MAT SAAD dan para pengikutnya setelah mereka gagal tampil di mahkamah untuk dibicarakan.

Harun sebelum ini didakwa kerana menyebar ajaran sesat dengan mengaku dirinya sebagai Tuhan Harun atau Tuhan 2013.

Kesimpulannya, sama ada Syiah benar-benar terlibat atau tidak dalam pembunuhan ini, biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan menangkap mereka yang bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan.

18 thoughts on “Syiah, Ajaran Sesat atau Kongsi Gelap Punca Pembunuhan Ketua Penguatkuasa JAIP?

  • November 11, 2013 at 9:46 am
    Permalink

    Mohon pihak polis siasat dengan teliti dan segera kes ini…kita berharap kakitangan dan penguatkuasa yang bertanggungjawab janganlah risau dan berdukacita jadikan kejadian ini semangat bagi menengakkan kebenaran dan keadilan…

    perilaku penjenayah ini pasti akan dihukum..Malaysia perlu dibersihkan dari fahaman syiah dan ajaran sesat lain…

    Reply
  • November 11, 2013 at 10:16 am
    Permalink

    Syiah seperti sedia maklum mempunyai satu amalan iaitu bertaqiyah…

    menzahirkan sesuatu mengikut kesesuaian keadaan dan menyembunyikan yg benar(akidah syiah)..

    Syiah bila dah dapat kuasa… habislah…

    Syiah skrg bergiat untuk mendapatkan kuasa melalui politik…

    harap pihak polis dapat menyiasat dan menemukan sebab pembunuhan Akkahyarham Raffli..

    Reply
  • November 11, 2013 at 10:36 am
    Permalink

    PAs=Syiah memang sinonim…Tanya mat sabun tu..

    Reply
    • November 11, 2013 at 12:06 pm
      Permalink

      kalau mat sabut sembahyang kena pakai batu karbala iraq,

      Reply
  • November 11, 2013 at 12:22 pm
    Permalink

    Macam sial je page ni ngan pengomen2 semua

    Reply
    • November 11, 2013 at 8:22 pm
      Permalink

      Yang bangsat adalah PAS kerana PAS ada penganut ajaran sesat didalamnya. Kegiatan yang sengaja dibiarkan berkembang subur walau pun kita tidak kata yang mereka beri galakan utk itu.

      Umno tidak bangsat. Satu parti yang memerintah tidak boleh jadi bangsat.

      Reply
  • November 11, 2013 at 2:09 pm
    Permalink

    syiah semakin berani kat malaysia ni, mungkin sebab ada org politik dr parti tertentu menjadi god father mereka

    Reply
    • November 11, 2013 at 3:22 pm
      Permalink

      Orang politik tertentu ?????? hang toksah berselindung…bila kerajaan Kedah mengharamkan syiah, apa PAS buat ?? bantah !!

      Reply
  • November 11, 2013 at 2:44 pm
    Permalink

    Marilah kita sedekahkan al fatihah kpd allahyarham

    Reply
  • November 11, 2013 at 4:42 pm
    Permalink

    pembunuhan keatas seorang umat Islam yg bertugas membenteras kemungkaran akidah adalah satu gambaran penentangan sipembunoh terhadap pengamalan dan kesucian agama Islam yg dipertahankan dinegara ini.ini bukan isu kecil..
    segalanya bermula dgn politik melayu..
    pas tidak boleh dinafikan jika ianya berkaitan dgn syiah, maka pas lah satu-satunya pertubuhan melayu yg membawa unsur syiah sejak zaman revolusi iran, ayatollah khomenie..pas sendiri mengakui telah meniru beberapa doktrin pengamalan syiah iran untuk dijadikan amalan parti… ha hadi suatu masa dulu pernah mengaku sedia menerima apa sahaja fahaman untuk menyertai dan memperkuatkan pas.. dan benarlah pengakuan nik aziz, syaitan lebih layak bersahabat dgn pas asalkan bukan umno.
    api masa kecil jadi kawan bila dah besar memang menjadi lawan. hari ini seorang individu diserang dan dibunoh, maka tidak mustahil dimasa akan datang spt dinegara aran, sebuah mesjid diserang dan dibom oleh puak syiah atas dasar dendam dan kepercayaan darah sunni halal buat mereka…sekarang kita berperang dgn musuh yg tidak dikenali!

    Reply
    • November 11, 2013 at 7:38 pm
      Permalink

      Mengapa kita sebagai orang islam kalau ia pun berlainan pegangan tidak semistinya sampai berbunuh bunuh .Jangankah kita terus menuduh ianya angkara syiah.ASebab ada kemungkinan ianya angkara kongsi gelap yang diupah untuk melakukanya kerana sebab sebab tertentu.persoalanya kenapa pembunuh mesti memakai jubah hitam?adakah ia memang berniat untuk memberi tahu sesatu?Ataupun ada orang lain memakai pakaian jubah agar tuduhan dilemparkan kepada syiah atau kumpulan Islam sendiri .Ini jelas untuk meletakan kita umat Islam didalam suasana tidak aman .adakah kita akan berbunuh bunuhan sesama kita macam apa yang terjadi dibeberapa negara arab?Pada saya eloklah pihak berkuasa melihat dari berbagai sudut.
      Memang ada kecendrungan dari beberapa puak bukan Islam sejak kebelakangan ini menunjukan sikap mencetus suasana curiga dan mencabar kesabaran .

      Reply
      • November 11, 2013 at 10:23 pm
        Permalink

        sejak peristiwa mamali sememang umat islam telah mula berbunuhan dinegara ini. kita sememang tidak mahu itu semua terjadi..soalnya sejak dari dahulu kita mengabaikan puak dan kumpulan yg menjadi punca semua itu berlaku.. masaalahnya juga puak2 yg berkenaan tidak pernah merasa bersalah dgn apa yg mereka lakukan. mereka umpama pembela buaya kecil..apabila buaya tersebut semakin besar dan membahayakan, mereka lepaskan begitu sahaja..apabila binatang tersebut memudharatkan orang lain, mereka lepas tangan dgn berkata, ” ITU BUKAN SALAH KAMI, DIA YG MELAKUKANNYA BUKAN KAMI”. senang sahaja mereka melepaskan tanggongjawab. hal inilah yg mesti dipandang serius oleh pihak kerajaan. puncanya, puncanya yg mesti dihapuskan!

        Reply
        • November 12, 2013 at 6:25 pm
          Permalink

          jgn lupa majoriti anggota al-maunah merupakan penyokong dan ahli PAS…PAS lepas tangan juga tak nak bertanggung-jawab

          Reply
  • November 11, 2013 at 9:17 pm
    Permalink

    Salam,

    PAS merupakan sarang pembiakn syiah sejak bertahun2 dlu, dan pemimpin PAS terutama Nik Ajis dan Hadi sebok jaga tepi kain UMNO.. Harakah@Haprak setiap kali keluaran tk henti2 cerita pasal UMNO.. UMNO itu UMNO ini.. tp Tuhan nk tunjuk akibt byk sgt cari aib UMNO, rupanya perosak Aqidah Islam berada dalm tubuh mereka-PAS.

    MP P.Buntar, Mujahid Rawa merupakan seorang pendokong pluralism, dan amat marah jika ada pihak yg komen keburukan Syiah.. sehingga kerap kali ddl khutbah beliau menghentam UMNO yg sibok pasal Syiah..

    Itu jelas mereka rosak Aqidah.. PAS dr dulu perosak Islam. Jika Daulah Islam muncul di bumi Malaysia, Insya Allah yakinlah bkn dr PAS Laknatullah.. tp akan dtg dr pihak yg kita tidak sangka2..

    Mgkin juga dari bangsa2 lain yg menetap di bumi Malaysia ini terutama mamak.. yg sering dihina oleh PAS dan sbhgian bangsa Melayu..

    PAS skrg telah berjaya lahirkan Syiah, Mat Sabu terang2 bukti menunjukkan beliau penganut Syiah.. tp PAS buat apa?

    Ya PAS sibok kafirkan UMNO 34 tahun yag lalu.. PAS sebok nk paksa isteri org UMNO pakai tudung labuh.. tp rupanya dlm PAS bkn soal tudung lagi tp terus menghancurkan Aqidah..

    Cub alihat konsep taqiyyah PAS dlm berkempen politik.. dpn Cina ckp Allah itu serupa.. dpn org Sg Limau ckp Allah itu tinggi.. UMNO tolak negara Islam.. tolak HUDUD.. dpn PKR ckp negara kebajikan.. HUDUD 0.001 %..

    jahatnya PAS punya besar umat Islam pecah fikrah.. dan FIRQAH..

    setuju??

    Reply
    • November 11, 2013 at 9:42 pm
      Permalink

      Al-FATIHAH buat Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik, semoga Allah Ta’ala masukkan ruhnya dlm kalangan para Syuhada yg mempertahankan Islam di medan perang..

      MAti begini tk sia2 dr mati berdemo haram dan merempit.. akan dtglg pengganti, Islam tidak akan mati.. dgn ugutan dan pembunuhan.. Allahu Akbar!

      Reply
  • November 11, 2013 at 11:43 pm
    Permalink

    Pandai syiah nie….puak diorg ambik ksmpatan ats kes tuhan harun…pdhal diorg yg tembak

    Reply
  • November 12, 2013 at 1:15 am
    Permalink

    Cegah sebelum parah,apakah yg telah dilakukan oleh pihak2 yg berkaitan selama ini dgn menularnya pengaruh Syiah ini . melihat kpd kegiatan seorang imam itu bukan perkara baru kemana perginya pihak2 yg berwajib untuk memantau kegiatan ini.Maaf kalau saya katakan jarang sekali kita dapati para pegawai agama baik di mana jua yg proaktif spt sahbat kita yg malang ini kerna kebanyakannya sejuk2 belaka

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *