Kontroversi Nik Raina – Setahun Berlarutan, Jamil Khir Masih Tidur?

Oleh Ab Jalil Backer

Hampir setahun saya berharap Datuk Seri Jamil Khir mengambil tindakan rasional menarik balik kes pendakwaan yang tidak masuk akal Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) ke atas seorang pengurus Borders, tapi nyata ia makin berlarutan tanpa penyelesaian.

Kegagalan Menteri melihat isu ini sebagai satu isu yang memalukan umat Islam sangat serius dan menunjukkan kegagalan beliau menguruskan Jawi.

Sudah tiba masanya, Jamil Khir menjadi menteri sebenar dengan mengambil tindakan ke atas Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ibrahim Deris. Ketua Pendakwa ini sewajarnya meletak jawatan bagi menjaga maruah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berikutan kontroversi pendakwaan ke atas seorang pengurus kedai buku Borders.

Pada Mac 2012, Jawi melakukan serbuan dan menahan seorang pengurus stor kedai buku Borders di pusat beli-belah The Gardens Mall, Mid Valley atas tuduhan menyebarkan buku tulisan penulis kontroversi, Irshad Manji yang bertentangan dengan hukum syarak.

irshad-manjiIrshad Manji ialah seorang penulis wanita berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) melalui hasil tulisannya.

Nik Raina Nik Abdul Aziz (gambar), 36, didakwa menjual buku penulis terbabit bertajuk Allah, Kebebasan dan Cinta (Keberanian untuk menyelaraskan kebebasan dengan iman) yang merupakan terjemahan daripada buku asal Allah, Liberty and Love (The Courage to reconcile faith and freedom) yang bertentangan dengan hukum syarak.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara pukul 8.41 dan 9.45 malam, 23 Mei lalu di kedai buku Borders milik Berjaya Books Sdn. Bhd., Lot T-216B, Tingkat 3, The Gardens Mall, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra di sini.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 13(1) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Sesiapa sahaja yang membaca dan memahami kronologi tahu bahawa Nik Raina hanyalah seorang pengurus di rangkaian kedai buku Borders. Tugas beliau adalah menerima, menguruskan penjualan buku dan penyimpanan. Adakah beliau boleh membuat sebarang keputusan untuk menolak atau menerima sesebuah buku? Jawapannya tentulah tidak.

Apakah Nik Raina perlu membaca semua buku yang dijual di cawangan tersebut dan membuat semakan sebelum dipamerkan? Sesiapa sahaja yang tahu dan faham sistem pengurusan rangkaian kedai buku faham ia bukan tugas Nik Raina. Ia adalah tugas pengurusan syarikat terbabit.

Malahan tindakan Jawi ini juga sangat tidak masuk akal kerana Nik Raina ditangkap sebelum Kerajaan mengharamkan buku tersebut. Bagaimanakah Nik Raina boleh membuat keputusan buku tersebut boleh dijual atau tidak. Dengan kata lain semasa tangkapan dibuat, Nik Raina tidak melanggar sebarang undang-undang negara kecuali melanggar rasional kebodohan penguatkuasa Jawi.

Jadi mengapa Nik Raina didakwa? Jawi harus ke hadapan menjelaskan rasional pendakwaan ini jika ada. Saya tidak fikir ada sebarang rasional dan logik dalam kes ini.

Jika benar ada kesalahan, tindakan undang-undang harus diambil ke atas pemilik Borders bukannya ke atas pengurusan bawahan syarikat terbabit. Apakah kerana syarikat terbabit milik Berjaya Bookstores maka yang menjadi mangsa hanya pekerja bawahan yang mudah dibuli oleh Jawi sahaja?

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir sewajarnya mengarahkan Jawi menarik balik kes ini sebelum ia memalukan Islam. Islam tidak pernah mengajar kita menjadi bodoh dan bangang seperti Ketua Pendakwaraya Syariah Jawi ini.

Soalnya, beranikah Jamil Khir bertindak?

Nik Raina bukan sahaja berhak mendapat pengguguran pendakwaan, malah Jawi perlu meminta maaf secara terbuka kepada beliau.

30 thoughts on “Kontroversi Nik Raina – Setahun Berlarutan, Jamil Khir Masih Tidur?

  • October 21, 2013 at 7:01 PM
    Permalink

    Nama minah ni Nik Raina Nik Abdul Aziz!!!

    Si Raina anak Nicky Ajis ker???

    Reply
    • October 21, 2013 at 9:59 PM
      Permalink

      he he, kau ni nak pantang sungguh dengar nama orant tua tu..

      Reply
      • October 21, 2013 at 10:19 PM
        Permalink

        Bukanlah bro…

        Kebetulan tu!!!

        Mana tahu, nak cekup bapak, cekup anak dia dulu!!!

        Hahahaha!!!

        Reply
  • October 21, 2013 at 7:04 PM
    Permalink

    tindakan yang memalukan..pendakwaraya perlulah pakai otak…bila orang kata pekerja awam yang diamanahkan ini lembab …marah , tapi hakikatnya…

    kasihanlah pada orang yang tidak bersalah …dia bekerja menyara diri sendiri dan keluarga…

    Reply
  • October 21, 2013 at 7:18 PM
    Permalink

    itulah hakikatnya undang2 syariah kita masih banyak diperbetulkan.
    JKB patut bertindak dalam isu ini, gugurkan pertuduhan ke atas pengurus kedai dan hendaklah mendakwa pemilik syarikat.
    dan sekiranya spt kata penulis nik raina ditangkap dan didakwa sebelum buku tersebut diharamkan maka wajar kes ini digugurkan dgn segera.

    Reply
  • October 21, 2013 at 8:35 PM
    Permalink

    pendakwaan untuk kes yang melibatkan syarikat biasanya dibuat ke atas kelompok yang melibatkan key responsible person (krp). kelompok ini terdiri daripada ceos, directors, and shareholders. atas justifikasi apa pengurus di dakwa? adakah kerana pengurus yang authorised penjualan tersebut tanpa pengetahuan ceos, directors, and shareholders?

    Reply
    • October 21, 2013 at 10:52 PM
      Permalink

      Buku belum diharamkan semasa serbuan dijalankan. Jadi sebenarnya takde kes langsung.

      Reply
  • October 21, 2013 at 9:20 PM
    Permalink

    Benda-benda macam ni la buat rakyaat pandang serong pada jentera kerajaan…macam pendatang haram, hari-hari kita dengar pendatang haram di tangkap, tapi kita jarang mendengar majikan mereka di tangkap.

    Selalu kita dengar ” pelajar afrika ” di tangkap atas macam-macam kesalahan, tapi kita tak dengar pun kolej yang menerima mereka di kenakan tindakan, walaupun mereka tidak langsung ke kuliah, janji yuran pembelajaran mereka bayar.

    Reply
  • October 21, 2013 at 10:01 PM
    Permalink

    kekadang orang pejabat agama ni macam Pas jugak.. nama ada perkataan Islam, tapi buat kerja tak macam yg Islam suruh!

    Reply
  • October 21, 2013 at 10:16 PM
    Permalink

    Memang ada tujuan politik d sebalik pendakwaan tersebut. Apabila nama ayah dia kebetulan sama dengan TGNA. Pastinya isu ni akan d guna mykmu dan seluruh media UMNO untuk hentam TGNA kalau betul dia anak TGNA. Tapi ramai juga orang kampung yg. berjaya d kelirukan. Mustahil hanya 1 kedai ni saja yg. jual buku tersebut.

    Reply
    • October 22, 2013 at 9:39 AM
      Permalink

      Orang kampung Bujuk yang jadi penyokong PAS je berjaya dikelirukan. Orang lain OK lagi.

      Reply
      • October 22, 2013 at 12:47 PM
        Permalink

        baca komen WTF d atas tu….

        Reply
        • October 22, 2013 at 5:01 PM
          Permalink

          Pandai jer kau Bujuk kata MYKMU dan seluruh media UMNO hentam Nicky Ajis kalau betul si Nik Raina tu anak Nicky Ajis

          Bujuk siap kata “ramai juga org kampong yg Berjaya d kelirukan”

          Ni link aku search ceita ni dalam internet

          https://www.google.com.sg/#q=nik+raina+nik+abdul+aziz+umno&safe=active

          Hang nak kata apa sekarang Bujuk!!!

          Boleh hang linkkan ada media UMNO kata Nik Raina ni anak Nicky Ajis!!!

          MEMBOHONG JER KERJA KAU NI!!!

          Reply
          • October 22, 2013 at 10:54 PM
            Permalink

            itulah sikap bujuk , ayat suadara WTF lain dia pergi berbelit dan buat fitnah pulak !!!

            ni laa hasil ajaran nik ajis dan PAS , ni dakwah untuk sebarkan fitnah dan putar belit jee .. hina punya manusia

  • October 21, 2013 at 10:25 PM
    Permalink

    Aku saja nak tau jerrr…ada ka Nik Raina ni dah di dakwa …?

    Reply
  • October 21, 2013 at 10:32 PM
    Permalink

    bujuk, kau nie sihat ke tidak?. Dah makan obat ka

    Reply
    • October 22, 2013 at 12:54 PM
      Permalink

      Apa tindakan UMNO/mykmu jika Nik Raina… adalah anak TGNA?
      Apakah dia akan d bela?

      Reply
      • October 22, 2013 at 5:04 PM
        Permalink

        Kau ni kenapa Bujuk???

        Kau ingat UMNO ni kerja dia bela org kat mahkamah ka???

        Biarlah si Nik Raina tu hire lawyer sendiri!!!

        Apalah hang ni!!!

        Reply
  • October 21, 2013 at 11:27 PM
    Permalink

    ini semua POYO!!

    Reply
  • October 22, 2013 at 12:15 AM
    Permalink

    aku rasa bukan silap ketua pendakwa syarie tapi silap anggota penguatkuasa JAWI, mereka tak tahu nak bezakan pihak yg mana satu harus dipertanggung-jawabkan telah melalukan kesalahan antara pengurus rangkain kedai buku tersebut bernama Nik Raina dgn pengurus besar ataupun tuan punya kedai buku tersebut

    pastinya dlm kertas siasatan yg dibuat oleh JAWI, Nik Raina dianggap tuan punya kedai buku tersebut sedangkan dia cuma makan gaji jadi pengurus rangkaian kedai buku tersebut yg tak tahu-menahu apatah lagi diberitahu buku mana patut dijual dan buku mana tidak patut dijual

    Liza says:
    “Buku belum diharamkan semasa serbuan dijalankan. Jadi sebenarnya takde kes langsung.”

    setuju 100%

    Reply
    • October 22, 2013 at 12:52 PM
      Permalink

      Sebab tu aku kata ada sebab lain yg. lebih besar… mungkin diorang ingat dia anak TGNA. Waktu mula isu ni tersebar adalah sebab islam leberal d mainkan pemimpin UMNO. Masalahnya buku tak d haramkan, tapi orang yg. jual kena dakwa. Siapa sebenarnya yg. bersalah?
      Malah beberapa blog pro umno kemain hentam Nik Raina masa tu…

      Reply
      • October 22, 2013 at 2:55 PM
        Permalink

        hari ini engkau sudah makan obat ke belum bujuk?

        tak habis-habis dgn cerita karut engkau fasal anak pork nik…nik raina bukan anak pork nik kenapa pula dia didakwa? sepatutnya nik raina tak didakwa kalau dia bukan anak pork nik

        lagi satu, gila lah JAWI nak dakwa anak pork nik…yg jadi org penguatkuasa JAWI mesti ada org PAS, tentu dia tahu kuasa pork nik ‘celako’kan org…percayalah cakap aku, org JAWI pun takut kena celako dgn pork nik kalau dakwa anaknya

        Reply
    • October 22, 2013 at 2:39 PM
      Permalink

      Dah lama aku dok peghati gelagat kebanyakan pegawai penguat kuasaan JAWI ni…langsung tak profesional ketika melaksana kan tugas hakiki depa. Depa lebih suka guna ugutan terhadap mangsa dalam kesalahan syariah ni seperti kes khalwat. Depa akan guna taktik ugut supaya pasangan khalwat tu mengaku salah saja senang kerja depa. Tapi bila depa berdepan ngan pasangan khalwat yang tegaq tak mau akoq ngan ungutan bodo tu sebab pasangan tu yakin tang hak pembelaan diri ikut perlembagaan dan optimistik tak bersalah ato punya bukti untuk lepas kan dari tuduhan. Di sini penguat kuasa dah mola gelabah takut nak pi ke mahkamah beghi keterangan. Maklom la nak bukti kan kes mesti la cukup eviden,mahir dalam pemahaman & penafsiran undang undang. Ni la kelemahan yang begitu dominan kat pegawai penguat kuasan JAWI la ni.

      Aku teringat satu kes Pegawai JAWI ni buat serbuan kat sebuah premis loteri 4 digit di KL beberpa tahun lalu. Depa masuk dan teghus tutup pintu premis supaya pelanggan muslim judi 4 ekor tak dapat keluaq melepaih kan diri. Ntah macam mana ada soghang melayu muslim yang cerdik tang perundangan teruih cabaq pegawai ni kata tindakan depa tak sah mengikut undang undang berkuat kuasa. Dia bagi tau peruntukan sek.304 pasai kurungan salah/wrongful confinement dalam Kanon Keseksaan. Individu tu rela di tangkap pasai beli ekoq tapi dia akan dakwa pegawai ni di bawah sek berkenaan…dan..dan..pegawai ni kecut peghut lalu mintak damai begitu aje.

      Kan nampak bodo tindakan pegawai penguat kuasaan JAWI ni kan..kan…? Depa cuma fokus 100% pada undang undang syariah tapi depa lupa kat undang undang sivil yang meghopakan perundangan utama negagha ni.

      Reply
      • October 23, 2013 at 3:48 PM
        Permalink

        In truth, pemahaman dan penghayatan Islam dalam setiap individu umat Islam yg perlu ditekankan…

        Reply
  • October 22, 2013 at 10:26 AM
    Permalink

    Jawi,Jakim haru biru dibuatnya ….

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.