Ketua Polis Negara Beri Jawapan Pedih Menikam Di Laman Twitternya… #MohonTerasa!

“Freedom of Speech”, adalah ungkapan yang cukup popular dari kalangan penyokong pembangkang. Ungkapan ini digunakan untuk menggambarkan kononnya tiada langsung kebebasan untuk mengeluarkan kata-kata di negara ini.

Tidak perlu merenung panjang, kita masih ingat, betapa di PRK Kuala Besut baru-baru, kepimpinan PAS melarang calon mereka sendiri untuk mengeluarkan sebarang kenyataan lisan.

Freedom of Speech?

ADUN Duyong, Goh Leong San bertindak keluar dari parti kerana dikritik hebat oleh rakan-rakan DAP akibat dan ucapannya di sidang DUN yang memuji pendekatan pentadbiran Ketua Menteri yang disifatkan sebagai sistematik dan demokratik.

Freedom of Speech?

Melalui pengamatan penulis, pembangkang sentiasa sahaja menyerang institusi-institusi penting negara seperti badan kehakiman, badan perundangan serta tidak ketinggalan, badan penguatkuasaan seperti PDRM dalam cubaan untuk menghakis keyakinan rakyat kepada sistem dan kerajaan yang sedia ada.

Perlaksanaan Ops Cantas dilihat cukup menyakinkan, serta dapat memastikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik, menikmati kerukunan dan kedamaian dalam meneruskan kehidupan seharian.

Namun, rupanya ada ahli politik yang tidak senang dengan apa yang sedang dilakukan oleh PDRM. Sungguh menghairankan, bukan?

Ketua Polis Negara tidak terlepas dari serangan berbaur politik. Melalui laman Twitter, Dato’ Seri Khalid Abu Bakar menjawab tohmahan yang dilemparkan kepada dirinya dan PDRM. Penulis tersenyum sinis dengan jawapan beliau.

Anda boleh bacalah sendiri jawapan beliau kepada pihak yang sangat condong kegemarannya terhadap penjenayah.

Menghiris dan pedih! Terasa Malaysia semakin aman dengan adanya Ketua Polis Negara yang sangat “sempoi” dan berwibawa seperti beliau.

Mohon terasa.

20 thoughts on “Ketua Polis Negara Beri Jawapan Pedih Menikam Di Laman Twitternya… #MohonTerasa!

  • October 16, 2013 at 2:58 PM
    Permalink

    Melayu juga ada hak untuk bersuara membela agama, bangsa dan negara. Kami bukan setakat bayar pelbagai cukai tetapi kami juga membayar zakat, fitrah, sedekah, wakaf sebelum zaman Melaka dan sebelum kedatangan pendatang-pendatang asing lagi.

    Reply
  • October 16, 2013 at 3:04 PM
    Permalink

    Alhamdulillah, kita tau KPN skrg ni memang bertindak tegas dalam PDRM dan akan memastikan keselamatan rakyat dan negara tidak diperlecehkan oleh penjenayah dan ahli politik yg suka melindungi penjenayah.

    Reply
    • October 16, 2013 at 5:49 PM
      Permalink

      terima kasih juga kpd ds zahid kerana memberi kepercayaan penuh kepada pdrm..syabas.

      Reply
  • October 16, 2013 at 3:54 PM
    Permalink

    dari dulu perangai buruk pembngkang dinegara ini adalah :apa yg rakyat suka, kerajaan suka, maka dia tak suka tak sokong. dan mana kerajaan dan rakyat tak suka dan tak sokong, maka itulah yg dia suka. kalau ada 2 pilihan antara yg bersih dan yg najis, hanya kerana nak berbeza dgn kerajaan ternyata mereka akan memilih yg najis, yang kotor, yang haram, malah yg menyalahi hukum agama semata-mata kerana nak membangkang.. apalah punya sewelnya pembangkang dinegara ini, DAP, PAS DAN PKR adalah manusia yg tidak berjenis#@*+-?

    Reply
    • October 16, 2013 at 10:21 PM
      Permalink

      well said…tepat sekali..

      Reply
    • October 18, 2013 at 12:19 AM
      Permalink

      kalau Kalimah Allah pun snggup bermati2an nak serahkan pada Kristian. Apa lagi nak cakap kan. Nak bela Islam konon. Apa buktinya.

      Reply
  • October 16, 2013 at 4:12 PM
    Permalink

    Bila khalid pencen, kelayakan nak lantik ketua polis baru ialah macam ni, yang tak garang tolak ketepi.

    Reply
  • October 16, 2013 at 6:03 PM
    Permalink

    Pembangkang kat Bangladesh pun akan tepuk dahi tengok perangai ” kurap ” pembangkang kat Malaysia. Negara dah maju, pembangkang dok takok lama jugak..asyik nak bangkang jer.

    Reply
  • October 16, 2013 at 6:08 PM
    Permalink

    hahahha tepat sekali !! kebebasan bersuara bagi puak Pakatan ialah mereka bebas menipu , mereka bebas memfitnah dan mereka bebas merompak duit rakyat !!!

    Reply
  • October 16, 2013 at 6:15 PM
    Permalink

    Freedom of speech konon…tolong sapa-sapa cai pembangkang kat sini, yang rasa diri dia bijak, tolong elaborate sat makna freedom of speech.

    Reply
    • October 17, 2013 at 1:10 AM
      Permalink

      Bila tang depa, freedom of speech la sangat, just bcoz bertentangan dengan pendirian mereka walaupun sebenarnya adalah kenyataan yg pahit utk ditelan..

      Reply
  • October 16, 2013 at 8:52 PM
    Permalink

    Puak itu akan terus menerus mengutuk apa saja yang baik. Mereka akan kutuk lebih kuat jika rumah mereka disamun, anak mereka dicolik, kereta mereka dicuri. Mereka pasti akan kutuk PDRM sampai ketulang dengan dakwaan tidak cekap, tidak bekerja, makan tidor, tidor bangun dan berbagai2.

    Maka dengan itu kita jangan ambik pusing kerana mereka hanya sekumpulan manusia biol yang tak memberi menafaat dunia dan akhirat pada sesiapa juga.

    Reply
  • October 16, 2013 at 9:11 PM
    Permalink

    Diucapakan syabas kpd Datuk krna dapat menjalankan tugas sebagaimana yg telah diamanahkan, sememnagya para petualang memang tidak akan senang hati dgn sifat tegas spt ini kerna mereka sentiasa mengharapkan para pemimpin yg lemah,lembik semoga memudahkan mereka untuk memperkotakkatikkan undang2 negara.Dinasihatkan agar para perwakilan yg akan memilih para pemimpin nanti dgn kebijaksanaan anda pilihlah pemimpin yg tegas yg berkarisma untuk memaukan pentadbiran negara yg semakin mencabar ini. Para petualang kini semakin berani mencabar undang2 negara mengapa? tanyalah dan berkata jujurlah pada diri sendiri

    Reply
  • October 16, 2013 at 11:56 PM
    Permalink

    Terbaik la freedom of speech…

    Reply
  • October 17, 2013 at 6:55 AM
    Permalink

    Pembangkang besar kepalaa sbb ada dikalangan menteri dan kepimpinan umno yang senada dgn mereka….

    Reply
  • October 18, 2013 at 10:30 AM
    Permalink

    Syabas! kepada KPN Malaysia Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana berani dan tegas memberi jawapan dan penjelasan rengkas melalui Twitter tentang “Kebabasan Bersuara.”

    Sebenarnya ramai rakyat Malaysia yang tidak faham apa itu “Kebabasan Bersuara” kerana mereka sendiri tidak faham Perlembagaan dan Undang-Undang, peraturan dan prosedure, tugas dan tanggungjawab terutama sekali tugas dan tanggungjawab Polis dan PDRM tetapi mereka ingin menyokong pembangkang dengan tidak memahami sebenarnya isu dan faktor sesuatu perkara.

    Akhirnya mereka menunjukkan kebodohan mereka senriri.

    Patutkah kita sokong orang yang bodoh sombong?

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.