Jamilah mahu memperkasa Puteri UMNO di Jerantut

KUANTAN 6 Okt. – Calon Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut, Jamilah Jaafar, 32, berazam memperkasa golongan wanita muda di bahagian berkenaan supaya bukan sahaja lebih memahami malah matang dalam berpolitik.

Jamilah yang juga Ketua Penerangan Puteri UMNO Bahagian Jerantut berkata, beliau ingin memastikan tiada lagi persepsi golongan wanita muda tidak matang dalam berpolitik dan hanya sekadar penyeri dalam parti.

“Berbekalkan pengalaman yang saya ada dalam parti, saya rasa saya mahu mengambil peluang ini (bertanding Ketua Puteri UMNO bahagian) untuk terus mengemudi Puteri UMNO Bahagian Jerantut.



“Saya akui, ini tugas yang berat dan mencabar, tetapi saya yakin mampu melaksanakannya demi memastikan Puteri UMNO terus segar dan bukan sekadar penghias dalam parti,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pemilihan parti bulan ini, jawatan Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerantut akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Jamilah, Nor Shafinaz Mohd. Azman dan Rosffazaleen Abdul Rahman.

Jamilah berkata, beliau akan memastikan lebih ramai golongan muda profesional menyertai Puteri UMNO Bahagian dan mengembalikan keyakinan wanita muda untuk bersama-sama memperjuangkan maruah serta martabat agama, bangsa dan negara.

“Golongan wanita muda terutama ahli puteri UMNO perlu diperkasakan demi mewujudkan keharmonian dan sifat kekeluargaan dalam melakukan tanggungjawab bersama terhadap masyarakat,” katanya.

Mengenai pertandingan tiga penjuru merebut jawatan tersebut, beliau yang lebih mesra dalam kalangan ahli Puteri dengan panggilan JJ berkata, perkara itu memperlihatkan proses demokrasi yang sihat dalam UMNO.

“Saya menawarkan diri apabila ada kekosongan setelah penyandang, Datuk Hartini Abd. Rahman tidak mempertahankan jawatan kerana faktor umur,” katanya. – UTUSAN ONLINE

21 thoughts on “Jamilah mahu memperkasa Puteri UMNO di Jerantut

  • October 6, 2013 at 10:06 PM
    Permalink

    sib baik tak boleh undi….kalau tidak…

    Reply
  • October 6, 2013 at 10:27 PM
    Permalink

    ha ha ha. good luck

    Reply
  • October 6, 2013 at 11:59 PM
    Permalink

    Meme cute….sesuai sangat masuk pas…hehe

    Reply
    • October 7, 2013 at 9:51 AM
      Permalink

      mek bab perasan , dia la no.1

      Reply
      • October 7, 2013 at 12:44 PM
        Permalink

        Mek perasan rupa dia macam Sophia Loren kot, tak pun macam Audrey Hepburn…

        Padahal dalam puak2 FUCKUTAN, ikon utama wanita adalah MAK LAMPIR!!!

        Mueh17X

        Reply
        • October 7, 2013 at 4:25 PM
          Permalink

          wakakakak……

          Reply
  • October 7, 2013 at 7:03 AM
    Permalink

    Kalau menang dan jadi Ketua kena fahamkan ahli2 dibawah tu bahawa selama ini kerja buat UMNO dalam pelbagai bidang tu adalah kerja buat yg dituntut oleh Islam. Putri UMNO kena faham bahawa kerja memberi peningkatan ekonomi, menaikkan taraf pendidikan, cinta negara, patuth pada Aulul Amri itu adalah tuntutan agama. Katakan pada ahli bahawa UMNO LAKSANAKAN TUNTUTAN ALQURAN sedang PAS takat baca tapi tak buat… macam Mek esah pandai cakap tapi tak buat..

    Reply
  • October 7, 2013 at 8:19 AM
    Permalink

    Kalau nak perkasakan Puteri, lantik Azalina Othman la..baru perkasa sikit..

    Reply
    • October 7, 2013 at 8:44 AM
      Permalink

      Itu pun tak boleh Mooh, faktor umur…

      Reply
    • October 7, 2013 at 9:26 AM
      Permalink

      KAU TAK PERLU MENAMAKAN SIAPA PEMIMPIN UMNO.. betulkan saja pemimpin kamu yg telah menjadi abdi Cina dan makan nasi kangkang DAP.NASIHATKAN PUAK LEBAI KAMU YG TIDAK MENDENGAR NASIHAT MAJLIS SURA… macam ni ke Pas menghormati nasihat ulama?

      Reply
  • October 7, 2013 at 8:38 AM
    Permalink

    Akupun boleh setakat nak perkuatkan puteri..

    Reply
  • October 7, 2013 at 10:53 AM
    Permalink

    dah la… skarang masa kempen pun kuat fitnah geng lain… muka nie ke yang diharap wat perubahan… kta orang lebih tau macamana awak dengan perwakilan… datang rumah saya sombong sangat… nk jadi ketua tp pakai jurucakap. kenape? awak bisu ker? ke mulut cuma kuar suara bila nak fitnah orang…

    Reply
  • October 7, 2013 at 11:26 AM
    Permalink

    Pakaikan moo lembu dengan pakaian pompuan kemudian calonkan dia jadi ketua puteri…kah kah kah..boleh tengok betapa tonggek nya bontot moo lembuuu…mesti nuar brahi meleh air liurr

    Reply
  • October 7, 2013 at 9:01 PM
    Permalink

    Mooo lembu dah naik berahi.. air biang dah keluar tu yang meroyan tuhh

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.