Hina Sultan, Didenda 20 Ribu

JOHOR BAHRU 21 Okt. – Seorang juruukur bahan didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini selepas didapati bersalah menggunakan laman sosial Facebook untuk menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Oktober tahun lalu.

Hakim, Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Ahmad Abdul Jalil, 28, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah ke atas pertuduhan.

Ahmad dituduh menggunakan aplikasi Facebook http://www.facebook.com/ibrahim.osman.313371 dengan nama profail ‘Zul Yahya’ secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi satu komen yang jelik sifatnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh membuat komen berbunyi ‘Sultan Johor kulitnya putih seperti kulit babi’ dengan niat untuk menyakiti institusi Kesultanan Johor dan rakyat pada pukul 6 petang, 10 Oktober 2012.

Dia dituduh melakukan kesalahan tersebut menggunakan perkhidmatan Facebook di alamat internet protokol 175.139.168.216 di RD Resources Sdn. Bhd. di Nombor 30-3, Jalan Wangsa Delima 11, Seksyen 5, 53300 Kuala Lumpur.

Ahmad dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama dan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

8 thoughts on “Hina Sultan, Didenda 20 Ribu

  • October 21, 2013 at 3:13 PM
    Permalink

    Tk setimpal langsung hukumannya..patut sultan hukum pancung aje. penderhaka2 ini…

    Reply
  • October 21, 2013 at 4:20 PM
    Permalink

    kerana mulut badan binasa.

    Reply
  • October 21, 2013 at 9:28 PM
    Permalink

    padan muka engkau kena saman setan!!!

    lagi seekor bernama wan ji jik tu boleh terlepas pulak!

    Reply
  • October 21, 2013 at 11:00 PM
    Permalink

    Nasib la dia kalau masuk kat dal jel di Johor. Takut kulit dia jadi lebih licin dari kulit babi

    Reply
  • October 22, 2013 at 8:11 AM
    Permalink

    Biar ia menjadi pengajaran kpd puak2 kaki pembangkang nih!!! Bila ada rekod masuk penjara nak minta kerja pun susah..Tp masa menghina atau menfitnah orang mereka tak ingat semua itu!!!Tahniah SKMM dan pihak berkuasa…Tolong carikan pula ahli2 Red Bean Army yang sesedap saja menfitnah SPR.

    Reply
  • August 17, 2016 at 4:11 PM
    Permalink

    toksah sanjung sgt kelak nanti keegoan mengatasi diri. relax bro.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.