Empat Geng Ah Fatt Ditembak Mati Selepas Samun Rumah VVIP

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Empat lelaki asing yang dipercayai anggota ‘Geng Ah Fatt’ ditembak mati di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Hiliran Ampang, dekat sini selepas menyamun rumah milik orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis melakukan serbuan di rumah pangsa Jalan Ampang Putra itu pada pukul 12.20 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam.

Ketika menyerbu rumah pangsa itu, beliau berkata penjenayah menembak ke arah polis sebelum polis bertindak balas.

“Polis menemui sepucuk pistol (di tempat kejadian) dipercayai jenis Revolver dan parang yang digunakan kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun.

“Pada masa yang sama, polis juga menemui barang kemas dipercayai hasil samun di rumah di Bukit Antarabangsa yang dilakukan pada kira-kira 3 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Susulan serbuan itu, beliau berkata polis menangkap seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai baru selesai membeli barang kemas samun itu di rumah pangsa berkenaan.

Mohmad berkata rumah pangsa itu juga dipercayai didiami seorang daripada penjenayah itu dan keluarganya selain ia dijadikan transit anggota kumpulan berkenaani untuk melakukan jenayah sebelum melarikan diri ke Batam, Indonesia.

Beliau berkata siasatan polis mendapati kumpulan itu aktif melakukan samun rumah VVIP di sekitar Kuala Lumpur dan negeri lain.

“Polis sedang mengumpul laporan yang dibuat pengadu berkaitan kumpulan yang dianggotai enam orang ini.

“Sebelum ini, mereka melakukan kes sama di rumah seorang VVIP di Kuala Lumpur dan menyamun tiga pucuk pistol,” katanya.

Polis kini memburu dua lagi anggota kumpulan itu.

6 thoughts on “Empat Geng Ah Fatt Ditembak Mati Selepas Samun Rumah VVIP

  • October 11, 2013 at 7:53 PM
    Permalink

    tahniah!!! Semuga Malaysia kembali aman dan tenteram dan rakyat dapat menjalani kehidupan secara normal tanpa rasa takut dan bimbang.

    Reply
  • October 11, 2013 at 10:17 PM
    Permalink

    Pembangkang mau polis tembak amaran tiap Kali jumpa penjenayah …haha masih terpengaruh dengan drama TV puak puak nih. Depa ingat orang jahat nak buat drama macam depa gamaknya…

    Reply
  • October 11, 2013 at 10:34 PM
    Permalink

    Penjenayah yang kena tembak..Pakatan pulak yang goyang lebih!!

    Reply
  • October 12, 2013 at 6:23 PM
    Permalink

    Apabila penjenayah lepaskan tembakan terhadap anggota polis, Hadi Awang masih nak suruh anggota polis bersilat dulu ke?

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.