6 Penjenayah Rebah, Rakyat Makin Rasa Selamat

DUA hari ini dipenuhi dengan khabar gembira.  Ini berikutan kejayaan pihak polis menembak mati 6 penjenayah merbahaya di Kuala Lumpur dan Ipoh.  3 semalam, 3 lagi rebah hari ini.

Disebutkan penjenayah merbahaya kerana mereka memiliki senjata api yang digunakan untuk kegiatan jenayah masing-masing sehingga menimbulkan ketakutan di kalangan orang awam.

Bukan niat nak kempen, tapi tak dapat tidak sudah tentu kejayaan ini adalah hasil transformasi Polis Diraja Malaysia melalui Ops Cantas Khas, hasil idea Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Juga bukan niat nak mengutuk, tapi kejayan ini gagal dicapai oleh Menteri Dalam Negeri lama yang namanya tidak perlu penulis sebutkan disini – takut kecil hati.

Apa pun tahniahlah penulis ucapkan kepada pihak polis kerana kejayaan ini dan semoga di masa-masa akan datang, lebih ramai lagi penjenayah dengan senjata merbahaya ini ditumpaskan.  Ditembak mati lagi bagus, hidup di dunia ini menyusahkan orang lain, adalah lebih baik dia dihantar ke kubur.

Tapi pembangkang sudah tentu tidak akan biarkan kejayaan ini berterusan tanpa mempolitikkannya.  Alasan biasa, kenapa tembak, kenapa tak tangkap dan sebagainya.

Dia takde kat situ senang cakaplah, setakat baca berita dari media saja.  Yang menghadap bahaya ni anggota polis terbabit, bukan pembangkang pun.  Ini sama dengan komen tentang orang lain kena kejar anjing, kenapa tak baling batulah, kenapa tak panjat pokoklah dan sebagainya – bukan dia yang kena, senanglah cakap.

Cuba dia yang kena kejar anjing, sempat ke tak sempat nak capai batu?  Macam itulah perumpamaan.

Pembangkang marah sangat tu bukan apa, kejayaan polis menembak mati penjenayah ini, mengurangkan pendapatan di kalangan pemimpin pembangkang, terutama yang bergelar peguam.  Kalau  penjenayah ini hidup dan dihadapkan ke Mahkamah, adalah masyuk sikit.

Rakyat selamat tak selamat,  pedulikanlah, bukan ada masyuk pun.

Itu dia pembangkang, asyik fikir masyuk saja.  Lagi banyak kejadian jenayah, dia lagi suka sebab boleh dapat wang dari membela para penjenayah ini bila di hadap ke Mahkamah.

Mati para penjenayah ini pun kalau diikutkan ada juga untung, tapi bukan dalam bentuk wang, sebaliknya dalam bentuk keuntungan politik jangka panjang, nak-nak yang boleh dijadikan isu perkauman.

Penulis harap polis tidak terganggu dengan permainan politik pembangkang dan meneruskan usaha mereka untuk mengurangkan lagi kadar jenayah di negara kita.  Pembangkang itu pedulikanlah, dah memang takde kerja lain pun.

Ikut pembangkang, apa yang betul dengan polis ni?  Orang awam ramai ditembak, polis yang salah kononnya tidak bertindak tegas dan gagal mengurangkan kadar jenayah.  Bila penjenayah kena tembak pun, polis masih salah lagi, kononnya tak ikut prosedur dan sebagainya.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

20 thoughts on “6 Penjenayah Rebah, Rakyat Makin Rasa Selamat

  • October 10, 2013 at 3:47 PM
    Permalink

    “A good criminal is a dead one”. Keep up the good work PDRM. The “normal” civilian (read rakyat marhaen) will stand and fight for you.

    Reply
    • October 10, 2013 at 9:50 PM
      Permalink

      setuju…jangan biarkan penjenayah yang melakukan jenayah berat yang merbahayakan kepada rakyat dibiarkan hidup…

      Reply
  • October 10, 2013 at 3:57 PM
    Permalink

    teruskan usaha anggota PDRM semua !!! Kami kat sini akan tentang habis-habisan puak Pakatan yang sering membela penjenayah dan pembunuh , sesungguhnya puak Pakatan ni tak layak untuk bercakap mengenai keselamatan rakyat kerana mereka sendiri menyokong penjenayah !!!

    Reply
  • October 10, 2013 at 4:06 PM
    Permalink

    Syabas & tahniah buat Menteri KDN yang baghu & PDRM di bawah KPN yang baghu jugak. Idea & ikhtiar seruis kalian akan tetap di kenang dalam lipatan sejarah tanah ayaq.

    Doa kan supaya Zahid Hamidi kekal sebagai naib presiden dalam PAU 2013 & menteri KDN. Semoga Dato’ Sri berjaya di dalam pendakian anak tangga ke tampuk hierarki elit politik UMNO/BN & pemerentahan negagha.

    Reply
    • October 10, 2013 at 4:28 PM
      Permalink

      InshaAllah, kita tak nampak apa sebab untuk Zahid tidak terpilih kerana beliau antara menteri yang sedang kuat bekerja selapas PM dan timbalannya. Yang lain2 nya dilihat memilih untuk berdiri disaf kedua bukan saf dibelakang imam. Wallahu alam.

      Reply
    • October 11, 2013 at 10:33 AM
      Permalink

      Inilah kut calon PM dari Perak…

      Reply
  • October 10, 2013 at 4:24 PM
    Permalink

    Ops cantas merupakan satu operasi yang menyenangkan hati rakyat. Ops ini menampakkan kesungguhan menteri KDN yang baru, bukan menonjolkan kecekapan anggota polis dan KPN semata2.

    Kerana kita tahu polis kita antara polis yang tercekap didunia dalam menjalankan siasatan dan operasi mereka apabila mereka dibiarkan bebas merangka kerja mereka tanpa terhalang oleh mana2 ketetapan yang kurang relevan atau protokol. Kita katakan begini kerana dulu boss mereka hanya sekadar ghairah memberi amaran. Atau mungkin dulu mereka dipandukan dengan versi ” tembak hanya jika kamu ditembak dulu” (kalau sudah kena tembak,macam mana nak balas tembak).

    Kita nampak Zahid seorang individu yang
    dahsyat. Dahsyat dalam ertikata keazaman yang jitu bagi menjadikan Msia sebuah negara aman,bebas jenayah. Sebagai sebuah negara yang memerdeka rakyat dalam erti sebenar bukan sekadar sebuah motto atau slogan yang indah sahaja. Kita berharap selepas ini keamanan yang kita kecapi 20 tahun lepas akan kembali. Dulu kita tidak takut keluar berjalan, bebas kemana saja dalam apa jua waktu. Sekarang untuk buka gate rumah pun kita kena tengok kiri dan kanan (kecuali yang kediaman mereka didalam komuniti gated & guarded) Yang mana duduk dalam komuniti biasa biasa, tidak bebas, sentiasa berwaspada. Ini bukan kehidupan namanya.

    Reply
  • October 10, 2013 at 4:27 PM
    Permalink

    Pembangkang cakap banyak…bila ada operasi rush makmal dadah ke, rush tempat pensebunyian kongsi gelap ke, bawa jer depa sekali…suruh depa duduk depan, baru depa tau..

    Reply
    • October 10, 2013 at 4:56 PM
      Permalink

      Jgn2 puak pembangkang nie ada makan persen drpd puak penjenayah nie siapa tahu?

      Reply
  • October 10, 2013 at 6:30 PM
    Permalink

    kalau PK jadi kerajaan sudah tentu bandar-bandar dinegara ni menjadi pekan cowboy sbb gangster dilindungi ahli politik dan kebanyakan ADUN dan MP PK akan pakai body-guard dr kalangan gangster.waktu tu bunyi pistol akan jadi perkara biasa sbb setiap gangster menjaga bandar masing2 siapa yg langgar sempadan,pinjam kata Karpal, ‘over my dead body’…

    Reply
  • October 10, 2013 at 8:44 PM
    Permalink

    Yeahhh!!! KITA HAPUSKAN SEMUA PENJENAYAH DAN KONGSI GELAP DI MALAYSIA NIHH..SAMA JUGAK DENGAN SIAPA YANG MENYOKONG PENJENAYAH…KASI HAPUS SEMUA TIKUS-TIKUS
    PEROSAK DI NEGARA KITA NIH..MEREKA TAK LAYAK TINGGAL DI MALAYSIA NI!!!…TERUSKAN ANGGOTA2 PDRM TERUSKAN!!!

    Reply
  • October 10, 2013 at 9:51 PM
    Permalink

    syabas PDRM..pembangkang senyap sebab yang kena tembak itu bukan bangsa inda dan cina…kalau tidak, peguam hak asasi mereka akan bising…penjenayah ada hak untuk mempertahankan diri…kah kah kah kah kah

    Reply
  • October 10, 2013 at 9:56 PM
    Permalink

    tembak saja penjenayah yang bersenjata ni, mereka ni bukan jenis ada hati perut. tahan pun buang masa dan wang kerajaan dan membahayakan rakyat saja.

    Reply
  • October 11, 2013 at 10:39 AM
    Permalink

    Good Job… rakyat suka cara zahid, tembak dulu jika ada BUKTI dan BERBAHAYA. Mereka ni kalau d tangkap dan d dakwa… selalunya lepas, sebab duit banyak dan maaf cakap pihak berkuasa pulak lemah lutut bila bertemu orang camni. Akhirnya banyak masalah teknikal yg. tidak sepatutnya telah melepaskan penjenayah. Bila terlepas… makin menjadi2 jenayah, kerana mereka rasa undang2 boleh d beli.

    Reply
    • October 11, 2013 at 11:23 AM
      Permalink

      Kebelakangan ni komen2 hang makin nampak matang dan tidak emosional kepartian….bermimpikah aku ni Bujuk… hehe

      Reply
      • October 11, 2013 at 12:04 PM
        Permalink

        Oh tidak, anda tidak bermimpi en. HAR. Tapi masih ada lagi komen2 dari sumber hampeh e.g hutang luar sudah jadi RM621 bill. Entah suratkhabar mana dia petik tak tahu lah.

        Reply
        • October 11, 2013 at 8:29 PM
          Permalink

          bujuk ni boleh berubah pada bila-bila masa kalau korang semua bongkar penipuan DAPigs .. awas . hahaha

          Reply
          • October 11, 2013 at 9:13 PM
            Permalink

            macam chameleon tu ker? hehe…di mana aku pernah dengar ni yer….macam familiar jer chameleon ni…..

      • October 11, 2013 at 3:26 PM
        Permalink

        oklah.. kali ini sokong bujuk. hidup bujuk.

        Reply
  • October 12, 2013 at 3:27 PM
    Permalink

    Fee kes berat 50k ke atas…mahal tu..mudahnya..cuma cari lopehole dan kesilapan teknikal..masyuuukkkkk da..

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.