Fitnah Pembangkang : Rakyat Muak Mahukan Tindakan Tegas

Dua penggal yang lepas menyaksikan pembangkang bertindak melampaui batas peradaban . Fitnah yang melampau telah dilemparkan oleh mereka semata-mata mahu mencetuskan provokosi ataupun “psywar” untuk menukar “setting” pemikiran rakyat.

 

Mereka seolah-olah tidak takut dan gentar dengan kerajaan kerana terlalu yakin bahawa kerajaan terlalu pengecut untuk mengenakan sebarang tindakan tegas terhadap mereka. Pada masa yang sama juga kita boleh lihat seolah-olah sistem perundangan Malaysia telah dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang. Oleh itu, sebarang kes dan isu yang dibawa oleh pihak pembangkang dengan senang dan mudah akan dimenangi oleh mereka. Manakala sebarang kes yang cuba diketengahkan oleh pihak kerajaan akan dengan mudah diketepikan dipermainkan dengan begitu banyak penangguhan demi penangguhan.

 

Rakyat sudah muak dengan senario ini. Sekiranya perkara ini terus berlarutan maka rakyat akan beranggapan bahawa kerajaan Barisan Nasional terlalu lemah sehingga tidak mampu mengambil sebarang tindakan tegas terhadap pembangkang. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah wajib bertindak tegas dan menyiasat sehingga ke akar umbi akan sistem perundangan agar ianya tidak terus dimanipulasikan oleh pembangkang.

 

Pihak polis melaksanakan tugas mereka dengan menahan pihak pembangkang yang bertindak melampau seperti penghinaan terhadap agama Islam, bangsa Melayu dan Tanahair namun mereka ini telah terlepas dengan mudah dengan sistem perundangan dan kehakiman yang terlampau lemah. Tindakan tegas wajib dilaksanakan untuk memperbaiki situasi ini.

 

Kita boleh bercakap dan berhujah dari segi perundangan dan sebagainya namun isu yang paling penting di sini adalah kerajaan yang tegas.  Sistem yang digunapakai di negara kita adalah Raja Berpelembagaan.  Dengan wujudnya Parlimen maka rakyat menuntut semua ahli Parlimen yang dilantik menjalankan tugas setelah dipilih oleh rakyat. Rakyat membayar gaji mereka bukan sekadar untuk “goyang kaki”.

 

Perlaksanaan undang-undang dari A hingga Z perlu dilaksanakan dengan tegas demi menjamin kestabilan dan keamanan negara. Pada Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini, pembangkang telah membuktikan sekali lagi bahawa mereka boleh membuat fitnah sesuka hati dan kerajaan tidak akan mengenakan sebarang tindakan terhadap mereka. Sekiranya perkara ini tidak dikawal maka pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti pembangkang akan bertindak lebih jahat dengan fitnah yang cukup untuk membunuh demokrasi dan keamanan negara.

 

Isu pengundi hantu warga Bangladesh serta berlaku gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan undi pada pilihan raya umum pada Mei lalu telah dimanipulasikan sepenuhnya oleh pembangkang untuk mengganggu gugat kelancaran proses demokrasi di negara kita. Semua rakyat yang waras fikirannya tahu bahawa ini adalah satu penipuan. Namun dengan kewujudan jentera maya pembangkang yang melancarkan “psywar” dengan mengelirukan rakyat antara kebenaran dan kebatilan telah menyebabkan rakyat yang tidak berpengetahuan mudah terpengaruh dengan dakyah dan penipuan pembangkang.

 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengemukakan saman malu kepada pihak pembangkang  kerana melakukan fitnah dan mengganggu proses pilihan raya. SPR berhak mengambil tindakan tegas memandangkan mereka merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar. Masyarakat akan beranggapan SPR tidak tegas dalam menjalankan tugas sekiranya mereka terus mendiamkan diri. Elemen fitnah itu harus dibersihkan dengan segera untuk mengelakkan penipuan itu terus berlarutan dengan membabitkan pilihan raya akan datang dan kemungkinan pembangkang boleh melakukan perkara yang lebih buruk.

 

Tembelang penipuan pembangkang mengenai pengundi hantu Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan undi pada pilihan raya umum lalu terbongkar apabila diakui tidak benar oleh pemimpin DAP dan Pas. Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming dalam temu bual bersama portal Free Malaysia Today dilaporkan berkata, beliau tidak mengetahui mengenai kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh atau pun insiden gangguan bekalan elektrik sebagaimana didakwa dan bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) iaitu tidak wujud isu yang dikatakan oleh pihak pembangkang.

 

Rakyat mahukan kerajaan yang kuat dan tegas dalam menjaga keamanan dan kestabilan Negara. Transformasi ke arah kebaikan sememangnya amat dialu-alukan.  Ekonomi dan ketegasan dalam menjamin keamanan haruslah seiring. Sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas terhadap pembangkang yang menyalahi undang-undang dan mengadaikan keamanan negara. Sistem perundang perlu dibersihkan dari kumpulan yang dimanipulasikan oleh pembangkang.

6 thoughts on “Fitnah Pembangkang : Rakyat Muak Mahukan Tindakan Tegas

  • September 18, 2013 at 10:17 AM
    Permalink

    Dalam kontek seorang Melayu, mereka tetap saudara kita walaupun berlainan fahaman, kita sememang tidak akan boleh lepas dari mereka sebagai teman dan saudara. Kita cuba berbuat sehabis baik untuk mereka, kita sejak dulu bukakan seribu pintu kemaafan untuk mereka. Apa yg kerajaan akan bagikan kepada kita adalah untuk mereka juga.Demi sebangsa dan kesatuan bangsa banyak yg telh diprogramkan. Kita sesama Islam, rasanya misi damai pemimpin negara jelas telah disuarakan. TETAPI APAKAN DAYA, KITA BERI MADU DIBALAS RACUN, KITA BERI PENAWAR DICAMPURKAN TUBA. MEMANG KITA TAK PERLU SALING MENBENCI, KITA DILAHIRKAN MEMANG UNTUK SALING MENYAYANGI, KERANA AJARAN ISLAM KITA BERSAUDARA HINGGA AKHIR NANTI.. NAMUN KITA TIDAK ADA PILIHAN, KITA AKAN MENGHADAPI MEREKA DEMI KEBENARAN PERJUANGAN DAN UNTUK MENEGAKKAN HAQ AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.. Kata Usman Awang, didepan duri di belakang api, aku takakan tinggalkan perjuangan ini!

    Reply
  • September 18, 2013 at 11:54 AM
    Permalink

    Kita hairan kerana Kerajaan membiarkan berbagai fitnah dan tuduhan pembangkang disiarkan dengan meluas oleh portal-portal seperti Malaysia Kini, malaysia.yahoo.com, google.com, The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle, dan lain-lain. Segala yang dilakukan oleh pembangkang adalah betul, tetapi apa saja yang dilakukan oleh BN, terutamanya UMNO, adalah salah saja. Jelas sekali mereka ini mereka ini “nampak kuman di seberang lautan tetapi buta melihat gajah di depan mata”.

    Masyarakat pengundi menyokong penuh dan berdiri teguh segala tindakan tegas dan berani Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan negara ini aman daripada kongsi gelap. Masyarakat pengundi semakin kecewa dan muak dengan sikap para menteri lain, terutamanya menteri komunikasi. Masih ramai pemuda-pemuda yang menjauhkan diri dari UMNO kerana muak dengan latar belakang dan sikap peribadi ketua pemuda UMNO. Menteri pertahanan juga terkenal sebagai seorang pengecut. PM sendiri perlu melihat kewibaan dan kiblat mereka yang ada dalam pejabat peguam negara yang lembab mengambil tindakan atas kes-kes melibatkan pembangkang, tetapi pantas seperti kilat bila melibatkan BN.

    Kesan daripada kekecewaan masyarakat pengundi ini akan dirasai pada PRU14 kelak olegh PM kita.

    Sedarlah dan ingatlah UMNO, kamu diamanatkan untuk mengambil apa-apa saja langkah bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara. Berfikirlah dan ingatlah “buat baik berpada-pada”.

    Reply
  • September 18, 2013 at 12:11 PM
    Permalink

    bukan kerajaan biar kan fitnah, tapi Hisyamudin CKMM yg tak buat keja

    Jangan kita bagi undi lagi kat Hisyam CiumKerisMintakMaaf (CKMM) ni, buat malau UMNO dgn lemah kan UMNO aje

    Reply
  • September 18, 2013 at 3:50 PM
    Permalink

    Kalau isu cam ni bujuk akan duduk menyorok disebalik pintu..

    Reply
  • September 18, 2013 at 4:50 PM
    Permalink

    Bangla didahulukan ?? Puak DAPigs yang racist tu pun taktahu nak beza antara bangla dengan bangsa india kat Malaysia ni hahahahaha

    Reply
  • September 24, 2013 at 12:45 PM
    Permalink

    Nampak benar penakutnya menteri-menteri yang ada sekarang. Kita hanya berharapkan Najib, Muhyiddin dan Ahmad Zahid Hamidi berjuang dengan tegas dan berani.

    Tetapi ingatlah, kalau menteri penakut, Najib juga yang akan mengalami kesannya. Sayangnya, Hishamuddin CKMM, mat saleh KJ (Malaysian first, Malay second) dan Nazri masih disayangi Najib.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.