Guan Eng Wajar Serah Jawatan Pada Chin Tong

Share


Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang berakhir semalam sebenarnya berjaya mengekalkan status quo calon-calon yang terpilih pada pemilihan CEC yang diadakan pada akhir tahun lalu.

Pun begitu, saya dapati terdapat perkembangan yang agak “ajaib” telah berlaku pada pemilihan CEC yang berakhir semalam.

Paling utama ialah mengenai kekalahan yang pada saya sangat memalukan Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng. Anak beranak yang “bermaharajalela” di dalam DAP itu tewas di tangan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Apa hebatnya Liew Chin Tong sehingga berjaya memperoleh kelebihan 2 undi berbanding Kit Siang dan 134 undi berbanding Guan Eng?

Untuk makluman, Chin Tong hanya memperoleh sebanyak 984 undi pada pemilihan CEC yang diadakan pada Disember tahun lalu. Malah dia merupakan “calon muka baru” yang mencuba nasib bertanding CEC di dalam parti tersebut.

Pada pemilihan yang lalu, Chin Tong hanya berjaya menduduki tempat ke-15 sahaja. Peliknya, kali ini dia berjaya mengatasi “Dinasti Lim” dan “Singh & Sons Co.”. Dia berjaya menduduki tangga pertama di dalam pemilihan CEC dengan 1438 undi!

Pada saya, ia adalah satu perkara yang agak mengejutkan dan “luar biasa”. Ia menunjukkan perbezaan undi dan kedudukan yang sangat jauh berbeza berbanding apa yang berlaku kira-kira 9 bulan lalu. Pelik, tapi benar-benar berlaku.

Apakah kemenangan Chin Tong itu sengaja diatur oleh “Dinasti Lim” bagi mengaburi mata rakyat yang memberi tumpuan pada pemilihan kepimpinan parti tersebut?

Meskipun Chin Tong berkedudukan nombor satu di dalam pemilihan CEC semalam, dia hanya kekal di jawatan yang kurang penting sebagai Pengarah Pendidikan Politik. Sedangkan, barisan kepimpinan utama parti itu tetap dikuasai oleh “Dinasti Lim” dan “Singh & Sons Co.”!

Paling menarik apabila melihat Guan Eng hilang kira-kira 272 undi dari para perwakilan yang hadir. Pada saya, bilangan itu bukan sedikit kurang jumlahnya. Dari memperoleh sebanyak 1576 undi pada Disember lalu, dia hanya berjaya mendapat 1304 undi sahaja kali ini?

Mana perginya 272 undi yang lalu? 1/4 undi untuk Guan Eng ghaib begitu saja? Saya tertanya-tanya, apakah itu membuktikan bahawa para perwakilan dan akar umbi DAP sudah hilang kepercayaan terhadap Setiausaha Agung DAP itu?

Peliknya, dia masih tak malu untuk menerima jawatan Setiausaha Agung? Sudah dimalukan dengan dahsyat pada pemilihan CEC kali ini namun Guan Eng masih lagi “bermuka tebal” untuk memegang jawatan penting di dalam partinya?

Saya faham jika Chin Tong tidak dilantik menjadi Pengerusi atau Penasihat Seumur Hidup DAP seperti Karpal Singh atau Kit Siang. Jawatan itu memang wajar dipegang oleh dua tokoh DAP itu.

Tapi, apa salahnya jika Chin Tong diberikan tanggungjawab yang lebih penting dengan menggantikan Guan Eng untuk jawatan Setiausaha Agung? Dia digemari oleh akar umbi dan pastinya mereka lebih senang berurusan dengannya berbanding seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai, bukan?

Namun, mungkin itu adat resam demokrasi di dalam DAP. Orang tak sokong pun, tapi mukanya cukup tebal untuk menempel sebagai pemimpin utama parti. Mentang-mentanglah bapanya Penasihat DAP Seumur Hidup, parti terpaksa ikut “nasihat” bapanyalah, kan?



8 thoughts on “Guan Eng Wajar Serah Jawatan Pada Chin Tong

  • September 30, 2013 at 9:51 am
    Permalink

    Keluarga lim memang penipu..apantah lagi bila berhadapan dalam situasi yang tidak memihak pada mereka
    …perwakilan pun mereka panggil yanh mana boleh disuruh sahaja…

    Reply
  • September 30, 2013 at 10:02 am
    Permalink

    Hahaha, ahli2 DAP dah bersuara dalam pemilihan CEC baru2 ni…

    Sbg menghormati proses demokrasi dan I believe part of perlembagaan parti DAP (still searching for it), disarankan supaya Liew Chin Tong dilantik sbg Setiausaha Agung DAP…

    Kalau tidak, ramai lagi Cina akan lari dari DAP akibat pemerintahan kuku besi Dinasti Lim…

    BTW, mana MCA dan Gerakan ni…ada modal nak berpolitik pun masih tak bangun lagi ker???

    Reply
  • September 30, 2013 at 4:37 pm
    Permalink

    DAP suka suka tuduh kerajaan dan umno buat sindiwara didalam segala hal yang berlaku ………Tapi kali ni DAP bermain sindiwara didalam pemilihan CEC untuk memperlihatkan proses pengundian tidak dipengaruhi oleh sesiapa kunonya.Siapa yang menang tidak semistinya jadi setiausaha agung DAP.Liew chin tong adalah zombe LKS dan LGE .Apa zombe boleh buat?selain dari tersengih dan melopong.
    Johor merupakan target DAP selepas selangor ,dan keluang adalah merupakan pusat menternak Fahaman DAP yg resist sedari dulu lagi .Ini adalah perancangan untuk cina cina johor untuk merampas Johor dari BN……BN dan UMNO johor mempunyai masa kurang dari lima tahun untuk menyusun dan bertindak.DAP sudah membuat foundation .

    Reply
    • September 30, 2013 at 7:36 pm
      Permalink

      Yeah, LKS bertanding di Gelang Patah pada PRU 13 perlu dibaca motifnya dgn lebih mendalam…

      DAP confident boleh dapat Johor hari tu, kalau tidak, LKS takkan tanding kat sana…

      Reply
  • September 30, 2013 at 11:06 pm
    Permalink

    Aku gerenti Lim Guan Eng tak kan seghah jawatan S/Agung DAP apa lagi KM Pulau Pinang tu…. lugi la manyak masyuuukkk maa…..!!!!

    Reply
  • October 1, 2013 at 12:19 am
    Permalink

    perwakilan telah bagi signal, tetapi anak beranak Kit Siang ni peduli apa, muka tembok, gila kuasa, demokratik untuk dia sahaja… dalam sistem demokrasi, siapa dapat lebih undi maka dialah pemenang yg patut jadi ketua…

    Reply
  • October 3, 2013 at 6:22 pm
    Permalink

    HAHAHAHAHA

    http://www.malaysiakini.com/news/229404

    GUAN ENG PERNAH KATA…

    Pakatan Rakyat layak membentuk kerajaan persekutuan kerana ia memenangi undi popular yang lebih tinggi di seluruh negara berdasarkan keputusan pilihan raya umum Ahad ini.

    “Bagaimana (kita) boleh memenangi 51.4 peratus undi popular berbanding 48.6 peratus oleh BN tetapi tidak mendapat kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan?” tanya Pengerusi Pakatan Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

    “Ini sangat mengecewakan. Bagaimana kita boleh menang 51.4 peratus undi popular. tetapi hanya tambah tujuh kerusi?”

    WOI, LU BAGI LA ITU JAWATAN S/A PADA CHIN TONG KALAU LU PERCAYA ITU UNDI POPULAR!!!!

    MAKAHAI…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *