NBOS Bukti Kolaborasi Pasukan Keselamatan Negara Mampu Jimatkan Perbelanjaan Dan Tingkatkan Keberkesanan

Pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu telah menjadi bukti  kejayaan gandingan mantap pasukan tentera dan polis  membenteras pengkhianat dan musuh negara. Walaupun dalam keadaan yang cukup mengejutkan pencerobohan tersebut yang berlaku selepas Anwar bin Ibrahim menyanyikan lagu “Tanya sama pokok”, namun dengan kerjasama yang kukuh atas nama bumi Malaysia maka pasukan polis dan tentera mampu mempertahankan negara dengan jayanya.

 

Kronologi  pencerobohan Lahad Datu bermula   selepas  Anwar Ibrahim  mengadakan pertemuan dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari. Ungkapan bahawa BN (Barisan Nasional) akan hilang… bukan kalah. Hilang Sabah… menjadi “siulan” Anwar. Pengertian sebenar Anwar ini menjadi persoalan samada  Sabah akan ‘terlepas’ dari negara kita atau cuma BN saja yang kalah.
Tambahan pula dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar  menyanyikan lagu yang sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

 

Walaubagaimanapun pencerobohan tersebut turut membuktikan keupayaan pasukan keselamatan negara dalam menghadapi apa jua ancaman dari dalam dan luar negara.  Tambahan pula kerajaan telah melancarkan  strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menjangkaui kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pertahanan yang juga telah  terbukti menzahirkan banyak faedah serta menyumbang kepada penjimatan perbelanjaan kerajaan.

 

Inisiatif mengoptimumkan Pusat Latihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang  sedia ada sebagai pusat latihan untuk anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu dilantik seperti di Pusat Latihan Asas Tentera DArat dan KD Sultan Ismail telah dapat meminimumkan keperluan pembinaan pusat latihan baharu untuk aktiviti latihan PDRM yang dianggarkan berjumlah RM711 juta bagi sebuah pusat latihan.

 

Manakala Pusat Pemulihan Pemasyarakatan pula telah memberi kesan penjimatan dari segi kos pembinaan penjara baharu. Kos bagi pembinaan sebuah penjara baharu menelan belanja antara RM50 juta hingga RM60 juta berbanding kos bagi pembinaan sebuah pusat pemulihan yang diselaraskan di kem-kem tentera yang dikenal pasti dianggarkan hanya antara RM4 juta hingga M6 juta.

 

Program-program berbentuk rondaan bersama antara ATM dan PDRM pula turut menyumbang kepada usaha pengurangan kadar jenayah seperti dilaporkan menerusi Laporan Program Transformasi Kerajaan (GTP) 1.0. Ini berikutan dengan kejayaan  meminimumkan keperluan pertambahan perjawatan yang  ditampung dengan  penglibatan anggota ATM.

 

Kerjasama yang melibatkan kementerian dan agensi dapat  menjimatkan wang ringgit  dan mengurangkan ketirisan dan pembaziran, aliran tunai serta tenaga kerja.  Ini merupakan tindakan yang cukup bermanfaat kepada negara dan rakyat.  Dengan ini pembangkang akan mula kehilangan isu untuk terus menyebarkan fitnah dan memburukkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

 

6 thoughts on “NBOS Bukti Kolaborasi Pasukan Keselamatan Negara Mampu Jimatkan Perbelanjaan Dan Tingkatkan Keberkesanan

  • September 24, 2013 at 6:50 pm
    Permalink

    Bagus la tu cari idea jimatkan perbelanjaan….banyak lagi yang boleh dijimatkan dalam perbelanjaan PDRM dan ATM…tengok-tengok sama ” entertainment ” cost untuk pegawai-pegawai tinggi…

    Reply
  • September 24, 2013 at 7:56 pm
    Permalink

    jangan lah bila hendak berjimat sampai persenjataan dan kebajikan anggota semuanya terabai….

    Reply
  • September 24, 2013 at 8:34 pm
    Permalink

    Yg si Abg non dpt idea nyanyi ‘Sabah hilang’ tu drp mana ya???
    Musykil betuii..mana Bujuk, Mek esah & Tony?? Sila jawab…

    Reply
  • September 24, 2013 at 11:26 pm
    Permalink

    Saya ada interview gomen esok. Doakan saya lulus supaya saya dapat berkhidmat demi agama, bangsa dan negara. Amin…

    Reply
    • September 24, 2013 at 11:29 pm
      Permalink

      Good luck and all the best to you.

      Semoga saudara dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara.

      Amin…

      Reply
    • September 25, 2013 at 1:24 pm
      Permalink

      Yup…semoga berjaya, kalau depa tanya hang apasal nak kerja gomen, hang cakap jer, hang muda, aggresive, tangkas dan cekap buat kerja, hang cakap jugak hang tak suka lepak lama-lama kat kantin, hang nak ubah persepsi rakyaat pada perkhidmatan awam…Insyaallah.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *