AES : PDRM Kuatkuasa Saman Trafik Dan Kesan Penjenayah

Pembangkang menentang dengan keras penguatkuasaan AES  yang merupakan pemboleh (enabler) yang merangkumi (embody) semua usaha ke arah mencapai sasaran Pelan Keselamatan Jalanraya 2006-2010 dalam mengurangkan kematian akibat kemalangan tanpa memberi ruang memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul. Mereka pernah mengugut akan mencabut kamera AES ini dari Selangor namun membatalkan niat tersebut dengan hanya meletakkan kain merah menutupi kamera .

 

Begitu juga dengan sistem pentadbiran Negara terus dijadikan modal untuk pembangkang mengecam dan memfitnah selagi mampu. Hakikat bahawa tiada satu pun perkara di dunia ini sempurna melainkan Allah cuba dinafikan oleh mereka. Segala perkara memerlukan teguran yang membina untuk memperbetulkan dan memperbaiki kelemahan yang timbul.

 

Akhirnya  penguatkuasaan AES berada dibawah PDRM yang sebelum ini di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan.  Oleh itu PDRM akan menggunakan sistem AES ini secara maksima seperti mengesan kegiatan jenayah.Ia mampu dilakukan kerana kamera AES itu diletakkan di kawasan strategik seperti di lampu isyarat dan beberapa tempat di jalan raya dan lebuh raya tertentu.

 

Sebelum ini  isu AES yang turut disuarakan oleh berbagai lapisan rakyat berkenaan keterlibatan “pihak ketiga” dalam pengeluaran saman dan pungutan wang saman. Alhamdulillah isu ini selesai apabila PDRM telah mengambilalih sepenuhnya penguatkuasaan tersebut.

 

Disamping itu pembangkang juga pernah membuat dakwaan  bahawa  Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak tepat dalam mengesan kenderaan yang melebih had laju kerana ia boleh menyebabkan kenderaan yang tidak melebihi had laju juga disaman. Kononnya kamera AES yang statik akan menyebabkannya merakam kenderaan yang tidak melebihi had laju yang kebetulan berada di hadapan kamera secara serentak dengan kenderaan lain yang laju.

 
Pembangkang juga berusaha menghalang segala usaha kerajaan dalam melaksanakan AES ini dengan mengadakan kempen Anti Saman Ekor (Kase).  Mereka kononnya  mendedahkan kelemahan  saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dikeluarkan terutama di lokasi kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Kamera AES di lebuh raya tersebut kononnya keliru dan celaru apabila menangkap kelajuan 80 kilometer sejam (km/j) sedangkan had laju di situ adalah 90 kilometer sejam.

 

Disebalik semua fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang, Sistem penguatkuasaan elektronik telah dilaksanakan di 90 negara lain di seluruh dunia. Di Asia Tenggara, Thailand dan Vietnam telah mlaksanakan system digital traffic enforcement system.

Contoh keberkesanan AES di Negara-negara lain:

PERANCIS   –         Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.

JERMAN       –        Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamerapengesan kelajuan dipasang).

KUWAIT      –         Kemalangan menurun 48%.

UNITED KINGDOM –        Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.

 

Kerajaan harus tegas dalam melaksanakan projek yang mampu membawa kebaikan yang banyak terhadap rakyat. Mereka harus memastikan pembangkang tidak dapat mempengaruhi mereka dengan dakyah dan fakta yang berputar belit demi kepentingan peribadi masing-masing.  Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan harus terus dipegang dengan kemas.

15 thoughts on “AES : PDRM Kuatkuasa Saman Trafik Dan Kesan Penjenayah

  • September 22, 2013 at 3:40 pm
    Permalink

    Pembangkang dinegara ni taraf bodo kelas rendah yg mana pemikiran mereka jumud dan dengki dgn idea canggih kerajaan yg setaraf dgn negara2 yg maju didunia ini. Mereka lebih mengutamakan populariti dan mendidik rakyat supaya selamatkan wang nada dari disaman dari selamatkan nyawa anda dari kemalangan.Taraf kebodohan mereka itulah terserlah dgn pelbagai contoh:
    . pemilihan CEC DAP yg tidak sah oleh ROS dan penipuan Penasihat dan Setiausaha Agong untuk kekal kuasa.
    . pemilihan kepimpinan PKR yg tonggang langgang, pergadohan dan pemilihan yg diatur.
    . Pas menyeru agar kepimpinan mesti dipilih dr ulama, tetapi PAS menolak pandangan ulama sendiri.

    Kebodohan parti-parti pembangkang makin terserlah apabila mengagongkan pengganas komunis,mahu menukar bendera negara dan mempertahankan kongsi gelab yg ditahan dan dibunuh polis dll.MEMANG BODO DAN TIDAK ADA KLAS PEMBANGKANG DINEGARA INI. BODO, BODO DAN SANGAT BODO!

    Reply
    • September 22, 2013 at 7:46 pm
      Permalink

      kalau pembangkang tu bodoh , yg menyokong pembangkang kita nk gelar apa abg ali ? 😀

      Reply
      • September 22, 2013 at 10:41 pm
        Permalink

        tongong tak boleh diajar kalau kau ajar tambah kurang ajar..tongong bodo la agaknya!

        Reply
  • September 22, 2013 at 5:13 pm
    Permalink

    Kalau kereta lari laju AES kesan, yg jalan raya berlubang sana sini siapa boleh kesan?

    Reply
    • September 22, 2013 at 8:41 pm
      Permalink

      Sonang tu bah…..kalo terjumpa jalan berlubang apa lagi ambik gambaq hantaq pada pihak berkuasa. Kalo kat jalan persekutuan aju kan kat JKR…kalo kat jalan negeri aju kan kat kerajaan negeri & PBT habih ceghita. Tindakan tu dapat banyak manfaat nya pada umum…pahala la kata kan.

      Kita jangan la dok haghap kan sepenuh nya pada pihak berkuasa tu…depa banyak hal nak di tangani. Pegawai tu ada prioriti masing masing…sama ada prioriti peribadi ato prioriti rasmi jawatan depa.

      Reply
    • September 24, 2013 at 9:38 am
      Permalink

      Itu semua mah chai AH LONG boleh tolong kesan.

      Reply
  • September 22, 2013 at 7:44 pm
    Permalink

    Ape saje yg dibuat demi kemajuan rakyat , pembangkang mesti tentang punya. sebab ape ? sebab mereka tak suka rakyat ni makin bijak. sebab kalau rakyat bijak , rakyat akan mula mempersoalkan segala tindak-tanduk , kelakuan dan moral pemimpin dan kerajaan pembangkang . PEMBANGKANG di malaysia bukanlah seperti pembangkang di UK ,US atau Australia . pembangkang di negara2 ini bersama2 dgn kerajaan memerintah dlm mentadbir negara dan mensehjaterakan kehidupan rakyat .itulah beza mentaliti dan sikap pembangkang malaysia dan negara2 tersebut.

    Reply
  • September 22, 2013 at 7:45 pm
    Permalink

    elok la aes ni diletak byk2 dlm pekan dalam kawasan panas, supaya dapat dipantau jenayah2. jangan nak saman laju saja, keselamatan lain perlu dititikberatkan.

    Reply
  • September 22, 2013 at 8:23 pm
    Permalink

    Aku meghasa lega sungguh akhir nya kerajaan terpaksa akoq ngan desakan sebahagian besaq rakyat mintak AES di seghah kan pada agensi penguat kuasaan kerajaan. La ni PDRM dah di seghahn kan tugas mengendali kan AES…..Polis dah menfaat kan nya bagai serampang dua mata. Sebelah ataih polis guna kan untuk mengurang kan kadaq nahas jalan raya…sebelah bawah plak depa pakai kamera tu untuk memerangkap penjenayah tegaq.

    Kalo tugas AES ni masih kekai kat swasta…apa yang rakyat dapat hah…? Dah terbukti fungsi AES dah gagal, kemalangan jalan raya semakin tenat la ni…haghi haghi ramai pengguna jalan raya yang dah mati akibat kemalangan. Yang menguntung kan ada la pengusaha AES tu…depa ghembat berjuta juta ringgit setiap tahun..hasil nya poi yilek pada rakyat & kerajaan. Bodo…bodo…. sungguh pemimpin politik yang dok beghi idea tu…nasib baik dia tu dah ghuyub dalam PRU13 lalu. Padan muka …tamak sangat maaa….!!!

    Reply
  • September 23, 2013 at 4:06 am
    Permalink

    mansuhkan AES!

    Reply
    • September 23, 2013 at 6:51 pm
      Permalink

      Rugilah kawan yang membekalkan, yang membeli, yang operate, yang menyediakan dan yang akan buat maintenance keatas AES camera tu KKM.

      AES camera tu memang berguna dan membantu dalam menguatkuasakan undang-undang lalu lintas dan mencegah jenayah seperti curi kereta, mengenaasti penyamun dll penjenayah yang menggunakan lebuhraya.

      Reply
    • September 24, 2013 at 12:03 pm
      Permalink

      Syarikat manakah yang sebenarnya memiliki dan menyelengara (maintenance) AES Camera yang dipasang seluruh negara? Adakah ianya beroperasi semacam SPENCO yang buat maintenance kereta yang di gunakan oleh Jabatan Kerajaan?

      Reply
  • September 23, 2013 at 8:09 am
    Permalink

    Liberal, Democratic, Conservative, Labour.. ini biasa kita dengar. Semua orang tahu mereka adalah parti pemerintah & pembangkang USA dan Britain. Pemerintahan sesebuah negara memerlukan pembangkang bukan sekadar menghidupkan demokrasi tetapi untuk menyediakan check & balance terhadap perjalanan kerajaan.

    Itu luar negara, lain halnya disini. Kerana pembangkang negara luar menggandingkan satu team mantap, cekap dan miliki bijak pandai yang berkemampuan untuk meraju bila tiba waktu mengambil alih.

    Disini, pembangkang kita terdiri dari penyangap, pengkhianat yang kosong otaknya. Belum pun memerintah meneraju dan menghitung hasil negara mereka sudah ada bisnis berjuta ringgit untuk beli orang, beli hakim, beli peguam dan beli segala2nya dengan duit yang mereka ada.
    Hanya buat menutup pekong jijik yang bukan sekadar bernanah tapi sudah berulat.

    Macamana rupa dan jadinya negara jika puak ini dibenarkan meneraju ???

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *