Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera : Akhirnya Suara Majoriti Rakyat Malaysia Dihargai

Pilihanraya Umum ke 13 yang lepas amat sengit dan kritikal dalam menentukan halatuju negara. Analisis kemenangan Barisan Nasional dalam meneraju Malaysia telah disumbangkan majoritinya oleh bangsa Melayu  dan bumiputera.  Bangsa Cina telah menyatakan pendirian yang amat jelas bahawa majority bangsa Cina menolak kerajaan Barisan Nasional. Mereka mahu DAP yang berfahaman lebih mirip kepada komunis memegang tampuk pemerintahan Negara.

 

Oleh itu memang sewajarnyalah Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia mengambil langkah tegas dalam menyatakan penghargaan terhadap pengundi bangsa Melayu dan bumiputera yang telah membuktikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap kerajaan Barisan Nasional.

 

Maka Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang telah dilancarkan oleh Datuk Seri Najib amatlah dialu-alukan dan amat tepat pada masanya. Kesetiaan haruslah dihargai.  Manakala pengkhianatan haruslah dijadikan satu pengajaran yang cukup mahal. Pengkhianatan yang telah dibuktikan oleh bangsa Cina dalam PRU 13 yang lepas seharusnya dijadikan panduan dalam merangka strategi negara.

 

Satu kontrak sosial telah lama dipersetujui  oleh seluruh rakyat Malaysia, sepertimana  dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu. Bumiputera dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui “Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a.Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b.

 

Lima strategi utama bagi memperkasa Ekonomi Bumiputera, meliputi modal insan, pemilikan ekuiti, pemilikan aset bukan kewangan, keusahawanan dan penyampaian perkhidmatan. Bumiputera yang mewakili 67.9 peratus warganegara Malaysia seramai  27.4 juta orang, perlu menjadi teras kepada agenda nasional dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa.

 

Kerajaan akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik dalam fokus ketiga Strategi Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Langkah itu bagi memastikan golongan bumiputera tidak ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan.  Kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada golongan bumiputera di seluruh Negara.

 

Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang akan ditubuhkan tidak lama lagi dan dipengerusikan PM sendiri akan menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dalam melaksanakan lima strategi utama sebagai kelangsungan implementasi agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera.

 

Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa.  Langkah kerajaan ini akan dapat melihat lonjakan sokongan rakyat terhadap Barisan nasional. Namun langkah ini haruslah dijalankan secara berterusan sekiranya kerajaan masih mahukan kesetiaan undi dari bangsa Melayu dan bumiputera.

7 thoughts on “Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera : Akhirnya Suara Majoriti Rakyat Malaysia Dihargai

  • September 22, 2013 at 2:37 am
    Permalink

    alhamdulillah. harap kerajaan di bawah pimpinan DSN akan lebih mendengar suara majoriti rakyat dari minoriti yang sememangnya tidak akan menyokong kerajaan biar pun kerajaan banyak membantu mereka.

    Reply
  • September 22, 2013 at 7:32 am
    Permalink

    Kerajaan miliki stastik ini sudah lama, stastik ini bukan statistik baharu. Statistik tepat yang membuktikan bahawa negara mampu diperintah oleh parti melayu dengan undi melayu berdasarkan peratus jumlah melayu sendiri dinegara ini. Tetapi kerajaan iktiraf juga kehadiran non bumi demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

    Malangnya kerajaan dikecewakan sesudah cuba mengubah pendekatan menangani non-bumi. Walau apa yang PM Najib buat tidak buat oleh PM M dulu yang dipanggil ultra oleh non-bumi dizamannya.

    Walau apa yang dibuat Najib kita sendiri tak berapa setuju tapi kita faham apa yang mahu dilakukannya. Najib seorang yang oblige dan mahu gembirakan semua kaum. Dalam proses itu beliau dilihat memberi terlalu lebih kemudian rugi.

    Melayu pulak setelah usaha memperkasakan mereka dimulakan, perlu sahut secara bersungguh2 hingga mencapai tahap perkasa. Untuk jadi perkasa melayu perlu jadi gergasi. Melayu tak boleh lupa, alpa, malas dan cuai. Gergasi tidak cuai untuk maintain saiz kegergasianya. Melayu perlu lebih cekap, pandai, berinovasi dan kreatif.

    Melayu perlu cekap pegang spanner ikat skrew. Melayu tak boleh kekok, lembab hingga lambat. Itulah umpamanya. Jika dulu kalau satu projek terbengkalai separuh jalan, tak payah tanya itu projek siapa, mesti projek melayu. Itu kerana melayu tak expert pegang spanner dan melayu kurang cekap mengurus. Kenapa begitu sedangkan melayu kaum bijak yang cekap hingga mampu memerintah negara 56 tahun lamanya sudah.

    Kita berharap setelah Tun M gagal perkasakan melayu, Najib akan berjaya memgergasikan melayu.

    Reply
  • September 22, 2013 at 8:32 am
    Permalink

    UMPAMA DIBAWA DIPUNCAK BATANG POKOK KELAPA YG DITIUP KUAT OLEH ANGIN YG MEMBUAI KEKIRI DAN KANAN.. MAKA CABARAN EKONOMI YG DIHADAPI HARI INI, MAKA MELAYU KENA PEGANG ERAT ‘BATANG KELAPA’ AGAR TIDAK JATUH DAN MATI.JARAK UNTUK MENCAPAI BUAH TAK JAUH LAGI.. TERUSKAN PENDAKIAN PASTI BUAH BERADA DIDALAM TANGAN DAN DAPAT DIPETIK HASILNYA..

    Kaum lain yg berada dibawah pokok ramai yg mengharapkan ekonomi Melayu jatuh dan tidak berjaya hasil pengalaman lalu dimana walaupun dgn MARA, PNB, TEKUN dll orang Melayu berganjak lembab dan ramai yg gagal, kali ini adalah penentu, jika Melayu masih tidak berubah dan tidak mengambil peluang maka 2020 akan ditempuh dgn bangsa lain melagkah dahulu kehadapan!

    Reply
  • September 22, 2013 at 9:00 am
    Permalink

    walaupun Pas, PKR dan DAP cuba menafikan kejayaan UMNO/BN dalam memperkasakan orang melayu sejak selepas merdeka lagi…ianya tidak menjadikan alasan untuk pemimpin UMNO terus mengutamakan agenda melayu/islam nya

    Reply
  • September 22, 2013 at 1:32 pm
    Permalink

    alhamulillah.berita baik utk bumiputera.tapi malangnya ada golongan bumiputera sendiri yg menggagalkan agenda bumiputera ni.mereka mengalibabakan lesen perniagaan kepada pendatang asing.sbb itulah ramai pendatang asing yg dpt berniaga di KL ni.

    Reply
  • September 23, 2013 at 8:52 pm
    Permalink

    Jangan jadi retorik sebab nak PAU cukuplah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *