Khalid Ibrahim Mahu Rakyat Selangor Mahir “Beristinjak”?

Share


Ya, kita rakyat Malaysia baru saja menyambut hari kemerdekaan negara yang ke-56. Rata-ratanya disambut penuh meriah di seluruh Malaysia. Namun saya yakin, mungkin ada di kalangan warga Lembah Klang yang tidak mandi ketika menyambut Merdeka ekoran masalah gangguan bekalan air!

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) baru-baru ini mengaktifkan “kod merah” menandakan pelan kecemasan terpaksa dikuatkuasakan. Akibatnya, dianggarkan lebih 1,000,000 pengguna sedang menghadapi masalah bekalan air di kawasan masing-masing.

Kod Merah diaktifkan kerana berlaku tumpahan minyak diesel kira-kira 10 kilometer dari kawasan tadahan air di Sungai Selangor dan melibatkan gangguan operasi bekalan air di loji Sungai Selangor fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa ditutup sepenuhnya.

Sebanyak tujuh daerah yang dilaporkan menghadapi masalah dengan insiden tersebut iaitu Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

SYABAS dikatakan sedang bertungkus lumus membersihkan kawasan yang terbabit dalam tumpahan diesel berkenaan. Sementara menunggu sumber bekalan air itu bersih sepenuhnya, saya yakin ramai yang tak mandi atau mandi hanya sehari sekali sahaja, kan?

Melihat insiden itu terjadi, saya terus terbayang projek Langat 2 yang tertangguh sejak Khalid Ibrahim berkuasa sebagai Menteri Besar. Bukan 10 atau 20 kali dinasihatkan MB Selangor itu untuk memberi kelulusan membina Langat 2, malah lebih dari 50 kali dia didesak.

Sudah bertahun-tahun dia tangguhkan projek pembinaan loji rawatan air Langat 2 yang bersumberkan bekalan air mentah dari Pahang itu. Namun makin didesak, semakin degil Khalid enggan melaksanakannya. Macam-macam alasan dia berikan…

Saya yakin, kalaulah loji berkenaan sudah terbina di saat ini, sudah tentu ramai yang lega. Sudah tentu Langat 2 bakal menjadi loji altenatif yang mampu menampung bekalan air bersih untuk rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang.

Saya percaya, kalaula Langat 2 telah beroperasi kini, sejuta pengguna di kawasan sepenting Lembah Klang dan Selangor pasti tidak menderita. Sekurang-kurangnya, mereka boleh berwudhu, mandi dan melakukan aktiviti harian seperti biasa, bukan?

Selain itu, saya juga tertanya-tanya berapa ratus buah kilang yang terpaksa berhenti operasi sepanjang tempoh bekalan air terganggu? Sehari? 2 hari? 3 hari? Seminggu? Berhenti operasi kilang bermakna kilang tersebut bakal menanggung kerugian berjuta ringgit sehari.

Saya tertanya-tanya, apakah Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tidak berfikiran jauh berkenaan bekalan air yang menjadi asas keperluan hidup manusia itu? Kalau benar pun dia “tertidur”, takkanlah semua Exco Kerajaan Selangor juga “tidur”? Semua makan ubat batuk selsema, kah?

Khalid “akan” benarkan Langat 2 dibina, itu katanya. Tapi bila dia sebut perkataan “akan”, maka ia bermaksud “akan datang”. Bila dia nak bina Langat 2? Esok? Tiga minggu lagi? Tahun depan? Atau 4 tahun depan sebelum PRU ke-14?

Saya tak tahu bagaimana rakyat Selangor berfikir. MB seperti Khalid pun mereka sokong? Kerajaan “auta” macam Pakatan Haram pun mereka sokong? Terlalu “moden” sangatkah pemikiran pengundi di Selangor sehingga terus tertipu dengan rejim Pakatan Haram?

Padanlah rakyat Selangor tidak merungut. Rupanya mereka tidak kisah kalau tidak mandi sehari dua. Mereka mungkin sudah mahir “bertayammum”. Dan mungkin mereka sudah pakar tentang “istinjak”. Masalah bekalan air bukan lagi masalah bagi mereka…mungkin?



24 thoughts on “Khalid Ibrahim Mahu Rakyat Selangor Mahir “Beristinjak”?

  • September 2, 2013 at 1:04 am
    Permalink

    bukan semua rakyat selangor yg tak suka mandi,cuma jenis pakatan syaitan saja tak kisah ada air ke tidak, lagi pun mereka berak pakai tisu bukan air.

    Reply
  • September 2, 2013 at 2:37 am
    Permalink

    Bila MB auta maka inilah jadinya.

    Reply
    • September 6, 2013 at 12:54 pm
      Permalink

      Tahniah khalid kerana bertindak cepat menangani isu air…..ni kira tragedi luar jangka le kan ….bukan kes kelembapan servis …sekali lagi tahniah !!!!!!!!!

      Reply
  • September 2, 2013 at 2:57 am
    Permalink

    Suruh exco Selangor DAP itu instinjak dulu. MB melayu apa kalau ikut telunjuk DAP dalam kebanyakan tindak tanduknya.

    Reply
  • September 2, 2013 at 5:26 am
    Permalink

    Mcm2 jenis air dkt selangor ni problem. Dulu2 mandi wajib, skrg dh tak wajib.
    Sudah la fuckatan ini mencemarkan alam kemudian nk mencemarkan agama Islam pulak.
    Fuckatan Haram ni sejenis bangsa perosak yg sanggup berkwn dgn setan..

    Reply
  • September 2, 2013 at 5:49 am
    Permalink

    bangkitlah warga selangor . sampai bila isu air ini terus nak menghantui hidup kamu . kamu duduk dalam negeri termaju di malaysia , tapi masalah air terus menyusahkan diri , anak , bini dan saudara mara kamu . Pakatan haram tidak menjanjikan apa2 pun ! kamu dibohong lagi untuk tempoh 5 tahun lagi. INSAFLAH SEMUA ANAK SELANGOR ! kamu memerlukan Langat 2 untuk penyelesaian masalah kamu. bukan MB kuat membuta , rumah urut , exco2 haram jadah , dan wakil rakyat yang hanya pandai bercakap tak serupa bikin itu. INSAFLAH SEGERA !!

    Reply
  • September 2, 2013 at 6:56 am
    Permalink

    Orang yg bodoh sahaja yg memilih sibangang jadi ketuanya, orang yg buta hati sahaja yg meraba raba dan asal pilih saja sesiapa yg jadi ketuanya.. dan inilah dia kerajaan sibodoh dan sibangang!

    Reply
    • September 6, 2013 at 12:59 pm
      Permalink

      Yeessss….kebodohan rakyat selangor memilih pemimpin telah berlalu( masa BN )…skrg rakyat selesa dgn kerajaan yang dipilih…..penuh cekap dan berhemah tanpa korupsi….hidup PR !!!!!

      Reply
  • September 2, 2013 at 8:14 am
    Permalink

    saya walupun dari negeri lain terkena juga tempiasnya. Pergi ke rumah adik di Kelang pada malam Hari Malaysia disambut dengan ketiadaan air

    Reply
  • September 2, 2013 at 10:23 am
    Permalink

    Di Kedah pun PAS tolak RUU Anti-Syiah.

    Nampak sangatlah org Melayu bawah PR tu dibawah telunjuk DAP !!!

    Reply
  • September 2, 2013 at 10:46 am
    Permalink

    Rezab bekalan air di Selangor cuma sekitar 3% sahaja. Satu nilai yang amat rendah. Apabila berlaku sebarang insiden, rezab tersebut tidak mampu menampung kekurangan bekalan air.

    Reply
  • September 2, 2013 at 11:52 am
    Permalink

    Kesian khalid..yang kena balun dia, yang bagi arahan DAP !! apa nak buat khalid, tu lah bila jadi MB atas belas ikhsan DAP…terpaksa lah hang jadi punching bag !…teringat aku kat nizar colok…apa nasib dia la ni…

    Reply
  • September 2, 2013 at 1:34 pm
    Permalink

    Bila dikata air terawat diSelangor dah makin merosot..dikalangan puak PR mengatakan Syabas yang mensabotajnya sedangkan.

    1. Kos perbelanjaan untuk mengaktif serta pembaikan tidak diberikan oleh kerajaan Selangor.

    2. Di pentas ceramah rakyat dimomokkan oleh peminpin dengan mengatakan sumber air di Selangor banyak..hakikatnya memang sumber air tu banyak tapi yang jadi masalah nya sumber air terawatt.

    3. Cuba kaji balik kenapa projek langat2 tu dibuat sebelum PR memerintah lagi..sudah tentu lah kajian berkenaan nya telah dibuat oleh pakar yang bertauliah..semuanya berjalan lancer tetapi pabila PR memerintah perkara ini tertangguh disebabkan bermacam halangan..

    So..wahai rakyat Selangor ..buka lah minda, pemimpin kalian semuanya orang berduit so masalah ini tidak menjejaskan kehidupan mereka, yang jadi mangsa adalah rakyat.

    Reply
  • September 2, 2013 at 3:14 pm
    Permalink

    Si Khalid Gagap akhirnya dah mengaku akan keperluan project Langat 2 untuk mengatasi krisis air di Selangor:

    http://www.malaysiakini.com/news/234921

    Selama ni, kenapa asyik dok deny kepreluan project Langat 2, sebab kena ikut kata DAP ka???

    SYABAS rakyat Selangor, walaupun aku kesian pada hangpa, tapi nak buat camana, hangpa jugak yg pilih FUCKUTAN ni…

    Reply
  • September 2, 2013 at 3:46 pm
    Permalink

    diaorang ni maju bab bercakap atas pentas je. Tu memang aktif dan rajin. tapi kalau bab pelaksanaan dan buat kerja memang lembab. kata ramai profesional dalam tu. oh ye. profesional bercakap. buat kerja prokayu.

    Reply
    • September 2, 2013 at 4:10 pm
      Permalink

      Depa CULAS (atau the right word procrastinate), tu pasal tak boleh geng dgn depa ni…

      Reply
  • September 2, 2013 at 6:28 pm
    Permalink

    Semue exco2 evangelical cinabeng PR kat S’gor cuma ada 1 matlamat jer…selagi PR pegang S’gor, mereka nak kristiankan seramai boleh MELAYU!! Tanya ler Hannah Yeoh, Teresa Kok, Elizabeth Wong..mana miss attend Sunday mass..bermuka manis, tanam tebu tepi mulut tp tujuan nak murtadkan MELAYU ISLAM!!! Depa da lama wat keje ni diam2..Org Melayu S’gor pi jemput depa masuk surau pulak..ngucap panjang aku!!

    Tapi kan, PAS lar paling BODOWWW sbb menang byk kerusi tp x mo jadik MB…Boleh masuk Guiness World of Records, parti ISLE yg menang besor tp mati2 bagi alasan x nak PIMPIN negeri paling KAYA RAYA kat Mesia!!

    Reply
  • September 2, 2013 at 7:34 pm
    Permalink

    umno tak payah bersandiwara!
    nak bina langat 2 boleh tapi bagi balik pengurusan air kepada kerajaan negeri!
    senang saja syarat tapi umno terus berdolak -dalik!

    Reply
    • September 2, 2013 at 9:18 pm
      Permalink

      Bagi BALIK???

      Pergi la beli dgn SYABAS!!!

      Negotiate TALAM senang jer…1 ekar = MYR 652,821.20…takkan dgn SYABAS MATI AKAL!!!

      Reply
  • September 2, 2013 at 8:38 pm
    Permalink

    Bodow la kau Toni.. kerajaan buat loji lepas tu nak bagi ke khalid.. kau memang otak udang la toni.. kenapa tak guna duit rezab berbilion buat loji.. loji taik pun tak terbuat ada hati nak uruskan loji air.

    Reply
  • September 2, 2013 at 10:07 pm
    Permalink

    khalid tidak sebodoh itu untuk menolak projek langat 2 dgn tanpa sebab….harap umno tidak putar serta auta…inilah bahananya bila maklumat hanya bersumberkan tv3suku serta utusan meloya…. otak jadi biol !!!!!!

    Reply
    • September 2, 2013 at 10:18 pm
      Permalink

      Mek…this is from Malaysiakini la Mek….

      http://www.mykmu.net/?p=33499

      Can you read!!! tu la, benci sgt UMNO sampai Mek jadi biol…

      Tapi org2 biol mmg trademark ahli2 FUCKUTAN pun…hehehe

      Reply
    • September 3, 2013 at 9:55 am
      Permalink

      sedap tak mek kena penampor balik kat muka tu ? skrg sape yg biol ? kami atau engkau ? kah5…

      Reply
      • September 3, 2013 at 10:20 am
        Permalink

        Tulah, Mek ni mcm Khalid Gagap jugak…

        Suka meludah ke langit…ptuih, kena muka sendiri….

        Muehmuehmueh…

        Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *