Saifuddin Nasution Ketua Staff Tanpa Kuasa

Share


Sebelum ini, ramai yang menyangka Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim begitu setia mendengar arahan dari Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bertugas di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Melantik Saifuddin menunjukkan Khalid adalah sangat menjaga imej dan peribadinya di hadapan Anwar. Walaupun jawatan yang Anwar mahukan Saifuddin pegang dalam pejabat MB sebagai Pegawai Seranta Politik tidak Khalid penuhi, Khalid memberikan jawatan Ketua Staf sahaja kepada Saifuddin.

Tapi, itu sudah cukup membuktikan Khalid sangat patuh dan setia kepada Anwar walaupun beliau sedar tujuan sebenarnya Saifuddin diselitkan ke dalam pejabat MB adalah untuk menyingkir penasihat pelampau beliau yang amat disayangi, Faekah Husin.

Pun begitu, sejak hampir sebulan lebih melaporkan diri pada 22 Julai di pejabat MB, dilaporkan Saifuddin tidak banyak melakukan perubahan besar terhadap staf-staf di pejabat itu.

Malah, tugasan awal yang disuruh oleh Anwar untuk mengawal Faekah dan dua orang pegawai Khalid lain juga gagal untuk Saifuddin laksanakan.

Spekulasi hebat muncul semula ketika ini apabila sebenarnya, sejak tarikh Saifuddin melaporkan diri di hadapan Khalid sebagai Ketua Staf, kebenarannya Saifuddin tidak langsung memunculkan diri ke pejabat itu semula.

Ini menunjukkan, Saifuddin tidak pernah memulakan tugasnya sebagai Ketua Staf. Pada tarikh 22 Julai itu sahajalah hari pertama dan terakhir Saifuddin masuk ke pejabat MB.

Ia disulitkan lagi apabila sumber pejabat MB memberitahu pejabat Saifuddin berada di tingkat 5 berhampiran dengan Bahagian Sektoral manakala pegawai-pegawai kanan termasuk Faekah dan Setiausaha Akhbar, Arfa Aziz terus bertugas di Tingkat 20 dan 21 yang turut menempatkan pejabat Khalid.

Saifuddin juga bertambah kusut apabila mendapat arahan untuk melaporkan diri kepada Faekah sedangkan Saifuddin sebenarnya mahu menyingkirkan Faekah dari terus berkuasa lebih daripada Khalid di pejabat MB.

Disebabkan keadaan Saifuddin seolah-olah dijadikan boneka di mata Khalid, Saifuddin bertindak ‘meminggirkan diri’ dan duduk jauh dari pejabat Khalid serta tidak menjalankan tugas sejak sebulan lebih yang lalu.

Kelibat Saifuddin yang langsung tidak terlihat dalam program-program atau acara MB yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan pejabat ADUN-ADUN Selangor menguatkan spekulasi Saifuddin meminggirkan dirinya.

Keadaan inilah menunjukkan sebenarnya Selangor dalam keadaan kritikal dan tidak keruan. Malah, ia membenarkan spekulasi di mana krisis dalaman dalam parti itu tidak pernah surut dan sentiasa menggunung.

Ditambah pula krisis Khalid dipinggirkan oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang di negeri itu, Selangor tidak akan ditadbir di bawah satu kesepakatan suara yang dicapai bersama.

Azmin sebelum ini dilihat menolak perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar untuk satu lagi penggal dan disokong oleh Zuraidah. Pergolakan di antara Khalid dan pimpinan parti PKR negeri semakin meruncing sehingga memperlihatkan Khalid kini berhadapan dengan krisis kepimpinan.

Malah, Khalid juga sering dipinggirkan daripada menyertai program-program kemasyarakatan anjuran PKR negeri.

Tidak mustahil Selangor akan menjadi negeri pembangkang yang semakin hancur.

Kita tunggu sahajalah untuk tempoh masa 5 tahun akan datang bagaimana pentadbiran Selangor yang dibuat oleh Khalid memandangkan sudah banyak cakap-cakap pemimpin-pemimpin pembangkang bahawasanya Khalid tidak layak menjadi Menteri Besar.



7 thoughts on “Saifuddin Nasution Ketua Staff Tanpa Kuasa

  • August 28, 2013 at 3:51 pm
    Permalink

    ini game cina DAP rasist pecah belah pimpinan melayu pembangkang di selangor

    mudah sangat di baca percaturan ini

    Reply
  • August 28, 2013 at 5:19 pm
    Permalink

    cara pembaziran wang rakyat dalam pembayaran gaji kakitangan yang tiada fungsi….

    Reply
  • August 28, 2013 at 7:27 pm
    Permalink

    saifuddin diberi jawatan hanya utk dapatkan gaji saja. kerja tak ada pun, hanya wang kerajaan negeri yg ingin disapu secara sah.

    Reply
  • August 29, 2013 at 12:05 am
    Permalink

    apakah kerja si saifuddin tunggu si faekah ‘selak kain’ utk diadukan kepada anwar?

    lama sangat dia tunggu, si faekah pulak tak selak-selak kain…terus dia blah tak masuk opis lagi

    *definisi ‘selak kain’ tu bermacam-macam, hehehehe

    Reply
    • August 29, 2013 at 12:14 am
      Permalink

      si saifuddin blah tak masuk opis lagi sebab dia BORING tunggu lama sangat si faekah ‘tak selak-selak kain’ ataupun…

      anwar suruh dia blah kata jgn masuk opis lagi sebab anwar faham selain buang masa si saifuddin tentu boring teramat sangat bila tunggu peluang asyik tak dapat-dapat masuk opis embee si gagap utk pasang kamera…hehehehe

      Reply
  • August 29, 2013 at 12:49 pm
    Permalink

    Hehehe…Saifuddin diletakkan menjadi “gatekeeper” kpd Nuar Berahi, last2 kena dipermainkan…

    Hehehehe….

    Reply
  • August 29, 2013 at 8:33 pm
    Permalink

    Bang Nuar tengah sibuk nak putar alam surat misteri permatang pauh.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *