Pemuda PAS Teruskan Tradisi Memfitnah Tanpa Rasa Bersalah?

Share


Masih lagi hangat diperkatakan di Kedah mengenai sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru berakhir semalam. Rata-rata di sekitar negeri itu masih terngiang-ngiang lagi kenyataan fitnah dari mereka yang sering mengungkapkan lafaz ayat Al-Quran di bibir…

Kalau fitnah tersebut keluar dari mulut mereka yang bukan beragama Islam, mungkin saya dapat terima. Namun bila diungkap dari lidah yang mewakili para pemuda PAS yang kononnya “vokal” dan lebih Islam yang umat Islam yang lain, rasa macam nak tempeleng kepalanya pun ada!

Ketika DUN Kedah sedang sebok bersidang baru-baru ini, datang sekumpulan kakitangan syarikat Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) ke Wisma Darulaman, lokasi di mana sidang DUN tersebut tengah rancak berlangsung.

Untuk makluman, IHSB merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah yang ditubuhkan PAS Kedah di bawah Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Syarikat itu dilaporkan rugi memanjang walaupun KUIN memberi pinjaman sebanyak lebih RM30 juta selama 5 tahun ditubuhkan!

Khabarnya, sehari sebelum itu, beberapa individu yang dipercayai “lebai-lebai” PAS telah bertemu dengan kakitangan IHSB yang mendakwa tidak dibayar gaji selama 4 bulan.

Menurut sumber, pertemuan itu bertujuan untuk mengadakan demonstrasi di Wisma itu bagi memalukan Kerajaan BN Kedah pada majlis pembukaan sidang DUN tersebut. Sebagaimana dirancang, maka berlakulah demonstrasi itu…

Dikhabarkan bahawa para kakitangan IHSB yang “diperlembukan” pak-pak lebai PAS itu bertegas mahu berjumpa dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan mahu menyerahkan petisyen bantahan tersebut “by hand” serta menuntut gaji mereka dibayar segera.

Mungkin menghormati sidang DUN yang menyaksikan Pemangku Sultan Kedah, DYMM Tuanku Bendahara sedang menyampaikan titah di dalam dewan, maka MB terpaksa mengambil sedikit masa untuk bertemu dengan kakitangan IHSB tersebut.

ahmad yahya

Sekonyong-konyong, maka terbitlah kenyataan yang berbaur fitnah dari akaun Facebook rasmi milik Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya, yang mendapat jolokan “Ostat” itu. Katanya, MB melarikan diri dan enggan bertemu dengan kakitangan IHSB yang sedang berdemo!

Padahal, mendengar tentang demonstrasi kakitangan IHSB itu, ketua Kerajaan BN Kedah itu tidak menunggu lama untuk keluar sendiri bertemu dan bersemuka dengan kakitangan IHSB tersebut! Malah bukti bergambarnya pun ada!

dm ihsb

Jadi, di mana betulnya tuduhan Ahmad Yahaya mengenai MB Kedah yang lari dari kakitangan IHSB sebagaimana yang didakwanya? Lebih menjijikkan, “Ostat” yang merupakan ADUN Alor Mengkudu itu langsung tidak menarik balik tuduhan, apatah lagi tampil meminta maaf!

Saya tertanya-tanya, apakah ini sikap dan sifat seorang Ketua Pemuda PAS? Inikah sikap seorang yang sering memulakan kalamnya dengan ayat-ayat Al-Quran? Apakah dia tidak takut pada dosa besar atas fitnah tersebut?

Pada pandangan saya, mungkin juga Ahmad Yahaya terlupa pada potongan firman Allah yang meletakkan hukum fitnah itu adalah lebih besar dosanya dari dosa membunuh? Dia lupa atau pura-pura lupa?

Sinisnya, dalam ucapan penggulungan membahas titah Tuanku, Mukhriz sempat membidas “Ostat” itu dengan menyatakan bahawa beliau bukanlah seperti “kerajaan terdahulu” yang hanya berani menghantar “pengawal keselamatan” untuk menerima memorandum atau petisyen!

Saya tak tahulah di mana “Ostat” tersebut letakkan maruahnya. Kalau ada maruah, pasti dia tidak akan menabur fitnah dan jika dia bermaruah, saya yakin dia akan memohon maaf secara terbuka serta terkesan dengan sindiran itu.

Malangnya, mungkin kerana ego seorang “Ostat” dan mungkin memikirkan dia “maksum” dari sebarang dosa, maka dia enggan meminta maaf. Soalnya, apakah ini generasi ulama yang bakal memimpin PAS pada masa akan datang? Sikapnya tak ubah mirip Mat Sabu, kan?



34 thoughts on “Pemuda PAS Teruskan Tradisi Memfitnah Tanpa Rasa Bersalah?

  • August 28, 2013 at 6:59 pm
    Permalink

    MB punggung panas!
    haahahahahah

    Reply
    • August 28, 2013 at 7:31 pm
      Permalink

      punggung panas ? tak nampak berasap pun ?

      Reply
    • August 28, 2013 at 8:51 pm
      Permalink

      dah terang-terang fitnah pun tony sokong lagi…

      Reply
    • August 28, 2013 at 9:31 pm
      Permalink

      hehe…hang ni toni, tak ada benda lain, punggung…punggung…punggung !!

      Reply
      • August 29, 2013 at 12:03 am
        Permalink

        Hehehe…penyakit Nuat Berahi berjangkit kat Tony…

        JANGAN MAIN BELAKANG TONY!!!

        Reply
        • August 29, 2013 at 11:41 am
          Permalink

          Dia peminat anwar, so peminat anwar ni hanya ada 3 golongan.
          satu lembu, dua keldai dan yang ketiga gay !

          Reply
    • August 29, 2013 at 12:02 am
      Permalink

      Mmg Guan Eng panas punggung…

      Sampai Penang tak mau tayang aksi lucah Lim Kit Sial dlm Tanda Putera

      Reply
    • August 29, 2013 at 2:27 am
      Permalink

      DApigs dan punggung tak jauh beza pun apek tony oiiii

      Reply
  • August 28, 2013 at 7:29 pm
    Permalink

    biasalah pas dari dulu lagi dok tabur fitnah tanpa rasa bersalah. saya masih ingat seorg pemimpin pas nama bunyamin(dah arwah) menuduh mahathir tgk gambar blue bersama cucunya……
    jadi tak pelik la kalau pemimpin2 pas dok tabur fitnah lain….
    untuk mereka fitnah tu perkara biasa dan halal.

    Reply
    • August 28, 2013 at 7:51 pm
      Permalink

      mereka fikir…lepas tu jumpa nik ajis minta ampun ..semua dosa akan dihapuskan…gila dedak Pas bahlol ni

      Reply
      • August 28, 2013 at 8:18 pm
        Permalink

        Duk tuduh orang lain…last2 geng depa buat cerita blue dalam coach ketapi dan dalam bilik hotel perdana….dan di satu hotel lain…siap jelas nampak spender crocodile kaler putih….

        Reply
      • August 29, 2013 at 12:05 am
        Permalink

        Macam paderi siot Nicky Ajis…

        Oh lupa, depa membenarkan kalimah Allah digunakan sbg kata ganti nama Tuhan dlm Bible…

        Nicky mana pandai sebut…”the father, the son and the holy ghost”

        Agak2 apa Nicky Ajis sebut….

        Hehehe…

        Reply
      • September 1, 2013 at 4:41 pm
        Permalink

        ajaran sebodoh ini tak mungkin pas amalkan…tak taulah jika umno kian busuk hati terhadap pas hasil didikan “tua kutuk” umno yang sorang tu…hehe

        Reply
        • September 1, 2013 at 10:04 pm
          Permalink

          Aik, mmg puak PAS amalkan Indulgence dlm agama PAS

          Hang punya dosa pun dah kira disucikan sekiranya hang jumpa Nicky Ajis…

          Tak caya, tanya Adun Selinsing sama Eli Wong…

          Hehehe..

          Reply
  • August 28, 2013 at 8:16 pm
    Permalink

    Apa nak heran kerja2 memfitnah ni…standard…. SOP bagi PAS….

    Reply
  • August 28, 2013 at 10:14 pm
    Permalink

    di Mesir ramai ‘ostat haramjadah’ dan ‘ulamak suk’ macam org PAS(parti ajaran sesat) sebab itu Mesir terus bergolak susah org Islam disana nak bermusyawarah cari kedamaian

    kalau tak buat fitnah pork nik kata syaitan tak berapa minat nak tolong PAS tumbangkan UMNO

    Reply
    • September 1, 2013 at 4:50 pm
      Permalink

      kat mesir sebenarnya parti ala sekular pimpinan talibarut hosni ( lebih kurang mcm umno ) tak leh terima hakikat parti Islam (lebih kurang mcm pas) menang dlm pilihanraya…..yahudi hasut dan support balaci yang kalah dgn sokongan tentera mesir supaya bagun menentang kerajaan pimpinan morsi….betulkan ?

      Reply
      • September 1, 2013 at 5:28 pm
        Permalink

        Lebih Kurang??? Tak terima HAKIKAT MENANG PILIHANRAYA!!!!

        Siapa yg menang PRU 13 di Malaysia Mek??? UMNO ker PAS???

        Hang keliru lagi ka??? KER masih tak tahu KIRA??? PASTI ajar hang kira mcm tu ka???

        Inilah KELAKNATAN yg dicapai oleh ahli PAS, salah satunya KEBODOHAN TIDAK TERBATAS….

        Hehehehe….

        Reply
  • August 28, 2013 at 11:40 pm
    Permalink

    Agaknya lebai Pas ni baca Quran macam orang Melayu nyanyi lagu Hindustan.. sedap telinga mendengar tapi yg membaca/yg menyanyi sepatah HARAM tak tahu apa makna yg terkeluar dr mulut mereka.

    Mereka sekadar baca tetapi UMNO baca dan laksanakan.

    Kerosakan PAS yg baling besar adalah kerana bapak-bapak pemimpin mereka dari dekad ke dekad telah mempromosikan FITNAH SEBAGAI SENJATA POLITIK,FITNAH SEBAGAI PERISAI AMPUH MENGADANG MUSUH DAN FITNAH ADALAH PERCUMA TANPA MEMBAYAR KOS MATERIAL.Fitnah menjadi ikutan kadet2 pemimpin yg dilahirkan oleh Pas, aku tak hairan pun dgn fitnah Pas sebab mereka sememang bercita-cita agaknya untuk menikmati nikmat terjun dalam gaung api neraka!

    Reply
  • August 29, 2013 at 2:29 am
    Permalink

    memfitnah dan menipu tu HALAL pada PAS untuk kepentingan kuasa Politik mereka

    cuma aku tergelaklaa tengok tiba-tiba muka-muka penipu PAS ni nak menyalak macam anjing pasal KUIN ??? kakakaka

    Reply
  • August 29, 2013 at 8:37 am
    Permalink

    untuk makluman semua, ust. Yahya bukan menipu, tapi dia sedang bertaqqiyyah… bertaqiyyahb adalah disunatkan dlm hukum syiah. Tak percaya tanya sendiri kpd ust Ya melalui FB nya….

    Reply
    • August 29, 2013 at 11:10 am
      Permalink

      betul lah tu…taqiyyah tu bahasa Arab…bahasa Melayu nya menipu…atau dusta…bahasa omputihnya lie…..

      Reply
      • August 30, 2013 at 12:59 am
        Permalink

        Betul lah tu, dia faham cuma nak menyindir tu HAR….

        Reply
  • August 29, 2013 at 8:39 am
    Permalink

    betolkah sesiapa yang masuk PAS atau sudah berada dalam PAS semua dosanya dihapuskan? Mungkin sebab itu dirasakan tak pe buat dosa?

    Reply
    • August 29, 2013 at 11:11 am
      Permalink

      Ni mazhab manalah yang bagi tahu siapa masuk PAS…dosa diampunkan….hehehe

      Reply
      • August 29, 2013 at 11:42 am
        Permalink

        hehehehe….macam-macam..

        Reply
      • August 30, 2013 at 11:00 am
        Permalink

        Mazhab fitnah umno namanya…….

        Reply
        • August 30, 2013 at 1:01 pm
          Permalink

          Apa yg fitnahnya Mek…

          Cerita sikit???

          Hehehe…

          Reply
        • September 1, 2013 at 11:24 pm
          Permalink

          Sampai la ni tak cerita2 lagi..

          Hang la kaki fitnah kat sini Mek…akibat ditarbiah Nicky Ajis…

          Reply
          • September 2, 2013 at 5:55 pm
            Permalink

            Mek ni…apa lah yang dia tahu bro…masak nasi pun hangit….mana taknya…24 jam ngadap PC…siyan dia bro…laki dia jarang balik…asik balik rumah bini muda jer…tu yang mengisi kekosongan dalam ni…hehehehe

  • August 29, 2013 at 9:12 am
    Permalink

    Jika kita hidup berlandaskan agama islam asw tahu mana letak nya halal haram, wajib, sunat, harus dan berlandaskan rukun iman dan islam insyaallah selamat. Org beriman bukan terletak pada gelaran, pakaian atau rupaparas. Dalam kubur bila disoal malaikat tak panggil dato, ostat atau apa apa pun melainkan di panggil wahai manusia apa pandangan kamu tentang muhammad bin abdullah dan islam.

    Reply
  • August 29, 2013 at 9:21 am
    Permalink

    Kalau editor Harakah yang tulis macam tu aku fahamlah, editor ni semua tahap tongong2 je. Tapi bila orang yang bergelar ustaz tulis macam ni tanpa usul periksa, kita boleh imagine tahap IQ orang yang kemaruk kuasa. Patutlah mana2 negeri yang di perintah PAS semuanya kelam kabut.

    Reply
  • August 29, 2013 at 8:48 pm
    Permalink

    Tak layak si malaun Ahmad Yahya pakai gelaran ostad. Bodoh sombong dan pemfitnah. Rakyat Kedah patut tolak si bahalul ni. Inilah bahana kalau parti politik yang tak tahu mengurus, dah buat taik nak suruh orang lain bersihkan. Kakitangan IHSB sepatutnya pergi serang parti pas kedah ataupun si kurap Ahmad Yahya menuntut supaya gaji mereka dibayar. Bukankah kerajaan pas yang melantik mereka dahulu jadi kenapa tak cari pas agar bertanggung jawab. IHSB patut ditutup sahaja atau serahkan sahaja kepada pas.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *