Panggil 500, Hanya 100 Yang Hadir?

Share


Hati siapa yang tidak gundah gulana apabila 500 yang dijemput, tiba-tiba yang hadir hanyalah sekitar 100 orang saja? Sudahlah terpaksa menghabiskan wang yang banyak ekoran majlis yang diadakan di sebuah hotel yang terletak di pusat peranginan terkenal, orang tak datang pula…

Sekiranya sayalah yang menjadi penganjur, sudah pasti saya akan malu besar. Mana nak diletakkan muka? Hanya 20 peratus dari jemputan yang hadir? Sangat memalukan!

Begitulah halnya yang terjadi pada DAP baru-baru ini. Lebih mengaibkan, perkara tersebut dikatakan berlaku terhadap “anak Maharaja” dari “Dinasti Lim”. Mana nak disorokkan mukanya? Imej “Dinasti” itu tercemar dek kerana kejadian itu…

Saya ketawa terkekeh-kekeh apabila membaca laporan media yang menceritakan tentang Guan Eng dan “kroni-kroni”nya yang menjemput seramai 500 perwakilan dari Wilayah Persekutuan dan Selangor ke Hotel One World untuk sebuah majlis sesi dialog.

Katanya, majlis tersebut mahu menjelaskan tentang kedudukan sebenar pemilihan CEC yang lalu. Mungkin Guan Eng dan “kroni-kroni”nya mahu “membersihkan” diri dari “najis” yang terpalit pada mereka dalam kontroversi pemilihan kepimpinan pusat DAP itu…

Anak Kit Siang itu kononnya mahu memburuk-burukkan Pertubuhan Pendaftar (RoS). Kononnya, RoS tak betul, dia yang betul. RoS zalim, Guan Eng tak zalim dan kononnya RoS tidak adil, dialah yang paling adil. Itu kata dia. Kononnya…

Yang mengejutkan, hanya sekitar 100 orang saja dari perwakilan yang dijemput sudi hadir di majlis berkenaan. Mana lagi 400 orang perwakilan DAP dari Kuala Lumpur dan Selangor? Mereka “mogok”kah? Atau sebok main “mahjong”?

Mungkin saya boleh faham mengapa Guan Eng dan “kroni-kroni”nya tidak menjemput sembilan perwakilan cawangan dari DUN Teratai. Mungkin Guan Eng malas mahu menjemput geng DAP dari kawasan Janice Lee, seorang “pemberontak” yang kini aktif menghentam “Dinasti Lim”.

Namun jika ditolak sembilan cawangan DAP itu, bakinya masih banyak. Guan Eng masih mempunyai sekirang 390 cawangan yang mungkin boleh dijemput, bukan? Guan Eng jemput mereka atau tidak?

Kalau dijemput, mengapa mereka tidak hadir? Apakah mereka sudah hilang kepercayaan pada “Dinasti Lim”? Jika benar begitu, nampaknya empayar “Lim” mungkin bakal berdepan masalah besar pada pemilihan CEC nanti.

Kalau tak dijemput, mengapa pula tidak dijemput? Adakah mereka juga dikenal pasti sebagai sebahagian dari kumpulan yang memberontak terhadap “Dinasti Lim”? Jika benar, maka mungkinkah ia akan menguburkan cita-cita keturunan bapanya untuk terus menguasai DAP?

Tapi, mungkin juga Guan Eng secara tersirat mahu “menggelapkan” wang parti? Dia jemput 100 orang perwakilan DAP saja, tapi dia buat tuntutan bagi 500 perwakilan? Wang lebihnya digunakan untuk melobi kuasa di dalam DAP?

Saya tertanya-tanya, wang siapakah yang digunakan Guan Eng untuk majlis itu. Sebelum ini dia selalu menyebut tentang “wang rakyat”. Apakah majlis itu menggunakan wang DAP? Duit parti digunakan untuk melobi bagi mengekalkan kuasa keluarganya?

Sekiranya dakwaan sumber DAP pada media itu benar, maka nampaknya Guan Eng dan Kit Siang wajar berasa susah hati melihat perkembangan tersebut. Mungkin “dinasti” mereka bakal menerima tentangan sengit dari seluruh negara.

Bayangkan, para perwakilan dari kawasan moden dan urban pun dilihat seolah-olah berani sabotaj majlis anjuran “Khalifah” dari Pulau Pinang itu, apatah lagi para perwakilan dari negeri-negeri lain, bukan?

Apa agaknya congak “Dinasti Lim” pada pemilihan CEC kali ini? “Silap kira” sudah digunakan. “Silap tulis angka” pun telah digunakan. Alasan apa pul kali ini yang sesuai mereka berikan pada perwakilan DAP dari seluruh negara?

Mungkinkah kali ini mereka boleh salahkan RoS pada pemilihan kepimpinan DAP kali ini. Atau mungkin mereka boleh heret SPR dalam kancah konspirasi pemilihan CEC? Ya, mungkin DAP boleh salahkan UMNO, BN, PDRM, SPRM, Datuk Seri Najib Tun Razak atau dakwat kekal, siapa tahu, kan?



10 thoughts on “Panggil 500, Hanya 100 Yang Hadir?

  • August 28, 2013 at 4:02 pm
    Permalink

    Ya, mungkin DAP boleh salahkan UMNO, BN, PDRM, SPRM, Datuk Seri Najib Tun Razak atau dakwat kekal,..mereka juga boleh menyalahkan Microsoft Corp. kerana Prog.Excel yg digunakan tak pandai mengira,..atau boleh juga disalahkan pen yang digunakan,..siapa tahu, kan?

    Reply
  • August 28, 2013 at 4:06 pm
    Permalink

    Nampaknya akan berlakulah lagi kejadian kesilapan mengira undi.orang yang tidak mendapat undi akan menang..hehehehehehehe

    belum lagi perintah negara perangai dah serupa komunis china…

    Reply
  • August 28, 2013 at 4:07 pm
    Permalink

    Hati2 sahaja lah. Mungkin ketua dan ahlinya main wayang, nak seronok kita dengar. Kalau tidak pr13 kenapa ahli bangsa ini tak sokong bn?

    Reply
  • August 28, 2013 at 5:58 pm
    Permalink

    yg 100 tu tentulah lembu suka geleng kepala dan suka kena cucuk hidung dgn ‘dinasti lim’

    Reply
  • August 28, 2013 at 6:30 pm
    Permalink

    Baguih la..yg portion 400 tak hadir tu boleh tapau bawak balik…

    Reply
  • August 28, 2013 at 7:25 pm
    Permalink

    nanti guan eng akan salahkan umno kerana 400 lagi tak hadir……

    Reply
  • August 28, 2013 at 8:30 pm
    Permalink

    Kita bercakap mengenai prestasi, sambutan dan sanjungan terhadap mereka. Kita dengar, kita baca dan kita faham.. alangkah nyawa ikannya DAP. Alangkah berkurangannya penyokong mereka.

    Datangnya PRU mereka masih menang ? Siapa pulak yang undi DAP kalau mereka tidak lagi disambut meriah saperti sebelumnya.?

    Atau pun scenerio diatas mempamirkan keadaan terkini ? Kerana mereka memang sudah meluat habis dengan maharaja LIM ?

    Baguslah kalau begitu.

    Reply
  • August 29, 2013 at 5:06 pm
    Permalink

    Salah posmen! Posmen tu orang gomen. Gomen tu UMNO.

    Hantam saja lah Guan Eng. Dah semakin hampir dia nak kena UBAH ni…

    Reply
  • August 31, 2013 at 6:43 pm
    Permalink

    400 yg tak datang bukan sebab mereka boikot, tapi mereka ikut arahan Guan Eng. Mereka akan datang dan hadiri mesyuarat cec serta buat kejutan utk kekalkan Guan Eng. Ini taktik untuk memulihkan kembali pengaruh Guan Eng. Last Minit punya pukulan dan guan eng menang besar. beliau akan mendabik dada mengatakan semua ahli dap sukakan dia

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *