Bila PAS Kedah Nak Belajar Akui Dosa Sendiri?

Share


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru saja berakhir semalam. Sebenarnya, ia berakhir lewat malam semalam ekoran kerancakan kedua-dua belah pihak membincangkan peranan masing-masing bagi memakmurkan negeri Kedah.

Namun menurut sumber yang saya peroleh semalam, ada perkara yang agak mengejutkan seisi dewan telah berlaku di sidang DUN itu. Katanya, ADUN PAS yang mewakili DUN Pengkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi telah melakukan “checkmate” dalam isu KUIN!

Memang hangat diperdebatkan isu Kolej Universiti Insaniah sepanjang sidang DUN selama 3 hari tersebut. Setahu saya, sebanyak lapan soalan telah dikemukakan ADUN-ADUN pembangkang berkenaan hal itu, tidak termasuk soalan-soalan tambahan.

Yang mengejutkan, ketika penggulungan hujah membahas titah DYMM Tuanku Bendahara Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemangku DYMM Sultan Kedah, Phahrolrazi mengaku bahawa CEO Insaniah Holdings Sdn Bhd, Datuk Jamil Osman, sebagai punca kekalahan PAS di negeri itu!

Pelik betul! Sebelum ini, PAS Kedah begitu komited dan bermati-matian mempertahankan Jamil. Meskipun BN kembali menguasai Kedah pada 5 Mei lalu, bekas Rektor KUIN itu tetap dipertahankan walaupun dia sudah “cabut” meninggalkan IPT kebanggaan negeri Kedah tersebut.

Tapi semalam, tiba-tiba ADUN Pengkalan Kundor “mengaku salah” dan mendakwa Jamil adalah penyebab utama kekalahan PAS pada PRU ke-13 dan menjadi “liabiliti” bagi kepimpinan PAS Kedah sehingga kini.

Persoalannya, mengapa baru sekarang barisan pembangkang sanggup mengakui kesalahan mereka? Mengapa tidak dulu mereka secara terbuka mengakui “dosa” menzalimi warga KUIN dengan seorang “diktator” yang bermaharajalela di pusat pengajian tinggi itu?

Apakah setelah Exco Pendidikan, Datuk Tajul Urus dan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir mendedahkan “tembelang” dalaman pengurusan tertinggi KUIN maka barulah Phahrolrazi mahu mengakui “dosa-dosa” PAS Kedah itu?

Saya tak tahu mengapa PAS sebelum ini begitu hipokrit dalam soal ini. Susah sangatkah nak mengaku kelemahan dan kesalahan yang dilakukan? Tinggi sangatkah ego PAS sehingga tergamak menafikan kebenaran dan memperjuangkan kebatilan?

Pada saya, tindakan penubuhan IHSB merupakan titik tolak kesalahan PAS. Pada saya, salahnya bukan pada Jamil, tapi pada PAS Kedah sendiri. Siapa yang lantik Jamil? Siapa yang luluskan kemahuan Jamil? Kenapa PAS Kedah tidak pantau pengurusan Jamil di KUIN?

Kemudian Phahrolrazi mahu menyalahkan Jamil pula? Pada saya tuduhan itu tidak adil. PAS Kedah seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya dalam isu kepincangan KUIN itu dan tidak wajar meletakkan kesalahan tersebut pada pihak lain, bukan?

Phahrolrazi sebagai salah seorang pemimpin PASKedah yang paling senior, wajar bermuhasabah dan menyalahkan diri sendiri sebelum menuding jari pada orang lain. Orang lain mungkin hanya perantara, namun PAS Kedah merupakan punca utamanya, bukan?

Mana maruah PAS sebenarnya? Apakah setelah KUIN hampir hancur diperlakukan, bertapuk hutang bernilai lebih RM300 juta yang ditinggalkan pada Kerajaan BN Kedah, maka baru PAS mahu mengaku ketidakcekapan mereka berkenaan isu KUIN?

Sebenarnya, lebih 2 tahun isu KUIN cuba diketengahkan para kakitangan universiti itu pada Kerajaan PAS Kedah sebelum ini. Bermacam-macam usaha dan kaedah sudah mereka cuba termasuklah cuba bertemu bekas MB, Tan Sri Azizan Razak dan Exconya, Ir Amiruddin dan Phahrolrazi sendiri.

Kenapa ketika itu tidak tamatkan saja kontrak Jamil? Kenapa PAS Kedah benarkan kontrak Jamil disambung selama empat tahun pada tahun 2012 hingga 2016? Kini PAS Kedah biarkan Jamil lari. Siapa pula nak tanggung kerosakan yang dilakukan Jamil?

Nampaknya Kerajaan BN Kedah terpaksa memikul beban berat berkenaan isu KUIN. Bukan calang-calang pihak yang mampu menangangi “najis lapok” yang ditinggalkan PAS itu. Saya yakin, sesusah mana pun sekali, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, BN pasti akan cuba memperbaiki kerosakan yang ditimbulkan PAS itu di Kedah, insyaAllah…



9 thoughts on “Bila PAS Kedah Nak Belajar Akui Dosa Sendiri?

  • August 28, 2013 at 11:58 am
    Permalink

    So kena ingatlah, berapa kerat/ramai ahli/rakyat pas hidup demi ugama dan bangsa? Kesian orang melayu islam di kelantan. Harus pembangunan tak ada, dia fikir apa yang ada cukup lah. Ini belum lagi orang melayu di p.pinang dan selangor. Hidup berbalah sesama kita.

    Reply
  • August 28, 2013 at 12:34 pm
    Permalink

    selain memperbaiki kerosakkan yg dilakukan PAS dan kroni mereka seperti si ‘jamil’ terhadap KUIN, kerajaan negeri harus kumpulkan bukti utk mendakwa si jamil dan bekas kakitangan IHSB di mahkamah

    ramai org tahu salah-guna kuasa, rasuah, penyelewengan atau pecah amanah pasti berlaku dlm IHSB yg sudah tentu akan menyebabkan kerosakkan dan kerugian kepada KUIN dengan hutang lebih RM300 juta itu yg kini terpaksa ditanggung oleh KUIN menerusi kerajaan negeri Kedah yg baru dibawah BN

    jika si jamil dapat dibicarakan, ‘nama-nama’ seperti phahrolrazi pasti terpaksa si jamil kaitkan terlibat atau menyumbang sama kepada kerosakkan dan kerugian yg dialami KUIN

    cubaan phahrolrazi yg kini baru nak salahkan si jamil ibarat dia cuba selamatkan tengkuknya…org PAS ni biasa baling batu sembunyi tangan utk selamatkan diri walaupun org yg dia baling batu itu pernah menjadi ‘sleeping partner’nya

    Reply
  • August 28, 2013 at 6:06 pm
    Permalink

    PAS nak mengaku dosa buat apa…depa maksum….kalau rasa2 berdosa boleh pi jumpa Nik Aziz minta Allah tolong ampunkan….macam orang Kristian pi confess kat paderi2 depa tu….(rujuk kes Adun selinsing pi jumpa Nik Aziz)

    Reply
    • August 29, 2013 at 12:16 am
      Permalink

      Eli Wong pun gi jumpa Nicky Ajis and explain herself perangai tak senonoh dia…

      Walhal Eli Wong tu Kristian…

      Gilo NIcky Ajis ni…

      Reply
    • September 1, 2013 at 9:43 pm
      Permalink

      Hebat betul nik aziz di mata pyokong tegar bn ye…pengikut pas tak de le mcm tu sekali….kita org dengar tentang nik aziz cakap…..kita tak boleh bersekongkol dgn umno pasal depa “culas”

      Reply
      • September 1, 2013 at 9:54 pm
        Permalink

        Memang Nicky Ajis tu paderi yg hebat pada puak2 PAS

        Sampai DAP pun percaya boleh cuci dosa dgn Nicky Ajis…

        Reply
      • September 2, 2013 at 3:28 pm
        Permalink

        Culas bermaksud “sikap yang gemar bertangguh atau meninggalkan sebentar.” dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

        Asyik tangguh/CULAS perlaksanaan Hudud kat Kelate tu siapa Mek??? PAS yg CULAS bukan UMNO…

        CULAS sungguh PAS ni…buat Lebuhraya Rakyat pun CULAS, buat Stadium pun CULAS, buat keretapi laju pun CULAS, Enakmen Jenayah 1993 pun CULAS…

        Reply
  • August 28, 2013 at 11:54 pm
    Permalink

    Inilah parti berjenama Islam yg memalukan ISLAM.ALLAH dengan Maha Kuasa NYA memberi peluang Pas yg berjenama Islam memerintah Kedah, tetapi hasilnya apa, kerajaannya meninggalkan kegagalan pemerintahan dan kerugian dalam mentadbir negeri.Selain itu pertelingkahan dan perebutan kuasa dan percubaan menggulingkan MB Azizan dahulu juga menunjukkan kerakusan dan haloba ‘pemimpin Islam PAS’untuk menumbangkan ‘khakifah yg sah’.

    Kegagalan Pas bukan sahaja di Kedah, termasuk juga diKelantan dan di Perak dahulu.

    Aku percaya dan amat yakin mereka dipadang mahsyar nanti TIDAK AKAN ANGKAT MUKA untuk menjawab pertanyaan apa yg telah mereka lakukan kepada ISLAM yg mereka pinjam untuk menamakan parti mereka selain drp kegagalan, tipudaya, memecahkan perpaduan ummah dgn mendakwa puak mereka Islam, puak lain bukan Islam,menjual agama kerana kuasa dan pelbagai lagi kemungkaran… inilah puak yg berperangai Syiah dan berlagak Yahudi.. dia sahaja benar walaupun salah dan orang lain 100% dicop salah dan tak sempurna!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *