Bila Anwar Mahu Berhenti Menipu?

Share


Baru-baru ini kecoh diperkatakan tentang pembohongan dan taktik jahat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menawarkan “kerajaan perpaduan” padanya.

Melalui satu sesi wawancara bersama Asia Sentinel baru-baru ini, Anwar mendakwa Najib turut menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri padanya dan empat jawatan menteri pada Ahli Parlimen PKR.

Namun Anwar mendakwa kononnya dia menolak tawaran tersebut.

Mujurlah menyedari pembohongan “sesumpah” itu, Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Anwar tersebut dan menjelaskan tentang penipuan yang cuba dipalit Anwar terhadap pemimpin nombor satu negara itu.

Saya kira, ramai yang sudah membaca kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri itu, bukan?

Sebenarnya, saya tidak hairan dengan “permainan” Anwar kali ini. Ini bukan pertama kali dia menjual “auta” pada media antarabangsa. Sudah berkali-kali dia berkonspirasi dengan media-media dari dalam dan luar negara.

Yang peliknya, masih banyak lagi media antarabangsa yang “percaya” dan memberikan perhatian pada “sesumpah” itu?

Tambah memelikkan lagi, masih ramai juga golongan yang mahu terus mempercayai “tukang karut” yang seolah-olah sudah gila itu menjaja cerita-cerita tidak masuk akal dan palsu, semata-mata kerana mahukan kerusi Perdana Menteri.

Siapa Anwar untuk ditawarkan kerusi Timbalan Perdana Menteri? Kalau UMNO nak bersatu sekalipun, saya yakin PKR takkan jadi pilihan untuk kita bergabung sebagai Kerajaan Perpaduan…

Mungkin kerana terlalu tersinggung, kecewa dan marah kerana tidak diajak seperti PAS untuk duduk semeja bagi membincangkan agenda Kerajaan Perpaduan, maka Anwar cuba mereka-reka cerita bohong begitu?

Mungkin UMNO pernah mempelawa PAS untuk duduk semeja bagi membincangkan perpaduan ummah. Namun untuk menjemput PKR, saya tidak fikir UMNO sanggup memandangkan kita semua tak sudi semeja dengan individu yang rosak akhlak dan peribadinya.

Cukuplah segala kerosakan dan budaya songsang yang pernah Anwar perkenalkan di dalam UMNO dulu. Cukuplah UMNO rosak kerana dia. Dan cukuplah segala dosa yang dia semai di dalam UMNO. Kita tidak rela dia busukkan UMNO lagi…

UMNO cukup kenal siapa Anwar. UMNO cukup “masak” dengan perilaku Anwar. Bukan saja dia buat hal di dalam parti, malah di dalam kabinet kerajaan pun dia begitu aktif memalit najis. Malah Malaysia hampir “dijual”nya dulu..!

Bagi mereka yang baru setahun jagung mengenal Anwar, mungkin mereka akan teruja dengan kepetahan autanya di pentas politik. Tapi di dalam UMNO, kami lebih mengenali dia luar dan dalam.

Itu belum lagi dengar cerita dari sahabat-sahabat baiknya yang kini telah berpatah arang dengan bapa Nurul Izzah itu. Kalau dulu mereka anggap Anwar sebagai keluarga, kini Anwar lebih dianggap sebagai pengkhianat agama, nusa dan bangsa!

Jadi, apa hairannya dengan cerita Anwar pada Asia Sentinel itu? Penafian secara rasmi sudah dibuat. Kalau tidak dinafikan Pejabat Perdana Menteri sekali pun, saya yakin apa yang keluar dari mulut Anwar itu semuanya karut dan bohong belaka.

Hanya mereka yang rendah daya pemikiran saja yang akan terjebak dengan pembohongan Anwar itu. Tapi mungkin dunia kini di akhir zaman, ramai pula yang “ter”percaya pada Anwar. Semoga kita dijauhkan dari mempercayai kalimah yang terbit dari lidah “dajal kecil” itu… insyaAllah…



8 thoughts on “Bila Anwar Mahu Berhenti Menipu?

  • August 19, 2013 at 2:34 pm
    Permalink

    ini dajai malaysia ke. rakyat yang selalu berfikir dan selalu berdoa kpd allah untuk mendapat petunjuk akan tidak mudah terjebak kerana dilindungi allah

    Reply
  • August 19, 2013 at 2:35 pm
    Permalink

    Manusia kalau dah rasa diri tu tua, tak ada harapan sepatut tumpukan ibadah sahaja terhadap Tuhan semuga dosa terampun.

    Tetapi ada juga jenis sebelum nak mati ATAU SELAGI HIDUP dia tibai apa sahaja kemungkinan peluang asal nafsu sarakahnya tercapai untuk merasa sedikit nikmat yg diidam-idamkan.

    Anuar ni jenis manusia yg akan mati dengan angan-angannya.DUNIA MELEPAS TAK DAPAT APA, NIKMAT AKHIRAT BERCICIRAN DAN AKAN SESAL TAK SUDAH!

    Reply
  • August 19, 2013 at 2:47 pm
    Permalink

    Selagi ada orang yang boleh Anwar tipu selagi itulah beliau akan terus Menipu ….walaupun dia dah mati dia akan terus menipu malikat .

    Reply
  • August 19, 2013 at 4:12 pm
    Permalink

    Anwar nir rojim berperisaikan org2 mcm PAS utk menutup kemungkarannya.
    Inilah bahana yg menimpa apabila Islam itu di”Parti”kan..
    Skrg Islam dipermainkan utk keseronokan ber”Party”..
    Patotlah cina kafir seronok join party. Mari PAKAT ramai2 datang ke parti. Take Beer!
    PAS for ALL..

    Reply
  • August 19, 2013 at 4:56 pm
    Permalink

    selagi macai Pakatan tak gunakan otak mereka , selagi itulah anwar akan terus menipuu dan menipuuu

    Reply
  • August 20, 2013 at 1:40 pm
    Permalink

    Ingat ANWAR = Ingat China doll

    Ingat ANWAR = Ingat Mat Sabu yg telah pertama kali memperkenalkan Al Juburi

    Ingat ANWAR = Ingat ‘Jalan Belakang’

    Ingat ANWAR = Ingat Sesumpah

    Ingat ANWAR = Ingat Dia Tak Pernah Berani Bersumpah Tak Meliwat

    Ingat ANWAR = Ingat Dia Tak Berani Buat Ujian DNA

    Ingat ANWAR = Ingat 2 Alam

    Ingat ANWAR = Ingat LANCAUCIBAI DAPigs yg telah mengkongkekkan Sistem Kehakiman dan Demokrasi…. tahu pasal apa?…Kira undi CEC pun salah bro! LANCAU LKS!

    Reply
  • August 20, 2013 at 3:52 pm
    Permalink

    Anwar ni tak pernah rasa bersalah menipu kerana dalam hatinya dia tak kata dia menipu…cuma hanya bersandiwara/berlakon atas pentas wayang kulit PR…Tok dalangnya sudah tentulah Anwar…dan juga LKS (ikut mana dan lah)….manakala HJ Hadi tak berkesempatan untuk menjadi Tok dalang…hanya sekadar berupaya menjadi patung2 wayang kulit yang di gerakkan oleh Anwar dan LKS….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *