Kenyataan Rasmi PMO Bukan Kenyataan Kedai Kopi

Share


SEMALAM Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi mengesahkan bahawa ilusi kerajaan perpaduan dengan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menterinya, adalah kekal sebagai satu ilusi semata-mata.

Tidak wujud tawaran, tidak wujud perjanjian dan sebagainya seperti yang didakwa oleh Anwar.

Malangnya, kenyataan rasmi itu telah dikritik sesetengah pihak (atau satu pihak saja), sebagai terlalu lewat dan pelbagai kecaman lain yang tidak masuk akal sama sekali, serta lebih berupa serangan peribadi terhadap individu tertentu.

Macamlah kenyataan rasmi dari PMO setaraf kenyataan dalam kedai kopi yang boleh dikeluarkan bila-bila masa dan suka-suka macam itu saja.  Kenyataan dari pejabat rasmi seperti PMO perlu dibuat dengan berhati-hati dan setelah mendapat pengesahan dari pihak-pihak lain yang terlibat, termasuk kelulusan dari Perdana Menteri sendiri.

Tersalah tulis nanti, tak pasal-pasal masuk Mahkamah pulak sebab PMO bukan oraganisasi tidak rasmi macam Pakatan Rakyat yang tidak boleh disaman dan sebagainya.  Apatah lagi dalam isu ini ia berkaitan dengan Anwar Ibrahim, raja saman.  Anwar Ibrahim seperti yang kita tahu bukan saman sebab dia betul, tapi saman sebab nak nampak dia betul.

Sudah berapa kes saman malu yang asalnya bersungguh-sungguh dikemukakan Anwar Ibrahim akhirnya ditarik balik dengan pelbagai alasan dan/atau sengaja ditangguhkan, pun kerana pelbagai alasan juga.  Antaranya, saman terhadap Timbalan Menteri Luar, Datuk Hamzah Zainuddin (tarik balik) dan saman terhadap Datuk Nallakarupan (sengaja dilewat-lewatkan oleh Anwar).

Maka itu PMO perlu berhati-hati dalam memberikan kenyataan terhadap dakwaan Anwar atau jabatan tersebut tidak ada kerja lain melainkan turun naik Mahkamah untuk melayan saman Anwar.

Selain itu dalam hal ini, bila Anwar membuat dakwaan bahawa dia ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam ilusi kerajaan perpaduan dengan BN, dia bukan menyeret nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seorang saja, malah nama bekas Timbalan Presiden Indonesia, Jusof Kalla juga.

Sebagai agensi rasmi mewakili Perdana Menteri, PMO perlulah mendapat pengesahan dari pihak-pihak terbabit mengenai kesahihan dakwaan tersebut sebelum sebarang kenyataan rasmi mengenainya boleh dikeluarkan.  Ini penting untuk menjaga intergriti jabatan tersebut kerana ia mewakili Perdana Menteri.

PMO tahu pendirian rasmi Perdana Menteri dalam isu tersebut, tapi Jusof Kalla?  Salah tulis pasal Jusof Kalla, hubungan Indonesia-Malaysia pulak yang bergolak.

Justeru tidak hairanlah kenapa dakwaan ini memerlukan sedikit masa untuk disediakan kerana memerlukan pengesahan dari pihak-pihak berkaitan sebelum boleh diedarkan kepada umum.

Lagipun ini bukan cerita baru, sudah 3 bulan sejak isu yang bermula dengan dakwaan Anwar tidak mematuhi perjanjian sulit dengan Najib mula dibangkitkan Jusof Kalla.

Banyak juga yang sudah dijelaskan secara rasmi atau tidak (termasuk oleh Perdana Menteri sendiri), tapi bila Anwar masih tebal muka membangkitkan cerita sama dengan tokok tambah kononnya ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika UMNO akan menghadapi pemilihan tertinggi parti, maka ini masa yang sesuai untuk PMO masuk campur.

Sebab kita tahu Anwar bawak cerita bohong ini sekarang kerana dia menyasar untuk melaga-lagakan penyokong Perdana Menteri dan Timbalannya agar UMNO berpecah belah.

Yang kita pun nak masuk dalam perangkap dia buat apa?



41 thoughts on “Kenyataan Rasmi PMO Bukan Kenyataan Kedai Kopi

  • August 18, 2013 at 1:42 am
    Permalink

    Kenyataan PMO tak boleh pakai lah. Depa boleh kata Cina sokong PM tapi pilihraya haram satu Cina pun tak undi dia.
    Depa kata tranformasi pemansuhan undang ISA bagus tapi hari hari orang kena tembak!
    Si Ah Jib Gor kata dia tak tahu apa apa pasai serahan kerajaan kepada Anwar tapi Jusuf Kalla kata depa ada jumpa sebelum PRU13.
    Lani Si Ah Jib Gor kata dia tak tahu pasai proposal pasai kerajaan perpaduan tapi satahu aku semasa kempen PRU13 dia ada mention pasai kerajaan perpaduan ala Amerika bila habis PRU mereka bersatu.Ini mesti JJ yang nak ikut USA.

    Kes Nazri pun dia sokong,takkan dia tak tahu dulu si Muntaz kawan baik bini dia si Kak Ros pun boleh jadi ‘gatekeeper’ kepada PM,tu pun tak ada jawatan dengan gaji si Muntaz boleh berkuasa.
    Apa pun next PRU14 Ah Jib Gor is not getting my vote. Aku akan influence the whole of aku punya family dan relative to do so.

    P.S.
    Aku suspect si Deepak the carpet seller,si Ah Jib Gor pun sudah kawtim dengan dia macam Ah Jib Gor kawtim dengan Anwar,lu tak tuduh gua bunuh Altantuya gua tak bising pasai lu liwat Saiful. Sehingga hari ini Ah Jib Gor TAK pernah kata BURUK pasai Anwar Aljuburi walaupun Anwar mengutuk dan menghina UMNO hari,orang kata si Ah Jib Gor ini baik,gua kata dia sudah jual UMNO senyap2 kepada pembangkang,in return supaya dia boleh jadi PM.

    Reply
    • August 18, 2013 at 7:40 am
      Permalink

      semua merancang tetapi perancangan Allah lebih hebat mengatasi semua perancangan.Suka tak suka takdir Allah juga menentukan Najib memegang amanah mentadbir negara Malaysia yg pasti memberi impak juga kpd negara2 Islam lain seluruh dunia.

      Samaada anda suka atau tidak suka, samaada anda terus merancang dan berusaha, maka jangan nafikan sejak lebih setengan abad umat Islam Melayu telah tinggi martabatnya sebagai penganut Islam dan mencatat nama sebagai penganut Islam yg berwibawa di dunia ini.

      Dimasa yg lain aku tak pasti akan ketentuan Allah, tatapi setakad ini Allah pasti tidak rela PAS atau PKR memegang t/jawab kekalifahan keatas negara yg aku cintai ini!

      Reply
    • August 18, 2013 at 10:08 am
      Permalink

      Ternyata alfie ni mempunyai masalah mantel yg amat2 kronik,2X5 dgn 5X2.Yg paling malang nak samakan DS Najib dgn Anwar Al-Juburi,ternyata kau ni mempunyai IQ juga 2X5,5X2.Konon komen guna nama Anwar aljuburi padahal cemolot dgn mamat songsang yg tak kira depan belakang ini. Anwar tak perlu dikata pasal buruknya.sbb memang sudah tahu dan sudah dikenali dgn perangai yg paling buruk.Apa klass PM nak ikut rentak Pmbkg yg sentiasa meroyan ? Lebih2 lagi yg mempunyai nafsu songsang.UMNO semangkin kuat dan gagah bersama2 Najib bukan semangkin lemah dan yg yg kena jual tu kau Alfie.Yg paling bodoh kau punya statment,”in return supaya dia boleh jadi PM” kau buta dan pekak ke yg DS Najib sekarang ini sudah pun jadi Perdana Menteri.Knp lemau sngt kau punya pemikiran ..

      Reply
      • August 18, 2013 at 6:37 pm
        Permalink

        IQ aku semasa aku belajar di London di uji oleh Professor Vigorsky yang ajak aku statistic, base on MENSA punya marks is 144.Aku ni suffer from dyslexic sikit aje.Aku masuk dalam golongan 3% of the average thinkers dalam dunia yang akan fikir tentang hal orang 97% tak terfikir atau terlintas,macam hang Azman Fi.

        Kalau aku buat analisis otak pemikiran hang Man,hang masuk dalam golongan’OTAK HANG TUAH’ sebab walau pun Hang Tuah kena fitnah dengan orang,dan Sultan sendiri yang suruh orang bunuh dia,Hang Tuah tetap taat dengan buta tuli kepada Sultan. Hang Tuah lebih sanggup membela Sultan yang lemah dan makan fitnah orang, daripada berterima kasih kepada Hang Jebat yang membela maruah dan tidak keadilaan nasib Hang Tuah.Hang ni mesti nak bertanding jawatan ketua bahagian pemuda UMNO.

        Aku fikir UMNO ini untuk semua rakyat melayu berhikmat tapi aku tengok semua jawatan penting dan tinggi dah kena ‘chupp’ oleh anak2 golongan bangsawan dan elit sampai tahun 2060,jadi kalau bapa hang bukan menteri dalam UMNO,aku ingat hang boleh jadi barua depa aje la. Adalah hapuan untuk hang sikit untuk beli kereta secondhand Toyota Harriet kalau hang rajin bawak towkai2 Cina jumpa depa.

        Reply
        • August 19, 2013 at 12:48 am
          Permalink

          Tapi malangnya kau alfie mcm org yg tak berlajar tinggi,knp pemikiran kau tak selari? Apakah disebabkan kau ini terikat dgn mitos cerita2 purba?Kalau aku perhatikan dari setiap apa yg kau komen melalui pemerhatian kau,ternyata kau selalu keluar dari tajuk atau erti kata lain mcm org yg tak faham bahasa,ke disebabkan kau terlalu bangga sangat dgn LONDON kau,hingga selalunya tersasar dan merapu.Bgimna IQ kau ? Ke disebabkan kau terlalu bangga dgn pemikiran yg tak boleh difikir atau terlintas oleh org maka sebab itu kau harus jawab seperti org hilang akal.Wow dahsyat kau punya fikiran,cuma 3% saja yg sealiran dgn kau alfie ? Untuk pengetahuan kau main lubang jubur juga tidak terfikir atau terlintas oleh manusia, kalau kau nak bangga dgn pemikiran ini dipersilakan. Apa kau fikir aku menyokong UMNO untuk nak jadi bangsawan,elit atau Menteri ke ?Kau fikir dgn jawatan saja ke rakyat Melayu baru boleh berkhidmat dlm UMNO ? Tolonglah!!! UMNO tidak perlukan sokongan Melayu yg mahukan kedudukan dan pangkat,kalau jenis Melayu serupa ini semuanya dlm UMNO,sudah lama UMNO terkubur.Kau tahu dan sudah berulang kali sudah aku katakan yg Org Cina sekarang ini dlm keadaan moral yg terlalu rendah,muka tembok tak tahu malu,kalau aku berbangsa Cina tentunya aku malu dgn sifat kaum cina yg berpura2 didepan,minta segalanya dgn sanggup berpura2 i love PM,i love PM,tetapi akhirnya kuasa tak dapat,putrajaya melopong,warna kulit sebenar & tembelang terdedah.Sekarang ini BN tidak lagi perlu risau seperti tahun sebelum PRU13,PRU14 kalau cina tidak mahu sokong 100% pun tidak akan menjejaskan,kerana hakikatnya BN sudah diuji,tidak sokongpun UMNO tidak rebah.Tetapi ini bukan bermakna kau boleh perbodohkan dan perkecilkan UMNO dan pemimpin2nya. Aku ibarat peha kanan yg dicubit peha kiri juga terasa,aku juga bukan membabi buta sokong pemimpin UMNO yg semberono,tetapi kalau nak dibandingkan dgn Pemimpin Pktn Haram Pmbkg,ternyata tiada satu pun yg boleh pakai dan diharap untuk Agama Bangsa dan Negara.

          Reply
          • August 19, 2013 at 1:16 am
            Permalink

            Mengucap bro,jangan tenggemal punca!!! Hang juga kata aku’….mempunyai masalah mantel…,dan juga mempunyai IQ juga 2X5,5X2…’. Aku dah mengaku aku ni mentali Dyslexic dan jawapan soalan dah pasai IQ,duk marah marah orang!

            SUDAH LAH TUTUP KOMPUTER HANG TU,pi masuk mandi,cool down sikit!!! Apa perangai!!

          • August 19, 2013 at 9:35 am
            Permalink

            I suggest to stop fighting each other…

            This forum is never about who should be elected as UMNO President, but it is about perjuangan untuk agama, bangsa dan negara…

            Ini tidak bermaksud kita tak boleh menegur para pemimpin UMNO, tapi berpada2 lah…

            Lagipun, this website is Kelab Menyokong UMNO, not UMNO itself. Probably people in UMNO (especially para pemimpin) belum tentu baca any posting here…

            Besides, there are another avenue to express our grievances, para pemimpin UMNO ada Tweeter, Facebook, you may post your grievance there and even sent personal message.

            Bukan apa, kita kena ingat, kita buat apa yg mampu untuk memartabatkan Melayu, Islam dan Malaysia. Kita buat yg terdaya, dan moga2 hati pemimpin2 UMNO melihat kepincangan yg berlaku…

            Akhir kata, kita sbg org Melayu Islam kena BERSATU dan berusaha memartabatkan Melayu, Islam dan Malaysia.

            P/S: If any of wish your grievance on Menteri Pelancongan, you may contact Nedim…hehehe (jesting here)

          • August 19, 2013 at 1:08 pm
            Permalink

            Well said Bro WTF.

          • August 20, 2013 at 4:27 pm
            Permalink

            SAUDARA AZMAN, JGN LAYAN SGT ALFIE ALIAS RED BEAN ARMY NI,,DIA MEROYAN JE, WALAUPN DALAM NI BYK YG KATA DIA BUKAN RED BEAN ARMY TP AKU PERCAYA DIA SALAH SATU BANGSAT ITU, SEBELUM PILIHANRAYA DIA MMG KUAT MENYOKONG PERTADBIRAN NAJIB, TP SELEPAS PILHAN RAYA DIA LA PALING TERUK MENGUTUK NAJIB, STRATEGI RBA, SEBELUM PILIHANRAYA DIA SOKONG PASAL DIA YAKIN PRU13 FUCKATAN AKAN JD KERAJAAN, TP TERYATA FUCKATAN HANYA ANGAN2 MAT JENIN JE, TEWAS JUGA AKHIRNYA WLUPN CINA KUI X SOKONG BN,SEKARANG DIA ASIK KUTUK NAJIB SUPAYA PENYOKONG BN DALAM NI TERMAKAN HASUTAN DAN MEMBENCI NAJIB,,YG BODOH JE PERCAYA ALFIE NI.

        • August 19, 2013 at 4:33 pm
          Permalink

          Tak semua orang pandai/IQ tinggi itu betul dalam percaturan mereka…ramai juga yg buat silap…dan tak semua yg IQ rendah itu salah dalam penilaian mereka….kerana dalam kehidupan ….bukan semua perkara boleh dinilai dengan nombor…penilaian seseorang itu bergantung kepada byk faktor lain seperti nafsu amarah….influence kawan2/pembacaan….lifestyle background dan byk lagi….seorang rakyat berIQ 140 di Palestin seudah tentu tidak akan menilai erti kehidupan mereka sama seperti seorang rakyat IQ 144 yang tinggal senang lenang di Malaysia ini…akhir kalam….kita beradu bukan untuk menunjukkan siapa handal…kita juga tidak beradu untuk menang dan sorak sorang2…kita beradu di sini untuk mencari titik kesepakatan dalam jurang perbezaan yg semakin luas dan ketara…wallahua’lam

          Reply
  • August 18, 2013 at 3:18 am
    Permalink

    UMNO akan hanyut jika teruskan dendam tunM. Anwar sukar jadi PM jika d luar UMNO..
    Jadi terpulang pada ahli umno tentukan arah tuju perjuangan. Walaupun aku tak suka Anwar kembali pada umno, tapi apa yg. aku nampak arak tuju PKR dengan umno tak jauh beza. Bukan mustahil umno bergabung dengan PKR selepas ketiadaan tunM.

    Reply
    • August 19, 2013 at 9:37 am
      Permalink

      Dendam Mahathir???

      Anwar nak jadi PM walaupun di luar UMNO , FUCKUTAN perlu menang PRU…

      Takder kena mengena dgn dendam Mahathir pun!!!

      Reply
  • August 18, 2013 at 7:31 am
    Permalink

    Kita terlalu fokus kpd Anwar seolah2 umat Melayu dinegara ini akan masuk jurang neraka semuanya tanpa Anwar.

    Disaat kehancuran negara Islam disana sini, kita perlu seorang pemimpin yg bersih, kelihatan bersih, diketahui bersih, dilihat bersih dan kita yakin bersih.

    Antara yg buruk daripada sedia ada yg buruk dan tak sempurna dimata kita, maka biarkanlah Najib meneruskan amanah memimpin negara, tak perlu Anwar masuk campur. Dia pun sedang cari talian hayat dgn kes2 mahkamah yg sedang memburu masa umur dia.

    Kalau kemaruk juga nak tukar pemimpin, tunggulah PRU 14, pilihlah sesiapa pun, sesungguhnya Allah tidak menimpakan musibah dan kecelakaan terhadap mahklok melainkan kitalah yg menentukan untung nasib kita sendiri..

    Ingatlah, memilih pemimpin spr memilih lampu yg akan menyuluh kita jalan ke syurga atau neraka, bukan main syok dan emosi shj.

    Reply
    • August 18, 2013 at 9:45 am
      Permalink

      Najib=bersih?
      Iklas la bro… siapa pemimpin paling bersih dalam M’sia?

      Reply
      • August 18, 2013 at 11:01 am
        Permalink

        Nik ajis laaa sapa lagi ??? rasuah jadi sedekah, tanah kerajaan yang dia ambil…jadi anugerah, penyalahgunaan kuasa jadi amanah, PAS jadi agama..

        Bersih la tuu…paling bersih !!

        Reply
        • August 18, 2013 at 12:35 pm
          Permalink

          Fahami istilah dengan betul..
          Sedekah adalah pemberian yg. d beri semata2 kerana Allah sedangkan Rasuah adalah pemberian yg. mengharapkan balasan daripada penerima.
          Salahguna kuasa dengan mengambil hak k’jaan berbeza dengan anugerah yg. k’jaan berikan kepada seseorang atas jasa yg. banyak.
          Jawatan dan kuasa adalah amanah dan bukan jalan menambah harta kroni.
          PAS sebuah parti perjuangkan Agama Islam dan bukannya Agama baru.

          Reply
      • August 18, 2013 at 3:34 pm
        Permalink

        Pemimpin Malaysia paling bersih???

        Semuanya tak bersih termasuk puak2 Fuckutan, malah dalam dunia ni mana ada pemimpin politik paling bersih…

        Siapa pemimpin politik paling bersih dalam dunia ni Bujuk???

        Cerita sikit…

        Nak capai pemimipin politik paling bersih takkan tercapai wahai Bujuk, melainkan kau lahir baru semalam la….

        Reply
  • August 18, 2013 at 8:04 am
    Permalink

    Aku memang sudah hilang keyakinan pada Najib apatah lagi pada PMO entah apa apa ..setakat makan gaji buta dan membina kekayaan sendiri .Sebagai orang Melayu aku rasa Najib bukanlah pilihan terbaik untuk menarajui UMNO dan orang Melaty keseluruhanya .Najib terlalu banyak masalah yang boleh dijadikan modal untuk menghentam UMNO .

    Reply
  • August 18, 2013 at 9:02 am
    Permalink

    Nazri aziz dan Zahid ingat Malaysia ni bapak depa punya..perangai menteri2 mcm ini lah buat rakyat nak muntah dgn UMNO..semakin lama semakin teruk menteri UMNO ni..dahlah cakap takde isi lepas tu tunjuk sombong mcm pariah..

    Reply
    • August 18, 2013 at 9:48 am
      Permalink

      Aaaa… tah apa-apa tah, terbaru Najib kata tak salah bawa ahli keluarga untuk kerja MP dan urus kawasan. Sedangkan isu Nazri ni ialah bawak anak dia masuk KEMENTERIAN sebagai pegawai KHAS Kementerian bukan pegawai sukarela Pejabat MP Padang Rengas.
      Siapa yg. Najib dan Nazri nak bodohkan?

      Reply
      • August 18, 2013 at 3:24 pm
        Permalink

        Aku kondem perbuatan Najib dan Nazri…

        Tapi apahal hang tak pernah kondem Nicky Ajis bila Nik Abduh yg jadi calon PRU 13

        http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/18419-pencalonan-nik-abduh-tiada-kaitan-kronisme-tg-nik-aziz

        Bagaimana pula dgn Nuar Berahi Al-Juburi, Lim Kit Sial malah Kapal Singki…

        Adakah ini bermaksud ahli2 Fuckutan mmg membenarkan amalan nepotisme selama ni diamalakan oleh pemimpin2 Fuckutan…

        Hang jgn lupa, ahli2 UMNO majoriti melahirkan rasa tak puas hati ketika Abdullah Badawi benarkan menantunya KJ bertanding dlm PRU 12…

        Siapa lagi telus, ahli2 UMNO ker ataupun ahli2 Fuckutan macam hang…

        Reply
    • August 18, 2013 at 11:03 am
      Permalink

      Exco DAP dan PAS Pulau Pinang ambil anak bini bekerja…hang tak muntah pulak yea alyabu ??

      Reply
      • August 18, 2013 at 12:53 pm
        Permalink

        baru kes nazri yg tak seberapa dah sibuk satu dunia. Bab Anuar anak beranak berkroni dlm PKR apa hal, bab Lim Kit Siang apa kejadahnya, bab Karpal Singh anak beranak apa ke betul sangat Pakatan tu.

        Samaada dalam agensi korporat dan politik sama saja. Bila tampuk dipegang semua team masing2 yg terdahulu dr tempat lama berombongan dibawa masuk. Yang penting kerja, hasil kerja.

        Macam Nik Ajis jugaklah yg lantik menantu pegang jawatan penting dalam Perbadanan Menteri Besar. Belum masuk lagi bab anak dan babak ‘sama-sama naik’ dalam parti.

        Masa Pas pegang Terengganu dahulu lagi termuntah. Bini masing2 pak Adun pak Adun Pas jadikan Ahli Lembaga Pengarah dalam anak syarikat kerajaan negeri. Apa hal?

        Jangan dok hairanlah, kajilah sejarah, kalau nak mengumpat keji Khalifah Saidina Othman pun lantuk anak beranak dalam kabinet dan hal ehwal kepentingan negara. Belum lagi bincang bab Daulah Muawiyah, Abbassiah dll.

        SAMAADA KAMU SEMUA SUDAH HILANG KEPERCAYAAN PADA NAJIB ATAU TIDAK, MAKA DISINI AKU NAK BERITAHU, APA KAMU TAK SEDAR KE BAHAWA RAKYAT SELAMA INI HILANG KEPERCAYAAN KEPADA PAKATAN, MAKA SEBAB ITULAH BN MASIH BERKERAJAANKAN NEGARA MALAYSIA INI.
        dah kalah . kalah lah. Tunggu PRU 14

        Reply
      • August 19, 2013 at 9:39 am
        Permalink

        Puak2 Fuckutan boleh cerita sampai muntah2

        Bila kena batang hidung sendiri, terpaksa telan balik muntah2 tu…

        Reply
  • August 18, 2013 at 2:34 pm
    Permalink

    kekuatan umno sekarang bukan terletak pada kebijaksanaan presidennya dan tuan penasihat 20%.. demi kelangsungan parti yang memerintah ada baiknya presiden ditukar saja sebab kekuatan umno sekarang adalah pada ahli yang setia berjuang diceruk kampung.. majoriti ahli umno dan orang melayu sendiri dah hilang keyakinan dengan presiden umno dan PM yang sedia ada.. apa maknanya presiden umno, jika melayu masih merempat di negara sendiri.. najib dan anwar mimpinya tetap serupa..

    Reply
    • August 18, 2013 at 3:39 pm
      Permalink

      Sudah lah yeop,kau gebang dan kaji daripada mana,mejoriti ahli UMNO dan org Melayu hilang keyakinan dgn prasident/Pm ? Daripada penyokong2 dan macai Pktn Hrm Pmbkg ke ?Kalau begitu memang lah hasilnya mcm seperti apa yg kau jangka. Kau sedar tak dgn kekuatan UMNO,Melayu dan Bumiputra lah maka kini BN terus berkuasa ? Kalau kau fikir prasident atau pemimpin tidak penting demi kelangsungan pemerintahan Negara aku rasa kau ini sudah terbabas,UMNO kekal hingga ke hari ini adalah disebabkan mempunyai ahli dan pemimpin yg bijak membina dasar dan halatuju.

      Reply
      • August 18, 2013 at 4:51 pm
        Permalink

        Orang Melayu yang bijak bukan pemimpin Melayu……Orang Melayu memberi sokongan pada BN dalam PRU13 dan ianya sudah selesai dengan kejayaan …..sekarang PAU pula menyusul inilah masanya orang orang UMNO untuk menilai apa yang pemimpin nya sudah buat untuk orang orang Melayu keseluruhanya …….Jangan kesian ,jangan lembut hati dan jangan kenang jasa ayah dan ibu merika ……Undilah seorang pemimpin melayu yang tulin dan sentiasa menabur jasa kepada dan keshjahteraan Melayu .Pilihlah pemimpin yang berani dan tegas mempetahankan bangsa ,Ugama dan Tanahair …..Jangan asik nak jaga hati bangsa lain yang tidak pernah mengenang budi .

        Reply
        • August 18, 2013 at 5:55 pm
          Permalink

          UMNO sekarang ni berkuasa bukan kerana pemimpin UMNO..INGAT TU !! UMNO berkuasa kerana undi simpati orang Melayu yang tak nak negara ni hilang status quo. Pemimpin UMNO sekarang adalah penerima undi walfare orang Melayu…depa kena sedar diri !!

          Depa kena ikut gerak hati orang Melayu sebagai keutamaan..bukan mengarut ” I LOVE PM…I LOVE PM ” bikin malu UMNO jer..PM merayu minta diri dia di sayangi !!

          Reply
          • August 18, 2013 at 7:37 pm
            Permalink

            Betui Bro. Kalau pembangkang makan tahi dan kata sedap tak kan UMNO pun nak ikut atas alasan kalau pembangkang boleh buat maka tak salah juga untuk UMNO. Two wrong dont make it right!!

          • August 19, 2013 at 1:09 am
            Permalink

            “UMNO sekarang ni berkuasa bukan kerana pemimpin UMNO” kalau bukan kerana pemimpin UMNO kerana apa lagi ? Kerana simpati org Melayu ? Kenapa org Melayu simpati pada UMNO,kau tanya ke tidak ? Bukan ke kerana UMNO lah satu2nya parti yg berjuang demi Agama Bangsa dan Negara ? Jika tidak kau fikir boleh ke dapat undi simpati ? sudah pasti tidak, buktinya sebab itu undi simpati tidak di beri kpd PKr,PAS atau Dap.Kerana Pktn Hrm Pmbkg memang langsung tak boleh pakai dan langsung tak boleh diberi sempati.Kalau bukan pemimpin dari UMNO kau fikir boleh ke dia dapat simpati ? Jgn nak bermimpi lah,cakap gebang boleh lah.Pm merayu untuk diberi sokongan bukan merayu utk disayangi,dan tiada PM dlm dunia ini yg tidak merayu pada sokongan.Tak salah pun.Tapi kalau perangai mcm alfie memang lah dia bukan kenal pemimpin pun,apa yg dia kenal kalau UMNO dihentam atau dikritik dia lah manusia yg paling suka sekali,sbb golongan haprak.

          • August 19, 2013 at 12:28 pm
            Permalink

            UMNO berkuasa kerana simpati orang melayu, aku pangkah UMNO bukan kerana pemimpin tapi kerana roh UMNO tu sendiri, so aku adalah living example orang melayu undi UMNO kerana simpati dan bukan pemimpin !! the day aku undi UMNO kerana pemimpin tamat pada 2003 !!

            Kalu takat sokong bawah rebah….contohnya banyak dalam forum niii…..

          • August 19, 2013 at 4:39 pm
            Permalink

            Aku suka baca komen Tun M tentang nasihat kepada Umno dalam satu artikel di Mingguan Malaysia baru2 ni…kata2 nya bagai panah yg memang boleh menusuk kalbu kepada mana2 pemimpin Umno yang makan nangka…..atau makan cili….

        • August 20, 2013 at 12:51 pm
          Permalink

          aku undi umno bukan kerana pemimpin,,tp kerana umno adalah hanya 1 parti yg memperjuangkn bangsa melayu, tidak kira siapa pn pemimpin yg memimpin umno, aku tetap akan undi umno,umn0 adalah parti satu2nya untuk pejuangkan org melayu, biar apa pn kutukan yg korang lemparkn pada pemimpin umno, bukan semua pemimpin boleh memuaskan hati semua penyokong, setakat menyalak kt sini salah kn pemimpin umno je nk buat apa, semua pemimpin ada twiter g la menyalak kt sana,,mana tau pemimpin umno berminat dgn komen lu org,setakat kt sini je berdegar xda makna pun

          Reply
  • August 18, 2013 at 3:13 pm
    Permalink

    Alyabu, ape masalah dgn zahid?? Hang nk KDN lembut yg slalu bg amaran slalu ker??? Klau mnteri camtu suke le puak satu lg tu bole buat negara ni mcm xdak undang2!!

    Reply
    • August 18, 2013 at 3:30 pm
      Permalink

      Hanya penjenayah sahaja yg suka menteri yg suka bagi amaran!!!

      Masa PRU13, tak pandai pulak puak2 Fuckutan ni gerakkan usaha nak jatuhkan Hisamuddin, padahal itulah masa yg sesuai nak jatuhkan dia…

      Puak2 Fuckutan harapkan ahli2 UMNO nak jatuhkan Hisamuddin, nampak sangat puak2 Fuckutan ni tak telus, ikhlas dalam perjuangan agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.

      Reply
  • August 19, 2013 at 1:08 am
    Permalink

    Ok lah cukup sampai disini dulu, Blogger MIK nak break for a while, nak pergi hisap rokok tapi bukan dengan seorang wanita yang merokok….!???????????

    Artikel panas yang akan membuatkan seseorang resign atau guna blogger tempang porno untuk melawan bagi pihak dia. KLIK SINI

    Kepada yang berkenaan pilihan ditangan anda, nak kasi panjang atau just terima teguran tanpa menjadi baby yang kuat merungut ok? ????????????????????????????????????????

    ADAMYAN????????OO….PEREMPUAN RUPANYA…tempang porno…hmmmmmm…..patut la aku mmg pelik ngn adamyan sorang nie dari dulu lagi…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *