Susah Sangatkah Melayu Muslim Nak Bersatu?

Share


Sejak BN berjaya mengekalkan kuasa pada PRU ke-13 pada awal Mei lalu, seluruh umat Melayu beragama Islam dan para pemimpin di Malaysia termasuk institusi DiRaja telah dicabar pelbagai pihak yang kurang ajar.

Insiden demi insiden berlaku. Penghinaan demi penghinaan terjadi seolah-olah ia menjadi satu “trend” terkini di negara kita. Macam-macam yang berlaku.

Antara yang paling hangat ialah iklan berbuka puasa dengan Bak Kut Teh oleh Alvivi, kad ucapan selamat menikmati juadah Aidilfitri dengan rendang khinzir dan terbaru ialah insiden mencemarkan sebuah surau awam di Johor.

Sebelum itu, beberapa pengguna laman sosial dilaporkan telah menghina institusi DiRaja dan mempersoalkan kedudukan tertinggi yang diberikan kepada Baginda-Baginda yang selama ini bertakhta sejak di zaman nenek moyang kita lagi.

Diikuti kemudiannya, beberapa pihak yang dilihat seolah-olah “cari pasal” dengan DYMM Yang DiPertuan Agong dan mencabar kedaulatan baginda dengan cubaan menawan Istana Negara oleh beberapa individu yang dipercayai kurang waras.

Ada yang bertanya, sampai bilakah kita sebagai bangsa pribumi Melayu dapat bersabar dengan provokasi tersebut? Bolehkah kita dapat menahan sabar dengan sikap golongan yang tidak lagi menghormati sensitiviti di negara ini?

Mengapa Islam dan kedaulatan institusi DiRaja menjadi sasaran? Mengapa pula semua itu berlaku di zaman yang dikatakan semakin “moden” ini?

Saya kira, ada di kalangan kita yang sudah “naik angin”. Ada yang marah “menyinga” dan ada yang nak mengamuk. Kalau boleh, mahu dihuru-harakan riwayat hidup golongan yang kurang ajar dan biadap tersebut.

Namun saya yakin, hanya kerana dibatasi undang-undang, ramai yang hanya mampu menggetap bibir menahan geram. Marah bukan kepalang, namun tiada tindakan yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya selain melaporkan kebiadapan tersebut kepada pihak berkuasa.

Pihak pendakwaraya pula hanya perlu berdepan dengan peguam-peguam pembangkang yang mengambil kesempatan mewakili pihak-pihak yang kurang ajar dan membuat provokasi melampau itu. Silap sedikit, pencacai Pakatan Haram itu akan terlepas begitu saja…

Bagaimana mahu diselesaikan semua masalah-masalah ini? Apakah dengan menyerang dan menyalahkan Perdana Menteri, Timbalannya dan para Menteri maka segala masalah itu akan “ghaib” sekelip mata?

Cuba renung dalam diri kita masing-masing dan bermuhasabah sendiri dengan segala persoalan tersebut. Apa jawapan hati kecil kita? Dan bandingkanlah dengan akal yang Allah kurniakan pada kita, apa jawapannya?

Pada hemat saya, segalanya berlaku berpunca dari kedudukan bangsa Melayu Muslim di Malaysia yang hidup berpecah belah. Melayu dipecahkan oleh politik kepartian dan disusuli pula dengan aqidah ummah yang cuba diserap pengaruh Syiah serta lain-lain fahaman.

Cuba bayangkan jika Melayu bersatu seperti sebelum di zaman Merdeka dulu. Cuba bayangkan jika Melayu kuat ukhuwahnya dan benar-benar ikhlas menjaga kepentingan Islam, Melayu dan Tanahair seperti di zaman itu. Apakah semua ini akan terjadi?

Saya yakin, jika kita umat Islam berbangsa Melayu di Malaysia ini bersatu, jangankan mempersoalkan kedudukan Islam dan bangsa kita di Tanah Melayu ini, nak bersuara untuk minta tapak kedai basikal pun “ada” yang terketar-ketar. Mereka takkan berani!

Malangnya, masih ada di kalangan kita yang kononnya “open minded” dan perasan dirinya terlalu liberal sehingga lupa pada asas kehidupan masyarakat pribumi di negara ini. Mereka lupa mereka beragama Islam, berketuanan Melayu dan lupa tentang bumi yang mereka warisi dari nenek moyang ini.

Perlukah saya memaksa semua umat Melayu beragama Islam di Malaysia untuk bersatu? Rasanya itu tindakan yang kebudak-budakan. Tapi cuba fikirkan, apalah harga ego dan kedegilan diri jika Islam, Melayu dan Tanah Melayu ini tergadai kelak? Baru nak menyesal?

Bukan saya yang menyeru supaya umat Islam di Malaysia ini bersatu. Tapi Allah! Dia yang suruh kita bersatu melalui firman-Nya. Persoalannya, susah sangatkah kita nak tunaikan apa yang Allah suruh kita lakukan itu? Lebih pentingkan kepuasan hati dari Kalamullah?



13 thoughts on “Susah Sangatkah Melayu Muslim Nak Bersatu?

  • August 15, 2013 at 3:04 am
    Permalink

    Kita bersetuju semua masalah ni dapat di selesaikan sekiranya Melayu bersatu,tapi hakikatnya Melayu tidak pernah terancam atau dapat di ancam kedudukannya di Malaysia.

    Sekiranya kita benar benar faham 7 wasiat raja2 Melayu,kedudukan Melayu dan kuasa Melayu telah terparteri mati dan tak dapat di hapuskan, walaupun Kerajaan di kuasai oleh PM Cinabeng dan ada kuasa 2/3 di parlimen,beliau akan tetap Mempertahankan kuasa Melayu samada dia suka atau tidak,kerana seandainya ia cuba merubahnya maka tamatlah pemeritahanya kerana:

    Kesetiaan tidak berbelah bagi keseluruhan Rejimen Askar Melayu di Raja dan Tentera adalah bersama dengan Majlis Raja Raja Melayu,lihatlah apa yang berlaku pada Thaksin di Thailand apabila ia tidak mendengar pendapat Raja Bumipol,dan juga kuasa Maharaja Akihito yang menguasai kesetiaan penuh Tentera Jepun.Kita lihat sendiri di Mesir,dapatkah Morsi berbuat apa apa ,ketika kesetiaan tentera tiada padannya?Obama tidak di geruni kerana dia Obama,tapi kesetiaan tentera US di belakangnya.Begitulah juga dengan Raja Raja Melayu dan kesetian tentera Malaysia.

    Kuasa mutlat di Malaysia sebenarnya adalah milik Raja Raja Melayu,bukanya PM,Kerajaan,Parlimen atau Perlembagaan,semuanya terhenti jika Tentera mengambil alih di atas kuasa Raja Raja Melayu.

    Jadi sekirannya ada ornag Melayu mengatakan Kuasa Melayu boleh di hapuskan,mereka adalah salah atau cuba menakut nakutkan,dan jika ada pulak orang bukan Melayu yang juga percaya Kuasa Melayu boleh di hapuskan,mereka juga salah dan telah tertipu.

    Reply
  • August 15, 2013 at 3:11 am
    Permalink

    rugi lah kalau melayu islam bersatu tak dapat undi cina lah jawabnya baik pemimpin UMNO maupun pas tergilakan undi cina apa punya bodoh, pkr toksah amik pot lah itu spesis kaldai bertaraf bahalol

    Reply
  • August 15, 2013 at 7:39 am
    Permalink

    pas asalnya nak bersatu dgn umno, tetapi disekat olh manusia radikal YG ADA DI DLM PAS dan tlh dipengaruh syiah kafir setan iblis yg sudah menyerap dlm parti politik itu, itulah penyebabnya….UJIAN MAHA HEBAT UTK MELAYU ISLAM DI MALAYSIA KRN PERANAN SYIAH YG AMAT BAHAYA, ASIA BARAT TIDAK PERNAH AMAN DISEBABKAN OLH SYIAH DURJANA

    Reply
  • August 15, 2013 at 8:40 am
    Permalink

    Semasa PAS dlm BN (1974) diatas persefahaman dua pemimpin melayu ketika itu YAB Tun Abdul Razak dan Datuk Asri Muda..perpaduan orang melayu begitu kuat sekali dan memudahkan program2 untuk menaikkan taraf hidup bangsa melayu yang telah lama ketinggalan..kaum2 lain tidak berani bersuara kerana mereka tahu negara ini negara melayu jauh sekali menghina bangsa dan ugama..

    Disebabkan terdapat pemimpin UMNO susulan selepas Tun Razak yang tamak, berfikiran cetek, yg berpendapat melayu tidak memerlukan PAS, menggunakan tipudaya utk merampas Kelantan, rela menjadikan PAS sebagai musuh politik, bertindak seperti Abu Lahab kononnya bijak berpolitik..maka hancurlah kekuatan melayu dan.mereka2 inilah sepatutnya dipertanggungjawabkan punca perpecahan melayu yg tidak boleh direpair sampai kehari..pemimpin2 UMNO susulan ini ada yg masih hidup tetapi muka2 huduh mereka ini telah dicap sebagai muka perosak bangsa melayu..

    Reply
    • August 15, 2013 at 10:42 am
      Permalink

      Hangpa ni pandai buat cerita sampai kata pemimpin2 UMNO yg terlibat dlm perpecahan ni masih lagi hidup, sedangkan yg mengerakkan perkara ini Hussein Onn, dia masih hidup lagi ker???

      Kenapa hang takder mention nama Nicky Ajis, dia masih hidup dan mmg terlibat dlm hal perpecahan ni???

      Bersatulah semua org Melayu Islam, tak payahlah nak cari political mileage lagi. Lebih bagus, jgn bergantung pd ahli politik Melayu Islam (sbb tgk asyik nak bergaduh jer bila sebut perpaduan) sebaliknya buang semua affliation to political party dan bersatulah, bukankah lebih mudah begitu!!!

      Reply
    • August 16, 2013 at 12:02 am
      Permalink

      macai PAS kalau buat cerita dongeng memang nombor satu … weiii al-abulahab kau lupa nak cakap kee bagaimana PAS keluar daripada Pakatan sebab masing-masinng dalam PAS gilakan kuasa !!!

      Reply
  • August 15, 2013 at 9:55 am
    Permalink

    Memang pu pemimpin UMNO dan PAS sama sama bodoh piang banggang bahlol haramjadah pukimak dan macam macam lagilah .sudah terang lagi bersuluh kalau semua melayu bersatu 2/3 senang senang punya .Daftar orang melayu dibandar dikawasan ramai cina untuk mengimbangi penduduk ,ini pun yang cina buat selama ini dipulau pinang dan tempat lain pemimpin Melayu ja tak sedar tektik dia orang ……

    Reply
    • August 15, 2013 at 12:06 pm
      Permalink

      Aku setuju cadangan saudara TUBIR

      Org2 Melayu yg sudah bermastautin di kawasan bandar perlu digalakkan untuk mendaftar sbg pengundi di kawasan bandar supaya mudah menguasai kawasan2 Bandar dari gengaman kaum Cina

      Org2 Cina dok buat benda ni, tapi org2 Melayu masih lagi sibuk nak balik kampong mengundi…

      Reply
      • August 15, 2013 at 12:33 pm
        Permalink

        orang melayu yg dimaksudkan WTF itu telah membiarkan bandar tempat mereka tinggal dikuasai parti rasis, kuffar dan sinonim dgn penglibatan kongsi gelap seperti DAPigs mengembang-biak dgn banyak tempat-tempat perjudian dan maksiat sementara mereka balik kampong beri undi pada parti tak reti buat pembangungan dan majukan rakyat setempat yakni orang melayu

        bila agaknya mentaliti cara berpolitik orang melayu seperti ini dapat berubah dan tahu nak sedar bahawa kuasa politik orang melayu sekarang ini amat lemah?….nak tunggu dah terhantuk baru nak sedar?

        Reply
        • August 15, 2013 at 12:44 pm
          Permalink

          sewajibnya orang melayu yg tinggal di bandar-bandar yg dikuasai parti kuffar seperti DAPigs menukar alamat tempat mereka mengundi bukan lagi di kampong tapi di bandar tempat mereka tinggal yg dikuasai parti kuffar seperti DAPigs, inilah yg dinamakan cara berpolitik bijak demi utk menjaga kesucian dan kedaulatan IMR dari dapat di injak-injak oleh parti kuffar seperti DAPigs dan PGayR

          apa dilakukan oleh mereka selama ini ialah cara berpolitik bangang, menjadi pengundi melayu tak matang kerana terlalu mudah membiarkan diri mereka diperkuda parti kuffar seperti DAPigs dan PGayR

          Reply
        • August 15, 2013 at 1:06 pm
          Permalink

          Diharapkan org2 Melayu Islam yg bermastautin di kawasan bandar sedar perkara ini dan bertindak menukar alamat mengundi mereka dari tempat asal mereka ke kawasan tempat tingal mereka di kawasan bandar….

          Jgn nnt “menang sorak, kawasan bandar tergadai…”

          Bila kawasan bandar tergadai, faham2lah kena kowtow pada kaum Cina…

          Silap2 nak tempah dewan org ramai untuk anak2 Melayu Islam nak buat majlis perkahwinan pun tak lepas…

          Reply
          • August 15, 2013 at 3:13 pm
            Permalink

            selain tak lepas tempah dewan org ramai utk buat majlis perkahwinan, nak tempah tapak utk berniaga di bazar ramadhan pun lagi susah nak dapat

            aku nak tanya ahlul PAS macam si moo dan mek esah….

            kroni-kroni DAPigs dan PGayR semua dapat projek-projek besar di Selangor macam projek datum jelatek dll…kroni PASesat dapat apa di Selangor? takkan setakat dapat projek buat jamban sebuah je macam dr rani rasmikan tu?

  • August 17, 2013 at 7:34 pm
    Permalink

    Selagi politik menjadi benteng pemisah bangsa dan agama kita, aku rasa susah sangat untuk kita bersatu. Lebih2 lagi politik dah jadi nadi penggerak jantung 24 jam sehari. Politik dah lebih tinggi martabatnya dari agama, sebab tu N.Ajis berani nak ludah sesiapa nak satukan semula Melayu Islam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *