Gaji amah Indonesia bermula RM1,200 sebulan – Saravanan

Gaji amah Indonesia bermula RM1,200 sebulan – Saravanan

Bayaran gaji kepada amah atau pembantu rumah Indonesia, bermula pada kadar RM1,200 sebulan, berdasarkan pelaksanaan gaji minimum semasa.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata kerajaan tidak boleh melaksanakan permintaan Indonesia yang mahu pekhidmat domestik dari negara itu dibayar pada RM1,500 kecuali atas budi bicara majikan.



“Semasa kita bincang (dengan Indonesia), walaupun saya suka tetapi tidak boleh bersetuju dengan RM1,500 sebab gaji minimum kita adalah RM1,200 jadi mustahil nak bagi RM1,500 walau didesak Indonesia.

“Tetapi ia boleh bermula dengan RM1,200, sekiranya majikan mahu bayar RM1,500 maka bolehlah,” katanya pada sidang media, di sini.

Saravanan berkata, kos maksimum pengambilan pembantu rumah Indonesia dijangka akan berkurangan lebih rendah berbanding RM15,000 yang dilaporkan sebelum ini susulan tiada lagi kos tambahan membabitkan proses kuarantin.

Beliau berkata, kos dari Malaysia bagi membawa pembantu rumah sebelum ini dianggarkan lebih RM9,000 antaranya membabitkan pembayaran levi, kuarantin dan insurans, manakala kos dari Indonesia adalah kira-kira RM4,000 hingga RM5,000 lebih.



Katanya, namun berikutan ketiadaan syarat bagi kuarantin lagi, kos dari negara ini dijangka berkurangan kepada kira-kira RM6,000. BH

Gaji amah Indonesia bermula RM1,200 sebulan – Saravanan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen



Amalan Dilakukan Rasulullah s.a.w. Ketika Berbuka Puasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker