Anwar Dan Karpal Tidak Terkesan Dengan “Surat Misteri Permatang Pauh”

Share


Agak menarik juga untuk mengulas mengenai “surat misteri” yang menggemparkan masyarakat Permatang Pauh baru-baru ini. Khabarnya surat berkenaan telah diedar secara meluas di seluruh parlimen yang diwakili Anwar Ibrahim itu.

Menurut laporan media, surat berkenaan didakwa telah ditulis oleh seorang “bekas kakitangan pejabat guaman Karpal Singh” dan mendedahkan transaksi yang berjuta-juta ringgit jumlahnya. Khabarnya, transaksi-transaksi itu direkod sejak tahun 2008 lagi.

Menariknya, surat misteri itu mendakwa Anwar telah membayar jutaan ringgit kepada Karpal sebagai “bayaran yuran guaman”. Bekas kakitangan Karpal itu juga melampirkan beberapa nombor akaun yang dikatakan milik Anwar.

Pertamanya, saya tertanya-tanya, siapakah “bekas kakitangan Karpal” itu? Apakah dia cuba menabur fitnah terhadap dua pemimpin tertinggi Pakatan Haram tersebut? Anwar dan Karpal bukan sembarangan pemimpin, mereka sangat berpengaruh!

Kita tahu, Anwar dan Karpal memang suka saman orang. Mereka juga suka membuat laporan polis. Sama ada mereka menang atau kalah saman, mereka letak di belakang. Sama ada laporan polis yang mereka buat itu benar atau palsu, itu pun mereka tak peduli.

Untuk survival politik dan berpolitik dengan minda rakyat, mereka biasanya sanggup lakukan apa saja, bukan?

Cuma persoalannya, beranikah Karpal dan Anwar membuat laporan polis dan menafikan dakwaan tersebut secara terbuka? Jika mereka nafikan, pasti ada pula yang akan hadir ke balai polis untuk menggesa surat tersebut disiasat kebenarannya. Kita bukan tak kenal rakyat Malaysia, kan?

Mungkin diatas alasan “demi keselamatan” penulis surat tersebut, maka surat itu dikatakan “tidak bernama” dan hanya bertajuk “Bankleaks Anwar/Karpal”. Dan saya percaya, surat itu akan menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi terhadap dua pemimpin tersebut.

Selepas menerima laporan, sudah tentu pihak berkuasa akan membuka kertas siasatan. Disaat itu, kita hanya perlu menunggu sehingga siasatan selesai. Mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin setahun dan mungkin 10 tahun?

Polis akan mencari sumber surat tersebut. Berapa ramaikah bilangan “bekas” kakitangan firma guaman milik Karpal? Takkanlah sampai sejuta orang, bukan? Saya yakin, pihak berkuasa dengan mudah akan dapat mengesan penulis surat itu.

Selepas itu, pihak polis juga akan menyiasat tentang kesahihan dakwaan yang terdapat di surat berkenaan. Sama ada tentang akaun Anwar, pembayaran berjuta-juta ringgit dan sebagainya, pasti akan terjawab kelak. Fakta tidak pernah menipu, bukan?

Seterusnya, jika wujud kes sebagaimana yang didakwa penulis surat itu, pastinya laporan siasatan mengenainya akan diserahkan kepada Peguam Negara bagi tindakan susulan. Sama ada Anwar dan Karpal bakal didakwa atau tidak, itu terserah pada AG.

Saya tertanya-tanya, apakah AG akan berani dakwa Karpal dan Anwar sekaligus di mahkamah? Atau beliau akan selamba mengatakan “kita tidak ada bukti yang cukup untuk mendakwa mereka”? Selalunya kalau kes berkaitan Anwar dan Karpal, itulah jawapan “standard”nya, bukan?

Kadang-kadang, terdetik juga dihati saya sama ada semua ini hanyalah sekadar “wayang gambar”. Masalahnya, siapa “pengarah”nya? Siapa yang sediakan “skrip wayang gambar” itu? Siapa pula “pelakon utama”nya?

Jika benarlah isi kandungan surat itu, siapakah yang akan berjaya mengheret Anwar dan Karpal ke muka pengadilan? AG? Anda masih harap padanya? Kalau ke mahkamah sekalipun, apakah barisan pendakwaraya boleh menang?

Kes Anwar-Saiful yang “tertinggal air mani dalam saluran dubur” pun boleh kalah, inikan pula kes mengenai sepucuk surat misteri, bukan?

Hakikatnya, sebut dan karanglah berjuta pucuk surat atau bawalah seribu fakta benar mengenai kejijikan Anwar dan Karpal, saya yakin para pengikut mereka akan tetap menganggap mereka sebagai “dewa” yang sangat “telus”, “berintegriti”, “SELCAT”, “CAT”, “DOG”, “PIG” dan sebagainya…

Sampai bila rakyat Malaysia ini harus hidup tertipu dengan para pemimpin jijik Pakatan Haram? Biar terbukti benar mereka jelek sekalipun, biar “kantoi” berbogel sekalipun, pemimpin Pakatan Haram tetap “mewangi” disanubari.

Bak kata seorang rakan saya yang dihormati, “hangpa takdak ‘laif’ kaaa???”


20 thoughts on “Anwar Dan Karpal Tidak Terkesan Dengan “Surat Misteri Permatang Pauh”

  • August 3, 2013 at 5:57 am
    Permalink

    Surat itu sekadar ingn memburukkan umno sebagai tukang sebar – itu taktik basi rcycle utk menyelamatkan diri.

    Reply
  • August 3, 2013 at 5:58 am
    Permalink

    Barua2 pekasam ke gi report polis dulu minta polis siasat kebenaran surat tu dulu…aku caya hari ini akan bermula report dari ngo2 pro umno buat report polis…ko caya tak kemut hehe

    Reply
    • August 3, 2013 at 10:11 am
      Permalink

      hehe…aku tak terkejut pun, tak kan lawyer fees karpal sink RM50.00 jer, dia perlu fees dan fund yang banyak, nak rasuah kakitangan PUSPARAWI lagi, rasuah pasukan pendakwaraya lagi…sampai ada yang letak jawatan dan terus jadi peguam bela anwar ! kes ni pertama kali berlaku dalam dunia !!

      Reply
    • August 3, 2013 at 12:13 pm
      Permalink

      Sorang lagi hardcore diehard PR fanclub….

      Reply
    • August 3, 2013 at 12:19 pm
      Permalink

      Takkan nak suruh Rafizi lembu pulak yg report polis ?

      Reply
    • August 3, 2013 at 3:30 pm
      Permalink

      Biar laa dorang report Polis , takkan nak harap barua-barua Pakatan yang penuh dengan puak anti Islam dan anti Melayu tu !!!

      kes video seks anwar pun , anwar sendiri tak berani nak report Polis , sebab takut kena siasat hahahahaha

      Reply
    • August 5, 2013 at 2:50 pm
      Permalink

      Tak caya la saudara abu…

      Si Nuar Berahi dgn Karpal Sinki buat laporan polis dulu…

      Tak caya ka….kesian dgn kau ni…

      Ahak2…

      Reply
  • August 3, 2013 at 6:01 am
    Permalink

    Duit yahudi mabuk mana tah yg nuar guna.

    Reply
  • August 3, 2013 at 10:44 am
    Permalink

    Bodoh lah kau orang ni semua soal berapa banyak anwar bayar pada karpal adalah hakdia orang .Dan berapa banyak akaun dan dimanaakaun itu dibuka itu hak individu apa kita nak sibuk ?Tapi lainlah kalau dua ekor anjing dan babi tu buat salah dan jenayah dengan terang terang atau dalam gelap barulah boleh diambil tindakan dandakwaan …….soal sangkut atau tidak itu soal kebijakan pendakwaraya ……Tapi kalau setakat gani patail ….aku tak yakin akan kepandaianya.Dengan khir toyo beranilah dia …….memang haram jadah dia ni .Gani dan najib you cakar belakang I ,I cakar belakan you .

    Reply
    • August 3, 2013 at 12:16 pm
      Permalink

      Apa kau hanya nampak berapa bnyk Anwar bayar kpd karpal,dan itu hanya hak dia saja ke tubir ?Lepas itu dgn mudah kau perbodohkan semua org,begitu ?Mana nak tahu ini kesalahan atau jenayah kalau persoalan ini tidak dirungkai atau didedahkan.Siapa yg Bodoh ni …

      Reply
  • August 3, 2013 at 11:49 am
    Permalink

    Sapa nak mengaku. yang ada bukti terang dan nyata pun dia masih nak kelentong !!!Bila sampai masa kena panggil ke mahkamah, dia hantar surat MC. dan karpalsink pun jatuh sakit pula. Bila sampai masa o.k. P.N. pula sakit…sampai 60 kali pun pi court pun tak selesai2 lagi, lama2 mampus.

    Reply
  • August 3, 2013 at 6:40 pm
    Permalink

    k kata seorang rakan saya yang dihormati, “hangpa takdak ‘laif’ kaaa???” <— haha mcm kenai ja statement ni. Bukan Tok Guru Jebon ka?

    Reply
  • August 3, 2013 at 11:58 pm
    Permalink

    kalau dibawa kes ni ke mahkamah pun, peluang utk dibuktikan bersalah pun tipis…aku tidak fikir majoriti masyarakat permatang pauh percaya cerita ni…video lucah pun x percaya…

    Reply
  • August 4, 2013 at 1:08 am
    Permalink

    macam2 jenayah lain anwar buat, setakat surat ni dia nak hairan apa, lagi pun anwar tau penyokong dia tu senang ditipu, dia pejam mata saja, tak payah nak terangkan, penyokong dia percaya 100% kat dia,

    Reply
  • August 4, 2013 at 8:19 pm
    Permalink

    50 juta ringgit dibayar…kepada seorang peguam yang cuma “Tangguh kes…tangguh kes yang arif”

    buang duit ja pak syeikh!!

    Reply
    • August 4, 2013 at 11:17 pm
      Permalink

      bukan sebarang peguam beb…dewa segala putar alam….“tertinggal air mani dalam saluran dubur” pon bleh lepas…huhu.. tapi dier pandai..tangguh kes pasal nak sedut lagi duit al jubs….dia tau al jubs banyak duit..

      Reply
  • August 5, 2013 at 10:16 pm
    Permalink

    Isu camni.. buat gempak je. Mungkin Dr.Mazlan nak bertanding rebut jadi ketua bahagian kut… atau dia nak minta PM pandang sama pengorbanan dia yg. letak jawatan sebagai Pegawai KANAN TM, dan bagi apa2 jawatan yg. sesuai. Sorry la Dr.Mazlan…

    Reply
    • August 5, 2013 at 10:45 pm
      Permalink

      Hang nak sorry kat si Mazlan Ismail buat apa????

      Hang buat salah kat dia ka???

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *