Surat Terbuka Pada Seluruh Perwira Sempena Hari Pahlawan

Hari ini Hari Pahlawan. Setahu saya, para pahlawan kita hari ini diraikan Kerajaan Malaysia di Dataran Merdeka. Untuk itu, saya ucapkan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh perajurit, anggota keselamatan dan para pesara yang pernah mengadai nyawa serta berbudi pada rakyat Malaysia.

Di zaman nenek moyang kita dulu, tidak wujud perkataan “polis”. Yang ada hanyalah “Panglima”, “hulubalang”, “pengawal” dan seumpamanya. Mereka inilah yang mengawal keadaan setempat apabila berlaku kekecohan dan sebagainya.

Kemudian, setelah penjajah hadir, kita dimomokkan dengan jawatan “home guard” sebelum pasukan beruniform itu bertukar menjadi “polis” dan “askar Melayu”. Semua itu berlaku sebelum merdeka lagi…

tuah

Dan kini, kita berbangga dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM). Hari ini, golongan inilah yang sedang kita raikan di Hari Pahlawan.

Dulu, anggota keselamatan kita bergelut dengan pengganas komunis yang mahu menjajah Persekutuan Tanah Melayu setelah British berundur. Fahaman dan komrad yang “diimport” dari Tanah Besar China fikir, mereka boleh jajah Tanah Melayu yang sekangkang kera ini?

Dengan berkat izin Allah SWT, bumi bertuah ini berjaya mematahkan gerakan tamak “si mata sepet” dari negara tembok besar itu dan ketua mereka, Chin Peng, berjaya diusir keluar bersama fahaman tidak bertuhannya itu…

re_03.3

Itu cabaran yang diterima para pahlawan kita dulu. Ketika itu, masyarakat Tiong Hua yang kekal di Tanah Melayu ini begitu hormat pada “Ketuanan Melayu” dan mereka sangat menghargai pengorbanan bangsa pribumi yang membenarkan mereka menumpang hidup di tanah pusaka bangsa ini.

Kini kita di zaman milennium. Dan anggota keselamatan kita kini menghadapi ancaman alaf baru yang lebih moden dan mencabar. Setelah komunis meletak senjata, kini semangat komunisme itu bangkit kembali melalui “senjata baru” yang begitu mengakali minda…

komunis

Mungkin menyedari kaum yang berasal dari Tanah Besar China telah menguasi ekonomi di Tanah Melayu ini, maka mereka mahu bergerak selangkah lagi dengan menguasai politiknya pula. Dengan menguasai dua bidang utama ini, mereka percaya, merekalah “tuan baru” di Tanah Melayu ini.

Buat masa ini, mereka sedar bahawa tidak mungkin dapat menguasai Malaysia sepenuhnya berdasarkan populasi Melayu yang lebih ramai. Mengejar jumlah majoriti Melayu itu, “cha ya nun alif” giat membangkitkan propaganda melalui rangkaian media sosial, khususnya melalui Red Bean Army (RBA).

Meskipun “kantoi” dengan misi-misi fitnah mereka, golongan yang dipercayai ditaja oleh “tauke-tauke” dan mendokong parti DAP terus aktif sehingga kini. Kalau ditanya pada DAP, takkanlah mereka begitu bodoh untuk mengaku kenal dengan RBA, bukan?

Bergerak bersama spesis “Si Kitul” dan “Raja Mendaliar” moden di zaman ini, mereka begitu konsisten mengejar kuasa politik di Malaysia. Mereka tahu mereka tak payah jadi Perdana Menteri, cukuplah sekadar mempunyai Perdana Menteri yang boleh “dibonekakan” nanti…

Malangnya, kelicikan mereka-mereka yang “berdarah komunis” itu cukup sukar dibendung. Macam-macam taktik yang mereka rancang dan laksanakan. Tidak cukup menghasut dan memecah belah keharmonian kaum di Malaysia, mereka hina pula Islam dan bangsa Melayu.

ucapan buka pose alvin

Bila orang Melayu dan anggota keselamatan bertindak, mereka tersengih dengan muka “kerang busuk” meminta maaf atas “ketelanjuran” yang entah berkali-kali mereka lakukan. Dan kemudian, begitu senanglah jua kita bangsa Melayu Muslim memaafkan mereka…

Kita memang terkenal dengan sifat tolak ansur dan kaya budi pekerti. Namun sifat itu ada batasnya, bukan? Dan batas kesabaran itulah yang sedang kita “jaga” dan “pelihara” supaya ia tidak bertukar menjadi satu sifat yang dikenali sebagai “amuk”. Jika itu berlaku, buruk padahnya, bukan?

Persoalannya, terdayakah para pahlawan kita mengekang “penjajahan alaf baru” itu sedang mereka dibatasi kuasa yang terbatas dan tertakluk pada sedikit kuasa yang diberi? Dipukul sedikit dengan cota, maka anggota keselamatan itu akan diheret ke depan hakim. Wajarkah begitu?

Reputasi para pahlawan kita hari ini cukup buruk di mata rakyat. Tahniah pada “si mata sepet” dan “si kitul” yang berjaya merosakkan imej para pahlawan kita. Namun sedarkah kita dengan “permainan licik” para pengkhianat Tanah Melayu itu?

tugu

Para pahlawan kita manusia biasa. Mereka punya kelebihan dan punya kelemahan. Sebagai warganegara anak bangsa pribumi Melayu, saya menggesa supaya kita kembalikan maruah para pahlawan ke tahap yang sewajar mungkin.

Ingatlah, pada nama mereka wujud perkataan “DiRaja” yang merujuk pada “payung negara”, DYMM Yang DiPertuan Agong. Hormat pada mereka dan menjadi warga yang menghargai para pahlawan juga bererti kita mendaulatkan Institusi DiRaja di Tanah Melayu ini.

022

Apapun yang berlaku, kita pastikan bumi berdaulat ini kekal milik Melayu sebagaimana asal namanya Tanah Melayu. Pada semua pahlawan beruniform di seluruh tanahair, saya ucapkan sekali lagi, selamat Hari Pahlawan. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasa kalian…

Ingatlah, kami sentiasa berada bersama kalian dalam apa jua keadaan yang kalian hadapi, insyaAllah…

 

18 thoughts on “Surat Terbuka Pada Seluruh Perwira Sempena Hari Pahlawan

  • July 31, 2013 at 11:17 AM
    Permalink

    Kenapa kita mesti membiarkan komunis menjajah pemikiran dan tanah air kita????….kenapa kita tidak bersama2 menjajah pemikiran dan ideologi mereka pula…kita lebih ramai…kita boleh bersama2 berusaha mendakwahkan sedikit demi sedikit golongan caya nun alif ini…hasil yg kita akan dapat mungkin bukan esok lusa…tapi mungkin 20 tahun lagi….aku tetap berharap agar kerajaan dapat memikirkan satu formula penjajahan minda yg baru….yg mana tujuan utamanya adalah untuk mengislamkan semua rakyat di Malaysia ini..memang ia tidak mudah…tapi rasulullah telahpun memberi contoh….kerajaan dan agamawan perlu duduk semeja dan memikirkan cara..ia tidak perlu berlaku esok…tetapi perancangan perlu ada…..kita tidak perlu lakukan secara drastik…tetapi setiap individu muslim perlu diasuh untuk menjadi da’i bermula dari zaman kanak2 lagi….dan cara untuk berdakwah yg paling berkesan adalah melalui tauladan….sebb itu….aku menyeru sekalian umat Islam supaya berusaha memperbaiki diri dan keluarga…berusaha mencari jalan lurus…dan berusaha memperbaiki akhlak dan cara hidup masing2..agar invididu2 yg mantap ini dapat membentuk satu komuniti yang mantap…seterusnya rakyat yg mantap…dan peralihan ini kita perlu mulakan sekarang…tidak esok…tidak lusa…dan semua rakyat Islam perlu bersatu menjadikannya realiti…kita tidak boleh lagi membiarkan tanggungjawab ini hanya dipikul oleh kerajaan dan pemimpin…kita juga tidak perlu menunggu hudud dilaksanakan untuk memulakan proses transformasi penjajahan minda dan juga soul searching ini….di setiap jabatan dan agensi…perlu kita rancakkan program2 kerohanian…dan kerajaan perlu pilih orang2 yg diyakini…nama2 seperti Ustaz Ridhuan Tee…Shaikh Hussain Yee contohnya…dan lain2 yg merupakan golongan agamawan pertengahan (does not take side)…perlu diserap untuk menyiapkan modul2 dakwah tersebut kerana kita tidak mahu ianya dicemari golongan pelampau seperti agamawan PAS (yg berdakwah kerana parti…bukan kerana Allah)…dan golongan sesat seperti Syiah dan lain2….dan media2 perlu mengasak minda2 orang Islam dengan modul2..slogan2 ini sehingga tertanam kemas dalam kepala otak masing2…kita jadikan Islam ini sesuatu yg gah….kita jadikan hijrah dan Islam ini seolah2 satu trend terkini…yg kelihatan paling gah….dan sesiapa yg tidak berhijrah akan kelihatan seperti ketinggalan zaman …(ibaratnyalaa…kerana manusia secara amnya ramai yg jenis mengikut persekitaran…jadi permulaan biarkan sahaja mereka mengikut dahulu….)….filem2 barat dan iklan2 yg terlalu kebaratan perlu di ban…supaya minda anak2 muda kita tidak corrupted….kita tidak perlu takut kerana tidak mendapat apa2 pelajaran dan budaya dari Barat…kerana terbukti pada zaman Melaka dahulu….orang Barat yg datang ke tempat kita….dan belajar bahasa kita…ya benar…apa yg saya sebut ini kelihatan retorik dan susah nak jangkau….tapi tiada apa yg mustahil jika kita melakukannya bersama2….and… it should start from within….dalam tiap individu…fikir2 kanlah….

    Reply
    • July 31, 2013 at 11:36 AM
      Permalink

      Bayangkan jika seorang muslim di Malaysia ini berjaya mengislamkan seorang non muslim…seorang pun cukuplah….dan jika tiap seorang dari kita mencuba sekurang kurangnya mengislamkan seorang dari jiran kita…alangkah indahnya hidup ini….dan apabila berdiri di depan cermin …tuan dan puan tanya diri sendiri…apakah yg anda telah lakukan untuk Islam di dunia ini??? pernahkah anda menyampaikan walau pun satu ayat kepada keluarga anda? jiran anda? atau rakan sekerja anda? apakah kita telah serve our purpose ketika hidup di dunia ini??…kita perlu buang mentaliti…bangun pagi…pergi kerja..balik kerja…dapat duit… buat perancangan bercuti dan hanya perancangan individu…..salah satu cara paling simple yg jabatan dan syarikat persendirian boleh lakukan ialah…instead of buat lawatan hujung tahun untuk staff…duit yg terkumpul itu digunakan untuk membeli makanan atau keperluan seperti pakaian dan Al Quran terjemahan….bila hujung tahun (buat secara rotation)..bawa dalam 5-6 orang staff melawat pusat gelandangan atau anak yatim non muslim dan sedekah kan kepada mereka…bila sudah buat selalu dan ada rapport dengan penyelia2 mereka…kerja akan lebih mudah…dan barulah boleh masuk jarum….(ini contoh sahaja…masing2 boleh kreatif dan fikir cara sendiri) kita kena ubah cara dan menjadi manusia yg Allah ciptakan to serve Him….to be khalifah…each and every one of us…kita perlu hantuk minda kita dan pikul tanggungjawab ini….kita perlu faham…ini bukan tugas agamawan sahaja…tapi ini adalah tugas semua insan yg percayakan hari kiamat…..wallahualam….semoga kita semua sentiasa diberi hidayah dan petunjuk dari Nya….amin ya rabbal alamiiin…..

      Reply
      • July 31, 2013 at 1:32 PM
        Permalink

        Saranan yang baik HAR…kebanyakan syarikat persendirian ni lebih utamakan prestij dunia…majlis berbuka puasa bersama kakitangan dengan harga buffet RM 120.00 tu kira tak ada hal..staff bangga..ada ibu-ibu yang pergi ke majlis tu dan tinggalkan anak-anak dan suami berbuka puasa sendirian di rumah…itu tak ada hal, prestij mau ada…maghrib pun terlepas.

        Yup…saranan yang baik HAR.

        Reply
        • July 31, 2013 at 5:07 PM
          Permalink

          Pemimpin PAS ka yg rajin pi buffet mahal2 tu..??

          Reply
          • July 31, 2013 at 5:22 PM
            Permalink

            Ntah aku tak pernah la nampak nik ajis makan buffet Ramadhan…yang aku pernah nampak pemimpin PAS dok kira duit tabung jihad di dalam van…tu aku pernah nampak !!

            satu untuk kau, dua untuk aku, dua untuk kau, empat untuk aku…hehe

          • July 31, 2013 at 5:43 PM
            Permalink

            Buffet mahal2???

            Ai, kalau org tu mampu, biarlah depa makan buffet mahal2

            Hang dah lapar ka cerita pasal berbuka ni????

          • July 31, 2013 at 11:11 PM
            Permalink

            taklaa nik ajis cuma pergi haji naik kapalterbang 1st class jee , itupun bukan duit dia .. zuhud tuuu

  • July 31, 2013 at 12:19 PM
    Permalink

    Selamat hari pahlawan kepada semua pahlawan dan bekas bekas pahlawan .Biarlah hidup kita berjasa agar anak cucu kita merasa .

    Reply
    • July 31, 2013 at 5:06 PM
      Permalink

      Macam mana nak rasa..Malays rserve hilang, tinggal sikit, projek semua sapu, lepas tu Ali baba….

      Reply
  • July 31, 2013 at 1:38 PM
    Permalink

    selamat hari pahlawan kepada semua pahlawan negara termasuk bomba, pihak hospital dll yg turut terlibat.

    Reply
  • July 31, 2013 at 1:53 PM
    Permalink

    Selamat Hari Pahlawan kepada semua anggota tentera samaada di darat, laut dan udara.

    Teruskan usaha mempertahankan negara kita. Pengorbananmu disanjungi sepanjang zaman.

    Reply
  • July 31, 2013 at 1:54 PM
    Permalink

    INILAH BARISAN KITA
    YANG IKLAS BERJUANG,
    SIAP SEDIA BERKORBAN
    UNTUK IBU PERTIWI
    SEBELUM KITA BERJAYA
    JANGAN HARAP KAMI PULANG
    INILAH SUMPAH PENDEKAR KITA
    MENUJU MEDAN BAKTI

    Semuga Allah pelihara perwira kita walau dimana anda berada. ALLAH ‘AKBAR

    Reply
  • July 31, 2013 at 4:09 PM
    Permalink

    hargailah jasa dan pengorbanan anggota keselamatan kita…jangan jadikan mereka seperti anjing dan lembu …yang dihina dan diperlekehkan kerana politik…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.