Siapa Menang Pun, Majoritinya Kurang di DUN Kuala Besut

Pertandingan antara PAS dan UMNO di Kuala Besut sudah semakin hampir ke penghujung. Biarpun pengundian belum dijalankan, bahkan pengiraan undi juga masih belum bermula, namun rata-rata, ramai yang sudah dapat menjangkakan apakah keputusan kepada pengundian esok.

Semuanya berdasarkan kepada perkembangan dan senario semasa di Kuala Besut.

PAS memang kelihatan cuba bangkit pada saat-saat terakhir dengan kempen lebih agresif dan cywar yang akhirnya dilihat sekadar menambahkan lagi sengsara tukang kempen mereka sendiri untuk menjawab terutama apabila SMS-SMS dari puak PAS sendiri didedahkan.

Secara tidak langsung, PAS di PRK Kuala Besut kelihatan langsung tidak bermaya dan langsung tidak bersedia sekalipun membariskan ramai pahlawan dan panglima mereka untuk menarik minat.

Cuma sayangnya, sambutan yang begitu dingin, membuatkan Mat Sabu, Mahfuz Omar, Nizar Jamaluddin dan Idris Ahmad, kelihatan tidak ubah seperti penjual ubat kuat yang menjaja ubatnya di tengah hujan lebat!

Poster-poster yang dipasang dan dinaikkan oleh puak PAS, terutama dalam usaha untuk memburuk-burukkan UMNO dan Barisan Nasional, juga sekadar memburukkan lagi imej PAS pada pandangan penduduk setempat. Kehadiran pelajar-pelajar universiti terutama mahasiswi dari Universiti Islam Antarabangsa, dilihat tidak banyak membantu memandangkan lokasi dan modus operandi mereka terdedah kepada pihak lawan.

Cerita-cerita tentang apa yang berlaku di Kuala Besut sepanjang tempoh berkempen hampir sama sahaja di mana-mana pilihanraya kecil apabila membabitkan pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Biarpun mungkin DAP mengambil sikap pasif ekoran pengundi Cina hanyalah berjumlah 148 orang manakala India pula hanyalah 4 orang, sekaligus menjadi faktor utama mengapa kempen dan ceramah tidak begitu hangat, namun apabila membabitkan PAS, kehangatannya sepatut berlaku.

Ini adalah kerana PAS terlalu gemar menggunakan agama Islam untuk mendapatkan pengaruh serta kepercayaan daripada para pengundi di Kuala Besut yang rata-rata berbangsa Melayu dan beragama Islam.  Namun dalam beberapa insiden yang dicetuskan oleh PAS sendiri, terutama usaha mereka menutup mulut calon serta kaedah merasuah pengundi yang berusia 21 tahun ke atas dengan petrol untuk motosikal secara percuma pada saat-saat akhir, telah membuatkan PAS menjadi sasaran dengan tanggapan yang tidak baik, terutama sekali dari kalangan penyokong mereka sendiri.

Pagi nanti, semua itu sudah tidak penting lagi. Sebaliknya yang akan diambil kira adalah jumlah pengundi yang akan beratur untuk membuang undi di semua pusat pengundian di seluruh DUN Kuala Besut.

Ramai yang menyatakan bahawa jumlah pengundi yang membuang undi akan menurun secara drastik berbanding pada 5 Mei lalu. Ini adalah kerana, selain daripada proses pengundian dijalankan pada hari bekerja, singkatnya masa selain jarak perjalanan yang akan diambil oleh pengundi-pengundi yang tinggal di luar kawasan terutama sekali dari Kuala Lumpur, pastinya akan menyebabkan jumlah yang akan hadir nanti, lebih kecil berbanding PRU lalu.

Justeru, daripada jumlah tersebut, berapa pula majoriti yang akan diperolehi oleh calon yang menang dari kedua-dua belah pihak? Apa signifikan daripada jumlah majoriti yang rendah dan apa pula kelebihannya kepada sesiapa sahaja yang dipilih daripada dua orang itu dalam menjalankan tugas selaku wakil rakyat.

Apa juga kemungkinan yang berlaku, kita nantinya akan mendengar pelbagai alasan dan analisa selepas PRK DUN Kuala Besut. Dan yang paling menyeronokkan nanti, tentu sekali kita akan mendengar pelbagai tuduhan yang akan dilemparkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya selain tuduhan melampau terhadap Barisan Nasional dan UMNO khususnya dari kalangan pemimpin dan pecacai Pakatan Rakyat!

Hero Tua

Cucu Tok Wan - The Flying Kick

28 thoughts on “Siapa Menang Pun, Majoritinya Kurang di DUN Kuala Besut

  • July 24, 2013 at 7:07 AM
    Permalink

    Atas faktor apa pun dan keputusan apa pun semuga Allah memberi kemenangan kpd BN, agar ajenda mempertabatkan agama, bangsa dan negara dapat diteruskan. Kemenangan PAS bererti kitidakstabilan kerana ‘anasir DAP dan PKR’ akan lebih mencucuk PAS yg tidak ada pendirian tegas yg akhirnya merugikan rakyat Terengganu secara keseluruhannya.

    Reply
  • July 24, 2013 at 8:26 AM
    Permalink

    Majoriti 1 undi pun menang jugak….

    Tapi kat Malaysi ni PR tetap kalah w/pun memang 51% undi majoriti.

    Reply
    • July 24, 2013 at 8:41 AM
      Permalink

      Hoi mooh!! Nak guna undi fofular lagi?? Tak malu ker? Hang memang sangat muke tebal , itu sebab kau post lagi menda nih.

      Majoriti 1undi atau setengah undi, menang tetap menang.
      Ini malaysia yer….eja betul2!!!!!

      Reply
      • July 24, 2013 at 10:08 AM
        Permalink

        Dah nama pun majoriti, mestilah yg paling popoular…

        Reply
        • July 24, 2013 at 10:12 AM
          Permalink

          Majoriti adalah popular Mooh????

          Nampak sgt Mooh asyik dok layan Akademi Fantasia ni…

          Reply
        • July 24, 2013 at 11:50 AM
          Permalink

          Popular tapi kalah nak buat apa moooo ??
          popular tapi dapat 89 kerusi, yang tak popular dapat 133 kerusi !!

          kira tak popular la tuuuu…hehe

          Reply
          • July 24, 2013 at 12:10 PM
            Permalink

            Mooh tak tahu kira…

            Dia kata dia penyokong PAS, apa yg diajar kat PASTI sampai Mooh jadi begini

            Hehehehe

        • July 24, 2013 at 8:54 PM
          Permalink

          Popular bukan bermakna berkualiti la Mooo…apa hang ingat PRU tu sama macam Akademi Fantasia ka dok kigha jumlah undian sms…sedang kan yang menang tu tak dak kualiti sebagai penyanyi. Sama la ngan undi popular walo pun PR dapat 51% tapi tak dok kualiti sebab gagai mengatasi jumlah kerusi BN 133 tu…PR cuma dapat 89 keghusi… makna nya tak dak kualiti la takat kuantiti jerr ..hampeh.

          Reply
    • July 24, 2013 at 9:17 AM
      Permalink

      Hahaha…

      Luka kalah berdarah lagi Mooh ni…

      Hehehe…

      Reply
    • July 24, 2013 at 9:56 AM
      Permalink

      Lama luka hang kali ni mooooo ?? hehe…kerja jahat tak kan ada berkat moooo.

      Reply
      • July 24, 2013 at 10:01 AM
        Permalink

        5 tahun luka Mooh pasal kalah PRU13

        Sedih2…

        Reply
    • July 24, 2013 at 9:59 AM
      Permalink

      hoi Mooo bodoh……bangang jugak kau ye…tak kan tak tahu memang dari dulu pilihanraya kat Malaysia ni berasaskan jumlah kerusi….apa ke jadah bangang kau ni….kau tanya si juboq kau tu….berapa kali dia menang kerusi Permatang Pauh ? dia tahu kan dulu dia TPM. jangan la nak membelit sana sini…buat alasan bangang macam2…..

      Reply
      • July 24, 2013 at 10:08 AM
        Permalink

        Itu ciptaan Pemimpin ameno waktu pegang 2/3 dulu jer…

        Reply
        • July 24, 2013 at 10:33 AM
          Permalink

          Lol…

          Westminster Parliamentary System ini ciptaan UMNO???

          WAKAKAAKAKAAKA

          Reply
          • July 24, 2013 at 11:41 AM
            Permalink

            hang sekolah sampai tingkatan berapa moooo ?? nak tanya sampai darjah berapa, aku rasa tak kena sangat.

          • July 24, 2013 at 11:46 AM
            Permalink

            Hehehe….

            Apalah Mooh ni….

            Meroyan tak bertempat

          • July 24, 2013 at 12:24 PM
            Permalink

            UMNO yg ambik, maksud setuju la tu…

          • July 24, 2013 at 12:30 PM
            Permalink

            Ciptaan dan ambil model adalah dua perkara yg berlainan.

            Kau betul ker dah habis belajar tgk youtube cara nak debate.

            Perkataan cipta dan ambil model sah2 mempunyai maksud yg lain..

            Hehehe…

          • July 24, 2013 at 12:36 PM
            Permalink

            Mooo… kerajaan selangor, P.Pinang, Kelantan menang dengan sistem sedia ada.
            kau iktiraf tak kemenangan tu?…

            sudah tentu kau iktiraf kan?..
            kalau PR menang kau iktiraf, BN menang kau pertikai… double standard sungguh..

    • July 24, 2013 at 12:00 PM
      Permalink

      memang PR kalah,tulah hakikatnya.Terimalah kekalahan tsb.

      Reply
    • July 24, 2013 at 12:33 PM
      Permalink

      tu la…dulu bodohkan orang bukan main lgi..
      skrg bende macam ni pun tak tau…

      aku rase nuar tau sistem ni… tapi dia saje taknak bgi tau untuk bodohkan macai demi kepentingan politik dia.

      Reply
    • July 24, 2013 at 8:45 PM
      Permalink

      Popular kepala tok hang Moooo….hang tak tau ka beghapa kerusi parlemen di menangi BN..? BN dapat 133 manakala UMNO meraih 88 kerusi.

      PAS,DAP & PKR dapat beghapa hah Mooo…? La ni kita dok kigha jumlah kerusi parlemen yang di menangi bukan jumlah pengundi mangkok..Tolong jawab …!!!

      Reply
  • July 24, 2013 at 9:53 AM
    Permalink

    Semoga calon UMNO/BN menang dalam PRK Kuala Besut.

    Reply
  • July 24, 2013 at 12:02 PM
    Permalink

    peringatan sekali lagi kepada pengundi Kuala Besut, ‘che long’ akan menggajikan org lain utk menjadi wakil rakyat sekiranya dia menang…nanti org yg dia gajikan serupa macam dia kena cakap tipu juga seperti dlm video dibawah….

    Reply
    • July 24, 2013 at 1:44 PM
      Permalink

      sedih tengok Che Long ni….. ini adalah bakal adun. kalaulah macai biasa macam mooo, bujuk, Tony tak guna, agaknya mcm mana bila berhadapan dgn kamera dan paling penting ialah disuruh bercakap benda yang benar…. agaknya terberak dlm seluar…. Kalau nak pusing cakap dlm blog mamang lah boleh…

      Reply
  • July 24, 2013 at 2:15 PM
    Permalink

    apa pun petugas BN kena kerja keras pastikan pengundi BN keluar mengundi.masih ada masa

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.