PRK Kuala Besut: Kepentingan Pengundi Luar Kawasan

Secara keseluruhannya DUN Kuala Besut mempunyai seramai 17,679 pengundi dengan 93.33 peratus adalah pengundi biasa sementara 6.67 peratus lagi ialah pengundi awal dan pengundi pos.

Daripada jumlah 17,679 orang itu, dianggarkan lebih 3,000 orang adalah pengundi yang berada di luar kawasan maksudnya tidak berada di Kuala Besut, mungkin ada di sekitar daerah lain di Terengganu atau pun di negeri-negeri lain.

Dikira dari jumlah peratusan, angka 17% dari keseluruhan pengundi mungkin dilihat kecil tapi dalam konteks PRK DUN Kuala Besut ia memainkan peranan penting dan amat signifikan yang boleh menentukan siapa pemenangnya.

Pada PRU-13 yang lalu dianggarkan hampir 2,000 orang pengundi luar ini telah balik untuk menunaikan tanggungjawab memilih calon mereka dan mengikut kajian kasar kira-kira 1,600 orang daripadanya dipercayai telah mengundi BN.

Jika angka di atas betul bermakna sebahagian besar majoriti kemenangan BN yang berjumlah 2,434 dulu turut disumbangkan oleh pengundi luar dan salah satu faktor kekalahan PAS juga disebabkan golongan tersebut.

Di Kelantan, faktor pengundi luar jugalah yang menyebabkan BN gagal menawan kembali negeri itu meskipun anggaran pengundi luar yang menyokong BN menunjukkan peningkatan.

Menyedari hakikat itulah maka Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRK DUN Kuala Besut iaitu Datuk Seri Idris Jusoh telah menyatakan komitmennya untuk mengesan seterusnya membawa balik golongan ini supaya mengundi BN kelak.

Untuk BN mencapai kemenangan yang memberangsangkan amat penting diusahakan segala cara yang ada untuk memastikan seramai mungkin pengundi luar pulang malah diharapkan biarlah melebihi angka 2,000 orang.

Bagaimana pun disebalik usaha dan harapan itu, ada halangannya seperti segelintir daripada mereka mungkin menghadapi masalah mendapatkan cuti kerana hari pengundian jatuh pada hari bekerja iaitu Rabu, 24 Julai 2013.

Apa pun dilihat pada latar belakang Datu Seri Idris Jusoh yang sememangnya terkenal sebagai pakar strategik termasuklah pernah membantu BN Kelantan merampas kembali DUN Galas pada 2010, penulis percaya jika kena gaya tiada masalah yang tidak dapat diatasi.

6 thoughts on “PRK Kuala Besut: Kepentingan Pengundi Luar Kawasan

  • July 22, 2013 at 8:39 AM
    Permalink

    Pengundi Trengganu adalah pengundi jenis ‘unpredictable’..pada PRU 12 para penganalisis politik meramalkan Trengganu akan jatuh kepada PR tetapi keputusan berlaku sebaliknya..begitu juga pada PRU13 para penganalisis tidak ambil pusing lagi kerana pasti 2/3 majoriti terus berpihak kepada BN tetapi keputusan menjadi 17/15..ini kali dlm PRK Kuala Besut sekali lagi keadaan ‘unpredictable’ akan berlaku utk menjadikan keputusan 16/16..pengundi luar Kuala Besut akan mengundi PAS untuk menjadikan keadaan lebih ‘unpredictable’ kerana seluruh negara terutama orang Trengganu sendiri mahu menyaksikan keadaan DUN Tergantung 16/16..apa punya bangang penulis diatas yang rendah akal politiknya..tak faham2 bahawa yg memajoritikan PAS dalam sebarang PRU/PRK adalah pengundi luar..

    Reply
    • July 22, 2013 at 9:16 AM
      Permalink

      tidak setuju pada pru 13 ahli serta jentera UMNO negeri sudah resah gelisah merasakan akan kedudukan getir berikutan pemilihan calon yang mewakili UMNO bukan calon winnable sebaliknya calon2 yang di tolak pengundi berikutan personaliti calon itu sendiri.

      semua ketahui pas bukan nya kuat di terengganu yang menyebabkan kedudukan 17-15 adalah faktor batang tubuh calon UMNO, pengundi terengganu tidak tersentuh dengan isu peringkat nasional mereka lebih memandang kepada isu tempatan serta batang tubuh calon.

      pru 12 kita sudah menjangkakan akan menang berikutan program yang di laksanakan oleh ds idris sebagai mb telah diterima oleh rakyat kekurangan kerusi berbanding pada pru 11 juga adalah kerana faktor batang tubuh calon.

      pru 11 UMNO merampas serta membakulkan sampahkan pas dengan gerakan gelombang biru bersama tema ‘Serik Doh Weh’ serta faktor calon yang di ketengahkan kebanyakan nya adalah muka2 baru bukan muka2 yang di tolak pengundi pada pada pru 10.

      setuju bahawa majoriti pengundi luar terengganu balik menggundi pembangkang mungkin yang di maksudkan penulis penggundi yang berada di luar kawasan tapi masih didalam negeri terengganu kalau yang itu majoriti nya menyokong UMNO.

      Reply
    • July 22, 2013 at 11:15 AM
      Permalink

      Pengundi luar yg duduk di bandar dan mengundi di kawasan luar bandar majoritinya penyokong pembangkang.

      Semoga usaha UMNO untuk menarik undi2 pengundi luar untuk mengundi BN berjaya bukan sahaja dalam PRK ni, tapi juga dalam pilihanraya akan dating.

      Reply
  • July 22, 2013 at 11:49 AM
    Permalink

    Begitu bijak sekali kempen PAS di PRK Kuala Besut hanya dengan logo 16/16 Trengganu Maju..ini yg pengundi2 muda terpegun dgn idea yg kreatif dan mudah difahami..memang benarlah PR mampu berjalan seiring dengan kehendak2 semasa yg menjadi pilihan pengundi2 muda..

    UMNO dgn cara lamanya..janji bermacam2 projek jutaliun yg dijanjikan TPM walhal sebelum ini pengundi disitu hidup dlm keadaan dhaif kais pagi makan pagi sepertimana yg terdapat ditempat2 lain yg tidak berlakunya PRK..kelihatanlah calun melawat orang sakit tenat dan menghulurkan bantuan kononnya bersimpati walhal sebelum ini tiada siapa pun memperdulikannya..kempen cara lama ini telah menjadi cemuhan dan bahan ketawa penonton2 TV seluruh negara..memang kempen UMNO/BN masih dgn stail lapuk, tak kreatif, jumud, bahan ejekan penonton TV, cuba merasuah pengundi dan tidak membawa pengundi kehadapan..itulah sebabnya MCA, MIC, GERAKAN, SUPP, PPP sudah mula hilang kewujudannya..UMNO/BN akan menyusul pula..

    Reply
    • July 22, 2013 at 1:02 PM
      Permalink

      Saudara Alyabu,

      16:16 lah, bukan 16/16, which is equal to one.

      Hehehe…

      Kepada para pengundi di PRK Kuala Besut, undilah parti yg senantiasa berkhidmat kpd rakyat, aka UMNO/BN.

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.