PRK DUN Kuala Besut: Puak PAS Berani Mengundi Dua Kali?

Sebenarnya saya sudah bosan untuk mengulas mengenai desakan segelintir “orang kurang upaya berfikir” yang mempersoalkan tentang ciri-ciri dan penggunaan dakwat kekal di dalam sistem pilihanraya di Malaysia.

Bukan apa. Dari dulu lagi kita sudah berulang-ulang kali menyatakan bahawa penggunaan dakwat kekal itu tidak perlu dilaksanakan dan menegaskan bahawa sistem biometrik lebih relevan untuk diperkenalkan SPR, puak-puak ini tidak setuju.

Mereka tetap berdegil dan mahu dakwat kekal digunakan. Dan apabila kemahuan mereka itu dituruti SPR, macam-macam pula “bunyi” yang keluar dari mulut busuk mereka. Kononnya dakwat itu tidak kekal dan membolehkan mereka mengundi dua kali pada PRU ke-13 yang lalu.

Malah untuk merosakkan reputasi SPR dan Kerajaan BN, puak pembangkang menjulang cerita kononnya seorang pemuda telah hampir-hampir berjaya mengundi untuk kali kedua. Peliknya, sehingga kini pemuda itu “ghaib” hilang entah ke mana…

Sebagaimana maklum, PAS sedang hangat berkempen di PRK DUN Kuala Besut, Terengganu. Malangnya, masih ada lagi “bunyi sumbang” yang mempertikaikan peranan dakwat kekal. Malah Rafizi Ramli “gatal mulut” menimbulkan isu dakwat kekal.

Kita tahu dakwat kekal memang kurang efektif. Dari dulu lagi saya sudah katakan, dakwat kekal tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia berbanding sistem biometrik. Tapi memandangkan SPR masih mahu melayan kehendak bodoh puak pembangkang, maka saya tidak mampu berbuat apa-apa.

Namun sekiranya puak pembangkang mahu “menguji” sistem ketelusan di dalam pilihanraya, maka medan PRK DUN Kuala Besut sangat sesuai untuk diuji…

Semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mencabar puak-puak pembangkang supaya cuba mengundi sebanyak dua kali di PRK DUN Kuala Besut. Dia suruh basuh dakwat kekal di jari pengundi dan cuba masuk ke pusat mengundi untuk mengundi sekali lagi.

Nah! Bagaimana? Sanggup puak-puak pembangkang itu sahut cabaran Wan Ahmad? Cubalah kalau lepas masuk! Selepas itu kita tengok siapa yang kena…

Suka saya ingatkan pada puak pembangkang, jika mereka berjaya membuktikan dengan telus bahawa ada mana-mana pengundi yang berjaya mengundi dua kali, saya sendiri akan mendesak supaya Pengerusi, Timbalannya dan seluruh kakitangannya meletak jawatan serta merta.

Namun sekiranya tidak ada sebarang bukti yang kukuh dan dakwaan mereka gagal dibuktikan pada PRK DUN Kuala Besut ini, maka seeloknya penggunaan dakwat kekal dimansuhkan serta merta dan pemimpin pembangkang yang bersuara mengenainya perlu meletak jawatan segera, berani?

Hakikat sebenar yang perlu kita tahu bahawa tiada sebarang manipulasi, penyelewengan atau ketidakadilan berlaku di sepanjang proses pengundian selama ini. Sistem pilihanraya di Malaysia sebenarnya bersih dan berkreadibiliti.

Dakwaan pembangkang terhadap SPR dan Kerajaan BN tentang manipulasi sistem pilihanraya sebelum ini hanyalah salah satu propaganda jijik yang sengaja diada-adakan bagi memburuk-burukkan musuh politik mereka di mata rakyat.

Paling utama, serangan terhadap SPR dan Kerajaan BN itu hanyalah untuk menutup aib mereka yang sudah berkali-kali kalah dan ditolak rakyat pada setiap pilihanraya. Memang itu perangai pembangkang di Malaysia. Buruk benar perangai begitu, bukan?

Percayalah, puak-puak pembangkang itu tidak akan berani menyahut cabaran Wan Ahmad pada PRK DUN Kuala Besut. Kalau mereka uji sekali pun, saya yakin mereka akan “kantoi” dan akan lebih teruk dimalukan di khalayak rakyat Malaysia. Kalau tidak percaya, nantikanlah 24 Julai ini…

3 thoughts on “PRK DUN Kuala Besut: Puak PAS Berani Mengundi Dua Kali?

  • July 22, 2013 at 12:14 PM
    Permalink

    Nak hairan apa kalau ada puak Pas ni berusaha dan mencuba undi 2 dan 3 x pun. Itulah jihad dari ajaran sesat mereka iaitu melakukan kesalahan untuk tunjukkan kesalahan, dan itulah ajaran sesat namanya. Memang aku tak hairan akan berlaku…

    Reply
  • July 23, 2013 at 9:52 AM
    Permalink

    masa nak keluarkan duit dari bank, ambil cap jari apa. kenapa spr tak ambil aje cap jari, jika takut sangat sistem biometrik perlu mengeluarkan bajet. proses piliharaya, peringkat pertama semak nama,terus cap jari. peringkat kedua sebelum pangkah ambil cap jari lagi. jadi bandingkan dua cap jari. cap jarikan senang nak kesan orangnya, tapi kena kerja lebih sikit lah. Nak bawa kemahkmah pun boleh, sebab ada hitam putih. Alah, dia orang tahu kerja ni, tapi mesti ada udang sebalik mee ni.

    Reply
    • July 23, 2013 at 10:51 AM
      Permalink

      Aku lebih rela SPR keluar duit buat system biometric drpd dakwat hitam ni.

      Dakwat hitam ni idea pembangkang, hairan aku kerajaan Malaysia boleh ikut kata2 mereka.

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.