Petisyen Pilihanraya: Kenapa Anwar Meroyan Sakan?

Setelah gagal ‘membatalkan’ keputusan PRU-13 melalui demonstrasi jalanan, Anwar bagaikan kehilangan arah untuk mengatur langkah seterusnya. Akhirnya Anwar kelihatan terpaksa mengaku kalah dan menerima kemenangan Barisan Nasional. Apatah lagi setelah beliau sendiri mengangkat sumpah sedangkan balaci-balacinya terus mengharapkan yang beliau menggerakkan pemberontakan besar-besaran. Apa yang berlaku ini benar-benar membuat Anwar terdiam seketika.

Bagi memastikan namanya tidak terus tenggelam, Anwar mengharapkan agar petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon-calon PR akan memberi beliau sedikit publisiti. Ini kerana, Anwar sendiri sedia maklum bahawa petisyen yang dikemukakan tidak berasas dan pasti akan ditolak.

Dan penolakan itu akan dijadikan ‘peluru’ baru untuk menghentam kerajaan, mahkamah dan apa saja yang boleh dihentamnya. Inilah yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar sedang membawa watak Ketua Pembangkang yang meroyan sakan kerana petisyen PRU-13 yang difailkan oleh calon PR ditolak.

Kos petisyen yang tinggi membantu Anwar melakonkan babak meroyan dengan lebih berkesan. Malah, lebih baik lagi bagi Anwar, ia memberikan alasan pula kepada partinya untuk mengutip derma. Pada 28 Jun lepas, Anwar telah pun mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi tujuan itu. Kos keseluruhan yang dianggarkan ialah RM1.5 juta.

Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang – Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Abdul Halim dan Muhammad Baktiar yang kalah kepada calon BN dalam PRU yang lalu diperintahkan membayar kos kepada lawan mereka, pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM30,000.

Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi diperintahkan membayar RM40,000 kepada SPR dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.

Dalam skrip meroyan Anwar, beliau menuduh keputusan hakim sebagai tidak betul dan tidak masuk akal kerana bersandarkan alasan teknikal.

Nampaknya, Anwar lupa bahawa selama ini beliau sendiri telah beberapa kali terlepas dari dakwaan liwat atas alasan teknikal juga. Lebih dahsyat, dalam kes-kes liwatnya, segala bukti dan saksi ‘menuding’ kepada dirinya sedangkan di dalam petisyen PRU yang difailkan, satu bukti atau saksi pun tidak ada.

Oleh itu, jika Anwar menolak penghakiman yang dibuat atas alasan teknikal, maka Anwar wajib mengambil sikap yang sama dalam kes-kes liwatnya.

Walaubagaimanapun, kita faham, orang yang meroyan tentu tidak dapat berfikir dengan baik. Sebagai aktor tersohor, Anwar tahu yang beliau tidak perlu berhujah dengan fakta tetapi cukup dengan memainkan babak meroyan ini sebaik mungkin supaya penyokongnya terlupa akan fakta tetapi menumpukan sepenuhnya kepada dirinya.

Kesimpulannya, Anwar hidup atas publisiti, tanpa publisiti matilah dia. Sesungguhnya, petisyen PRU dan lakonan meroyan Anwar hanyalah untuk publisiti, tidak lebih dari itu. RM1.5 juta, bukan masalah baginya. Makan malam mengumpul dana hanyalah penyamaran bagi menjustifikasi sumber kewangan partinya, dan mungkin juga dirinya.

Beruang Biru

33 thoughts on “Petisyen Pilihanraya: Kenapa Anwar Meroyan Sakan?

  • July 31, 2013 at 9:18 PM
    Permalink

    Awat dia tak meroyan entah2 PM Bodoh kita dah janji kat Anwar kalau Anwar boleh dapat lebih pada 50% popular vote Ah Jib Gor as a gentleman dia akan serah kan kerajaan ni kot? Mesti Jusuf Kalla tahu pasai cerita ni!!!

    Reply
    • August 1, 2013 at 8:10 AM
      Permalink

      alfie, nama kau pun dah nama CINA nak jadi orang putih.. tak perlulah kau sebut nama PM Malaysia tu dgn sebutan Cina, kau pertahan teruslah Lim Kit Siang..jangan nak menyamar. Agaknya kau belum bertembong dgn GERAK GEMPUR PEMUDA UMNO..dia orang tu berani mati punya olang, pantang nenek moyang nama PM dibuat main..

      Reply
      • August 1, 2013 at 10:16 AM
        Permalink

        alfie ni mmg red bean army..pasal tu asik nk salah kn PM je,,dari mula aku masuk sini,komen dia ni asik nk salah kn najib je,, aku rasa dia terlalu byk mkn bak kut teh tu pasal komen nk hentam PM je,,,

        Reply
  • July 31, 2013 at 9:46 PM
    Permalink

    betul najib patut berundur!

    Reply
    • July 31, 2013 at 11:09 PM
      Permalink

      anwar yang berjanji nak berundur sebelum ni tony DAPigs oiiii

      Reply
    • July 31, 2013 at 11:35 PM
      Permalink

      Ia ke toni ??? hang pi la berdoa kat tokong hang supaya najib berundur.

      Reply
      • August 1, 2013 at 8:27 AM
        Permalink

        Hehehe…

        Tony, kau jangan lupa bawak buah limau sekali

        Reply
    • August 1, 2013 at 8:28 AM
      Permalink

      Toni, lu tak payah buka mulut suruh org lain undur, you suruh LKS dan kapal sing berundur….mereka sudah tua dah…dah nak nyanyuk dah pun…sama dgn nyanyuk anuwar brhaim juga, semua nak tunggu penyakit tua , ambil nyawa saje.

      Reply
  • July 31, 2013 at 10:14 PM
    Permalink

    Kalau Ah Jib Gor berundur pun peliwat Anwar pun tak layak jadi PM!

    Reply
  • July 31, 2013 at 10:23 PM
    Permalink

    anwar ibrahim….bile laa dia ni nak blah…abes huru hara malaysia nih dibuatnye….

    Reply
  • July 31, 2013 at 10:58 PM
    Permalink

    Kalo Najib mau berundoq dah sah Mahyudin Yasin akan jadi PM….baghu la ada umphhh rakyat melayu/pribumi terbela di samping hakm hka rakyat bukan bumi jugak terpelihara sama….

    Reply
    • August 1, 2013 at 3:33 PM
      Permalink

      Ntah kenapa aku rasa macam tak yakin jer kalau Mahyudin naik pun melayu terbela…kalau nak ikutkan… berapa ramai staf kerajaan melayu yg buat taik (makan suap)….pergi cek satu2 IPD…majlis bandaran…imigresen dan lain2……kalau aku cerita kat sini pun hanya buka pekung orang melayu buat apa…selagi ada yg beri dan ambil rasuah…jgn mimpi rakyat akan terpelihara…walaupun kerajaan BN tak sempurna…tapi apapun aku yakin kalau PR memerintah keadaan lebih teruk busuk tahi nya …mereka ni lagi hebat makan dan beri rasuah..sebb dalam PR ada DAP…dan DAP ni memang suku sakat genster di malaya ni…. jika mereka merompak di siang hari pun tak dak sapa berani nak amik pot….. Pokoknya…sapa pun yg naik…kalau melayu masih nak menghentam satu sama lain….dan masih lagi tak mahu berganding bahu dan bersatu….sama aja sapa yg naik pun….aku tak rasa Najib tu bodoh sangat….DS Najib berada dalam era yg paling sukar…..buat salah…tak buat pun salah….jadi aku tetap rasakan…bukan pemimpin yg perlu ditukar…tapi cara kerajaan memerintah yg perlu ditukar…..dan kita memang tidak ada pilihan…kita perlu muhasabah segala kesilapan dan kembali kepada ajaran Allah dan rasul…..wallahua’lam

      Reply
      • August 2, 2013 at 1:38 AM
        Permalink

        Betul tu…kekadang kesian jugak hamba kat Najib seperti yang tuan hamba HAR katakana..” buat salah, tak buat pun salah ” apa pun Najib harus lakukan perubahan, dan ianya perlu dalam kadar segera..urgent.

        Najib harus ada vision, set the goal,jangan peduli langau-langau pembangkang, sekarang ni Najib masih dok kat gear N, bergerak pun belum..injin kasi panas sikit, tapi tah bila nak jalan hamba pun tak tau…hehe

        Reply
      • August 2, 2013 at 2:36 AM
        Permalink

        Apa maksud tuan kembali kepada ajaran Allah dan rasul?
        Ambik Alquran dan hadis sebagai perlembagaan seperti PAS ke?
        Kalau camtu aku setuju dan sokong.. mungkin PAS dah tak relevan jika UMNO dah ambik Quran dan Hadis sebagai perlembagaan tertinggi umno.
        Masalahnya maukah parti sekular ni ikut Quran, kalau hudud pun d tentang sebaliknya pertahankan lordreid yg. tiada kaitan dengan melayu dan islam. Belum cerita bab rasuah, aurat, riba, pemimpin dan kepimpinan Islam. Pendekata dalam umno susah cari pemimpin yg. mendalami Islam.

        Reply
        • August 2, 2013 at 9:39 AM
          Permalink

          hahahahaha….sebuat nama Allah maka cai PAS kelam kabut nak ” sangkutkan ” sikit dengan PAS.

          Bila guan eng kata nama Allah swt harus digunakan pakai sebagai tuhan yang beranak pinak didalam gereja….cai PAS jugak kelam kabut, nak halal kan permintaan guan eng.

          Bujuk PAS adalah himpunan para munafikun dan bakal askar-askar dajjal. so tolonglah jangan libatkan Islam dengan PAS….amat berlawanan kedudukannya.

          Reply
          • August 2, 2013 at 12:40 PM
            Permalink

            Itu yg pernah aku posting dulu

            PAS berjaya menyakinkan org2 yg kurang faham agama Islam (contohnya Bujuk penjual kalimah Allah) yg PAS itu Islam, padahal kalau rujuk Al-Quran dan Hadis, semua tahu yg PAS bukan Islam.

          • August 2, 2013 at 4:51 PM
            Permalink

            meroyan bujuk nak sangkutkan PAS konon berlandaskan Al Quran dan Hadis !!! memalukan punya manusia !

            dulu Selangor under Bn , dan ada disko , kedai judi , kedai arak semuanya PAS jatuhkan murtad kepada UMNO

            Tapi bila PAS berjaya tawan Selangor .. lagi hebat , disko berlambak-lambak , kedai arak dan kedai judi satu pun tak kena tutup dan lebih hebat lagi pusat urut merata-rata sampai ke Shah Alam .

            Laungan Selangor Darul Maksiat yang dikata puak PAS lenyap macam tu sahaja bila duit dan kuasa didepan mata !!!

            Bujuk inilaa contoh munafikun PAS

          • August 2, 2013 at 5:18 PM
            Permalink

            Betul jugak kata2 bro gambus,

            Bila Selangor bawah BN, aku selalu dgr perkataan Selangor Darul Maksiat dari puak2 PAS

            La ni dah hilang pulak, apa Selangor bawah PAS (itupun tumpang PKR dan DAP) terus takder Darul Maksiat lagi ker???

        • August 2, 2013 at 12:31 PM
          Permalink

          Wahai Bujuk,

          Kau tak faham kata2 saudara raplahjingga

          PAS ambil Al-Quran dan Hadis sbg perlembagaan PAS? Jgn tipu Bujuk, kau pun sokong penggunaan kalimah Allah sbg ganti nama tuhan dalam Bible…

          http://www.mykmu.net/?p=33141#comment-180480

          Akidah tak betul, ada hati puak2 PAS cerita pasal PAS ambil Al-Quran dan Hadis sbg perlembagaan PAS.

          Hang mabuk ker Bujuk!!!

          Reply
        • August 2, 2013 at 4:45 PM
          Permalink

          cehh bujuk nak kaa perlembagaan PAS berlandaskan Al Quran dan Hadis ?? .. tak maluu kee kau bujuk , bulan Puasa nak buat lawak hina !!!

          Hudud PAS permainkan dan perhinakan sesuka hati demi kuasa politik …

          hukum hakam agama PAS permainkan dan tunggang langgang demi kuasa Politik

          PAS adalah Parti hina yang mempermainkan agama Islam

          kau nak sembang bab rasuah , riba dan aurat kee bujuk ??? hahahaha PAS mana ada rasuah sebab tok guru mereka sendiri suruh ambik …

          aurat ?? yang pemimpin PAS dan pemimpin PKR masuk video sebab berzina , memang cukup hebat PAS menjaga aurat .. tu belum masuk bagi ‘nasihat’ pukul 3 pagi dan ditangkap berzina atas keretapi !!! apa jadi pemimpin semua tu .. semuanya tak kena apa-apa malah ada yang siap boleh diampunkan dosa dan tetap disanjung oleh totok PAS

          Reply
  • July 31, 2013 at 11:54 PM
    Permalink

    aljub ni kalau kes yg sabitkan dia salah lain plak style dia.perqangai munafik.

    Reply
  • July 31, 2013 at 11:55 PM
    Permalink

    SEmua pembangkang hidup dibantu issue. Tanpa sebarang issue yang mereka boleh gemparkan, tenggelamlah mereka. Segala issue baik blackout, dakwat tak kekal, issue kapal selam akan pasti berangsor padam ditelan masa.

    Takkan rakyat asyik kena telan cerita fitnah, rekaan dan ciptaan semata. Kalau perlukan thrill, kita tonton filem fiction tak perlu dengar cerita pembangkang.

    Anwar bakal disumbat kembali ketempat lama dia selepas Shafee mengepalai kes itu dimahkamah rayuan tak lama lagi.

    IsyaAllah kita sama2 doakan sejahteraan Anwar menerus kehidupan dia didalam.

    Dia bakal keluar jadi seorang insan matang berumur 70an. Tapi kita jugak faham Anwar manusia yang tidak pernah sedar diri dan tak reti bersyukur. Pada umur 70an pun dia boleh buat onar juga walau sikit berbeza mungkin.

    Wallahualam.

    Reply
  • August 1, 2013 at 1:54 AM
    Permalink

    semakin hari anwar sendiri tidak merelevankan dirinya dalam keadaan semasa..lama kelamaan dia kan pupus dari kancah politik negara…

    pro PR yang dulu bersimpati kepadanya mula akan meninggalkan dia …sebab sudah bosan dengan permainan politiknya..hanya pro PR yang sukakan hiburan dalam ceramahnya akan menyukainya…

    Reply
  • August 1, 2013 at 8:20 AM
    Permalink

    Seperti kata lagu Sudirman,
    AKU, BUKANLAH SEORANG PERWIRA,
    PANDAI BERMAIN SENJATA,
    TAPI AKU RELA BERJUANG,
    DENGAN CARA SENDIRI
    DEMI CINTA INI…

    kau orang belasahlah PM, aku tetap pertahankan NAJIB.Ini sahajalah yg ada TERBAIK dari yg SEMUANYA YG ADA, TAK BERAPA BAIK!

    Reply
    • August 1, 2013 at 10:44 AM
      Permalink

      I love this song…

      Lagu Warisan dari Sudirman Hj Arshad

      Reply
    • August 1, 2013 at 12:09 PM
      Permalink

      Im with u la bro…berganding bahu kita bersatu..

      Reply
    • August 2, 2013 at 2:25 AM
      Permalink

      Najib terbaik yg. M’sia ada ke?
      Tapi kalau dalam umno… mungkin. Dengan segala kelemahan yg. jelas depan mata.. korang kata masih terbaikkkk, tak tau apa nak kata.
      Pada aku dalam UMNO yg. lebih bersih dan berkarisma mungkin KuLi, Shahir Samad, Tok Pa, Zahid dan KJ. Walaupun ada sikit2 kelemahan tapi tak la seketara Najib dan Muhyidin. Sepertinya Najib tak mampu kawal negara sekarang. Lemah sangat… tiada ketegasan dalam setiap keyataan beliau. Ucapan beliau seperti dskripkan oleh orang lain. Itu pandangan aku..

      Reply
      • August 2, 2013 at 9:45 AM
        Permalink

        Yup…Najib lebih baik dari anwar, malah jauh lebih baik dari nik ajis, or kit siang..tapi I am sure dalam UMNO ada lagi yang lebih baik drp Najib.

        Reply
      • August 2, 2013 at 11:43 AM
        Permalink

        Bujuk,

        Kriteria apa kau pakai ni nak menilai samadaa org ni bersih dan berkarisma….

        Cerita la sikit…

        Reply
        • August 2, 2013 at 4:56 PM
          Permalink

          bujuk mesti menilai berlandaskan media penipu harakah dan golongan anti Islam dan anti melayu kat Malaysiakini dan Malaysiainsider tu .

          Reply
      • August 2, 2013 at 4:54 PM
        Permalink

        pandangan manusia munafik macam kau , kami tak perlu pun bujuk hahahaha

        Sebab UMNO ni bebas ,dan ahli UMNO sendiri bebas mengkritik .

        Reply
  • August 2, 2013 at 2:37 AM
    Permalink

    Bagaimana prestasi kaum melayu sejak Najib pegang kuasa?Ada bertambah baik?Makin hari makin kita gelisah melihatnya,ditekan,dihina bertambah-tambah.

    kata blogger terbilang helen ang “sesiapa juga yang membaca the star akan dapat gambaran bahawa pengarang pengarangnya yang licik meanggap orang melayu sangat bodoh.”

    sudah terang lagi bersuluh bro…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.