PAS Hina “Mindset” Orang Kampung Di Kuala Besut?

Baru lima hari PAS tewas sekali lagi di tangan BN di PRK Kuala Besut, namun ada pihak di dalam parti itu yang sudah berani berkurang ajar terhadap masyarakat luar bandar, khususnya di DUN tersebut. Beliau yang dimaksudkan ialah Mohd Hafiz Mansor, Pengarah Operasi Institut Pemikiran Almarhum Fadzil Noor (INFO).

Dalam tulisannya baru-baru ini di Harakahdaily, dia mahu PAS mengadakan “majlis-majlis ilmu” di surau dan masjid sebagaimana yang dilakukan di bandar-bandar. Kononnya, UMNO “takut” dengan gerakan itu.

Membaca tulisannya itu, dia seolah-olah membayangkan bahawa masyarakat di luar bandar ketinggalan dari sudut ilmu Islam sehingga tergamak memberi undi pada UMNO/BN.

Malah lebih menyakitkan hati, dia membayangkan majlis ilmu itu seumpama gerakan dakwah Rasulullah SAW terhadap golongan musyrikin Mekah dan mampu mengubah “mindset” untuk menyokong PAS!

ScreenHunter_01 Jul. 29 04.03

Pada saya, kenyataan Pengarah INFO PAS ini benar-benar satu penghinaan kepada masyarakat luar bandar, khususnya di Kuala Besut.

Ia seolah-olah membayangkan mereka sebagai kurang pengetahuan mengenai fahaman dan ilmu Islam. Kononnya kalau mereka faham tentang Islam maka mereka akan memilih untuk memberi undi pada PAS pula bunyinya…

Pada hemat saya, sama ada masyarakat itu dari bandar atau luar bandar, mereka adalah sama saja. Yang membezakan mereka ialah sama ada mereka memegang prinsip ajaran Islam yang sebenar atau terpesong dengan dakyah PAS yang menjual agama untuk kepentingan politik. Itu saja.

Siapa kata UMNO takut dengan majlis-majlis ilmu? Malah UMNO sendiri boleh dikatakan selalu mengadakan majlis dan program keilmuan secara khususnya mengenai agama Islam di masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara.

Lebih membanggakan, majlis-majlis itu semuanya tidak berbaur politik, tidak menjual agama dan begitu fokus kepada ilmu Islam secara fundemantel. Malangnya, orang-orang PAS malas untuk hadir ke majlis-majlis ilmu anjuran kerajaan UMNO/BN.

Berbanding dengan majlis-majlis ilmu PAS, mereka lebih gemar menghentam musuh-musuh politik mereka di dalam ceramah agama mereka. Ya, memang mulanya mereka berbicara mengenai agama, tapi kemudiannya mereka lebih banyak berpolitik di dalamnya…

Sebagai contoh, Kerajaan PAS Negeri Kedah sebelum ini menganjurkan majlis kuliah agama di kediaman MB pada setiap minggu. Memang ramai kehadirannya dan menurut sumber yang saya perolehi, kuliah itu mendapat sambutan penyokong PAS kerana intipatinya diselitkan elemen politik!

Bila Kerajaan Negeri Kedah diambil alih oleh BN, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai MB telah bertindak mengharamkan kuliah politik tersebut dan menggantikannya dengan majlis kuliah agama yang sebenar.

Peliknya, bila beliau mengadakan kuliah tersebut pada setiap hari Sabtu, tidak ramai pula puak PAS yang mahu hadir di majlis ilmu berkenaan. Mungkin benar bahawa PAS hanya tertarik pada “perdagangan menjual Islam untuk politik” berbanding terhadap Islam yang sebenar, kan?

Saya menyarankan pada Mohd Hafiz supaya mengesa kepimpinan PAS untuk menukar “mindset” para pengikut agama PAS. “Mindset” masyarakat Islam sebenarnya dilandasan yang betul dan “mindset” para pengikut PAS saja yang perlu diperbetulkan.

Lebih elok lagi, saya sarankan supaya “tuan pengarah” INFO itu betulkan dulu “mindset”nya sendiri sebelum dia diperbetulkan oleh masyarakat Islam di Malaysia. Bukan apa, masyarakat Islam di negara ini makin ramai yang tinggalkan kepalsuan PAS, dia bila lagi?

10 thoughts on “PAS Hina “Mindset” Orang Kampung Di Kuala Besut?

  • July 29, 2013 at 9:35 AM
    Permalink

    Yang pasti ceramah Pas hanyalah terarah kepada perkara berikut:
    1. Pas lebih Islam daripada UMNO.(mereka yg ada kesombongan wp sebesar zarah , nerakalah tempatnya).
    2. UMNO tidak mahu laksanakan undang2 hudud dan kekalkan undang2 penjajah.(Pas yg sombong dan angkuh menolak tangan perpaduan YG DIHULUR UMNO. Pas tidak ada kebijaksanaan dlm kiraan politik. MCA/MIC/GERAKAN/DAP tidak akan sokong hudud. Tiada pilihan UMNO/PAS mesti bersatu, tetapi Pas yg bodoh sombong, tahu tetapi buat2 tak tahu demi politik sempit berpuak totok.Pas bangang, DAP yg terang2 nak lawan Islam pun dia bergomol sebantal)
    3. Pemimpin UMNO rasuah.Betul pemimpin UMNO beri rasuah kpd rakyat dgn program kesejahteraan hidup, bina hospital, sekolah, universiti,bina surau mesjid, sediakan pekerjaan kdp rakyat dll. Pas beri apa kpd rakyat. Pas hanya beri fitnah, perpecahan masyarakat dan beri rasuah janji syurga dan neraka kpd ahli dan pengikutnya.
    4. Pas rela pengikutnya miskin dan papa kedana daripada jadi kaya raya dan mewah yg dianggap keduniaan. Sebabnya, kerana kerajaan Pas spt Kelantan tidak berupaya mentranformasikan negeri kearah menjana ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pas lupa sejarah, pada zaman Khalifah Umar Abd Aziz. rakyatnya semua senang lenang dan tidak ada individupun yg layak terima zakat, sebab semua hidup mewah tetapi bertakwa.

    PAS BOLEH MENIPU KERANA MERASAKAN ORANG LAIN BODOH DAN BOLEH DIPERBODOHKAN SPT DIA YG BODOH.PAS MEMALUKAN IMEJ INSTITUSI PEMIKIRAN FADZIL NOOR KERANA TIDAK ADA WAWASAN DAN CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN SYIAR ISLAM YG GEMILANG DAN TERBILANG TANPA MENJEJASKAN UKWAH ISLAM SPT PEMIKIRAN IMAM SYAFIE, IMAM GHAZALI DAN SEBAGAINYA.KALAU SETAKAD NAK BERAKTIVITI MENJAHANAMKAN BANGSA SENDRI, UMNO..LUPAKANLAH, SINGKAT DAN CETEK SUNGGUH KEPALA HOTAK KAMU.

    Reply
  • July 29, 2013 at 9:43 AM
    Permalink

    bodo punya mangkuk hayun pas otak tahap budak tadika, ulama muktabar bukan duduk di bandar lah orang bandar yang berpusu masuk keceruk kampung menadah agama dengan sapa, aku bukan hina penduduk bandar aku pun duk bandar

    Reply
  • July 29, 2013 at 10:22 AM
    Permalink

    Pelik sungguh pemikiran si Mohd Hafiz Mansor.

    Tapi apabila mengetahui si Mohd Hafiz Mansor berada dalam parti PAS, tidak hairan la mengapa begitu sempit pemikiran dia.

    Ramai org berfikiran sempit dlm PAS.

    Reply
    • July 29, 2013 at 1:34 PM
      Permalink

      Cuba bygkn..klu la org pangkat tinggi PAS mcm ni fikirannya..anak buah pengikut apatah la lagi..5x ganda lg rendah kot.. Menuntut ilmu tuntutan agama..Jgn la malas wahai manusia..Mungkin sbb tu la bila amik degree,kena wat kajian..supaya bila nk amik ilmu..mesti ada sokongan dr fakta yg kukuh. Bukan main telan je.. Pentingnya menuntut ilmu…Sedar la org PAS ooiii…

      Reply
  • July 29, 2013 at 10:38 AM
    Permalink

    nak tau juga la institut pemikiran fadzil noor ni buat kajian apa??? apa sumbangan fadzil noor kat malaysia? sebab tu yg ada dlm institut tu pun buat kenyataan yg bengong.

    Reply
  • July 29, 2013 at 11:31 AM
    Permalink

    rasanye pas masih menjuarai dlm berikan ceramah2 di masjid2 dan surau2, sedangkan bangunan2 itu dibina oleh kerajaan bn…umno masih mengambil mudah isu ini…saidina ali kehilangan besar pengikut2nya disebabkan fitnah yg berleluasa yg dilakukan di masjid2 oleh munafik2 pada zaman itu…

    Reply
  • July 29, 2013 at 5:01 PM
    Permalink

    PAS tak habis-habis menipu dan menghina orang lain bila kalah !!! inila jenis manusia yang tak percaya dengan ketentuan Allah s.w.t !!!

    Reply
  • July 29, 2013 at 10:13 PM
    Permalink

    Tak ada penghinaan yang paling besar…selain daripada menjadi ahli PAS !

    Reply
    • July 30, 2013 at 11:55 PM
      Permalink

      Istilah yg lebih tepat….kurang cerdik….

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.