PAS Berani Mengaku Dan Pecat Ahli Berfahaman Syi’ah?

Saya sangat tertarik dengan gesaan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Dr. Mazlan Ismail, yang mahu kepimpinan PAS memecat segera beberapa pemimpin parti itu yang berfahaman Syi’ah.

Katanya, PAS di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dahulu tidak pernah beri muka pada mana-mana individu di dalam parti tersebut yang dikenal pasti membawa fahaman Syi’ah, beliau pasti memecat mereka serta merta.

Sebenarnya apa yang dikatakan Dr. Mazlan itu memang benar. Allahyaraham Ustaz Fadhil bukan saja memecat ahli PAS yang berfahaman Syi’ah, malah mereka yang dilihat cenderung, minat dan mengkagumi gerakan Syi’ah juga pasti tidak panjang umur karier politiknya di dalam PAS.

Pendek kata, sebarang elemen Syi’ah “dicantas” segera oleh bekas Presiden PAS itu.

Tapi itu dulu, sekarang ini nampaknya PAS sudah bertukar rupa. Sejak beliau meninggal dunia, kita dapat melihat bagaimana fahaman Syi’ah semakin tersebar luas. Malah seorang pemimpin tertinggi PAS tidak segan silu memberitahu tentang kekagumannya dengan gerakan pro-Syi’ah…

Saya pernah bertemu dengan seorang guru pondok yang terkenal dari Kelantan dan beliau mengaku pernah berada di dalam PAS selama 30 tahun lamannya. Katanya, ada pemimpin PAS yang kuat mengamalkan ajaran Syi’ah.

Menurut guru pondok itu, salah seorang dari mereka memiliki batu karbala yang menjadi satu kemestian bagi para pengikut Syi’ah dan batu itu selalu ada di dalam poket pemimpin tersebut. Saya kira, ramai yang dapat meneka pemimpin PAS mana yang dimaksudkan…

Baru-baru ini Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa PAS setuju dengan pengharaman Syi’ah di Malaysia. Katanya, PAS sendiri menganggap fahaman itu sebagai menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.

Persoalannya, sejauh mana tahap serius PAS dalam kenyataannya itu? Sedangkan, memang ramai yang tahu betapa fahaman songsang itu menular begitu pantas di dalam parti tersebut. Apakah PAS benar-benar serius?

Jika benar serius, maka saya kira PAS perlu pecat beberapa pemimpinnya yang begitu konsisten bertaqiyyah selama ini. Mereka tidak akan mengaku berfahaman Syi’ah, tapi “sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina”nya. Pecat sajalah…

Atau PAS sememangnya tidak berani untuk bertindak memecat pemimpin sendiri yang berfahaman songsang? Terlalu sayangkan politik sehingga sanggup mengenepikan soal aqidah jemaah sendiri?

Cuba belajar dari Allahyarham Ustaz Fadhil Noor. Beliau dulu bijak berpolitik secara sihat. Malah di dalam beberapa keadaan, beliau sanggup naik ke pentas UMNO demi memperjuangkan Islam! Tapi malang, PAS sudah tiada lagi sifat begitu…

Malah dalam satu keadaan, salah seorang pemimpin PAS dilaporkan sanggup duduk semeja menjamah hidangan “khinzir” bersama DAP berbanding duduk semeja dengan UMNO menjamah makanan yang halal!

Bila ditegur, PAS cepat melenting. Bila tak ditegur, PAS semakin hilang pedoman. Orang tegur kerana sayangkan saudara seagama, bukan kerana politik. Bila dikatakan PAS tidak matang berpolitik, mereka tuduh pula kita “cemburu” pada ikatan PAS bersama Pakatan Haram…

Justeru itu saya mencabar PAS untuk mengenal pasti segera ahli dan pemimpin mereka yang berfahaman Syi’ah. Pecat mereka segera atau tunggu sajalah kemurkaan dari Allah SWT. Jika tidak diperlihatkan di dunia, nantikanlah di Padang Mahsyar nanti. Di situ segalanya akan terlondeh, kan?

8 thoughts on “PAS Berani Mengaku Dan Pecat Ahli Berfahaman Syi’ah?

  • July 29, 2013 at 3:38 AM
    Permalink

    pas sekarang bukan pas dahulu, pas sekarang sanggup terima siapa saja asalkan untungkan parti. perjuangan semua letak sebelah.walaupun mereka tahu pemimpin mana yg pro syiah, mereka pejam mata saja dan hanya menafikan saja.

    Reply
  • July 29, 2013 at 5:57 AM
    Permalink

    Pas sekarang lbh pentingkan kuasa..agama jd no 2..tu yg sanggup sekongkol dgn org kafir

    Reply
  • July 29, 2013 at 9:57 AM
    Permalink

    Bang, ingatlah kenyataan bahawa PAS = PARTI AJARAN SESAT. Sebenarnya Pas lah yg mesti diharamkan, maka ranting haram yg ada didalamnya cara automatik juga boleh diharamkan. Buat apa pening2 kepala. Syiah hanya satu drp berpuloh2 kesasatan dalam Pas, NOKTAH!

    Reply
    • July 29, 2013 at 11:43 PM
      Permalink

      golongan bahlul memang ae begitu demi demokrasi berhati2 drpd terpengaruh.

      Reply
  • July 29, 2013 at 10:19 AM
    Permalink

    Perpecahan dalam Islam bermula dengan pertelagahan Sunnah/Syiah..Di mana-mana saja negara Islam era sekarang sudah berlaku purak puranda bagaikan peperangan, dan nampaknya seperti tidak akan berakhir..Manakala jumlah kematian dan kerosakan yg dialami oleh org-org Islam sendiri semakin meningkat. Yang untungnya golongan zionis dan antiIslam lainnya megah bersorak gembira. Mereka untung menjual senjata manakala negara2 Islam menuju kehancuran.

    Reply
  • July 31, 2013 at 7:03 AM
    Permalink

    23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah
    1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di ata….http://din.huluselangor.net/?p=35986

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.