Menipu, Janji Palsu adalah Kerja Biasa Pakatan

Oleh Nur Azlina Shaari

Kita sedia maklum pergerakan kempen parti PAS untuk menghadapi PRK di DUN Kuala Besut sememangnya perlahan dari jentera parti BN. Setiap ceramah atau majlis yang diatur oleh PAS untuk beramah mesra dengan rakyat juga tidak mendapat sambutan yang menggalakkan.

Ditambah pula dengan isu calon parti PAS, Endot@Azlan Yusof yang hanya mahu menggaji orang lain untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Wakil Rakyat sekiranya menang, ia menampakkan rakyat tidak yakin dengan kebolehan Azlan menjadi pemimpin.

Kelembapan PAS bergerak untuk menambat hati rakyat juga berkait rapat dengan tidak mendapat sokongan dari parti seangkatan yang lain, PKR dan DAP. Dari permulaan kempen sejak hari itu, wajah pemimpin-pemimpin dari PKR dan DAP langsung tidak kelihatan. Hanya Lim Kit Siang sahaja muka tebal turun ke Besut yang kononnya untuk beramah mesra dengan rakyat, akhirnya kehadiran dirinya tidak diterima penduduk tempatan.

Dengan hanya berbaki 4 hari sebelum hari mengundi, nampaknya PKR baru memunculkan diri dengan membawa nama Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha menambat hati rakyat Besut dan Terengganu dan seterusnya meraih undi agar impian atau misi 16:16 berjaya.

Kali ini, PR menjanjikan satu janji yang rakyat sudah tahu tidak mampu untuk PR tunaikan. Hanya kerana mahukan jumlah ADUN PR menjadi sama dengan BN dalam Dewan Undangan Negeri, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan PR menjanjikan rakyat Terengganu bebas dari kemiskinan.

Lebih dasyat, janji baru yang ditabur itu akan dipastikan oleh PR negeri Tersebut bebas dari kemiskinan dalam tempoh hanya setahun sahaja.

“Kita akan mengusulkan isu kemisikinan untuk pastikan Terengganu jadi negeri pertama bebas kemiskinan dalam tempoh setahun.

“Saya janji dengan penduduk Kuala Besut kalau kita menang 16:16 saya bagi sepenuh masa dan tumpuan saya untuk bantu Kerajaan Negeri Terengganu dalam membentuk idea-idea ekonomi,” katanya.

Dari janji ini, Rafizi menjanjikan keluarga yang memperoleh pendapatan bulanan kurang dari RM763 akan dibantu dan dibasmi kemiskinannya dalam tempoh setahun. Juga, sebanyak 5,000 unit rumah kos rendah dibina bagi meringankan beban rakyat yang tidak mampu lagi membeli rumah.

Cara yang dimainkan oleh PR sama seperti cara yang dibuat dalam PRU13 lalu. Menabur janji agar rakyat teperdaya dengan berfikir parti PR menjalankan tugas demi rakyat.

Yang pasti, rakyat juga tidak bodoh dan semakin muak dengan janji palsu oleh puak ini. Mengotakannya adalah satu perkara yang mustahil untuk dibuat. Lihat sahaja di negeri Selangor pimpinan Khalid Gagap.

Janji-janji yang dulu dikatakan mahu menjaga kebajikan rakyat tidak tertunai hingga kini. Janji mahu memberikan elaun sara diri kepada ibu-ibu tunggal dan suri rumah tangga di negeri Selangor juga indah khabar dari rupa. Janji mahu memberikan elaun kepada pelajar-pelajar Tadika di Selangor yang sebanyak RM50 juga berat untuk dilakukan. Janji Khalid yang mahu menggantikan rumah rakyat Selangor dengan rumah mampu milik digantikan pula dengan projek Datum Jelatek iaitu seunit rumah dijual harga lebih dari RM100,000. Inilah penipuan yang dibuat oleh PR.

Kalau di Selangor janji sejak 5 tahun lepas hingga dibawa ke penggal sekarang pun masih lagi tidak ada sebarang tindakan, inikan pula janji kepada rakyat Terengganu dalam tempoh hanya setahun? Tidak masuk akal.

Yang menjadi persoalan utama lagi, kenapa di saat-saat akhir baru PKR nak muncul menyokong PAS atas nama PR dengan menabur janji yang tidak realistik. Sedangkan, PAS memerlukan sokongan dan bantuan dari parti seangkatan sejak awal lagi.

10 thoughts on “Menipu, Janji Palsu adalah Kerja Biasa Pakatan

  • July 21, 2013 at 4:55 PM
    Permalink

    Wakakaka gelak besar aku!!

    First of all….ikut PR, manifesto masa pilihanraya bukan janji yang harus ditepati.

    Second, apa kelayakan hebat rafizi nak hapuskan kemiskinan dlm rakyat trengganu? Maha hebat rasenyer sampai nak tergelak besar!!!

    Sudah2 lah rafizi, rakyat selangor yg miskin tegar pun tak dapat nak bantu….jalan raya bercompang camping lgi….tak payahlah labu…..biarkan labu tenggelam dlm laut

    ******Pssttt….petisyen pru13 belum habis khatam lagi….mana dakwaan banglamu/belakoutmu wahai labu???

    Reply
    • July 21, 2013 at 10:48 PM
      Permalink

      janji palsu 16 September kee apek DAP tony ??? hahaha

      Reply
    • July 22, 2013 at 3:55 AM
      Permalink

      manifesto bukan janji .. puihh tony bengong !

      Reply
    • July 22, 2013 at 8:15 AM
      Permalink

      16=16, 16 memanglah sama dgn 16

      Kalau nak berkempen untuk PAS pun, letaklah 16:16 as in matrix equation

      Tony, masa kelas matematik kau tido ka???

      Reply
  • July 21, 2013 at 8:05 PM
    Permalink

    Macamanalah orang nak percaya dgn cakap orang PKR mcm si Rafizi, tengok sahaja pembangunan Permatang Pauh apa yg ada sejak dulu dan kini. Kalau orang lain jadi TPM, di Permatang Pauh tu mesti dah ada maktab ke, kolej ke, hospital ke.. ini dak macam kawasan tahun 70an. La ni pun Anwar bukan jenguk sangat kat sana.. sudahlah, cakap tak serupa bikin.

    Reply
    • July 21, 2013 at 11:37 PM
      Permalink

      Kami penyokong tegar PKR Permatang Pauh tahu kami telah banyak kali ditipu, kena tipu dan tertipu oleh Anwar namun kami tetap akan menyokong dan berada dibelakang Anwar. Kami bukan hendak sangat pembangunan rohani mahupun rohaniah tetapi kami lebih suka melihat Anwar hidup bahagia di istana Segambut Height disamping keluarga 69nya walaupun beliau gagal merampas istana Perdana Height, Putrajaya, kami agak terkilan juga. Kami juga menyokong usaha beliau mengadakan demonstrasi Berok505 diseluruh negara dan berura-ura hendak memboikot upacara angkat sumpah diParlimen namun kami dapat tahu tak jadi pula, kami terkejut berok juga. Walau bagaimanapun kami bersyukur akhirnya Dapigs memberi laluan kepada Anwar untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Kami amat-amat gembira dan berpuas hati.

      Reply
  • July 22, 2013 at 12:08 AM
    Permalink

    rafizi tu konon nak tolong org trengganu tapi takut bertanding di terengganu. bertanding kawasan cina sebab tau cina memang akan sokong dia.
    kemiskinan mana yang pakatan dah hapuskan setakat skrg?

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.