Kerajaan Umum Bonus Raya Untuk Penjawat Awam

KUALA LUMPUR 24 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam.

Setiap penjawat awam awam Gred 1 hingga 54 akan menerima bantuan sebanyak RM 500.00. Para pesara pula akan menerima bantuan RM250.

Pembayaran bantuan akan dibuat pada 31 Julai ini. –

Sebelum ini Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

Bagaimana pun Mykmu difahamkan kemungkinan akan ada bonus untuk semua penjawat Awam akan diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014 Oktober nanti. Jumlahnya mungkin tidak sebesar yang diminta.

2 thoughts on “Kerajaan Umum Bonus Raya Untuk Penjawat Awam

  • July 25, 2013 at 4:38 PM
    Permalink

    w.p.Labuan

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.