Kemenangan BN Hadiah Berharga Untuk PM

APA lagi hadiah hari lahir yang paling berharga buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang genap usianya 60 tahun semalam, melainkan dapat memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil DUN Kuala Besut yang tamat hari ini.

Lebih manis lagi, kemenangan ini bukan kemenangan yang biasa, tapi luar biasa.

Selain meningkatkan majoriti undi kepada 2,592 berbanding keputusan dalam PRU13 yang diperolehi Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar (2,434), calon BN kali ini, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman juga berjaya menang di semua peti undi dalam DUN Kuala Besut, termasuk 2 yang kalah dalam PRU13 yang lalu.

Apatah lagi dengan peratusan keluar mengundi kali ini sebanyak 80% yang jauh lebih rendah berbanding PRU13 (87%), pun calon BN dapat meningkatkan majoriti undinya, menunjukkan ada peralihan undi dari pihak PAS kepada BN.

Ternyata pemilihan calon yang tepat dan strategi yang mengena, menjadi punca kepada kemenangan bergaya BN kali ini.  Tahniah kepada semua jentera BN dikepalai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,  Timbalannya, Datuk Seri Idris Jusuh dan lain-lain yang bertungkus lumus sejak 12 Julai yang lepas untuk memastikan kemenangan BN.

Tak disebutkan lagi ujian berkempen dalam bulan puasa.

Sudah tentu kemenangan ini bukan bermaksud segala-galanya telah lengkap untuk BN.  Kemenangan ini hanyalah satu petanda jelas bahawa orang Melayu masih kuat menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Tidak seperti yang ditohmahkan sesetengah pihak bahawa pengaruh BN semakin merosot, berkiblatkan kepada keputusan PRU13 yang lepas.  Malah dikatakan juga bahawa populariti Perdana Menteri menjunam teruk kebelakangan ini, dengan antara lain disumbangkan oleh keputusan PRU yang disebutkan di atas.

Kejayaan gemilang di Kuala Besut ini ternyata mengubah segalanya.

Penulis harap Perdana Menteri tidak berhenti berusaha untuk memastikan lebih banyak kejayaan untuk BN di masa akan datang.  Jentera BN diceruk mana pun dalam negara ini tidak boleh sesekali berasa selesa dan harus bekerja kuat untuk memastikan BN terusk kekal relevan sebagai parti pilihan majoriti rakyat Malaysia.

Pedulilah majoriti kecil ke besar, janji majoriti.  Banding pembangkang yang takdak majoriti apa pun dan tidak dapat membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.

Akhir kata, tahniah, tahniah, tahniah.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

11 thoughts on “Kemenangan BN Hadiah Berharga Untuk PM

  • July 24, 2013 at 10:25 PM
    Permalink

    Alhamdulillah.. Syukur ya Allah.. termakbul sudah doa2 kami..

    Reply
  • July 24, 2013 at 11:52 PM
    Permalink

    Kalau kamu berjuang untuk Najib, sesungguhnya Najib akan pergi jua bila tiba masanya.. tetapi jika kamu berjuang demi UMNO, MAKA umno akan kekal mengharung zaman, sebagaimana masih utuh dan gagah walaupun kepergian Tunku,Razak,Hussein, Mahadhir dan Pa’ Lah.RAPATKAN BARISAN..

    Reply
    • July 25, 2013 at 10:47 AM
      Permalink

      Yes, rapatkan Barisan…

      Berjuanglah untuk UMNO, dan jgn berjuang untuk individu…

      HIDUP MELAYU…

      Reply
      • July 25, 2013 at 2:22 PM
        Permalink

        Berjuanglah untuk Allah dan Islam…nescaya cahaya2 keimanan yg membara itu akan menumbangkan kegelapan dan kesesatan….kita tidak berjaya kerana kita mengaku Islam tetapi kita tidak imarahkan ruh Islam dalam jiwa….begitu juga dengan puak2 yg mengaku super Islam…mereka tidak bejaya dalam misi mereka kerana mereka terlalu banyak menghukum orang lain yg tidak seiring dan kurang ilmu dari mereka….mereka terlalu banyak berfekah dan kurang berakhlak…mereka juga memisahkan diri mereka dan menjauhi umat yg kurang alim…sedangkan rasulullah dahulu tidak pernah memisahkan diri baginda dari orang2 yg jahil…malah baginda mendekati orang2 jahiliyah dan berakhlak dengan mereka sehingga jiwa2 yg degil itu luntur dan memeluk Islam….Islam itu indah…tapi muslim itu yg merosakkan Islam…Islam adalah hak semua dan bukan hak kepada golongan2 tertentu sahaja yg merasakan diri mereka ‘ana khairun min antum’…..sifat ini adalah contoh kesombongan dan keangkuhan yg nyata…..sempena bulan mulia ini…marilah kita sama2 bermuhasabah dan kembali kepada risalah yg dibawa rasulullah…menang…dah menang dah…bila lagi nak transform kepada Islam ni Datuk Seri….Datin Seri pun sama …bulan Ramadhan ni apa kata…berhijrah kepada yg lebih baik….kami akan support mana2 presiden yg benar2 berusaha transform negara kami kepada cara yg paling hak dan berpandukan Al Quran dan sunnah….

        Reply
        • July 25, 2013 at 2:34 PM
          Permalink

          Setuju dgn saudara HAR

          HIDUP ISLAM DAN HIDUP MELAYU…

          Reply
          • July 25, 2013 at 6:14 PM
            Permalink

            amin, amin

  • July 25, 2013 at 2:03 AM
    Permalink

    Aku merasa teramat gembira ataih kemenangan terhebat UMMNO/BN kali ni….majoriti bertambah dalam kehadiran pengundi sedikit merosot. Kalo la kehadiran pengundi menyamai ato melebehi peratusan PRU13 dulu,pasti BN akan menambah lagi jumlah majoriti…walo gimana pun kita mesti bersyukoq pada Ilahi keghana DIA dah mendengaq permohonan rakyat tempatan mau kan kedamaian ekonomi,politik & sosial.

    Tahniah pada PM,Presiden & ahli ahli UMNO/BN keghana rakyat masih lagi yakin ngan mu…di haghap kan jangan lagi nak coba mengecewa kan harapan & aspirasi melayu/pribumi. Yang sudah tu…sudah la…!!!!

    Reply
  • July 25, 2013 at 3:53 AM
    Permalink

    TAHNIAH UMNO
    PEGI MAMPOS LA LU NAJIB
    SELAMATKAN 4 HERO MELAYU
    NAJIB PENGKHIANAT MELAYU PENJILAT JUBOR CINA FUCK U AJIB GOR JUBOR

    Reply
    • July 25, 2013 at 6:36 AM
      Permalink

      bang , ape kate ko gi meroyan dalam blog PM . sini PM x bace la ape ko melalut ni.

      Reply
      • July 25, 2013 at 10:45 AM
        Permalink

        Aku setuju, Najib ada twitter

        Pergi tweet sama dia…

        Reply
        • July 25, 2013 at 6:19 PM
          Permalink

          Abang ‘saiful’ tu agaknya kalau hidup masa Rasullullah tandatangani Perjanjian Hudaibiah dgn kafir Mekah, mesti marah Nabi punya sbb beri kelebihan kpd orang kafir… tetapi sebenarnya semua itu ada hikmah tersembunyi yg memberi keuntungan untuk masa jangka panjang.. jangan marah bang!

          Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.