GAGAL Tarik Pengundi, Pakatan Terdesak, Fitnah Calon BN

Oleh: Zul Rawi
 
Islam telah menetapkan fitnah adalah merupakan salah satu perkara yang tergolong dalam dosa-dosa besar. Lebih menyedihkan apabila ia dilakukan dalam bulan penuh dengan kemulian, iaitu ketika seluruh umat Islam sedang melakukan ibadat puasa.

Dosa fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, ia tidak diampunkan Allah melainkan orang yang difitnah memberi keampunan. Namun itu semua tidak menghalang, pihak pakatan pembangkang dari melakukannya.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Dosa fitnah juga menghalang kita masuk syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pihak pakatan, melalui portal propagandannya telah memfitnah calon Barisan Nasional (BN), bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut (DUN) Kuala Besut. Mereka mengatakan kononnya Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman pernah terlibat dengan kegiatan liwat semasa menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) pada akhir 90-an dulu.

Lebih menarik, mereka sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan kononnya untuk mengunakan pendekatan kempen yang berhemah dengan tidak melakukan sebarang serangan berbentuk peribadi bagi menghormati bulan Ramadhan.

Malah menurut salah seorang ahli Jawatankuasa Pas Pusat jentera kempen Pas Besut telah diarah supaya tidak melakukan serangan peribadi terhadap calon BN. Malah mereka juga pernah mengatakan untuk menolak sebarang bentuk tindakan keterlaluan sepanjang tempoh berkempen.

Menarik bukan, mereka mengatakan akan mengunakan pendekatan kempen yang berhemah namun di masa yang sama terus melemparkan tuduhan fitnah dan dakyah bagi menyakinkan pengundi agar memilih calon mereka.

Apa yang boleh dikatakan, tindakan mereka yang menyerang peribadi calon BN dengan melemparkan tuduhan fitnah ini sudah cukup membuktikan bahawa parti itu sedang berada dalam keadaan yang amat terdesak.

Sedangkan, sekiranya mereka benar-benar ikhlas ingin membantu rakyat seperti yang sering dicanangkan di atas pentas-pentas ceramah yang diadakan, Pas sepatutnya memberikan fokus untuk menerangkan dasar dan hala tuju yang ingin dibawa demi untuk kesejahteraan rakyat di Kuala Besut.

Ia juga semakin menguatkan andaian, Pas sedang berdepan dengan saat-saat yang paling kritikal. Ini kerana sepanjang tempoh berkempen semua program dan aktiviti yang dilakukan telah GAGAL untuk mempengaruhi pengundi. Malah program ceramah yang diadakan juga semakin hari semakin susut dengan jumlah kehadiran penngundi.

Itu belum lagi dikira dengan faktor sabotaj yang membawa kepada krisis dalam ekoran dari masalah calon tidak yang diterima oleh golongan ulama dan kumpulan Muslimah.

Apa yang diharapkan, pengundi di Kuala Besut dapat membuat keputsan yang bijak ketika melakukan proses pembuangan undi esok. Pilihlah calon yang benar-benar ikhlas ingin membela nasib rakyat dan bukannya mereka yang ingin membayar gaji kepada pembantu bagi melakukan tugas dan amanah yang ingin diberikan.

Selamat Mengundi

11 thoughts on “GAGAL Tarik Pengundi, Pakatan Terdesak, Fitnah Calon BN

  • July 23, 2013 at 2:26 PM
    Permalink

    bila semua tak makan, mula lah atttack peribadai calon, pas tak kira dah bulan puasa ke tak bulan puasa ke……..

    Reply
    • July 23, 2013 at 5:12 PM
      Permalink

      Menghalalkan cara juga sebahagian dari fahaman syiah, seolah-olah fahaman tersebut telah menular di kalangan ahlinya.

      Reply
  • July 23, 2013 at 3:40 PM
    Permalink

    calon BN kempen selami masalah rakyat, buat rancangan pembangunan untuk rakyat..

    PAS ceramah sana, ceramah sini..kutuk BN/UMNO teruk…

    skrg nak fitnah calon BN terlibat liwat?..hah?..liwat?.. heemmm…

    muhasabah diri.

    Reply
  • July 23, 2013 at 4:13 PM
    Permalink

    hehehe…tongkang PAS dah senget, masuk air, lubang sana sini.

    PAS KO, KO PAS, PAS KO, KO PAS….

    Reply
  • July 23, 2013 at 4:30 PM
    Permalink

    Berbohong, berpura-pura, memfitnah, mencaci, memaki-hamun dan mengkafir adalah makanan harian pemimpin-pemimpin dan pengikut-pengikut taksub Pas dan ianya halal bagi mereka. Wajib dihidang setiap hari dan malam kerana tanpa makanan ini mereka akan kena penyakit sawan.

    Reply
  • July 23, 2013 at 4:38 PM
    Permalink

    Bulan ramadhan ni pun pemimpin dan pencacai PAS tak hormat , buat fitnah sesuka hati mereka serupa orang takde ugama HANYA kerana mementingkan duniawi !! itulah PAS

    Reply
  • July 23, 2013 at 5:08 PM
    Permalink

    pemimpin dan pencacai PAS boleh dikata tak berpuasa kalau di bulan puasa pun mereka jadikan fitnah sebagai makanan ruji utk mereka

    selain calon PAS yg bertanding, pastinya pemimpin PAS seperti husam, hadi awang, pork nik, tuan Ibrahim dll turut sama rasa ‘kenyang’ dengan fitnah tersebut sebab fitnah merupakan makanan ruji kepada mereka walaupun mereka nampak berpuasa

    Reply
  • July 23, 2013 at 7:46 PM
    Permalink

    ada tak ada siasat dulu!
    boleh juga bersumpah!
    lu orang tak payah cepat buat kesimpulan!

    Reply
    • July 24, 2013 at 11:31 AM
      Permalink

      Kau suruh siapa bersumpah???

      Lu org yg suka buat kesimpulan…

      Kata org pulak!!!

      Reply
    • July 25, 2013 at 6:55 AM
      Permalink

      bukan ker puak2 ko ni x kesah dgn sumpah….

      Reply
  • July 24, 2013 at 8:33 PM
    Permalink

    Inikah dikatakan membangun bersama isle?

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.