Filem Komunis Senang Ditayangkan Filem Patriotik Disekat?

Memang sesuatu yang cukup mengejutkan apabila sebuah filem yang pro komunis dengan mudah dapat ditayangkan manakala filem sejarah perjuangan  Bekas Perdana Menteri kita ditangguhkan banyak kali seolah-olah ianya merupakan sebuah filem “jenayah berat”.  Kami rakyat Malaysia menuntut perkara ini dihakimi dengan sewajarnya.

Ini menunjukkan tanda-tanda yang amat ketara bahawa mereka yang bertanggungjawab dalam memberi kelulusan penayangan filem merupakan pihak yang menyokong pembangkang. Sekiranya mereka ini menafikan bahawa mereka dari pihak pembangkang, adakah mereka cuba memberitahu rakyat bahawa mereka merupakan pengecut tahap kronik yang melutut kepada pembangkang.

 

Filem pro Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam Negara kita  mulai 23 Ogos yang merupakan bulan kemerdekaan negara. Tayangan trailer filem tersebut menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru telah mula tersebar sejak minggu ini.

 

Astro Shaw  jelas amat tidak sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit ataupun sebenarnya mereka merupakan penyokong tegar pihak pembangkang. Maka pihak-pihak yang terlibat harus menbuka mata dan telinga mereka agar tidak terlepas pandang perkara-perkara penting yang mampu menggugat keselamatan Negara.

 

Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan wajib mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer. Filem sejarah negara seperti Tanda Putera telah ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu yang berterusan cuba menukar sejarah perjuangan Negara kepada pro komunis.

Filem Tanda Putera  mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969 telah  tiga kali ditunda. Alasan konon tidak mahu menimbulkan konflik dan kontroversi ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu amat mengecewakan kami rakyat Malaysia yang amat berbangga dengan sejarah Negara yang telah dipaparkan dalam filem Tanda Putera.

 

Sesungguhnya pihak pembangkang harus menerima hakikat kebenaran sejarah perjuangan UMNO dalam merealisasikan keamanan Negara. Begitu juga hakikat komunis merupakan anasir subversif yang telah menghuru harakan Negara dan membunuh ramai rakyat Negara kita dan membawa banyak penderitaan terhadap rakyat.  Kekejaman komunis masih menghantui dan terus menjadi igauan ngeri kita namun ianya cuba diangkat sebagai hero oleh bangsa Cina yang lupa diri aka nasal usul mereka.

19 thoughts on “Filem Komunis Senang Ditayangkan Filem Patriotik Disekat?

  • July 28, 2013 at 3:38 PM
    Permalink

    umno sahaja busuk hati!

    Reply
    • July 28, 2013 at 6:30 PM
      Permalink

      sudahlah tu tony bukannya aku tak tahu ko kata UMNO busuk sebab ko nak cover datuk dan keturunan ko yg sebenarnya busuk, hahaha

      camana tak busuk semasa datuk ko jadi komunis dulu dia dgn chin peng serang hendap konvoi tentera british bawak bantuan berguni beras utk diberikan kepada orang cina duduk jauh di pedalaman yg terputus bekalan makanan disebabkan sekatan dan ancaman komunis

      lepas dah serang hendap dan curi berguni beras tu, dgn muka tak tahu malu datok ko dan chin peng dermakan guni beras tu kepada penduduk cina tu kata PKM yg punya utk pengaruh mereka beri sokongan dan masuk PKM jadi bintang 3 menentang british yg sebenarnya dermakan guni beras tu

      hahaha manyak busuk lah lu punya datuk dan keturunan tony, gua terpaksa ptuihhhh ptuihhhh ptuihhhhh!!!

      Reply
    • July 29, 2013 at 1:32 AM
      Permalink

      laa tony DAPigs , yang lim kit sial anak beranak menentang Tanda Putera tu kiranya mereka pun busuk hati kaa !!!

      Reply
  • July 28, 2013 at 6:12 PM
    Permalink

    Dulu bila kes Mat Sabu agongkan Mat Indera sibuk Muhyiddin kata subjek sejarah akan ditekankan disekolah. Kalau filem kominis ni benar2 berjaya ditayangkan, AKU CADANGKAN KPD TPM, BERI TAHNIAH KPD MAT SABU BAHAWA DIA BENAR, YG HERO ADALAH BENAR KOMINIS BUKAN LEFTENAN ADNAN.. Tukarlah fakta sejarang, nanti pening anak2 lepas tonton film tu.

    Reply
    • July 29, 2013 at 12:49 PM
      Permalink

      Simpati dengan arwah2 pejuang Malaya yg telah mati mempertahankan negara …simpati juga dengan bekas2 polis dan askar yg masih memepertahankan negara di hutan dari anasir komunis (hinga hujung 80 an….masih ada sisa dan saki baki species Tony Gunawan) …… Kalau pemimpin kita sudah tidak dapat mempertahankan negara….kita lelong sahaja lah murah2….tak payah tunggu PRU14….cepat sikit komunis ambil alih…sebb nampaknya ini yg rakyat negara ni nak sangat…..

      Reply
  • July 28, 2013 at 7:12 PM
    Permalink

    Kita pastikan filem ini di hentikan tayangannya…kalau kat Taiwan or even Singapore filem macam ni dah tentu di haramkan.

    Reply
    • July 28, 2013 at 9:18 PM
      Permalink

      Pemimpin politik tertinggi melayu, agensi penguat kuasaan & jabatan peguam negara sebenaq na takut nak menghalang aktiviti anrkisme puak puak berkepentingan kaum pendatang. Depa cuma beghani menghadapi petualang dari penduduk asal tanah melayu kunun nya depa ni tak dak kecerdikan perundangan,lemah ekonomi & jiwa semakin melayu layu.

      Reply
    • July 28, 2013 at 11:42 PM
      Permalink

      filem tersebut yg dijadual ditayangkan pada 22 ogos ini di pawagam telah ditangguh tayangannya oleh Ahmad Zahid dan KDN

      aku ucapkan syabas pada Ahmad Zahid!

      arahan penangguhan tayangan disebabkan KDN mahu lembaga penapisan filem(FINAS) membuat penilaian(diharap akan ada lagi potongan babak-babak tertentu lain dlm filem) sekali lagi secara menyeluruh mengenai filem tersebut kerana menerima banyak aduan dari orang ramai dan bloggers yg tidak senang hati dengan filem tersebut kerana mempromosi ideologi komunis yg merbahaya dan tidak sesuai buat negara

      Reply
  • July 29, 2013 at 1:04 AM
    Permalink

    melayu Pas sahaja yang anggap komunis sebagai pejuang kemerdekaan…

    Reply
  • July 29, 2013 at 6:09 AM
    Permalink

    INILAH AKIBAT
    INILAH BAHANA
    PEMIMPIN UMNO BACUL
    NAJIB TIDAK TEGAS BAHLOL

    ASTRO SHARE SEBAHAGIAN MILIK KHAZANAH
    BAPAK KHAZANAH ADALAH NAJIB
    UNDANG UNDANG NEGARA ADA
    TAPI PEMIMPIN UMNO BACUL
    ADA KUASA TAPI TAK RETI GUNA

    NYAH KAU NAJIB BEBAL
    NYAH KAU NAJIB BODOH BAHLOL
    NYAH KAU NAJIB PENAKUT BACUL
    NYAH KAU PEMIMPIN PERUT BUNCIT
    SELAGI NAJIB PEMIMPIN SELAGI TU LAH MELAYU DIPERLEKAH ISLAM DIHINA

    TNB..TUMBANGKAN NAJIB BODOH
    TNB..TUMBANGKAN NAJIB BANGSAWAN

    Reply
  • July 29, 2013 at 7:21 AM
    Permalink

    Terbuktilah sekarang kalangan pemimpin melayu keturunan elit tidak dapat diharapkan untuk jaga melayu. Tungku a rahman dulupun macam tu jugak ayik beralah saja. Kesan yang kita terima sekarang adalah hasil dari polisi mereka. Cuma masa Tun M saja keadaan stabil. Najib patut berambus. Mari kita naikkan Muhyiddin.

    Reply
    • July 29, 2013 at 10:52 AM
      Permalink

      Najib totally has his time up!!!

      Aku tak kisah siapa nak gantikan Najib, asalkan org itu melindungi hak2 org Melayu dan agama Islam dalam Perlembagaan Malaysia.

      I HAVE ENOUGH OF HIS BULLSHIT!!!

      Reply
  • July 29, 2013 at 8:00 AM
    Permalink

    Nak kan Muhyiddin ? kanapa tidak orang lain ? Kenapa tidak Zahid , Shahidan Kassim , Ali Rustam atau Taib Mahmud atau Musa Aman ? atau ????? kembalikan jawatan kepada Tun Mahathir !!!

    Reply
    • July 29, 2013 at 12:56 PM
      Permalink

      Sekadar teguran bro,

      Taib Mahmud bukan dalam parti UMNO

      Reply
  • July 29, 2013 at 12:45 PM
    Permalink

    Kalau tak mahu tayang…jgn tayang semua (tanda putera dan new village)…

    Reply
    • July 30, 2013 at 12:08 AM
      Permalink

      tanda putera patut ditayang, new village perlu diharamkan kalau KDN pandai tahu camana nak buat

      semenjak datuk jins shamsuddin takde lagi dlm FINAS, nampaknya FINAS telah dikotori dgn segelintir melayu berkiblatkan komunis

      Reply
  • July 29, 2013 at 11:36 PM
    Permalink

    aku lebih kesalkan mentaliti org LPF dan FINAS yg luluskan film itu utk ditayang pada 22 ogos ini dimana kini ianya ditangguh atas arahan KDN

    3 hari sahaja org LPF & FINAS buat review(penilaian) filem itu sudah beri rating ‘lulus bersih’ utk ditayang, pastinya semasa mereka buat review filem itu penterjemah bahasa bertauliah tidak digunakan utk menterjemah dengan tepat & betul setiap dialogue dlm filem tersebut

    entah berapa banyak dialogue mengagungkan komunis dan dialogue yg boleh mencetuskan sentiment dan sensitiviti kaum dlm filem tersebut telah terlepas dari tapisan dan potongan

    bila KDN arah LPF & FINAS buat review sekali lagi secara menyeluruh akan filem tersebut, sudah tentu KDN akan meletakkan penterjemah bahasa mereka semasa review filem tersebut dibuat

    apa diharapkan, KDN tidak terlalu longgar bila membuat tapisan dan potongan akan filem tersebut, jika terpaksa menyarankan dan mensyaratkan(jika mahu lulus ditayang) penerbit filem tersebut membuat semula dubbing akan dialog-dialog yg didapati tidak sesuai dan harus dipotong itu…lakukan sahaja!

    apa yg pasti akan ada lagi banyak babak dlm filem tersebut terpaksa dipotong selain dialog bila terpaksa dibuat review sekali lagi

    Reply
  • July 30, 2013 at 12:22 AM
    Permalink

    Kenapa filem patriotik disekat penyiarannya, sementara filem yang cuba membangkitkan dan mengagungkan kominis senang ditayangkan ? Tidakkah Najib sedar apa yang berlaku ? Meluat kita bila mendengar komen bebal Menteri Penerangannya !

    Inilah kualiti menteri-menteri Najib. Agaknya mereka ini meninggalkan kepala otak mereka di rumah bila datang bekerja. Kita menyokong dan mengharapkan ketegasan Menteri Dalam Negeri.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.