Pas dan Syiah Tak Sama Tapi Seiras?

Share


Oleh Nur Azlina Shaari

Penularan fahaman Syiah di negara kita bukanlah perkara yang mudah untuk kita lihat dan sekiranya tersilap mengambil langkah menangani fahaman Syiah di kalangan penganut-penganutnya, akan rosak akidah umat Islam di negara ini.

Ini kerana, pegangan dalam Syiah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah amat berbeza dan terang-terangan Syiah menyimpang dari tuntutan serta kehendak Islam yang sebenar.

Dalam kemelut kerajaan membasmi penularan Syiah di negara kita, PAS terus membuka mulut ia adalah propaganda UMNO sebagai tujuan utama untuk melaga-lagakan umat Islam di negara ini.

PAS terus dengan tuduhan mereka menyatakan UMNO bukanlah mahu menegakkan syiar Islam. Sebaliknya, menuduh UMNO mencetuskan propaganda ini sebagai usaha untuk mengekalkan kuasa di negara ini.

Apakah logik dengan segala tuduhan yang dilemparkan oleh PAS itu? Tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh PAS ini sebenarnya ada tujuan utama yang perlu mereka lakukan.

Tujuan mereka terus menuduh UMNO sengaja membangkitkan isu Syiah adalah kerana tidak mahu PAS dituduh terlebih dahulu disebabkan mereka lembab dalam mengetahui penularan Syiah yang semakin serius di negara kita.

Untuk tidak mahu dituduh PAS sebagai parti yang bacul, PAS cepat-cepat mengeluarkan senjata tuduhan mereka ini.

Walhal, sebelum-sebelum ini juga sudah acap kali ditegaskan kepada parti PAS untuk sentiasa berwaspada dan mengambil tindakan awal menangani peningkatan jumlah penganut Syiah.

Malah, selepas itu juga segala tindakan yang dibuat oleh PAS dalam isu besar ini hanyalah sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Tidak bersungguh-sungguh dalam mempertahankan ajaran dan pegangan Islam yang sebenar.

Justeru, menuduh UMNO adalah jalan terbaik kerana semua pihak akan terus menunding jari turut menyalahkan UMNO kerana sebagai kerajaan, tidak ada tindakan yang dibuat. Hakikatnya, kerajaan sentiasa berwaspada dalam segala agenda merosakkan dan mencalarkan imej Islam.

Jadi, apakah wajar PAS menuduh UMNO sebagai parti yang tidak mahu mempertahankan agama Islam sedangkan PAS sendiri tidak ada usaha yang besar yang dilakukan bagi menyelamatkan Islam? Bahkan, hingga kini tindakan yang diambil adalah dengan membuat tuduhan rambang terhadap UMNO.

Ditambah dengan pengakuan dari Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad hari ini memberitahu pemimpin-pemimpin tertinggi PAS sememangnya mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh utama Syiah di luar negara.

Apakah kewajaran untuk PAS sebagai parti Islam yang sentiasa mencanangkan cerita mereka adalah parti yang betul-betul mengamalkan ajaran Islam perlu punyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh Syiah? Sedangkan mereka juga tahu yang Syiah itu berbeza akidah dan perlaksanaan agama dari Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Selain itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu dan Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar sendiri begitu menyanjung tinggi perjuangan beberapa tokoh Iran, seperti Hizbullah dan Ayatollah Ruhollah Khomeini yang ternyata berfahaman Syiah.

Tidak wujud di sini seperti tuduhan yang PAS lemparkan yang UMNO sengaja mencetuskan propaganda Syiah. Kebenarannya, UMNO benar-benar mahu mempertahankan kesucian Islam dari fahaman-fahaman yang tidak benar dan seterusnya menjadikan akidah umat Islam di Malaysia terpesong jauh.

Salah satu ciri-ciri atau dalil yang diperjuangkan oleh fahaman Syiah adalah menjatuhkan hukuman kafir kepada pihak yang tidak sealiran dengan fahaman mereka. Dalam kehidupan salah seorang tokoh Syiah, Khomeini sendiri mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W, Abu Bakar RA dan Umar RA hanya kerana mengagungkan Saidina Ali.

Jadi, dalam isu ini, parti mana yang suka kafir-mengkafirkan pihak lain? Parti yang mana lebih menjurus ke arah Syiah? Fikirkan.


28 thoughts on “Pas dan Syiah Tak Sama Tapi Seiras?

  • July 30, 2013 at 10:56 pm
    Permalink

    PAS dengan Syiah memang tak sama….PAS lagi teruk pada Syiah !! yang sama ialah kedua-duanya pelingkup agama.

    Reply
  • July 30, 2013 at 11:14 pm
    Permalink

    Kalau depa boleh terima DAP kafir sebagai sahabat setia depa,fahaman syiah ini perkara kecil dalam PAS. Bagi depa janji UMNO hancur depa mereka sudah bahagia walau pun jika terpaksa jadi barua DAP.

    Reply
  • July 30, 2013 at 11:23 pm
    Permalink

    Pada Pas anasir Syiah dalam Pas adalah perkara kecil, yg lebih besar dr itu Tuan Mursyidul pernah berkata, asalkan UMNO boleh hancur dia sanggup bersekongkol dengan syaitan!

    Manusia tak akan jadi syaitan betul, tetapi kelakuan dan perbuatan boleh jadi MACAM SYAITAN apatah lagi kalau sudah mengaku sanggup berkawan dgn syaitan. Kata orang kalau nak lihat wibawa manusia, sila lihat siapa kawan dia.

    Behitu juga Syiah, Pas tak perlu susah2 nafikan, memadai perangai dan perbuatan dia macam Syiah,jadi Syiah lah tu. Macam Syaitan la, tak perlu jadi syaitan betul, memadai perangai macam Syaitan! Kira syaitan lah tu…

    Reply
  • July 30, 2013 at 11:26 pm
    Permalink

    syiah ?? PAS lagi hebat mempermainkan hukum halal haram dan hukum Allah s.w.t demi kepentingan parti politik mereka , lebih hina lagi PAS ni sanggup mempermainkan hukum hudud demi politik .. dalam bulan ramadhan ni PAS bagaikan takde rasa malu pun !!!

    Reply
  • July 30, 2013 at 11:36 pm
    Permalink

    kalau nak tengok ciri2 syiah senang je cuba tengok sticker gambar nik aziz, azhar yg dilekat kat kenderaan.

    memuja bayangan gambar dapat pahala = memuja gambar imam2 syiah.

    Reply
    • July 30, 2013 at 11:49 pm
      Permalink

      dorang taksub sangat.taksub pada nik aziz dan azhar lebih lebih,sepatutnya taksub pada allah jer.islam lah sangat penganut pas ni?ker sesat?/#

      Reply
      • August 1, 2013 at 8:38 am
        Permalink

        Bagi aku, ahli PAS bukan beragama Islam

        Mereka beragama PAS, di mana Nicky Ajis adalah Nabi umat PAS.

        Reply
  • July 31, 2013 at 12:03 am
    Permalink

    mentaliti penganut pas mengatakan kalau dorang menang itu tandanya kebenaran bersama mereka,seolah olah tuhan bersama mereka.sedangkan umno dan bn sudah 13x pru menang dan berkuasa memerintah,tak pula penganut pas ni mengatakan kebenaran itu bersama umno dan bn??sedar la,umno dan bn itulah yg benar sebab selalu menang.dan allah bersama sama pihak yg benar.allah tidak bersama sama dgn pihak penipu dan pfitnah mcm pas,pkr,dap pakatan haram.

    Reply
    • July 31, 2013 at 12:07 am
      Permalink

      syaa, itulah tanda Allah hijab hati pemimpin dan balaci PAS xnampak kesalahan sndiri… mereka mcm dibuai tipudaya iblis, buat kerosakan pd Islam dgn jelas, tp masih berlagak mcm org xbuat salah apa2, asyik cari salah UMNO 24jam/7hari seminggu/365hari.. mereka semakin askit jiwa, kata2 pemimpin PAS xboleh pakai punya, siang lain mcm lain.. esok lain.

      Reply
      • July 31, 2013 at 12:18 am
        Permalink

        mudah mudahan kita semua tak kira umno ker pas akan mendapat petunjuk taufiq dan hidayah dari allah swt dan kembali bersatu.aminnn

        Reply
  • July 31, 2013 at 12:08 am
    Permalink

    Mat Sabu tu terang2 pendokong SYIAH. Mmglah Syiah Mat Sabu akan declare dlm Haprakah bahawa beliau pendokong Syiah, namapaun takiyyah, mestilah mereka pura2 sbg bukan Syiah.. tanya Mahpos.. dia padai berhelah..

    Reply
    • July 31, 2013 at 12:23 am
      Permalink

      cu tanya orang syiah,kamu syiah yer?tentu mereka jawab tak.orang syiah takkan mengaku dia syiah.tipu la.apa lagi.

      Reply
  • July 31, 2013 at 12:23 am
    Permalink

    pemimpin pas mana yang dok pergi syria, iran selalu. dah tentu pasal ada kaitan dgn syiah. takkan nak sembunyi lagi. ini adalah satu ancaman kepada agama suci kita.

    Reply
  • July 31, 2013 at 1:01 am
    Permalink

    Satu lagi trademark penganut syiah ialah kaum wanita mereka suka mengenakan pakaian hitam dan kaum lelaki pula suka berjambang seperti Khalid Samad. Tapi kalau ditanya puak-puak ni pasti akan keluar madah berhelah dari mulut mereka yang suka menipu.

    Reply
  • July 31, 2013 at 5:58 am
    Permalink

    Perpecahan Melayu dikira parah selepas PRU 12 dan dilihat bertambah buruk selepas PRU 13. Perpecahan itu dilihat melalui ikutan politik yang diterajui pemimpin parti masing2 dan melayu berpecah 3 dalam konteks ini.

    Kini timbul issue berbezaan anutan agama. Perpecahan Melayu semakin parah apabila timbulnya issue kefahaman syiah dan jika ini beterusan melayu bakal nazak.

    Siapa yang sudah mula senyum dan bakal lebar sampai ketelinga ???? Pihak kafir yang oportunis tentunya.

    Reply
  • July 31, 2013 at 7:01 am
    Permalink

    23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah
    1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan di ata….http://din.huluselangor.net/?p=35986

    Reply
    • July 31, 2013 at 10:45 am
      Permalink

      Rosak….rosak…kepada kengkawan semua…kalau anak hangpa bawa calon isteri atau suami balik rumah…suruh depa solat di rumah and check dulu….mana tahu kot kot dapat yg dari puak Syiah…minta simpang…tapi golongan depa ni bila bercampur orang biasa…adakah mereka solat sama macam kita…dan mereka hanya solat cara depa bila bersendirian?? musykil juga…

      Reply
      • July 31, 2013 at 1:48 pm
        Permalink

        Masaalah ni bang, kalau saya belum bebini macam mana, alamak,tak pernah pulak tengok markah aku solad.

        Tima kasihlah bang, noted!

        Reply
        • July 31, 2013 at 6:11 pm
          Permalink

          Kalau belum berbini…haaa pandai-pandai check solat sendiri…mana yang tak kena, di betulkan. Hang dapat bakal pak mentua macam HAR….masak hang !!

          silap-silap kumpunan hang…

          Reply
          • July 31, 2013 at 6:14 pm
            Permalink

            Hehehehe…

  • July 31, 2013 at 10:48 am
    Permalink

    propa ameno yg sekular…

    Reply
    • July 31, 2013 at 12:45 pm
      Permalink

      Hang ni dah ketinggalan zaman la moooo…sebab hang dok baca paper lama.
      Sesekali dalam hidup hang cuba hang berlatih menggunakan otak untuk berfikir…tak lah teruk sangat lutut hang letih nak berlakon jadi otak !!

      Reply
    • July 31, 2013 at 1:09 pm
      Permalink

      Propaganda???

      PAS dan Syiah memang tak sama, tapi tetap serupa

      Tak caya, pergi tanya Mahfuz Bean dan Mat Sabu Komunis, jgn2 hang pun dapat jawapan Syiah tu kuih, kata sangat arif dalam agam Islam, last2 tu jadi kuih…

      Nak cover line la tu…

      Reply
    • July 31, 2013 at 11:12 pm
      Permalink

      ketinggalan zaman mooo , PAS dan DAPigs bukan jadi sekular , sekarang dah maju jadi liberalll …

      Reply
  • August 1, 2013 at 11:35 am
    Permalink

    Assalamualaikum wbt.. takutlah kepada Allah.. sebelum memberi hujah… berhati hati dengah hujah takut ianya adalah fitnah…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *