Maybank Pengkhianat Utama Dalam Pemboikotan IPO Air Asia X?

Share


IPO Air Asia X Tidak Laku, Maybank IB Jadi Penyelamat?

Pada 10 Jun 2013, mykmu.net menerbitkan satu artikel “Melayu Yang Beli IPO Air Asia X Adalah Pengkhianat” menyeru orang Melayu memboikot pembelian saham Air Asia X kerana kebiadapan CEOnya.

Ternyata IPO Air Asia X tidak mencapai sasaran mereka dan memerlukan syarikat pelaburan menyelamatkannya bagi mengelak harga merudum selepas pengapungan aki terkurang langganan. Yang anehnya, sebuah syarikat pelaburan milik Maybank yang menjadi penyelamatnya. Menggunakan alasan pembelian tersebut berasaskan mekanisme penstabilan harga oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Pada 2008, Suruhanjaya Sekuriti memperkenalkan mekanisme penstabilan harga bagi mengambil alih unit saham yang terlebih peruntukan atau kekurangan langganan. Mekanisme ini bertujuan mengawal harga saham yang diapungkan daripada jatuh merudum kerana lebihan unit yang tidak dilanggan. Dengan kata lain, unit saham yang ditawarkan tidak laku dalam penawaran IPO akan dibeli oleh syarikat pelaburan tertentu.

Apakah maruah orang Melayu boleh dijual beli dengan hanya kejatuhan harga saham baru diapungkan di Bursa Malaysia? Apakah kerana mahu mengelakkan Bursa Malaysia mendapat publisiti negatif akibat kejatuhan harga Air Asi X apabila diapungkan bermakna kita perlu tunduk kepada penghina Melayu seperti Azran Rosman Sani?

Hari ini, Maybank Investment Bank (Maybank IB) membeli saham AirAsia X seiring dengan mekanisme penstabilan harga yang diperkenalkan Suruhanjaya Sekuriti pada 2008.

Menurut kenyataan Maybank IB,

“Mekanisme itu bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dalam pasaran bagi terbitan baharu saham dan untuk memudahkan aktiviti mendapatkan dana.Ia akan memastikan permintaan bagi saham dalam tawaran awam permulaan boleh dipenuhi dengan cara yang efisen dan turun naik harga semasa tempoh segera selepas penyenaraian boleh diminimumkan,” katanya.

Sebagaimana dalam prospektus IPo AirAsia X, Maybank IB, sebagai pengurus penstabilan, boleh membeli sehingga 118.5 juta saham dalam AirAsia X dalam masa 30 hari pertama penyenaraian.

“Ini merupakan hasil daripada opsyen terlebih peruntukan yang diberikan oleh Orix Airline Holdings Ltd dan Manara Malaysia I Ltd kepada Maybank IB sebagai pengurus penstabilan,” katanya. – BERNAMA

Bukankah tindakan Maybank IB membeli saham-saham Air Asia X ytang terkurang langgan ini bukan satu manipulasi pasaran saham dan menipu pelabur biasa? Jika saham Air Asia X terus jatuh dan Maybank IB mengalami kerugian, siapa yang menanggung kerugian tersebut, Tony Fernandez atau penyimpan wang dalam Maybank, rakyat dan Kerajaan?

Artikel Berkaitan:
1. Melayu Yang Beli IPO Air Asia X Adalah Pengkhianat
2. Siapa Menteri Kabinet Kawan Baik Azran Air Asia X?
2. Kenyataan Nazir Bukan Pendirian Najib



16 thoughts on “Maybank Pengkhianat Utama Dalam Pemboikotan IPO Air Asia X?

  • July 29, 2013 at 6:10 pm
    Permalink

    Maybank bukan saja penipu malah sudah menjadi perompak, si nazir razak dengan kedudukan yang dia ada sanggup menyalahgunakan kuasa kerana mau menjaga hati seorang kawan kesalahan yang telah dilakukan tidak boleh di maafkan

    tindakan Maybank IB membeli saham jelas adalah satu manipulasi terhadap pasaran yang boleh memburukkan reputasi pasaran modal Malaysia, Malaysia Security Commission (SC) harus mengambil tindakan mendakwa Maybank IB kerana telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 84(1) Akta Perindustian Sekuriti 1983.

    Reply
  • July 29, 2013 at 10:21 pm
    Permalink

    Pi mai…pi mai kalau dengan Najib ni, kot mana pun orang Melayu akan rugi !!

    Reply
  • July 29, 2013 at 11:11 pm
    Permalink

    jangan beli saja saham airasia tu. banyak lagi saham yang lebih menguntungkan dok ada.

    Reply
  • July 30, 2013 at 12:17 am
    Permalink

    Maybank IB tu underwriter dan AAX oversubcribed. 40% profit dari new IPO utk bayar debt.Saya rasa penulis kurang memahami aspek new IPO. Tapi for retails skrg AAX price is below par. Tq.

    Reply
  • July 30, 2013 at 6:03 am
    Permalink

    TERUS BOIKOT AIR ASIA !! KASI AJAR AZRAN ERTI PENYESALAN !

    Reply
  • July 30, 2013 at 11:02 am
    Permalink

    Jgn lihat pembelian Maybank itu pada satu sudut shj. Mungkin dgn pembelian itu, Airasia X dpt CEO baru. Kena ingat, bila ada pemegang saham majoriti baharu, maka sudah pasti CEOnya adalah org baru…

    Reply
    • July 30, 2013 at 1:49 pm
      Permalink

      Tony Fernandez, tak kan melepaskan pegangannya atas Air Asia X begitu saja…kakitangan Air Asia telah secara halus di ajar untuk membenci kerajaan, dan ramai menteri kabinet mempunyai saham dalam air asia atas kebaikan budi Tony Fernandez…..apa kah sanggup menteri-menteri ni semua mengkritik air asia ???….dah terbukti pun mereka tak sanggup, malah bekas menteri seperti Rafidah Aziz, terus mempertahankan air asia…untuk apa ??

      Tepuk dada tanya selera….

      Reply
  • July 30, 2013 at 3:57 pm
    Permalink

    Nampaknya boikot Air Asia dah ada kesan sikit…

    Teruskan saudara2, kita ajar org2 macam Azran Osman Rani jgn begitu angkuh dan bangga dgn status jawatan yg ada sehingga sanggup menempelak kehendak majority org Melayu…

    Harap2 program boikot barangan dan kedai akan ada impaknya tak lama lagi

    Reply
    • July 31, 2013 at 12:45 pm
      Permalink

      Aku hairan kenapa tentera kita berlepas ke Lubnan semalam naik Air Asia? Tak ada kapal terbang lainkah?

      Reply
      • July 31, 2013 at 1:13 pm
        Permalink

        Kementerian Malaysia nak selamatkan Air Asia sgt, aku tak mahu ambik pedulik…

        Biar kita rakyat Malaysia menghukum mereka dgn usaha boikot Air Asia dan mana2 barangan dan kedai Cina…

        Biar depa mampus BUNUH DIRI dan HIDUP SEGAN, MATI TAK MAHU…

        Reply
      • July 31, 2013 at 1:44 pm
        Permalink

        Tu la pasal, CEO Melayu gay Air Asia kata Utusan rasis, dan menarik semua iklan dalam utusan, ATM pulak bawa askar Melayu naik air asia ke Lubnan dengan bayaran ratusan ribu.

        Sebenarnya pemimpin UMNO sendiri yang memperlekehkan maruah bangsa Melayu !!Kalau la ada pembangkang Melayu yang berwibawa, yang ada kelas sikit…dah lama bungkus dah UMNO ni.

        Sapa menteri pertahanan ??? hehehe…mat lebik good for nothing tu, dia bawa kebodohan dia di KDN ke ATM pulak.

        Reply
  • November 11, 2013 at 2:59 am
    Permalink

    bukan Tengku ape tuuu yg bru resign tuu..kwn dia ka..?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *