Tidak Rasmi: BN Menang DUN Kuala Besut

Seperti dijangkakan ramai PRK DUN Kuala Besut kekal milik BN apabila keputusan tidak rasmi menunjukkan BN hampir pasti memperolehi kemenangan selesa berbanding keputusan PRU-13.

Menurut RBF Online angka majoriti kemenangan BN yang belum rasmi ialah 2,605 undi melebihi majoriti kemenangan 2,434 undi yang diperolehi BN pada PRU-13.

Sementara itu keputusan tidak rasmi bagi PDM Seberang Barat pula mencatatkan kemenangan majoriti 353 undi berpihak keada BN, peningkatan 43 undi berbanding majoriti kemenangan sebelumnya.

Jika semua angka itu betul atau hampir menepati keputusan rasmi bermakna ia satu peningkatan yang memberangsangkan meskipun jumlah keluar mengundi tidak sampai 80%.

Dari sudut lain, ia membuktikan PAS semakin kehilangan pengaruh dan taktikal strategi melantik Naib presiden PAS Husam Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS adalah satu tindakan yang silap.

Apa pun keputusan rasminya kelak, yang pastinya Kuala Besut Bertambah Biru. Pengundi Kuala Besut lebih selesa menyerahkan amanah tok wakil mereka kepada Ore Mudo, Anok Ustaz & Professional.

* Guano mung Che Long, dah kalah tu jangan duk meroyan pulok deh.

11 thoughts on “Tidak Rasmi: BN Menang DUN Kuala Besut

  • July 24, 2013 at 8:27 pm
    Permalink

    Saya ucapkan tahniah (secara tak rasmi sbb keputusan pun tak rasmi) kepada calon UMNO/BN dan juga kpd barisan jentera UMNO/BN yg berhempas pulas memenangi PRK Kuala Besut.

    TAHNIAH

    HIDUP MELAYU

    Reply
  • July 24, 2013 at 8:38 pm
    Permalink

    Moga-moga keputusan tak rasmi menjadi rasmi, kemenangan BN/UMNO adalah kemenangan dalam kesinambungan tanggungjawab memperkasakan agama dan bangsa…tanggungjawab yang semakin mencabar…

    Reply
  • July 24, 2013 at 9:13 pm
    Permalink

    duit raya!duit raya!duit raya!

    Reply
    • July 24, 2013 at 9:31 pm
      Permalink

      Terima kasih Tony kerana mengundi UMNO/BN

      Berbaloi juga bg duit berbilion kat kau ya!!!

      Reply
      • July 24, 2013 at 11:18 pm
        Permalink

        Hang raya apa toni ? posa pun dak. Tak lena la hang tidur malam ni ye toni…siannn.

        Luka lama pun belum sembuh…dah kena luka baru, hahahahaha

        Reply
  • July 24, 2013 at 9:49 pm
    Permalink

    kemenangan BN adalah berkat doa puan napisah juga, hehehehe

    ada pengundi di Kuala Besut beritahu dia dan seluruh keluarganya(ada le dekat 14 org) dapat isi minyak free dan dapat duit RM500 setiap seorg dari PAS tapi mereka pangkah juga calon BN

    Reply
    • July 24, 2013 at 11:18 pm
      Permalink

      Hehehehe…

      Berkat amanat Hadi Roi

      Reply
  • July 25, 2013 at 2:42 pm
    Permalink

    Harap2 BN menang bukan sebab pengundi nak tengok naked runner.

    p.s: Penduduk daerah Besut biasanya cakap loghat Kelantan.

    Reply
    • July 25, 2013 at 2:51 pm
      Permalink

      Hehehe…

      Siapa lari bogel????

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *