PRK Kuala Besut: Serangan Peribadi Calon Sewaktu Berkempen – PAS Tidak Pernah Kota Kata

Share


prkkualabesut abe ku 2PRK selalunya membawa aura yang berbeza dari segi kemeriahannya. Ia disebabkan fokus seluruh negara akan tertumpu di kawasan tersebut. Samada dari segi sosio-budaya, suasana, waima bentuk muka bumi yang memperlihatkan keindahan dan keunikan masyarakat setempat akan menjadi “bahan” dalam mana-mana terbitan media cetak mahupun elektronik.

Fokus utama pastinya kepada tempoh waktu berkempen. Kisah suka duka jentera, sepak terajang politik menjadi perhatian ramai. Tidak terkecuali, kenyataan-kenyataan politik yang “panas” dari pemain-pemain politik yang terlibat. Malaysia cukup berbeza, di mana masyarakatnya berpolitik 24 jam sehari, 7 hari seminggu menjadikan “suhu politik” di negara ini tidak kurang pada 50 darjah Celsius setiap saat.  “Suhu yang melampau” ini selalunya membawa kepada perlakuan politik terlampau.

Maka, tidak hairanlah pada awal, kira-kira 2-3 hari sebelum penamaan calon, muncullah pemain-pemain utama politik mengeluarkan kenyataan tentang kesopanan sewaktu berkempen, berkempen secara sihat, dan juga berpolitik secara matang.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali pada 14 Julai, mengeluarkan kenyataan yang dianggap serangan kepada peribadi seperti memperlekehkan dan memperkecilkan calon BN dengan al-kisah kononnya Abe Ku bukan anak tempatan, tidak lahir di Kuala Besut, dan beberapa respons negatif  terhadap Abe Ku yang didakwa diperolehi dari masyarakat setempat.

Serangan peribadi ini jelas sekali tidak sepadan dengan kata-kata yang dilontarkan oleh samada pemimpin UMNO mahupun PAS sebelum ini yang mahukan cara politik matang dan berkempen secara sihat. Bahkan, calon PAS, Che Long sendiri menegaskan sebelum ini bahawa kempen harus dijalankan secara “gentleman”.

Tidakkah Mustafa Ali, yang pernah dikaitkan dengan skandal video seks yang mirip dengan rupa parasnya, selaku Setiausaha Agung PAS faham akan harapan kedua-dua pihak tentang cara berkempen dan berpolitik di Kuala Besut? Apatah lagi bersempena dengan Ramadhan Al Mubaraq?

Mungkin menyedari perbuatan Mustafa Ali itu “kurang bermoral” dan bakal memberi laluan kepada jentera BN membongkar banyak “keaiban” calon mereka, maka muncul Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mengarahkan agar jentera parti tidak menyerang peribadi calon BN. Penulis tidak pasti, samada ianya dibuat atas keikhlasan, atau demi strategi politik semata-mata. Almaklum, sejak bertahaluf dengan DAP, semakin sukar untuk membezakan yang mana satu Ahlul PAS, yang mana satu bAhlul DAP.

Yang pasti, imej calon BN, sedikit sebanyak, terkesan juga dengan kenyataan dari Mustafa Ali. So, the damage has been done. The next action, I will leave it to BN machinery to decide the course of action.

Seperkara yang penulis masih ingat di PRK Tenang, Johor di mana, Salehudin Ayob, selaku Pengarah Pilihanraya PAS ketika itu membuat kenyataan di Berita Harian agar kempen dipenuhi dengan kematangan, berpolitik secara sihat dan mahukan anjakan paradigma dari kedua-dua pihak yang bertanding. Tidak sampai beberapa jam, keesokan pagi beliau telah membuat serangan peribadi kepada calon BN, Tok Ai.

Ia jelas menimbulkan kemarahan jentera BN yang akhirnya membongkar siapa Cikgu Mala dan suaminya serta kisah-kisah peribadi mereka sehinggalah terbongkar kisah MC si suami Cikgu Mala yang dilihat sering mengikuti isterinya sewaktu berkempen.

Persoalannya, apakah kenyataan dari Dzulkefly Ahmad bertujuan untuk menyejukkan “jentera BN” dari membongkar kisah Che Long (bukan Along) yang dikhuatiri akan menjadi punca PAS tewas di Kuala Besut pada 24 haribulan ini?

Pada penulis, begitulah cara berpolitik PAS, yang mampu flip-flop dalam skala 360% pada bila-bila masa tanpa pernah berpegang pada kata-kata mereka sendiri!



3 thoughts on “PRK Kuala Besut: Serangan Peribadi Calon Sewaktu Berkempen – PAS Tidak Pernah Kota Kata

  • July 19, 2013 at 2:54 pm
    Permalink

    tanpa menyerang peribadi calon pas tak ada modal apa pun utk bertarung pada pilihanraya, dari dulu lagi mereka suka serang peribadi.

    Reply
    • July 19, 2013 at 3:09 pm
      Permalink

      Depa dlm PAS berlakon jer tu

      Bukankah Hadi Awang pernah kata wajib dedah aib pemimpin, dah tentu mereka aka ikut kata2 Hadi Awang.

      Stopa Ali pun ikut fatwa ni terhadap Abe Ku. Tapi bila kena diri sendiri(video), mulut automatic cakap fitnah UMNO.

      UMNO jugak yg salah..

      Reply
  • July 19, 2013 at 6:54 pm
    Permalink

    Pas dari dahulu hanya pandai baca Al Quran tetapi jauh sekali untuk mematuhi ajaran Al Quran,aku beri peringatan iklas kepada Stopa Ali, Nik Aziz, Hadi dll dalam kem Pas sila rujuk Surah AlHujurat Ayat 11:
    ” Hai orang-orang yg beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yg lain (kerana) boleh jadi mereka (yg diolok-olokkan) lebih baik dr mereka (yg diolok-olokkan) ….. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan)vyg buruk sesudah iman dan barang siapa yg tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yg zalim”.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *