Penduduk Kuala Besut, Selar Calon Pas Yang Berlakon Seperti Ahli Sufi

Share


Oleh: Zul Rawi

Di dalam tempoh berkempen ini, sudah pasti pelbagai pendekatan akan diguna pakai sebagai satu usaha untuk menarik minat dan simpati para pengundi. Ada yang mengunakan pendekatan konvesional seperti kebiasaanya malah tidak ketinggalan ada yang mengunakan pendekatan ‘reverse psychology’ bagi mengelaburi pandangan rakyat.

Terbaru calon Pas bagi pilihanraya kecil Kuala Besut Azlan @ Endut mengunakan penampilan seperti ahli Sufi bagi menipu para pengundi. Sejak bermulanya aktiviti kempen, dia dilihat cuba berlagak alim dengan gaya seperti seorang ahli agama sehingga ada dikalangan penduduk di Kuala Besut yang mengatakan dia seorang yang zuhud.

Namun ternyata itu semua adalah merupakan helah politik semata-mata, kerana majoriti penduduk yang mengenalinya secara dekat mengatakan calon Pas ini tak ubah seperti seekjor sesumpah.

Ini kerana penampilan dan gayanya amat berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini. Rata penduduk yang mengenalinya mengatakan ‘calon cari makan’ ini adalah merupakan seorang yang kaya raya. Selain mempunyai rumah banglo yang besar dia juga dikatakan mempunyai puluhan kereta mewah.

“Ini semua politik. Sebelum jadi calon dia hidup bermewah-mewah, tapi lepas dipilih jadi calon penampilan dan gayanya terus berubah seperti seorang ahli Sufi yang zuhud.

“Kalau kita baca kitab-kitab tasawuf, tidak ada seorang pun ahli Sufi yang diceritakan hidup atas kemewahan harta. Betul, Islam tidak menghalang umatnya untuk mencari kekayaan, malah ada dikalangan sahabat Nabi Muahammad saw yang kaya.

“Tetapi bukan di kalangan ahli Sufi yang zuhud, kerana jalan hidup seorang ahli Sufi adalah meninggalkan semua bentuk yang bersifat keduniaan dan hanya menumpukan kepada ibadat menuju akhirat” tegas salah seorang penduduk yang ditemui di pecan Kuala Besut petang tadi.

Mengikut rekod, perkataan sufi berasal dari Suffah (para sahabat Nabi Muhammad saw yang miskin dan hidup di sekitar masjid Nabawi di Madinah). Ia adalah kata asal dari perkataan Suf/kulit (kambing) sebab ramai dikalangan mereka hanya memakai pakaian yang diperbuat dari kulit kambing.

Malah di dalam riwayat juga pun ada yang mengatakan ramai sahabat Nabi Muhammad saw yang menyertai perang Badar, memakai pakaian dari bulu kambing.

Menurut Zainab Besah, 53 sebagai pengundi dia mengharapkan calon yang menawarkan diri, untuk memberikan keyakinan kepada rakyat mengenai bentuk hala tuju dan isu yang ingin diperjuangkan dan bukannya berlakon dengan gaya seperti ustaz.

“Saya bukan berniat untuk menghina, kalau betul pun nak kempen gunakanlah cara yang lain. Bukannya berlagak alim dengan perwatakan seperti ustaz dan ahli agama.

“Rakyat Kuala Besut kenal sangat dengan Che Long ni. Dia orang kaya, sibuk uruskan perniagaan. Tapi bila jadi calon, terus berubah watak. Patutnya dia jumpa pengundi dan bagi tahu khidmat dan isu yang nak dibawa. Bukan menipu pengundi dengan gaya dan penampilan” tegasnya lagi.



6 thoughts on “Penduduk Kuala Besut, Selar Calon Pas Yang Berlakon Seperti Ahli Sufi

  • July 19, 2013 at 12:25 am
    Permalink

    ahli sufi apa mcm ni, saman sampai ada 55 tak bayar. ni nama dia ahli sifut bukan ahli sufi.

    Reply
    • July 19, 2013 at 2:05 am
      Permalink

      zuhud mana ada wang, hehehehehehehe..tu pasal bertahun tak bayar..semuanya atas sedekah orang ramai….

      Reply
    • July 19, 2013 at 11:28 am
      Permalink

      ini kedekut punya kaki…duit banyak pon x nak bayar saman…tapi gaji orang len wat keje bleh pkak..

      Reply
  • July 19, 2013 at 7:33 am
    Permalink

    Drp Abu Hurairah r.a, Rasullullah bersabda,” Akan timbul diakhir zaman orang2 yg mencari keuntungan dunia dengan menjual agama.Mereka menunjuk kpd orang lain pakaian yg dibuat drp kulit kambing (berpura-pura zuhud dr dunia) untuk mendapat sempati dr orang ramai dan percakapan mereka lebig manis drp gula.Pada hal hati mereka adalah hati serigala (punyai tujuan2 yg jahat). Allah SWT berfirman kpd mereka, “APAKAH KAMU TERTIPU DGN KELEMBUTAN KU? DEMI KEBESARAN KU, AKU BERSUMPAH AKAN MENURUNKAN FITNAH YG AKAN TERJADI DIKALANGAN MEREKA SENDIRI, SEHINGGA ORANG YG ALIM (VENDIAKAWAN) PUN AKAN MENJADI BINGUNG (DGN SEBAB FITNAH ITU)” H.R Tirmizi

    Reply
  • July 19, 2013 at 9:39 am
    Permalink

    sufi la sgt..zuhud la sgt..macam nik ajis jugak la ni..kunun tak kejar kemewahan…puiiii

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *